You are on page 1of 37

POTRET

HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN
 Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai
kaum.

 Pemahaman konsep-konsep asas hubungan


etnik adalah penting demi memahami isu
hubungan etnik dengan lebih baik.

 Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang


kekeliruan dalam aspek-aspek hubungan etnik.
DEFINISI MASYARAKAT
 Masyarakat merujuk kepada sekumpulan
manusia yang berkongsi budaya yang sama dan
menduduki sebuah kawasan yang khas.

 Kewujudan mereka dirasai sebagai satu entiti


yang bersatu padu dan berbeza dengan yang
lain.
KONSEP
MASYARAKAT MAJMUK
 MenurutJ. S. Furnivall (1948), antara ciri
masyarakat majmuk ialah:
 Kewujudan campuran kumpulan manusia yang
mengamalkan cara hidup yang berlainan.
 Mereka hanya bergaul ditempat perniagaan
seperti pasar.
 Mereka hidup berdampingan tetapi berasingan
dalam satu unit politik yang sama.
 Terdapat pembahagian tugas atau garis
perkauman.
 Penjajahan menjadi titik pemisah di antara
pluraliti dan pluralistik

 Masyarakat pluraliti diasaskan secara


semulajadi dan tanpa paksaan. Ia berlaku
kerana tiada persempadan
politik/wilayah/negara.

 Masyarakat pluralistik wujud rentetan


sistem/dasar penjajahan oleh kuasa
imperialisme.
DEFINISI PLURALITI
 Istilahyang digunakan untuk merujuk
kpd masyarakat pelbagai bangsa di
Alam Melayu sebelum kehadiran
penjajah yang terbentuk melalui proses
semulajadi tanpa sebarang pemaksaan
Pluraliti Awal: Kesultanan Melaka
• i) Pemerintahan
Institusi raja / sultan : Hindu dan Islam
mengukuhkan kedudukan raja.
Pegawai istana: Terdiri daripada campuran Melayu
tempatan dengan bangsa asing.
Perkahwinan campur: Sultan Melaka (Sultan Mansur
Shah) dengan anak pemerintah China (Puteri Hang
Li Po).
Melaka pada kemuncak zaman
kegemilangannya.
Binaan Istana Melaka
ii) Perdagangan
 Pusat perdagangan dunia: China, India, Timur
Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
 Sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran
pelabuhan yg cekap.
 Keselamatan laut dikawal oleh Laksamana Melaka
dan disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka.
 BM menjadi lingua-franca dalam perdagangan
iii) Agama Islam

• Pusat pengajian dan penyebaran Islam: tumpuan


pendakwah Islam Kepulauan Melayu kerana Islam
diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh
sultan serta rakyatnya.
• Undang-undang Melaka berasaskan Islam (Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka).
• Undang-undang Melaka menjamin keselamatan
masyarakat dan pedagang.
iv) Kebudayaan
• Melaka dikenali sebagai kota multi-budaya: setiap
budaya mempunyai tempat masing-masing.
• Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi /
berinteraksi aktif dengan penduduk tempatan.
• Wujud kategori masyarakat baru:
- Cina + Melayu = Baba Nyonya
- Portugis + Melayu = Serani
- Arab + Melayu = Syed / Syarifah
- India + Melayu = Mamak / Mami
DEFINSI PLURALISTIK
 Istilah
yang digunakan untuk merujuk kpd
masyarakat pelbagai bangsa di Tanah
Melayu selepas kehadiran penjajah yang
membawa masuk etnik lain dari negara
China dan India untuk kepentingan
ekonomi.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK
ERA KOLONISME BRITISH
 Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang tiga
mata, iaitu keagamaan, kekayaan dan kemegahan
 Eropah telah mengalami perubahan epistemologi, iaitu pemisahan
antara negara dan agama.
 Akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan saintis di
Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah dua, iaitu agama dan
sains moden.

 Kesan: pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama


dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan.
IMPLIKASI PENJAJAHAN
• Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi
dengan masyarakat tempatan.

• Wujud kelompok masyarakat yang hidup terasing


daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat
yang sama.

• Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan


Tamil. (sekolah venarkular)
• Imigran membentuk satu masyarakat yang tetap dan
mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
• Dualisme ekonomi: Perkembangan sistem ekonomi
moden dan tradisional tidak seimbang.
CIRI-CIRI KUMPULAN RAS

RAS
Ukuran perbezaan di antara kelompok berdasarkan
perbezaan fizikal.

Kumpulan manusia yang dicirikan oleh penumpuan ‘gen’


tertentu.

Contoh: Perbezaan warna kulit, rambut, mata, hidung dll


RASISME
Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial
yg lain berdasarkan ciri-ciri fizikal dan biologinya.

Ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku dan atau


tindakan terbuka.
CIRI-CIRI KUMPULAN ETNIK
ETNIK
Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk
secara asasnya kepada warisan sosiobudaya seseorang
itu.

Etnikdidefinisikan sebagai kelompok manusia yang


mengamalkan budaya termasuk adat resam, bahasa,
agama yang seragam dan berasal dari negara nenek
moyang yang sama.
ETNISITI

Konsep etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu


kumpulan etnik tertentu.

Ia bermaksud satu kebudayaan atau subbudaya yang


menggabungkan anggotanya melalui satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkah laku yang sama.
ETNOSENTRISME
Kecenderungan sesuatu kumpulan etnik untuk menilai
kumpulan etnik lain berdasarkan kedudukan dan nilai
etniknya sendiri.

Sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri


lebih baik dan lebih tinggi daripada kebudayaan
kelompok lain.
KONSEP-KONSEP HUBUNGAN
ETNIK

STEREOTAIP
Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap
sesuatu kumpulan etnik sama ada berbentuk negatif atau
positif.

Gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu


perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
PREJUDIS (PRASANGKA)
Satu sikap yang dihasilkan tanpa satu penyelidikan fakta
yang sempurna.

Suatu tanggapan yang bersifat negatif (buruk sangka)


dari sekelompok etnik terhadap sesuatu etnik yang lain.

Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada


generasi yang lain.
DISKRIMINASI
Diskriminasi terjadi apabila ahli sesuatu kumpulan atau
kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat
layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk
menikmati manfaat sosial yang lain.

Layanan yang berlainan diberi kepada individu atau


kumpulan disebabkan faktor ras, agama dan jantina.

Diskriminasi terjadi akibat daripada prejudis.

Diskriminasi dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif seseorang terhadap etnik lain.
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIK
INTEGRASI

 “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang


berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat
oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama”.

 Tujuannya untuk mewujudkan satu identiti nasional


dalam kalangan kelompok yang terpisah dari segi
budaya, sosial dan lokasi.
SEGREGASI
• Hubungan yang bersifat pemisahan / pengasingan antara
etnik dalam sesebuah negara.
• Pemisahan merangkumi aspek budaya, ras, agama, kelas
sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
• Contoh: semasa penjajahan British, etnik Melayu, Cina dan
India dipisahkan tempat tinggal dan pekerjaan.
• Segregasi dibahagikan kepada dua jenis, iaitu secara rela
dan tanpa rela.
 Segregasi rela merujuk kepada golongan golongan manusia
yang memencilkan diri dengan tujuan untuk berada dalam
kumpulan mereka sahaja.
 Segregasi tanpa rela timbul kerana paksaan daripada pihak
berkuasa. Contoh ialah Dasar Apartheid 1948-1994 yang
dilaksanakan di Afrika Selatan.
A+B+C
AKOMODASI

 Setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati


norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud
dalam masyarakat.

 Setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam


keadaan pelbagai budaya supaya dapat hidup
secara harmoni dan saling menghormati.

A+B+C = A+B+C
AKULTURASI
• Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan
kelompok lain.

• Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok


dominan.

• Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke


dalam kebudayaan sendiri.

• Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok


menerima.
Ai + B + C = Ai + Bi + Ci
 Ai, Bi dan Ci merujuk kepada budaya etnik lain yang telah diterima
dan diolah mengikut kebudayaan sendiri.
Pemakaian baju kurung dalam
kalangan bukan Melayu

CONTOH -
Perkataan
Makanan CONTOH
ta pau

Pemberian angpau pada


Hari Raya Aidilfitri
ASIMILASI
 Proses percantuman antara budaya kelompok berlainan
hingga membentuk satu budaya dan identiti yang sama
apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti
kelompoknya dan diserap oleh kumpulan dominan.

 Contoh: masyarakat Baba Nyonya (asimilasi berlaku


dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama).

A+B+C = A
 Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:

I. Etnik yang berbeza budaya.


II. Individu di dalam atau antara etnik yang
sering berinteraksi.
III. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
 Kejayaan asimilasi bergantung kepada:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan


identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti
tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat persamaaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya
etnik minoriti akan menyukarkan proses
asimilasi.
 Faktor penghalang asimilasi ialah:

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga


menimbulkan perasaan takut terhadap budaya
lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lain lebih
tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik
yang terlibat.
AMALGAMASI
 Merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis
budaya dan ras yang baru.

 Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi


terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

 Contoh: kumpulan etnik yang sedia wujud


mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk
satu generasi baru atau budaya baru.

A+B+C = D
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru.

 Jenis : Perkahwinan campur.


 Contoh : Masyarakat Baba Nyonya (Melaka)
 Kaedah : Cina + Melayu = Baba Nyonya
 Implikasi : Perkahwinan campur melahirkan
kelompok baru yang mempunyai
budaya baru.
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN
ETNIK

 Hubungan etnik mencerminkan sifat struktur sosial,


keadaan dan ikatan sosial.
 Hubungan etnik menggambarkan perkembangan
sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah
negara.
 Hubungan etnik mencerminkan tingkat dan sumber
ketegangan sosial.
 Hubungan etnik memperjelaskan isu prasangka dan
diskriminasi dalam sesebuah negara.
 Hubungan etnik menyatakan peranan faktor personaliti
dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
KESIMPULAN
 Hubungan etnik adalah satu daripada aspek penting
dalam kehidupan manusia, kerana manusia itu
dijadikan daripada pelbagai bangsa, kaum dan
puak.

 Pemahaman dan pendedahan kepada konsep asas


hubungan antara manusia adalah sangat penting
untuk individu menilai dirinya dalam hubungan
antara etnik terutama dalam sebuah masyarakat
yang pelbagai etnik seperti Malaysia.

You might also like