You are on page 1of 8

BAB 7 TADBIR URUS

NEGARA
SISTEM & STRUKTUR PENTADBIRAN

PERSEKUTUAN MALAYSIA

KERAJAAN PUSAT KERAJAAN NEGERI

KERAJAAN
TEMPATAN
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Hasil/Kutipan Kerajaan Persekutuan :
Cukai
langsung & Dividen oleh
Cukai tak Terimaan Petronas &
langsung bukan hasil royalty
petroleum

Hasil bukan
cukai
Hasil Wilayah
Persekutuan
YDPA

• Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa pentadbiran diperuntukkan di bawah Perkara 39

• Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi

kuasa ini dilaksanakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
PERDANA MENTERI
• Perdana Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri.

• Beliau ialah seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan
Rakyat.

• Warganegara melalui naturalisasi atau melalui pendaftaran (Perkara 17) tidak boleh dilantik
menjadi Perdana Menteri.

• Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka
Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan atau memohon 3Parlimen dibubarkan
oleh Yang di-Pertuan Agong.
JEMAAH MENTERI
• Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera
pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.
• Bertindak sebagai badan penasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam pelaksanaan
tugas-tugasnya.
• Jemaah Menteri biasanya membentuk jawatankuasa tetap dan sementara yang
melibatkan rakyat dalam melaksanakan tugas mereka.
• Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi boleh meletakkan jawatannya bila-bila
masa.
• Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan
Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
• Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
• Penasihat utama kerajaan tentang pentadbiran Persekutuan.
• Beliau merupakan pengerusi:
• Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan
• Mesyuarat Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
• Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
• Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IM)
• Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
Beliau juga merupakan setiausaha:
• Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Khas Jemaah Menteri
• Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri

You might also like