You are on page 1of 33

SEL & BATERI

1
Sel dan Bateri

Sel dan Bateri

Sel
Terdiri daripada satu plat elektrod
( negatif ) dan satu plat elektrod
( positif ) yang diletakkan dalam
larutan elektrolit.
Contoh – Lampu suluh.
*Elektrolit – cecair yang boleh mengalirkan arus elektrik.
2
Sel dan Bateri ( sambungan )

• Bateri
• Terdiri daripada campuran beberapa sel
elektrokimia tersebut.
(sel-sel yang disambung bersama dalam satu unit)

Contoh – Bateri kereta.

3
Sel dan Bateri

Sel utama dan sel sekunder

Sel Utama ( primer )


• Sel yang tidak boleh dicas semula
sekiranya cas yang dimilikinya telah
habis digunakan.
• Kegunaan - Radio, mesin kira, alat
permainan dll.
• Contoh Sel - Sel Kering.

4
Sel utama dan sel sekunder ( sambungan )

Sel Sekunder
• Sel yang boleh dicas semula apabila
casnya telah lemah atau discas.
• Kegunaan - Bateri Kereta & sistem
lampu kecemasan
• Contoh - Bateri asid Plumbum
( bateri kereta)
• *Discas – Bateri yang telah habis cas

5
Sel dan Bateri

Jenis-jenis Sel dan Bateri

• Terdapat pelbagai jenis Sel dan Bateri. Di


antaranya ialah:
(a). Sel Mudah ( Sel Volta asas ).
(b). Sel Kering ( Bateri kering )
(c). Bateri Asid Plumbum
(d). Sel Alkali
(e). Sel Merkuri.

6
Sel dan Bateri
Jenis-jenis Sel dan Bateri ( sambungan )

• 1. Sel Mudah (Sel volta


asas)
• Sel ini terdiri daripada satu
bekas yang mengandungi 2
plat logam yang berlainan jenis.
• Satu plat diperbuat daripada
zink dan satu lagi plat kuprum.
• Kedua-dua plat diletakkan
dalam bekas yang
mengandungi larutan asid
sulfurik cair.
• Larutan asid sulfurik –
bertindak sebagai elektrolit
(cecair) yang membenarkan
pengaliran arus.

7
Sel dan Bateri
Jenis-jenis sel dan Bateri ( sambungan )

• Apabila kedua-dua plat di-


sambungkan dengan seutas
dawai dan meter volt, arus
akan mengalir dari plat kuprum
ke plat zink .
• Ini berlaku kerana elektron dari
plat kuprum bergerak keluar
dari orbitnya ke plat zink
melalui dawai atau elektrolit.
( jarum meter akan terpesong ).
• Tindakan kimia:
Zn + H2SO4 ZnSO4 + H2
(Zink) (Asid sulfurik) (zink sulfat) (Hidrogen)

8
Sel dan Bateri
Jenis-jenis sel dan Bateri ( sambungan )

• 2. Sel Kering.
• Sel kering mempunyai kutub
positif dan kutub negatif.
• Kutub positif terdiri daripada
rod karbon yang dikelilingi
serbuk mangan dioksida, felor
dan ammonium klorida.
• Kutub negatif pula diperbuat
daripada zink dan merupakan
bekas yang menampung
bahan elektrolit sel ini.

9
Sel dan Bateri
Jenis-jenis sel dan Bateri ( sambungan )

• Elektrolit sel ini adalah di


dalam bentuk bahan lembap.
• Setelah digunakan, dge akan
berkurangan ( elektrolit
menjadi kering ).
• Saiz sel bukanlah penentu
bagi voltan keluarannya.
Voltan keluaran normal ialah
1.5Volt.
• Keupayaan voltannya
bergantung kepada bahan
elektrolit yang digunakannya.

10
Sel dan Bateri
Jenis-jenis sel dan Bateri ( sambungan )

• 3. Bateri Asid Plumbum.


• Mengandungi dua kepingan
plumbum yang dicelup dalam
bekas yang mengandungi asid
sulfurik.
• Sel-sel kemudiannya
disambungkan secara siri bagi
membentuk satu unit yang tiap
satunya bernilai 2 Volt.
• Bateri ini berfungsi melalui
tindakan kimia dan ianya boleh
dicas semula dengan
mengalirkan arus elektrik
melaluinya.

11
Sel dan Bateri

Jenis-jenis sel dan Bateri ( sambungan )

• Keupayaan sel ini


membekalkan arus
bergantung kepada kemuatan
sel, kemuatannya pula
bergantung kepada jumlah
bahan kimianya.
• Tindak Balas Kimia:
2PbSO4 + 2H2O
PbO2 + Pb + 2H2SO4
( Plat Positif ) ( plat Negatif ) ( elektrolit )

Tindakan Mengecas
Tindakan Nyahcas

12
Sel dan Bateri
Cara-cara mengecas Bateri Asid plumbum

• (a). Cara Voltan Malar.


• Nilai voltan yang digunakan
untuk mengecas dilaraskan
melebihi nilai voltan penuh sel
sehingga tamat proses
mengecas.

13
Sel dan Bateri
Cara-cara mengecas Bateri Asid plumbum
( sambungan )
• (b). Cara Arus Malar.
• Mengawal arus mengecas
dengan mengekalkannya pada
satu nilai yang sesuai dengan
sel yang terdapat dalam bateri
tersebut (sambung reostart
sesiri dengan pengecas
bateri).

14
Sel dan Bateri

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran


tenaga sebuah sel

1. Tindakan Setempat
2. Pengutuban
3. Rintangan Dalam

15
Sel dan Bateri
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran
tenaga sebuah sel ( sambungan )

1. Tindakan Setempat.
• Tindakan Setempat akan berlaku sekiranya plat logam
(zink) yang digunakan bukannya dari logam yang tulin.
• Kesannya – Logam akan larut terus menerus dalam
elektrolit (asid sulfurik cair) sama ada sel digunakan
ataupun tidak.
• Cara mencegah – Menyatukan atau mengosokan
kepingan logam ( zink) dengan merkuri ( raksa ).

16
Sel dan Bateri
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran
tenaga sebuah sel ( sambungan )

2. Pengutupan.
• Pengutupan ialah di mana voltan / arus elektrik yang
mengalir menerusi dawai luar di dalam sel mudah
menjadi berkurangan disebabkan oleh himpunan /
mendakan buih-buih hidrogen di sekeliling kutub positif
( kuprum ).
• Cara mencegah – Hentikan penggunaannya buat
sementara waktu dan Buih hidrogen yang terhasil perlu
dioksidakan dengan menggunakan bahan
pengoksidaan (mangan dioksida dan serbuk karbon )
bagi menukar hidrogen tersebut kepada air.

17
Sel dan Bateri
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran
tenaga sebuah sel ( sambungan )

3. Rintangan dalam.
• Rintangan laluan yang berlaku apabila arus melalui
satu sel yang mengakibatkan berlakunya susutan
voltan.
• Susutan voltan ini akan menjadikan voltan punca
sel berkurangan dari nilai d.g.e sel dan bergantung
kepada faktor-faktor berikut:
(a). Cara penggunaan – terbiar terlalu lama
(b). Binaan dan saiz plat
(c). Nyahcas berlebihan
(d). Jenis sel ( elektrolit ).

18
Sel dan Bateri

Rintangan Dalam ( sambungan )

Cara mengurangkan Rintangan Dalam:

(a). Membesarkan luas / saiz plat.


(b). Guna elektrolit yang betul kekuatannya.
(c). Letakkan plat positif berhampiran dengan plat

negatif.

19
Sel dan Bateri
Rintangan dalam ( sambungan )

• Formula Rintangan Dalam

• Rs = E - V • Dimana:
I • Rs - Rintangan dalam sel
• E - Dge Sel
• Persamaan Sel :
• V - Voltan punca
V = E - IRs • I - Arus keluaran sel

I = E - V
Rs

20
Rintangan dalam ( sambungan )

• Contoh Pengiraan:
• Sebuah sel yang mempunyai dge sebanyak 2.1
volt dan voltan puncanya ialah 1.9 volt. Kirakan
nilai rintangan dalam sel jika arus yang mengalir
ialah 5A.

21
Rintangan dalam ( sambungan )

• (a). Rintangan Dalam:

Rs = E - V
I
= 2.1 - 1.9
5
= 0.04 Ohm

22
Rintangan dalam ( sambungan )

• (b). Voltan Punca ( jika Voltan Punca tidak diberi):

V = E - IRs
= 2.1 - 5 ( 0.04)
= 2.1 - 0.2
= 1.9 volt

23
Rintangan dalam ( sambungan )

• (c ). Mencari Arus ( Jika arus tidak diberi ):

I = E - V
Rs
= 2.1 - 1.9
0.04
= 5 Amp.

24
Kebaikan dan kelemahan Sel

Jenis Sel Kebaikan Kelemahan

1. Senang dibawa 1. Tidak tahan lama


Sel Utama 2. Tahan lasak 2. Kuasa terhad
( Primer) 3. Kos murah 3. Khusus untuk alat
4. Sedia digunakan -alat kecil sahaja.

25
Kebaikan dan kelemahan Sel ( sambungan)

Jenis Sel Kebaikan Kelemahan

1.Boleh dicas semula 1. Perlukan


Sel Skunder 2. Tahan lama penyelengaraan
3. Kuasa tidak terhad 2. Harga mahal

26
Sambungan Sel
• Terdapat 4 cara sambungan bagi sel sekiranya
lebih dari satu sel diperlukan, iaitu:

(i). Secara Siri.


(ii). Secara Selari.
(iii). Secara siri dari Selari dan
(iv). Secara selari dari siri

27
Sambungan Sel (sambungan)

• (i). Sambungan sel – Siri.


• Sel yang disambung sesiri dapat menambah
jumlah voltan keseluruhan dan nilai arus yang
tinggi.
• Sel / bateri dari voltan yang sama atau sebarang
nilai keluaran voltan boleh disambung secara siri
untuk menambah nilai voltannya.
• Contoh penggunaan sambungan siri – bateri
kereta.

28
MENYAMBUNG SEL & BATERI

Sambungan Siri

= 1.2 volt, 1600mAh

7.2 volt, 1600mAh

1.2V+1.2V+1.2V+1.2V+1.2V+1.2V

29
Sambungan Sel (sambungan)

• (ii). Sambungan Sel – Selari.


• Sel yang disambung selari akan menghasilkan
jumlah voltan yang sama hanya muatan arusnya
yang akan bertambah.
• Hanya sel-sel yang nilai voltan keluarannya yang
sama sahaja boleh dibuat sambungan selari.
• Sambungan selari dapat mengurangkan jumlah
rintangan dalam sel kerana arus yang dibekalkan
daripada sel-sel yang berasingan.

30
Sambungan Selari

= 1.2 volt, 1600mAh


1600+1600+1600+1600+1600+1600

1.2 volt
9600mAh

31
Sambungan Sel (sambungan)

• (iii). Sambungan sel Siri-selari dan Selari-siri.


• Ciri-ciri sambungan siri dan sambungan selari
digabungkan di dalam sambungan ini.
• Sambungan ini dapat memberikan nilai voltan keluaran
dan muatan arus yang tinggi.
• Sambungan ini hanya digunakan ditempat tertentu
sahaja iaitu seperti di litar Elektronik.
• Kebaikannya sama dengan cara sambungan siri dan
selari.

32
Imbas Kembali
• 1. Pengutupan.
• Kesan yang menghalang proses elektrolisis kerana
mendakan buih-buih hidrogen dikutup positif (plat
kuprum).
• 2. Tindakan setempat.
• Kesan tindakan setempat berlaku apabila plat zink yang
digunakan bukannya dari logam yang tulen.
• 3. Rintangan Dalam.
• Rintangan / halangan yang berlaku terhadap pengaliran
arus di dalam sel akibat cara penggunaan, saiz plat dll.

33

You might also like