You are on page 1of 71

KKA 60103

PENGUJIAN DAN PENGUKURAN LANJUTAN


TUGASAN 3 : PENTADBIRAN 2 UJIAN PSIKOLOGI
INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)
Disediakan oleh :
ROZIRAH BINTI AHMAD
M20211001864
IJAZAH SARJANA KAUNSELING (KESIHATAN MENTAL KLINIKAL)
INVENTORI PERSONALITI
SIDEK (IPS)
(Profesor Dr SIDEK MOHD NOAH)
PENGENALAN TOKOH
Profesor Dr. Sidek Mohd Noah merupakan anak ketiga daripada lapan orang
adik beradik.

Beliau telah dilahirkan di Kg. Jorak Senawi, Tongkang Pechah, Batu Pahat,
Johor pada 19 November 1959.

Beliau telah mendapat pendidikan awak di Sek. Keb. Bukit Rahmat, SMR
Tongkang Pechah, Batu Pahat, SMS Johor Kluang.
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat diploma di Universiti
Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak (UPMCS), Semongok, Sarawak pada
1977. Setahun mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pertanian beliau
telah berjaya mendapat kenaikan khas untuk mengikuti program pengajian
Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM,
Serdang, Selangor dan bergraduat pada 1982.

Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat Master dalam bidang


Psikologi Kaunseling di Western Michigan University (WMU), Kalamazoo,
Michigan, USA dan tamat pengajian pada tahun 1986.
Pada 1996 beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Psikologi Kaunseling)
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Kerjaya beliau di UPM bermula sebagai Tutor (1983-1986) dan telah dilantik
menjadi Pensyarah (1986-2002), Profesor Madya (2002-2015) dan Profesor (2015-
sekarang).

Beliau telah menghabiskan selama 31 tahun daripada jangka hayatnya untuk


mengajar, menyelidik, membuat kerja pengembangan, perundingan,
penyeliaan dan penerbitan dalam bidang yang sangat dicintai oleh beliau iaitu
bidang Psikologi Kaunseling khususnya ujian Psikometrik dan Kaunseling Kerjaya

Dalam bidang Psikometrik beliau telah mencipta nama sebagai ahli Psikometrik
yang tersohor dan disegani. Beliau telah menghasilkan empat ujian psikometrik
secara persendirian iaitu IMKS, IPS, INPS dan IPW dan semua ujian ini mendapat
sambutan luar biasa dalam kalangan para kaunselor di Malaysia.
PENGENALAN INVENTORI
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri
atau tret personaliti individu.

Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau
‘Tidak’.

Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan


dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.

Inventori Personaliti Sidek mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15


ciri-ciri personaliti individu.

Inventori Personaliti Sidek telah dicipta oleh Sidek Mohd Noah pada tahun 1987
berdasarkan pendekatan rasional.
• Inventori Personaliti Sidek(IPS) adalah salah satu alat ukuran yang
bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-
ciri personaliti berikut:
• Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert,
Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri,
Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian.
• Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk
menentukan kejujuran responden dalam menjawab item
ujian.
• Mempunyai pekali kesahan kandungan bernilai .88 dan pekali
kebolehpercayaan bernilai .96.
• Digunakan untuk tujuan kaunseling khususnya kaunseling
individu, kelompok dan kaunseling kerjaya.


KONSTRUK INVENTORI
PERSONALITI SIDEK (IPS)
1 8
9 16 KETELUSAN
KEPELBAGAIAN
AGRESIF KETAHANAN

10 15
2 7
KRITIK DIRI PENCAPAIAN
ANALITIKAL INTROVERT

3 6 11 14 STRUKTUR
AUTONOMI INTELEKTUAL MENGAWAL

5 13
4 12
BERSANDAR EKSTROVERT SOKONGAN
MENOLONG
1.
•Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas,
Agresif berani dan tidak suka dimanipulasi.

2. • Individu yang suka membuat pemerhatian dan


menganalisis sebelum membuat keputusan.
Analitikal Membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.

•Individu lebih sukakan kebebasan dalam


3.
tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan
Autonomi aktiviti-aktiviti hariannya.

Individu suka bergantung kepada orang lain dan


4. memerlukan bantuan orang lain dalam membuat
keputusan.
Bersandar
5. •Individu suka berinteraksi, bekerja dan berada
Ekstrovert dengan orang ramai.

6. Intelektual •Individu berminat kepada aktiviti yang memberi


cabaran dari aspek intelektual.

• Individu suka mengelak situasi-situasi yang akan


7. Introvert memaksa mereka berkomunikasi di samping suka
bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas.

8. • Individu dapat menghayati pelbagai situasi bagi


mendapatkan pengalaman yang baru ke arah
Kepelbagaian perubahan berterusan.
• Individu yang cekal dan bermotivasi untuk
9. Ketahanan menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

10. Kritik diri • Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan
psikologi.

Individu yang suka mengawal orang lain atau


11. Mengawal lebih suka memimpin daripada dipimpin.

• Individu berkecenderungan untuk menunjukkan


12. Menolong rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan
kepada orang lain.
13. • Individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin
dikasihi
Sokongan
14. • Individu suka kepada kekemasan, kebersihan serta
perkara - perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan
Struktur terperinci.

15. Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi


untuk menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka
persaingan walaupun banyak halangan.
Pencapaian
16.
Ketelusan
• Masa yang diperuntukkan untuk menjawab adalah
antara 20 hingga 30 minit.

• Seeloknya di bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap


dengan kemudahan asas seperti kerusi dan meja.

• Pentadbir ujian mesti mengingatkan kepada calon


yang mengambil ujian supaya mematuhi segala
arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.

• Soalan dan Borang Jawapan


• Borang jawapan IPS 0 -1%
mengandungi 16 baris dan 1 – 10%
10 lajur. 2 – 20%
3 – 30%
4 – 40%
• Bilangan baris menjelaskan 5 – 50%
bahawa alat ini mengukur 16 6 - 60%
faktor iaitu 15 tret personaliti 7 – 70%
dan 1 skala penipuan. 8 – 80%
9 – 90%
10 – 99%
• 10 lajur menjelaskan bahawa
setiap tret atau skala diwakili
• Skor mentah ini akan ditukarkan
oleh 10 item.
kepada bentuk peratus % dengan
mendarabkannya dengan 10.

• Untuk pengiraan skor


mentah, fokus hanya
• Setiap tret diwakili oleh 10 item
diberikan kepada jawapan
maka kadar skor maksimum yang
Ya yang perlu dibuat baris
akan diperoleh adalah 10.
demi baris.
PENTAFSIRAN
PROFIL
IPS
1. AGRESIF
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda
membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan
anda.

Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan


diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak
anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga
hati dan perasaan orang lain.

Tinggi 70-99% Anda seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik
orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan
orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang
penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
2. ANALITIKAL
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda adalah individu yang praktikal (anda bukan orang
yang berorientasi teoritikal). Anda seorang yang kurang
atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang
memerlukan anda membuat analisis. Ketika berinteraksi
dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

Sederhana 40-70% Menunjukkan ciri analitikal anda adalah sederhana.


Minat anada untuk menganalisis adalah di tahap
sederhana.

Tinggi 70-99% Anda adalah seorang yang sensitif terhadap persekitaran,


suka menganalisis orang lain, diri sendiri, ataupun situasi.
Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan
analisis.
3. AUTONOMI
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda lebih suka menerima arahan orang lain, dan
struktur social yang memerlukan keakuran.

Sederhana 40-70% Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala


tindakan, serta dapat mengawal dan menentukan
aktiviti – aktiviti seharian.
4. BERSANDAR
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Menunjukkan anda adalah individu yang suka berdikari.


Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan
sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung
kepada orang lain.

Sederhana 40-70% Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain.


Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya
mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang
lain terutamanya individu yang mempunyai autoriti.
Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah
yang harus anda tuju.
5. EKSTROVERT
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda individu yang kurang sosial atau tidak sosial. Anda selalu
mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih
selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada
suasana kerja bersendirian atau satu sama satu.
Sederhana 40-70% Menunjukkan anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak
sosial.
Umumnya tahap social anda adalah sederhana.

Tinggi 70-99% Menunjukkan anda seorang individu yang sosial. Anda suka
berinteraksi dengan dan dikelilingi oleh orang ramai di samping
tidak selesa duduk bersendirian.
6. INTELEKTUAL
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda tidak merasa selesa dengan perkara-perkara
bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa
dengan kerja –kerja yang berstruktur, praktikal dan
pragmatic. Kerja – kerja yang dipilih adalah kerja-kerja
berkemahiran.

Sederhana 40-70% Anda mempunyai ciri – ciri intelektual di tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada aktiviti yang memberi cabaran dari
segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti
berbentuk keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti
yang berulang – ulang.
7. INTROVERT
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Menunjukkan anda seorang individu yang suka melibatkan diri
dalam perhubungan interpersonal dan suka berada dalam
kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.

Sederhana 40-70% Menunjukkan ciri – ciri sosial anda adalah di tahap sederhana
iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah

Tinggi 70-99% Anda individu yang kurang sosial atau tidak sosial. Anda selalu
mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih
selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada
suasana kerja bersendirian atau satu sama satu.
8. KEPELBAGAIAN
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil


dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi – situasi dan
pengalaman – pengalaman baru.

Sederhana 40-70% Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana.

Tinggi 70-99% Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang


dapat meberikan peluang-peluang untuk pengalaman –
pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan
selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah
seorang yang adventures.
9. KETAHANAN
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda kurang atau tiada ketahanan dari aspek fizikal,
mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu
jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih
mendapat kepuasan dari kerja – kerja kreatif atau yang
berkaitan dengan orang ramai.

Sederhana 40-70% Ciri-ciri ketahanan anda adalah pada tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda individu yang mempunyai ketahanan dari aspek


fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua
tugas tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti
separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan
sesuatu.
10. KRITIK-DIRI
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-30% Biasanya menganggap diri mereka selalu betul dan
yang bersalah adalah orang lain.

Sederhana 40-50% Anda seorang individu yang stabil dari aspek emosi
dan psikologi.

Tinggi 60-99% Menunjukkan individu bermasalah. Skor yang tinggi ini


selalunya dikaitkan dengan individu selalu berasa
rendah diri, bimbang, rasa bersalah, terhadap apa
yang dilakukan atau tidak percaya yang ia telah
mencapa sesuatu dengan jayanya.
Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70%
dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling
individu sementara individu yang mendapat skor
melebihi 70% dikatakan sangat memerlukan
kaunseling individu.
11. MENGAWAL

Tahap Skor Tafsiran


Rendah 1-40% Anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya
utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari,
akauntan, ahli biologi dan lain-lain

Sederhana 40-70% Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda


adalah di tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda adalah individu yang suka mengawal dan


memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin
daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang
berkaitan dengan kepemimpinan seperti pengurus,
pentadbir awam, peguam, pegawai tentera, ahli politik
daln lain-lain.
12. MENOLONG

Tahap Skor Tafsiran


Rendah 1-40% Anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang
lain. Lebih memfokus kepada diri sendiri.

Sederhana 40-70% Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpa ti,


kasih sayang, memberi bantuan, dan membuat kebaikan
dan kebajikan kepada orang lain.
13. SOKONGAN
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda tidak suka bergantung secara emosi kepada


orang lain.

Sederhana 40-70% Ciri-ciri sokongan anda adalah di tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan


mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk
trait personaliti menolong menunjukkan anda adlah
individu yang sangat mementingkan diri.
14. STRUKTUR

Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan
tidak berulang-ulang.

Sederhana 40-70% Ciri –ciri personaliti struktur anda berada di tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin dan


terperinci. Lebih gemarkan kerjaya yang memerlukan
kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
15. PENCAPAIAN
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu


kisah tentang peranan status dan kuasa dalam
kerjayanya.

Sederhana 40-70% Anda mempunyai tahap motivasi yang sederhana.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang sangat bermotivasi dan sukakan


persaingan dalam mencapai sesuatu matlamat.
16. PENIPUAN

Skor Tafsiran

50 – 99% Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung


untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan
itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai.
Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan
ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.
• Dapat mengenal pasti tret-tret personaliti diri kita dan
klien
• Dapat mengenal pasti potensi diri sendiri dan klien
• Dapat membantu klien mengenal diri
• Boleh digunakan untuk membantu organisasi
contohnya di sekolah, pelajar yang mendapat skor
tinggi untuk mengawal dan menolong boleh disaring
untuk menjadi pengawas.
• Boleh dijadikan alat untuk menyaring klien. Pelajar-
pelajar yang mendapat kritik-diri tinggi boleh dipanggil
untuk menjalani sesi kaunseling dan kebanyakan yang
telah dipanggil memang mempunyai masalah.
(Profesor Dr SIDEK MOHD NOAH)

This Photo by Unknown Author is


This Photo by Unknown Author is This Photo by Unknown Author licensed under CC BY-NC
licensed under CC BY-NC is licensed under CC BY-SA-NC
PENGENALAN TOKOH
Profesor Dr. Sidek Mohd Noah merupakan anak ketiga daripada lapan orang
adik beradik.

Beliau telah dilahirkan di Kg. Jorak Senawi, Tongkang Pechah, Batu Pahat,
Johor pada 19 November 1959.

Beliau telah mendapat pendidikan awak di Sek. Keb. Bukit Rahmat, SMR
Tongkang Pechah, Batu Pahat, SMS Johor Kluang.
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat diploma di Universiti
Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak (UPMCS), Semongok, Sarawak pada
1977. Setahun mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pertanian beliau
telah berjaya mendapat kenaikan khas untuk mengikuti program pengajian
Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM,
Serdang, Selangor dan bergraduat pada 1982.

Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat Master dalam bidang


Psikologi Kaunseling di Western Michigan University (WMU), Kalamazoo,
Michigan, USA dan tamat pengajian pada tahun 1986.
Pada 1996 beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Psikologi Kaunseling)
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Kerjaya beliau di UPM bermula sebagai Tutor (1983-1986) dan telah dilantik
menjadi Pensyarah (1986-2002), Profesor Madya (2002-2015) dan Profesor (2015-
sekarang).

Beliau telah menghabiskan selama 31 tahun daripada jangka hayatnya untuk


mengajar, menyelidik, membuat kerja pengembangan, perundingan,
penyeliaan dan penerbitan dalam bidang yang sangat dicintai oleh beliau iaitu
bidang Psikologi Kaunseling khususnya ujian Psikometrik dan Kaunseling Kerjaya

Dalam bidang Psikometrik beliau telah mencipta nama sebagai ahli Psikometrik
yang tersohor dan disegani. Beliau telah menghasilkan empat ujian psikometrik
secara persendirian iaitu IMKS, IPS, INPS dan IPW dan semua ujian ini mendapat
sambutan luar biasa dalam kalangan para kaunselor di Malaysia.
Gelatt (2962) dan Katz (1975) (dalam Zunker 1982) telah mengenal
pasti nilai sebagai salah satu daripada komponen yang penting dalm
membuat keputusan kerjaya.
Zunker (1982) pula menganggap bahawa pengukuran nilai adalah
bertindan dengan pengukuran minat dan personaliti. Oleh itu, pemilihan
jenis-jenis inventori untuk tujuan perkhidmatan bimbingan dan kerjaya
bergantung pada tujuan menggunakan keputusan ujian yang akan
diperoleh.
Menurur Zytowsky (dalam Pietrofesa, Leonard & Giroux 1975),
pembentukan beberpa inventori nilai pekerjaan adalah lebih nyata
untuk kegunaan kaunseling dan membuat ramalan berbanding tujuan
untuk menguji hipotesis yang berkaitan dengan tingkah laku pekerjaan.
Beberapa contoh inventori nilai pekerjaan yang biasa digunakan
termasuklah Hammond’s Occupational Attitude Rating
Scales (OARS), Steffire’s Vocational Values Inventory (VVI), Super’s Work
Values Inventory (WVI) dan Minnesota Importance Questionnaire (MIQ).
• Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS
adalah satu inventori yang digunakan untuk
mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh
seseorang individu.
• Kajian rintis yang dijalankan menghasilkan pekali
kebolehpercayaan alpha Cronbach .96 dan pekali kesahan
kandungan melalui pendekatan pakar bernilai .85
memperlihatkan bahawa alat ukuran ini mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan kandungan yang tinggi.
• Inventori nilai pekerjaan ini adalah inventori yang
mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat
Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan
Sangat Tidak Suka (STS).
• Gerak balas individu kepada item-item yang
terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat
menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu.
• Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur
6 kategori nilai pekerjaan iaitu konteks, hubungan,
fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri
daripada 21 nilai pekerjaan.
• Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I
: Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian II : Perbandingan
Nilai Pekerjaan.
21 NILAI PEKERJAAN YANG DIUKUR
KATEGORI GANJARAN
KATEGORI KONTEKS • KEUNTUNGAN KATEGORI CITARASA
• MANUSIA • PROMOSI • KEBUDAYAAN
• DATA • MASA LAPANG • AGAMA
• BENDA • PENGIKTIRAFAN
• SOKONGAN
• KESELAMATAN

KATEGORI HUBUNGAN KATEGORI MONOTONI


• PEMBANTU • KEPELBAGAIAN
• ALTRUISME KATEGORI FUNGSI • AKTIVITI
• PEMIMPIN • INTELEKTUAL
• AUTONOMI • KREATIF
• KEJAYAAN
• ORGANISASI
• Bilik yang kondusif iaitu tenang dan mempunyai semua kemudahan seperti kerusi,
meja, kipas angin atau penghawa dingin.

• Walau pun tiada masa khusus yang ditetapkan, umumnya masa yang digunakan untuk
menyelesaikan ujian INPS ialah antara 20 hingga 30 minit.

• Individu perlu menjawab dengan jujur iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya
dan bukan berdasarkan apa yang difikirkan baik atau orang kata baik.

• Klien atau individu yang mengambil ujian juga perlu diingatkan agar mengikuti segala

arahan yang terkandung di muka surat depan kertas ujian .


❖ INPS mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian I (Deskripsi
Pekerjaan) dan Bahagian II (Perbandingan Nilai Pekerjaan)

❖ Untuk Bahagian I, sila rujuk jawapan anda sama ada SS


(5), S (4), TP (3), TS (2) atau STS (1). Anda tidak perlu
membuat pengiraan tetapi hanya perlu memindahkan
jawapan anda ke helaian profil INPS

❖ Untuk Bahagian II, sila rujuk borang jawapan bahagian ini


dan kemudiannya merujuk panduan pengiraAn di layar
berikutnya. Markah yang anda peroleh melalui pengiraan ini
perlu dipindahkan kehelaian profil INPS untuk
melengkapkannya
Langkah-Langkah Untuk Memindahkan Skor :

1) Anda perlu menjawab inventori di bahagian A terlebih dahulu iaitu untuk


bahagian deskripsi pekerjaan dan anda juga perlu menjawab inventori di bahagian
B iaitu perbandingan pekerjaan. Arahan yang lengkap untuk menjawab kedua-
dua bahagian telah disediakan di bahagian atas borang INPS tersebut.

2) Setelah anda selesai menjawab dan menandakan skor di bahagian A dan di


bahagian B, anda dikehendaki untuk memindahkan skor yang diperoleh di borang
jawapan bahagian B ke dalam borang skor inventori INPS. Dalam proses
pemindahan skor tersebut anda haruslah berhati-hati dan perlu dilakukan dengan
penuh teliti supaya tidak berlaku kesilapan. Oleh itu, semasa pemindahan skor dari
bahagian B ke borang skor INPS, anda haruslah memindahkan skor satu persatu
dengan mengikut agen bagi setiap jenis pekerjaan. Sebagai contoh, bagi jenis
pekerjaan manusia, agen 5, skor yang diperoleh adalah 1. anda dikehendaki mengisi
skor setiap agen dengan mengikut jenis pekerjaan sehingga selesai.
3) Setelah selesai mengisi skor untuk 21 jenis nilai pekerjaan, anda dikehendaki
mengira jumlah skor yang diperoleh mengikut jenis pekerjaan. Namun, untuk
mengira jumlah skor, terdapat formula yang perlu digunakan dan di ingat.

JUMLAH SKOR = Jumlah Skor Yang Diperoleh - 4

Anda perlu mengira jumlah skor bagi 21 jenis nilai pekerjaan yang ada perolehi
sehingga selesai. Perlu diingat bahawa dalam pengiraan jumlah skor anda perlu
menggunakan formula di atas dan jumlah skor yang tertinggi yang boleh diperoleh
adalah 21. Jika anda memperoleh nilai skor yang lebih tinggi daripada skor tertinggi
yang telah dinyatakan, mungkin anda telah melakukan kesilapan semasa mengira
jumlah skor ataupun semasa anda memindahkan skor dari bahagian B ke borang
skor INPS.
• Setelah menyempurnakan langkah 3, anda dikehendaki untuk
mengisi borang profil INPS.
• Di borang ini, anda dikehendaki untuk memindahkan skor
yang diperoleh di bahagian A dan di borang skor INPS
seterusnya anda dikehendaki untuk membina graf daripada
skor yang telah diisi.
• Untuk mengisi skor di borang ini, anda dikehendaki untuk
memindahkan skor di bahagian A ke dalam kolum deskripsi
pekerjaan.
• Bagi borang skor INPS, anda perlu memindahkan jumlah skor
yang diperoleh bagi setiap jenis pekerjaan ke borang profil
INPS di bahagian kolum nilai pekerjaan.
Di kolum tersebut terdapat angka 1-21 yang terletak di bawah
jadual dan angka-angka tersebut telah dibahagikan mengikut
tahapnya seperti sangat rendah, rendah, sederhana rendah, sederhana,
sederhana tinggi, tinggi dan sangat tinggi.
Anda dikehendaki untuk menandakan jumlah skor yang telah anda
peroleh pada ruangan kolum yang disediakan mengikut angka yang
berkenaan.
Setelah selesai menandakan kesemua 21 jenis pekerjaan anda
dikehendaki untuk menyambung tanda tersebut dengan jenis
pekerjaan yang berkenaan dan juga angka yang terdapat di bawah
jadual.
Kesemua 21 tanda perlu disambung dengan menggunakan pembaris.
Setelah selesai membina graf, anda boleh meneruskan proses
menginteprestasi profil INPS.
PENGIRAAN SKOR PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN
BIL. NILAI PEKERJAAN N1 N2 N3 N4 N5 JUM. SKOR JUM. SKOR - 4
1 MANUSIA A5 A6 A12 A15 A16
2 DATA A1 A4 A5 A9 A21
3 BENDA A1 A2 A8 A10 A14
4 PEMBANTU A4 A12 A15 A16 A18
5 ALTRUISME A2 A6 A18 A19 A21
6 PEMIMPIN A6 A11 A12 A16 A19
7 AUTONOMI A2 A9 A15 A17 A20
8 INTELEKTUAL A3 A4 A9 A10 A15
9 KREATIF A1 A2 A3 A17 A20
10 KEJAYAAN A7 A13 A14 A18 A21
11 ORGANISASI A3 A7 A9 A13 A18
12 KEUNTUNGAN A2 A3 A8 A18 A19
13 PROMOSI A4 A9 A11 A13 A16
14 MASA LAPANG A5 A7 A8 A10 A17
15 PENGIKTIRAFAN A4 A6 A7 A16 A17
16 SOKONGAN A3 A11 A13 A14 A20
17 KESELAMATAN A1 A7 A13 A14 A15
18 KEBUDAYAAN A5 A12 A14 A19 A20
19 AGAMA A1 A8 A10 A11 A21
20 KEPELBAGAIAN A10 A17 A19 A20 A21
21 AKTIVITI A5 A6 A8 A11 A12
DEKSRIPSI NILAI SANGAT RENDAH SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA TINGGI SANGAT
PEKERJAAN PEKERJAAN RENDAH RENDAH TINGGI TINGGI

S. SUKA Manusia ************* ************* ************* ************* ************* ************* ************


T.PASTI Data ************* ************* *************
T.SUKA Benda ************* *************
T.PASTI Pembantu ************* ************* ******
S.SUKA Altruisme ************* ************* ************* ************* ************* ************* ******
SUKA Pemimpin ************* ************* ************* ************* *************
SUKA Autonomi ************* ************* ************* ************* ************* *******
S.SUKA Intelektual ************* ************* ************* ************* ************* ************* ******
T.PASTI Kreatif ************* ************* *************
SUKA Kejayaan ************* ************* ************* ************* ************* *************
T.PASTI Organisasi ************* ************* ************* ******
T.PASTI Keuntungan ************* ************* *************
T.PASTI Promosi ************* ************* ******
SUKA Masa Lapang ************* ************* ************* *************
T.PASTI Pengiktirafan ************* *************
T.SUKA Sokongan ************* *****
T.PASTI Keselamatan ************* ************* *************
SUKA Kebudayaan ************* ************* ************* ************* ******
SUKA Agama ************* ************* ************* *************
SUKA Kepelbagaian ************* ************* ************* ************* ************* *******
SUKA Aktiviti ************* ************* ************* ************* *************

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
• Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.

Umumnya, pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus

adalah kepada skor tertinggi dan skor terendah.

• Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana dan 1

hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting

kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan nilai bahawa nilai tersebut

adalah tidak penting kepada individu.

• Pentafsiran profil INPS yang diperolehi berhubung dengan nilai-nilai tersebut adalah

seperti berikut;
Deskripsi Pekerjaan

1. Manusia
Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada
aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan
digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain.
Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong,
mengajar, memberi khidmat kaunseling dan menasihat merupakan
aktiviti-aktiviti lain yang mungkin akan anda lakukan.

2. Data
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea
maklumat-maklumat, dan rekod-rekod. Anda mungkin dikehendaki mengumpul
maklumat-maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan
kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan
rumusan dari data-data yang ada mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis
ini. Minat anda yang mendalam untuk bermain-main dengan data memungkinkan
anda berjaya di dalam kerjaya ini.
3. Benda
Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek sama ada objek
kecil atau objek besar. Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan
menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-halusnya hinggalah
kepada operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama
manusia adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk,
merekacipta, membina dan memperbaiki benda-benda.

4. Pembantu
Pekerjaan ini memerlukan anda supaya bertanggungjawab ke atas
orang lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda
adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan ketua dan
memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda.
Anda juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah
dipersetujui. Kesediaan anda untuk diarah dari melakukan sesuatu
mengikut kehendak sendiri memungkinkan anda berjaya dalam kerjaya
jenis ini.
5. Altruisme
Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-
ciri yang penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda
dihabiskan dengan kerja-kerja
kebajikan. Anda mungkin dikehendaki membina perhubungan dengan
orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak
bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.

6. Pemimpin
Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki
memegang jawatan yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab
yang berat. Anda perlumemberitahu tentang apa yang perlu mereka
buat, mengarah, dan mengawal tingkah laku mereka. Anda juga
bertanggungjawab untuk membuat keputusan- keputusan penting
untuk kumpulan. Anda akan dianggap sebagai ketua yang
mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain
menghormati dan bertanggungjawab kepada anda.
7. Autonomi
Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting
di dalam pekerjaan jenis ini. Anda dengan bebas boleh pergi dan balik
dari tempat kerja sesuka hati. Anda juga bebas menjadual masa bekerja
dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam
membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada
kejayaan anda.

8. Intelektual
Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak
melibatkan fikiran demi mencari kebenaran dan menambah khazanah
ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah perlu, begitu
juga kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam
kerja-kerja yang melibatkan perkara-perkara abstrak dan teoritikal, anda
dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis dan mengabungkan
keterangan-keterangan.
9. Kreatif
Perkara jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan
persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai
untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulinan dan keaslian dalam rekacipta adalah
dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaran kerja. Kebolehan
untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara mempersembahkannya secara unik
dan tersendiri adalah suatu kemestian

10.Kejayaan
Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama
pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah
dikehendaki. Anda akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga
masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika anda mempunyai semangat dan
kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki oleh kebanyakan orang,
berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini.
11.Organisasi
Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah
kebolehan anda menyusun dan menyelenggara barang-barang di
bawah jagaan anda supaya kelihatan kemas dan teratur. Anda perlu
menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan
berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas
harian anda, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat
diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal dan
terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.
12. Keuntungan
Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi
kaya. Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang
memungkinkan anda berupaya memiliki barang-barang berkualiti
tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain
lagi. Walaupun kadang kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko,
tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang besar adalah
tinggi.
13. Promosi
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan
anda peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai
peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti.
Walaupun anda mungkin terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang
rendah, anda boleh meningkat dengan cepat di dalam sesebuah organisasi.

14. Masa Lapang


Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar
masa kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa
untuk bercuti. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda
juga berpeluang untuk meneruskan kegemaran, minat dan aktiviti-aktiviti harian
anda.
15.Pengiktirafan
Dalam pekerjaan jenis ini anda akan menjadi perhatian dan tumpuan
masyarakat umum. Anda akan dikenali dan dianggap penting oleh
sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah anda akan
dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang
anda lakukan adalah banyak. Kedudukan anda mempunyai
martabat yang tinggi dan dianggap penting oleh ahli masyarakat.

16.Sokongan
Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai seorang
pekerja dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih sayang dan
kebaikan. Ketua dan pembantu-pembantu anda amat memahami, bertimbang rasa
dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang
keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda juga biasanya ditawarkan bantuan jika
anda memerlukan.
17. Keselamatan
Pekerjaan jenis ini membolehkan anda merasa bebas dari kebimbangan,
kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Anda merasa selamat
dengan perubahan-perubahan semasa yang berlaku di sekeliling anda
kerana anda mengetahui anda dan keluarga anda kekal, stabil boleh
dijangkakan. Secara keseluruhannya, pendapatan anda tidak
dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

18. Kebudayaan
Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan
menikmati dan menghargai seni. Keupayaan anda untuk menghayati
bentuk, imbangan,kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu
benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin
dikehendaki mengumpulkan benda-benda yang seni, cantik dan
mempunyai erti. Anda juga dikehendaki supaya memperkembangkan
minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.
19.Agama
Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah anda mesti mempunyai
pengetahuan aras yang tinggi dan luas. Anda akan selalu terlibatdengan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk berdakwah mengajar, menjadi model dan
berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang
diberikan kepada anda

20. Kepelbagaian Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan


keadaan-keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan.
Anda mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan
dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa anda mungkin akan
dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang anda tidak biasa. Risiko sama
ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami
perubahan yang akan berlaku.
21. Aktiviti Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat
dan cinta kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Anda perlu mempunyai tahap
kecergasan yang tinggi.Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi
adalah satu kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda
yang berat, bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan.
Minat anda terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan
adalah perlu untuk kejayaan di dalam kerjaya ini.
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
BENDA BENDA, DATA
Realistik Investigatif

Conventional Artistik

DATA, BENDA, BENDA,


MANUSIA MANUSIA

Enterprising Sosial

MANUSIA, MANUSIA,
KEUNTUNGAN ALTRUISME
• Mengikut Model Heksagonal Holland, kita dapat kaitkan dapatan data dan
maklumat daripada INPS dengan dapatan dari Inventori Minat Kerjaya Sidek atau
SDS.
• Maklumat atau profil yang terbina daripada INPS ini boleh menentukan minat
kerjaya klien yag sebenar jika klien merasa keliru setelah mendapat kod 3 mata
Holland selepas menjawab Inventori Minat Kerjaya Sidek atau SDS. Ini dapat
membantu klien untuk memilih bidang pekerjaan yang sesuai mengikut nilai yang
diingini.

You might also like