You are on page 1of 15

多掌握一个语言 , 就有多一个机会

Inisiatif peranan guru untuk memupuk


perpaduan pelajar
Initiative of teacher’s role to foster students’
unity
作文 2: 开

作文 2 : 内容
1
作文 2 : 内容
2
作文 2: 内容 3
作文 2: 结尾
Karangan 2 : Pendahuluan
Perpaduan sangat signifikan kepada nusa dan bangsa kerana
perpaduan merupakan salah satu tunjang untuk menjaga kemakmuran dan
kesejahteraan masyarakat yang multietnik. Dalam situasi ini, guru ialah
seseorang yang insan untuk menyatupadukan murid kerana sekolah sebagai
rumah kedua sekali gus menjadi saluran terbaik untuk mengubah tingkah
laku murid. Hal ini bertepatan dengan pendapat seorang pakar motivasi
dari Amerika iaitu William Arthur Ward yang menyatakan bahawa guru
yang sederhana memberitahu, guru yang baik menjelaskan, guru yang
hebat menunjukkan cara dan guru yang agung menjadi inspirasi. Oleh itu,
guru sememangnya berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan murid
bertujuan mereka boleh jejak langkah segala perrbuatan dan tutur kata
guru.Tepuk dada, tanya selera. Persoalannya, apakah inisiatif peranan guru
untuk memupuk perpaduan pelajar ?
Karangan 2 : Isi 1
Berakar umbi daripada persoalan tersebut, seorang guru harus memberikan
dan menerapkan nilai perpaduan serta menerangkan kepentingan perpaduan
kepada murid tatkala mengajar dalam sesebuah subjek. Hal ini penting
kerana segala pelajar boleh mengetahui manfaat bersatu padu dan
mempunyai bersemangat antara satu sama lain. Sebagai analoginya ,
pelajar mampu mengetahui punca berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 tatkala mempelajari subjek sejarah. Natijahnya, kesilapan rakyat
tidak akan berlaku ibarat pisang berbuah kali yang membakar api
perkauman sehingga mengakibatkan silang sengketa antara satu lain.
Tuntasnya, guru bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu , malahan
menyuntikkan semangat perpaduan dalam kalangan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Bak kata cendekiawan, sambil menyelam
minum air.
Karangan 2: Isi 2
Lontaran idea seterusnya, (AJ) guru hendaklah memupuk /
membarakan semangat perpaduan melalui aktiviti kokurikulum. (AHI)
Melalui aktiviti ini, murid-murid pelbagai kaum berada dalam ruang yang
sama dan melakukan aktiviti bersama-sama. (AH2) Ketika aktiviti
kokurikulum dijalankan sama ada aktiviti kelab, badan beruniform ataupun
olahraga, murid saling membantu bagai aur dengan tebing untuk memastikan
segala program yang dirancang oleh guru mencapai matlamatnya/ sasarannya.
(AC) Sebagai contohnya, apabila mereka menyertai persatuan Bahasa
Melayu, mereka akan bermuafakat dalam kumpulan untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan oleh guru seperti mencipta pantun dan berforum. (Al)
Sikap saling membantu dan bertolak ansur ini akan memupuk perpaduan
dalam kalangan murid. (AP) Oleh hal yang demikian, melalui aktiviti
kokurikulum guru dapat membentuk perpaduan dengan mengakrabkan
hubungan silaturahim dalam kalangan muridnya.
Karangan 2 : Isi 3
Berdasarkan kewarasan minda, (AJ) guru juga berupaya memupuk
perpaduan melalui aktiviti ceramah motivasi. (AHI) Apabila murid
berbagai_x0002_bagai kaum mendengar ceramah, mereka akan duduk di
dewan bersama-sama. (AH2) Mereka dapat mendengar maklumat yang
disampaikan oleh penceramah. (AC) Sebagai contohnya, semasa mengikuti
ceramah berkaitan dengan kepentingan Rukun Negara, mereka akan
diterapkan dengan nilai_x0002_nilai murni seperti perpaduan, jati diri dan
semangat patriotik. (Al) Melalui cara ini, anak-anak muda ini akan menjadi
insan yang memiliki jati diri yang kental dan sanggup berkorban untuk
negara. (AP) Sudah terang lagi bersuluh ,bergelanggang di mata orang
banyak bahawa aktiviti ceramah berupaya
Karangan 2 : Penutup
Essay 2: Introduction
Essay 2 : Content 1
Essay 2 : Content 2
Essay 2 : Ending

You might also like