You are on page 1of 22

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSES KIMPALAN
DAN KELENGKAPAN
GAS
FABRIKASI LOGAM

MOHAMED HAZWAN BIN RUSLIM


MOHD ROHAIZAT BIN RAHAMAN
JUNAINAH BINTI JOHARI
PENGENALAN

 Kimpalan Gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan


logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam
yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu

 Kimpalan Gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang


telah lama diamalkan dalam bidang industri

 Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam


kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang
ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm
Jenis Kimpalan Gas

 Kimpalan gas tekanan rendah


Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas
asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai
tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar

 Kimpalan gas tekanan tinggi


Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari
janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-
15psi atau 1-15 Bar
Gas

 Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja


kimpalan gas adalah oksigen(O) dan asetilina (CH)

 Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang


paling tinggi berbanding gas-gas bahanapi yang
lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316C.
Gas Oksigen

 tidak mempunyai warna , rasa dan bau


 Ia juga merupakan sejenis gas yang dapat membantu
dalam proses pembakaran
 gas aktif yang boleh bertindak balas ke atas logam yang
menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam
berkenaan. Contohnya, pengkaratan ke atas keluli.
 Gas oksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang
berwarna hitam dan lebih tinggi daripada silinder
asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya
menahan tekanan setinggi 3360 psi. Boleh didapati
dalam tiga saiz.
Gas Asetilina

 Gas asetilina adalah bahan api yang tidak mempunyai


warna tetapi mempunyai bau yang kuat dan mudah
terbakar

 Ia adalah gas yang tidak stabil dan perlu disimpan


dalam keadaan yang tetap

 Titik kritikal bagi gas asetilina ialah pada tekanan 28 psi


pada suhu 70F
Gas Asetilina
 disimpan dalam silinder keluli berwarna merah yang
diisikan dengan bahan berliang sepenuhnya yang terdiri
daripada habuk kayu balsa, arang kayu,simen,dan
bahan-bahan telap yang lain.
 Bahan-bahan telap yang dimuatkan ke dalam silinder
asetilina adalah berfungsi untuk menyerap seberapa
banyak cairan aseton.
 Aseton ini pula akan berfungsi untuk menyerap gas
asetilana sebanyak 25 kali ganda isipadunya sendiri.
Kelengkapan Kimpalan Gas
Kelengkapan Kimpalan Gas
 Silinder gas oksigen dan silinder gas asetilena
untuk menyimpan dan membekalkan gas oksigen
dan asitelena.
 Pengatur tekanan
untuk melaras dan menstabilkan tekanan gas
yang keluar dari silinder gas dan menunjukkan
nilai tekan gas dalam silinder dan tekanan kerja.
 Hos gas
untuk mengalirkan gas ke sumpitan api
Kelengkapan Kimpalan Gas
 Injap sehala
untuk memastikan gas mengalir sehala sahaja.
 Sumpitan api
untuk mencampurkan gas oksigen dan asetilena,
mengawal pengaliran gas dan mengarahkan api
ke tempat yang hendak dikimpal..
 Rod penambah
Untuk menguatkan sambungan dan digunakan
mengikut logam yang sama dengan logam asas.
Tugas Serta Prinsip-Prinsip Alator

 merupakan alat kawalan yang dipasang


pada bahagian atas silinder oksigen atau
asetilina bagi mengawal pengaliran gas
yang diperlukan untuk tujuan mengimpal
 dikenali juga dengan tolok tekanan
 Terdapat dua jenis alatur iaitu alator alatur
satu peringkat dan dua peringkat.
Tugas Serta Prinsip-Prinsip Alator

 Alator Satu  Alator Dua


peringkat peringkat
Alator Satu Peringkat
 Alator satu peringkat mempunyai satu ruang
tekanan tinggi dimana tekanan tinggi dari silinder
terus masuk ke dalam ruang ini bacaan tekanan
dapat dilihat pada jarum alator dan sedia
dikurangkan kepada tekanan untuk kerja
mengikut pelarasan yang sesuai dengan
menggunakan skru pelaras pad alator. Tahap
keselamatan alator ini adalah rendah berbanding
alator dua peringkat
Alator Dua Peringkat
 Mempunyai dua ruang tekanan iaitu ruang
tekanan rendah dan ruang tekanan tinggi
 Ruang tekanan tinggi pada alator menerima terus
tekanan tinggi dalam silinder dan bacaan bagi
tekanan ini dapat dibaca pada tolok tekanan
 Ruang tekanan rendah menerima gas yang
dikawal kemasukannya dari ruang tekanan tinggi
dengan melaraskan skru pelaras pada alator
mengikut tekanan kerja yang dikehendaki
Jenis-Jenis Hos
 tiub getah berlapiskan benang nilon yang
kuat
 digunakan untuk mengalirkan gas dari
silinder ke sumpitan api
 didapati dalam rekabentuk berkembar dan
juga tunggal
 hos berkembar mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang tinggi.
Prinsip Serta Jenis Sumpitan Api

 alat yang digunakan untuk mengeluarkan


nyalaan hasil percampuran antara gas
oksigen dan asetilina didalam ruang
percampuran di dalam badan sumpitan api
 Nyalaan oksi-asetilina itu dikawal oleh dua
injap yang terdapat di badan sumpitan api.
Injap-injap itu ialah injap oksigen dan injap
asetilina.
Prinsip Serta Jenis Sumpitan Api

Saiz muncung sumpitan api


boleh didapati dalam
berbagai saiz dan juga
rekabentuk yang berlainan
Alat Penyambung Hos

 Alat-alat penyambung adalah terdiri daripada


nat-nat berbenang dalam dan juga ‘nipple’ bagi
menghubungkan hos dengan alatur dan juga
badan sumpitan api
Badan Sumpitan Api

 sebagai alat untuk mencampurkan gas


asetilina dan oksigen mengikut nisbah yang
tertentu bagi menghasilkan jenis nyalaan
yang diperlukan.
 Terdapat dua jenis badan sumpitan-api
yang digunakan iaitu:
i.Jenis tekanan seimbang
ii. Jenis injektor
Badan Sumpitan Api Tekanan Seimbang

Pelaras oksigen

Salur masuk gas asetilina


Pelaras gas asetilina

Ruang percampuran

Gas keluar

Penyambung ke
muncung sumpitan

Salur masuk oksigen


Badan Sumpitan Api Jenis Injektor

Ruang percampuran

Ruang percampuran

Arah gas keluar

Salur masuk oksigen


SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like