You are on page 1of 14

PANDUAN

KERTAS 1 PT3 MENULIS


ULASAN
• Ulasan merupakan karangan yang memerlukan pelajar untuk
mengulas sesuatu instrumen yang diberikan.
• contohnya, gambar rajah, peta minda,iklan, poster, carta, graf
atau keratan akhbar.

• Pelajar perlu mengulas sebanyak 80-100 patah perkataan.

• Dihujung karangan ulasan, wajib menulis jumlah patah perkataan


yang anda tulis.
1. Ulasan hendaklah mempunyai 3 perenggan iaitu
• Pendahuluan
• Isi
• Penutup

2. Isi Ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi


tersirat
(sekurang-kurangnya dua isi tersurat dan dua isi tersirat)
TEKNIK
MENULIS
ULASAN
PERENGGAN PENDAHULUAN

Gambar rajah tersebut menunjukkan


kesan pencemaran sungai yang semakin
berleluasa kini
(11 patah perkataan)
PERENGGAN ISI

• Isi Pertama (isi tersurat)


“pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman”

(Isi tersirat)

Mengapa??
Kerana sungai merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan
harian masyarakat Malaysia termasuklah air minuman
Kesan ??
Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita.
• Cadangan ulasan isi pertama
Pencemaran sungai akan
menyebabkan bekalan air minuman
terancam kerana sungai merupakan
sumber bekalan air bersih untuk kegunaan
harian termasuklah air minuman yang jika
tercemar akan menjejaskan kesihatan .
(25 patah perkataan)
ISI KEDUA
• Isi tersurat
“ pencemaran sungai mengakibatlan kepupusan hidupan air”

Isi tersirat
Mengapa??
Pencemaran sungai akan membunuh hidupan akuatik
Kesan??
Kita akan kehilangan sumber protein dalam makanan seperti
ikan,udang.kerang dan siput.
CADANGAN ULASAN ISI KEDUA

Selain itu, pencemaran sungai mengakibatkan


kepupusan hidupan air dengan membunuh hidupan
akuatik. Impaknya, kita akan kehilangan sumber
protein makanan seperti ikan.
(21 patah perkataan)
ISI KETIGA
• Isi tersurat
“ Pencemaran sungai menjejaskan industri pelancongan negara”

Isi tersirat
Mengapa??
Sungai kotor menyebabkan tersebarnya wabak penyakit
Pelancong tidak tertarik untuk datang melancong ke negara kita

Kesan??
Menjejaskan ekonomi negara
CADANGAN ULASAN ISI KETIGA

Di samping itu, pencemaran sungai menjejaskan


industri pelancongan negara kerana sungai
kotor akan menyebarkan wabak penyakit yang
menyebabkan para pelancong tidak tertarik
untuk melancong ke negara kita
( 27 patah perkataan)
KESIMPULAN ( AYAT CADANGAN + AYAT
HARAPAN)
Konklusinya, pihak kerajaan perlu duduk di meja
bulat untuk mengatasi masalah ini agar pencemaran
sungai yang berlaku dapat diatasi dengan segera kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
( 21 patah perkataan)

(105 patah perkataan)


TERIMA KASIH

You might also like