You are on page 1of 18

Pentaksiran Psikometrik:

Inventori Minat Kerjaya (IMK)


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN MINAT KERJAYA PSIKOMETRIK

 Teori Tipologi Kerjaya Holland


 Asas yang digunakan dalam teori ini ialah:
1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi
personaliti individu di samping kesesuaian
persekitaran pekerjaan.
2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya

3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama


mempunyai persamaan dari segi pola
personalitinya.
4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran
akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian,
kestabilan dan kepuasan kerja.
Holland-Andaian 1 PSIKOMETRIK

6 Personaliti

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial

Enterprising

Konvensional
Holland-Andaian 2 PSIKOMETRIK

 Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang


menyokong personaliti individu dan didominasi
oleh jenis personaliti tertentu iaitu :
Realistik (R),
Investigatif (I),
Artistik (A),
Sosial (S),
Enterprising (E),
Konvensional (K).


Holland- Andaian 3 PSIKOMETRIK

 Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan


selaras dengan personaliti yang membolehkan
mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan
serta melahirkan sikap dan nilai di samping
berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan
peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.

 Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas


sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam
persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang
mempunyai personaliti realistik akan berasa puas
sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran
realistik juga.
Holland- Andaian 4 PSIKOMETRIK

 Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan


melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-
kriteria persekitarannya.

 Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui


tentang pola personaliti dan persekitarannya secara
tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara
berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya,
kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan
sosial serta pertukaran pekerjaan.
Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian
PSIKOMETRIK

Kajian rintis: 1000 murid tingkatan 1 dari 47 buah


sekolah menengah di Malaysia.

Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah > 0.8

IMK mengandungi 6 konstruk dan 2 bahagian. Setiap


konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item
jenis pekerjaan.
CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK

 Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan


Murid dikumpulkan  Sasaran : ITP – Tingkatan 1 dan 4
IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5
 Tempat : Sesuai dan kondusif
Edaran kertas ujian &
borang jawapan  Arahan menjawab mengikut keperluan
inventori
Kaedah pentadbiran

 Penstrukturan etika kerahsiaan dan limitasi


Penerangan  Menjawab di atas borang jawapan
 Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu
dikembalikan
Murid menjawab  Masa: 30 minit
soalan

 Murid mengira skor masing-masing


Pengiraan skor dengan bimbingan GBKSM

Pengisian skor dalam  Mengedar BPP kepada murid


 Murid memindahkan skor ke dalam
Borang Profil Borang Profil Psikometrik
Psikometrik (BPP)
 GBKSM akan memberikan pentafsiran skor

Pentafsiran skor
 Pengesahan/ tanda tangan GBKSM
 Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)
Penyimpanan fail BPP  Simpan mengikut urutan nama dalam kelas
 Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pengiraan PSIKOMETRIK

 Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan


berhati-hati agar kebolehpercayaan skor
dapatannya tepat.
 Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20

baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa


instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan
Konvensional.
 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk

diwakili oleh 20 item.


Pengiraan PSIKOMETRIK

 Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;

i. Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan


yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61-
70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di
bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R.
ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat,
kelima, dan keenam .
iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland).
iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang
Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti
kecenderungan kerjaya.
Pentafsiran
Inventori Minat Kerjaya
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Realistik PSIKOMETRIK

Peneran
• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan
kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja
dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan
tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik

gan
apabila menggunakan peralatan, lukisan
mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek
praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka
bekerja di luar bangunan.

• Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara

Kerjaya
Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi,
Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli
Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera,
Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan dan
Pembuat Perabot.

Ciri
• Praktikal, mekanikal, materialistik, suka
menggunakan peralatan dan mesin, introvert,
akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen,
tegas dan berprinsip.
Investigatif PSIKOMETRIK
• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan

Peneran
kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual,
analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka
membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,
membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan

gan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan


matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat,
saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya
saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
• Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik,
Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi,

Kerjaya Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli


Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi,
Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli
Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan
Matematik.

• Pemerhati, analitikal, rasional, teliti,


Ciri intelektual, introvert, introspektif, optimistik,
ingin tahu, teoris dan jitu.
Artistik PSIKOMETRIK

Peneran • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya


intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,
kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam

gan
situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan
tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang
tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

• Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin

Kerjaya Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis,


Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik,
Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto,
dan Jurusolek.

Ciri • Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,


emosional, introspektif, reflektif, tulen,
bebas, sensitif dan idealistik.
Sosial PSIKOMETRIK

Peneran
• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan
interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling
membantu, melatih dan membuat kebajikan
kepada orang lain. Mempunyai kemahiran

gan berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang


lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

• Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial,

Kerjaya
Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut
Tetamu, Pegawai Kebajikan, Jururawat,
Paramedik, Pramugari/ Pramugara dan
Pemandu Pelancong.

•Sosial, suka menolong, bekerjasama,

Ciri mesra, peramah, sabar, ekstrovert,


empati, baik hati, bertanggungjawab dan
boleh dipercayai.
Enterprising
Enterprising PSIKOMETRIK
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan

Peneran

pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan
keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-
mempengaruhi, mengarah, memimpin dan

gan
mengurus individu lain serta menjual barangan
atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk
mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.

• Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator,

Kerjaya Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen


Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik,
Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan,
Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan.

• Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga,

Ciri
daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi,
kebolehan memanipulasi, suka meneroka
(adventurous), yakin diri, optimistik, mudah
mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha,
sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.
Konvensional PSIKOMETRIK

• Persekitaran pekerjaan berstruktur dan


teratur yang melibatkan data, nombor,
Penerangan dan kerja-kerja perkeranian.
Melakukan kerja secara terperinci,
mengikut peraturan dan arahan.
• Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-
kira, Guru Perdagangan/ Guru
Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas,
Kerjaya Pegawai Bank, Pegawai Cukai, Operator
Komputer, Penilai Harta, Juru Audit,
Juruwang dan Pegawai Perangkaan.

• Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan


tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan,
Ciri defensif, menurut perintah, cermat,
cekap dan rutin.
Terima Kasih

You might also like