You are on page 1of 62

SAINS KEBAKARAN

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
• Memahami konsep kejadian kebakaran
• Mengetahui punca dan kemerebakan
kebakaran
• Menggunakan alat pemadam api dengan
betul dan selamat
KIMIA
KEBAKARAN
PENGENALAN
• Kimia kebakaran atau sains kebakaran
adalah satu matapelajaran yang
mengkaji berkenaan dengan asal-usul
sesuatu kebakaran,sifat-sifat api,punca-
punca kebakaran,kemerebakan
kebakaran serta tindakan yang harus
diambil bagi mengelakkan kebakaran
serta memadam kebakaran.
Sebelum anda melindungi harta dan nyawa
anda daripada kebakaran serta ingin
memadamkanya anda haruslah mengetahui
tentang kebakaran itu sendiri, kemerebakanya
dan media yang berkesan untuk memudahkan
anda memadam kebakaran.
APA ITU API?
Merupakan campuran daripada tiga unsur penting bagi
mewujudkan pembakaran iaitu :
•OKSIGEN – Sejenis gas yang membantu proses pembakaran.
Peratusan kandungan nya didalam udara ialah 16% – 21%.
• BAHANAPI – Merupakan bahan bakar samada pepejal,
cecair atau gas. Membebaskan gas apabila panas.
• HABA – Sejenis tenaga yang diperlukan semasa proses
pembakaran. Menaikkan suhu bahan api pada takat suhu
tertentu agar gas/wap mudah terbakar dapat dibebaskan keluar
daripada bahan api.
SEGI TIGA KEBAKARAN
• Kebakaran terjadi daripada tindak balas
Pengoksidaan ataupun tindakbalas kimia
yang pantas.Unsur-unsur yang terlibat di
dalam tindak balas itu adalah Bahan api,
Oksigen dan Haba.
• Kebakaran akan berlaku jika ketiga-tiga unsur
ini bergabung.Jika kurang salah satu
daripada unsur diatas maka kebakaran tidak
akan wujud/berlaku.
• Hasil daripada gabungan tindakbalas ini
maka satu teori kebakaran telah
diperkenalkan iaitu “Segitiga Kebakaran”
MAKSUD BAHANAPI
• Bahanapi ialah satu unsur di dalamnya
terkandung gas/wap mudah bakar dan jika
ingin membebaskannya ia perlu dipanaskan
terlebih dahulu ( haba diberikan ).
• Gas/wap mudahbakar ini akan mula
dibebaskan apabila suhu bahanapi itu
memcapai takat sambaran.
• Contoh bahanapi ialah petrol, kayu, kain dan
sebagainya
MAKSUD OKSIGEN
• Oksigen adalah sejenis gas yang membantu
proses kebakaran.Peratusan kandungan
oksigen yang diperlukan di dalam udara
semasa kebakaran adalah diantara 16 %
hingga 21 %.
• Apabila gas/wap mudahbakar ini bercampur
dengan oksigen tadi maka kebakaran akan
berlaku.
MAKSUD HABA
• Haba adalah sejenis tenaga yang
diperlukan semasa proses kebakaran
• Ianya diperlukan untuk menaikkan suhu
bahanapi itu kepada nilai tertentu
supaya gas/wap mudahbakar dapat
dibebaskan keluar daripada bahanapi
itu.
ASAP BERACUN
• Merupakan punca kematian yang
utama akibat kebakaran.
• Lebih cepat membunuh daripada api.
• Contoh terhidu gas kebakaran
semasa tidur.
• Karbon monoksida – gas beracun yang
mampu mengurangkan oksigen didalam
darah.
• Hidrogen sinida – kebakaran yang berpunca
daripada nylon, sutera atau plastik.
• Hidrogen klorida – gatal pada mata, tekak,
meningkatkan kadar pernafasan dan
mengaburkan mata.
• Karbon dioksida – kesukaran bernafas
menyebabkan peningkatan risiko terhidu gas
beracun yang lain.
TETRAHEDRON
KEBAKARAN
• Setelah api telah tercipta, komponen
keempat kemudian muncul iaitu reaksi
berantai kimia berurutan kompleks
(Chemical Chain Reaction).
• Api tidak akan tercipta apabila salah
satu komponen segitiga api (oksigen /
bahanapi / haba) hilang
• Api tidak akan dapat terus merebak /
membesar apabila salah satu
komponen tetrahedron (oksigen /
bahanapi / haba / reaksi kimia berantai)
hilang
KELAS-KELAS
API
PENGENALAN
• Pengkelasan kebakaran dilakukan
bertujuan memudahkan pemilihan
media pemadaman (air,gas ataupun
lain-lain) untuk memadam setiap kelas-
kelas api tadi.
KELAS A
• Kebakaran yang melibatkan bahan-
bahan pepejal yang mengandungi unsur
karbon di dalamnya.
• Contohnya seperti kayu, kertas, kain,
sampah-sarap dan sebagainya.
KELAS B
• Kebakaran yang melibatkan cecair
hidrokarbon ataupun cecair yang
mengandungi hydrogen karbon.
• Contohnya seperti Minyak Petrol,
Gasolin, Minyak tanah, Diesel, Minyak
masak dan lain -lain cecair mudah
bakar.
KELAS C
• Kebakaran yang melibatkan gas atau gas
cecair mudah terbakar,
• Gas ini apabila dicampurkan dengan oksigen
hanya memerlukan percikan api yang sedikit
sahaja untuk terbakar.
• Contoh bahan api Kelas C adalah seperti
Metana, Propana, Butana, Hidrogen, Amonia,
Acy ethlene, Monoksida dan gas lain yang
boleh terbakar.
KELAS D
• Kebakaran yang melibatkan bahan -
bahan jenis logam-logam.
• Biasanya kebakaran yang berlaku
adalah sangat Reaktif dan pantas serta
biasanya melibatkan letupan.
• Contoh logam adalah seperti Potassium,
Kalium, Sodium dan Magnesium.
KELAS E DAN F
• Kelas E - Kebakaran yang melibatkan
elektrik

• Kelas F - Kebakaran yang melibatkan


minyak masak
KEMEREBAKAN
KEBAKARAN
PUNCA-PUNCA
KEBAKARAN
• Punca-punca kebakaran terlalu banyak
untuk disenaraikan.Kebanyakan punca-
punca ini disebabkan oleh faktor
kemanusiaan,berlaku dengan sendiri
dan kemalangan yang tidak
disengajakan.
• Antara punca-punca tersebut adalah
seperti berikut.
1. Arsun/khianat
2. Elektrik
3. Rokok
4. Geseran
5. Kebakaran spontan
6. Semulajadi
7. Tindakbalas kimia dan lain-lain
FAKTOR KEMEREBAKAN
KEBAKARAN
• Apabila kebakaran berlaku biasanya api yang terjadi
akan cepat merebak samaada pantas atau perlahan.
• Antara faktor-faktor yang membantu proses
kemerebakan kebakaran ialah :-
(a)Permukaan bahan
(b)Kadar pemindahan haba
(c)Tiupan angin
(d)Suhu dan kelembapan udara
CARA KEMEREBAKAN
KEBAKARAN
• Kemerebakan kebakaran berlaku adalah
disebabkan pemindahan haba daripada panas ke
tempat sejuk.
• Pemindahan haba ini berlaku melalui 4 cara iaitu :-
(i) Pengaliran
(ii)Olakhaba
(iii)Bahangan
(iv)Terus menerus
PENGALIRAN
Kebakaran merebak

Haba mengalir

Tetulang besi & konkrit

Api bermula di sini


OLAKHABA Kebakaran
kedua

Udara Udara
panas sejuk
naik ke turun
atas kebawah

Kebakaran
bermula
BAHANGAN
Haba bergerak melalui sinaran atau
bahangan

Kebakaran Kebakaran
bermula merebak
TERUS MENERUS
• Kebakaran yang berlaku disebabkan kombinasi
pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara
sebelumnya.
• Jika api itu merebak ia akan merebak sehingga
keseluruhan bahanapi itu habis terbakar.
• Contohnya jika kertas terbakar itu akan terbakar
sehingga keseluruhanya habis.
• Proses yang berlaku adalah secara pengaliran.
• Contoh lain rumah panjang terbakar,
Rumah itu akan terbakar sehingga
keseluruhannya habis
KAEDAH
PEMADAMAN
KEBAKARAN
KAEDAH PEMADAMAN
• Cara pemadaman kebakaran yang salah akan
menyebabkan kesan yang lain seperti
kecederaan,kebakaran semakin membesar, letupan dan
pembaziran.
• Kebakaran wujud hasil daripada 3 unsur yang utama
iaitu haba,bahanapi dan oksigen. Teknik pemadaman
adalah untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur
tadi daripada saling bertindak balas.


Teknik-teknik pemadaman adalah seperti
berikut
(i) Melaparkan / Starvation
(ii) Melemaskan / Smoothering
(iii) Menyejukan / Cooling
MELAPARKAN /
STARVATION
Memadam kebakaran cara ini boleh dilakukan
melalui 3 cara :-
(i)Dengan memindahkan bahanapi yang belum
terbakar disekeliling kebakaran itu ketempat lain
(ii)Dengan memindahkan bahan yang terbakar
daripada bahanapi yang belum terbakar seperti
memindahkan sebuah tabung gas LPG yang
terbakar ketempat lain.
(iii) Dengan memecah atau menghancurkan
bahan api yang terbakar itu kepada bahan
api yang lebih kecil supaya ia mudah
dipadamkan, seperti memadamkan
kebakaran belukar kecil dengan
menggunakan pemukul api @ fire beater
MELEMASKAN /
SMOOTERING
Jika bekalan oksigen / udara dapat dikurangkan
daripada kebakaran maka ia akan padam. Proses
utama ini adalah menghalang kemasukan oksigen
kedasar api contohnya :-
(i)Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni
(ii)Menggunakan Alat pemadam api Jenis Buih
keatas kebakaran minyak, Buih akan berada
dibahagian atas dan menutup bekalan oksigen dan
menyekat pengeluaran gas/wap mudah bakar
(iii) Menyemburkan debu kering kepada
kebakaran selain itu unsur karbonat
menyerap haba kebakaran
(iv) Menutup pintu dan tingkap bilik
(v) Meletupkan kebakaran tangki minyak
MENYEJUKKAN / COOLING
Bahan api akan mengeluarkan Wap / gas mudah
bakar apabila suhunya mencapai takat
sambaran. Teknik menyejukkan adalah
memindah / menyerapkan keluar haba yang
dihasilkan daripada kebakaran.
Suhu kebakaran akan turun, seterusnya proses
mengeluarkan gas / wap mudahbakar
berkurangan.
JENIS-JENIS
ALAT PEMADAM
API
JENIS ALAT PEMADAM API
JENIS MUDAH ALIH
• DEBU KERING
• KARBON DIOKSIDA (CO2)
• AIR
• BUIH
• HALON
BAGAIMANA
MENGGUNAKAN ALAT
PEMADAM API?
P – PULL (CABUT PIN).

A – AIM (HALAKAN NOZLE


KE PANGKAL API (BASE).

S – SQUEEZE (TEKAN TUIL


(LEVER)

S – SWEEP (LAYANGKAN NOZLE KE KIRI


DAN KE KANAN)
Penempatan alat pemadam api di dalam bangunan
(PLACES FOR PORTABLE
FIRE EXTINGUISHER IN BUILDING)
1 .Hendaklah digantungkan / disangkut ke dinding
dengan jarak 1 meter dari paras lantai. (Hang to the
wall, 1 meter from the floor)
2. Tempat yang sering dilalui dan jalan keluar. (Hang
along passageway and exits)
3. Tempat yang tidak dihalang dan terlindung dari
pandangan. (Places where there’s no obstruction
and can be clearly seen)
4. Tempat yang berisiko tinggi berlakunya kebakaran
PROSUDER KESELAMATAN (SAFETY PROCEDURES )
Perkara yang perlu anda ketahui.
1. Mengetahui jenis kebakaran mengikut kelas-kelas
kebakaran A, B, C ,D,E dan F.(Knowing the classes of fire
A, B, C,D,E or F before extinguish the fire)
2.Menggunakan Alat Pemadam Api yang sesuai dengan
kelas kebakaran. (Using the suitable Portable Fire
Extinguisher according to the classes of fire).
3. Tahu cara menggunakan Alat Pemadam Api
(Knows how to use the Portable Fire
Extinguisher )
4. Mempastikan Alat Pemadam Api boleh berfungsi
sebelum memadam kebakaran.(Make sure the
Portable Fire Extinguisher is in working order before
attempting to put off the fire).
5. Sentiasa berhadapan dengan kebakaran. (Always face
the fire).
6. Memadam kebakaran secara berpasangan.
(Extinguish the fire in group / couple).
7. Mengikut arah angin jika memadam kebakaran dari luar
bangunan (Approach fire from upwind if putting off the
fire outside the building ).
8 Pastikan anda berada pada jarak yang selamat untuk
memulakan pancutan Alat Pemadam Api. (Make sure
you are in safety distance to begin putting off the fire).
9 Seberapa hampir dengan kebakaran untuk pemadaman
yang berkesan.(For an effective operation, get closer
to the fire).
10.Gunakan Alat Pemadam Api jika anda merasakan
selamat untuk berbuat demikian. (Use Extinguisher only
when it is safe to do so)
11.Jika api tidak dapat dikawal, keluar dari situ. (If fire is
out of control, leave immediately)
APA YANG ANDA PERLU
TAHU SEBELUM MEMBELI
ALAT PEMADAM API?
• PASTIKAN MENDAPAT MAKLUMAT YANG
LENGKAP DARIPADA PEMBEKAL MENGENAI
CARA PEMAKAIAN PEMASANGAN DAN
PENYELENGGARAAN
• HUBUNGI JBPM UNTUK MENDAPATKAN
KEPASTIAN
• PASTIKAN MEMPUNYAI TANDA SIRIM.
ALAT PEMADAM API ADALAH PENTING SEBAGAI
LANGKAH AWAL MENANGANI KEBAKARAN SEBELUM
IANYA MEREBAK. “INGATLAH (APA) AMAT PENTING
AGAR ANDA DAPAT MEMBUNUH API SEBELUM API
MEBUNUH ANDA”.
TERIMA KASIH

You might also like