You are on page 1of 19

MANUSIA DARIPADA

PERSPEKTIF ISLAM
■ Tauhid bermaksud manusia meletakkan Allah s.w.t. sebagai rujukan hidup sama ada
amalan yang menjurus kebaikan atau keburukan. Oleh itu, semua amalan buruk boleh
dihapuskan apabila manusia mengubah perbuatan tidak sihat kepada nilai murni melalui
pemantapan tauhid dan iman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks kehidupan manusia,
manusia yang mengutamakan tauhid memiliki kelebihan-kelebihan berikut :-

– Individu yang mempunyai halatuju dan matlamat yang jelas dalam hidup. Dia
mengetahui asal usulnya, apa yang harus dilakukan dan ke mana dia akan pergi
selepas kematiannya.
– Individu yang terkawal perilakunya. Dia akan merasa dirinya sentiasa
diperhatikan Allah swt kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt
– Individu yang bersifat amanah, jujur dan melakukan kerja dengan penuh itqan.
– Individu yang mempunyai ketenangan jiwa. Ini terhasil daripada kepercayaan
manusia kepada Allah swt yang menentukan segalanya
TAKWA
■ Takwa :terminologi yang boleh membebaskan seseorang individu
daripada perilaku maksiat
■ Individu yang bertakwa adalah seorang yang sentiasa menjaga
hati dan jiwanya supaya dekat dengan Allah
■ Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang
mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit
dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
■ Apabila bertakwa,perbuatan individu akan diiringi dengan ihsan –
mengerjakan ibadah dengan sempurna,memenuhi syarat dan
ikhlas dlm mengerjakannya.
KONSEP PENCIPTAAN MANUSIA
Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dan
sebaik-baik kejadian
■ Diciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepada ALLAH
■ Tujuan penciptaan manusia dimuka bumi ada TIGA iaitu :-
i.Beribadah kepada Allah
ii.Menjadi Khalifah Allah dimuka bumi
iii.Membangunkan bumi Allah
■ Ibadah kepada Allah Ta’ala merupakan tujuan utama kerana ia
menunjukkan bahawa manusia ini merupakan hamba Allah
dalam erti kata ibadah ini dijalankan sebagai tanda ketaatan
mutlak seorang hamba kepada penciptaNya dalam usaha
mengenal Pencipta iaitu Allah.
■ Manakala tanggungjawab sebagai khalifah Allah ialah manusia
yang diberikan pengetahuan yang mana perkara ini tidak
diberikan kepada makhluk ciptaanNya yang lain.Konsep
kekhalifahan manusia di dunia ini membawa maksud
menjalankan perintah Allah, mendirikan kebenaran dan
keadilan sebagaimana perintah Allah.
■ Tujuan ketiga penciptaan manusia iaitu memakmurkan bumi yang
merupakan bahagian atau tugas penting khalifah dan agama penting
untuk keberlangsungan hidup di akhirat kelak kerana hakikat dunia ini
sebagai ladang akhirat. Ketiga-tiga tujuan ini saling berkait di antara satu
sama lain dan seorang Mukmin yang sebenar akan dapat menjalankan
ketiga-tiganya dengan sempurna.
Imam al-Ghazali mengkategorikan EMPAT aspek yang penting untuk memahami manusia
iaitu unsur nafs,qalb,aql dan roh

ROH
Roh didefinisikan sebagai roh diciptakan dalam alam manusia dan ia diciptakan lebih awal
berbanding jasad. Hal ini kerana jasad terbentuk dalam kandungan sedangkan akal
mendahuluinya daripada sudut penciptaan. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang tidak
diketahui hakikatnya melainkan Allah.
Roh juga adalah sebahagian bukti kekuasaan Allah.Mengetahui hakikat roh bukanlah
tuntutan syara’, bahkan pengetahuan tentangnya akan datang secara anugerah setelah usaha
bersungguh-sungguh.
AKAL
■ Al-Ghazali menggambarkan akal adalah sebagai KETUA dalam sebuah kerajaan yang
diketuai oleh hati. Ia perlu berinteraksi dengan hati. Seandainya akal diletakkan di
bawah pengaruh syahwat dan kemarahan, ia akan merosakkan jiwa. Manusia diperintah
menghilangkan kejahilan dengan cahaya akal.
■ Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa interaksi antara akal dan nafsu menentukan akhlak
seseorang. Tatkala akal mendominasi syahwat, maka akan muncul amalan terpuji.
Sebaliknya, apabila syahwat yang mendominasi dan mengendalikan akal, maka hati pun
akan menuruti kehendak syahwat. Natijahnya muncul akhlak atau amal yang tidak baik
dari jasad tersebut.
NAFS
■ Dalam Kimiya’ al-Sa’adah, al-Ghazali menggunakan istilah syahwat
untuk menggambarkan nafsu. Berbeza dengan Ihya’, di dalamnya beliau
menghuraikan nafsu lebih terperinci beserta pembahagiannya. Syahwat
digambarkan sebagai penghalang manusia untuk benar-benar mengenal
dirinya dan sebagai penghalang untuk mengenal Allah.
■ Namun sifat syahawat adalah tidak boleh dibuang kerana ia adalah
pendorong manusia untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seperti
makan, minum, berkahwin. Al-Ghazali berpandangan, syahwat perlu
diletakkan di bawah kawalan akal agar ia tidak merosakkan jiwa.
■ Nafsu Ammarah : peringkat ini adalah selalu terdedah kepada godaan hawa nafsu dan
syaitan. Oleh itu Nafsu Ammarah ini sentiasa menyuruh seseorang itu untuk berbuat
kejahatan sama ada dia tahu perbuatan itu jahat ataupun tidak. Baik ataupun jahat sama
saja baginya di sisi perasaan hatinya. Dia tidak merasa duka ataupun menyesal di atas
perbuatan jahatnya, malah kadang-kadang sebaliknya iaitu apabila dia berbuat kejahatan
maka terdapat pula perasaan lega dan bangga atas perbuatannya. Individu yang
mempunyai nafsu amarah ini tidak takut akan dosa serta mudah menzahirkan sifat
tercelanya.
■ Nafsu Lawwamah ini ialah Nafsu yang selalu mengkritik dirinya sendiri atau mencela
dirinya sendiri apabila dia melakukan kejahatan atau sesuatu dosa. Individu yang
mempunyai nafsu lauwamah ini tahu dan menyesali akan dosa yang dilakukan, namun
imannya masih sukar untuk menolak perbuatan kejinya. Orang yang di peringkat ini
sudah ada kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala,
dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh melakukan kejahatan dia
resah tidak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan
kejahatan.
■ Nafsu Mulhamah ialah nafsu kedudukanya tidak tetap,iaitu apabila hendak berbuat amal
kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan
kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan
kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan
mengenangkan nikmat di syurga. Kerana itu perlu belajar tentang syurga dan neraka, ia
dapat membantu orang yang bernafsu mulhamah ini bermujahadah.
■ Nafsu muthmainnah Iaitu bila dia buat amal kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan
puas. Selalu rasa rindu nak buat kebajikan, mereka senantiasa menunggu waktu untuk
beribadah kepada Allah. . Sentiasa rasa cemas dengan maksiat dan cuba cegah habis-
habisan. Mereka yang mencapai muthmainnah ini, ia akan bersabar dengan ujian dari
Allah kepada dirinya.
HATI
Hati memainkan peranan yang sangat utama dalam diri seseorang manusia.
Baginda saw mengingatkan pada kita bahawa hati amat berperanan dalam menentukan kebaikan
dan kejahatan seseorang individu.

Sabda Rasulullah saw :Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daging
tersebut baiklah keseluruhan anggota badannya. Namun jika seandainya daging tersebut rosak
maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati.
SIFAT MANUSIA
“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Al-Maarij Ayat 20)
■ Ayat ini menjelaskan bahawa sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat
suka untuk gelisah dan berkeluh kesah. Keluh kesah boleh diertikan
dengan melahirkan rasa sedih kerana menderita akan sesuatu. Manusia
cenderung untuk berkeluh kesah apabila ditimpa dengan ujian
kemiskinan, penyakit ataupun hilangnya benda benda yang dicintainya
misalnya kehilangan harta, kehilangan anak serta keluarga, tidak bersabar
dan juga tidak menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka. Manusia
sepatutnya menganggap ujian yang diberikan oleh Allah ialah sebagai
peningkatan darjat mahupun juga sebagai penghapus dosa.
■ Sifat tercela manusia yang dinyatakan dalam al-Quran ialah tergopoh-gapah apabila
terkena musibah dan bakhil kedekut apabila menerima nikmat (M’arij: 19-21) serta
berputus asa ketika mengalami musibah. Apabila mendapat nikmat mereka gembira dan
apabila musibah melanda mereka berputus asa daripada rahmat Allah SWT.
■ Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila Kami beri
manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa
daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah
dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (al-Rum: 36).
■ Manusia bersifat lemah :dijelaskan dalam ayat al-Quran sifat lemah yang ada pada
manusia merupakan salah satu keadaan yang berlaku pada klien dalam sesi kaunseling.
Ia memerlukan bantuan daripada kaunselor untuk membantunya mendapat klien celik
akal seterusnya dapat memastikan kehidupan klien mencapai tahap sejahtera.
■ Dan telah diciptakan manusia dalam keadaan lemah (al-Nisa’: 28).
PANDANGAN MANUSIA MENURUT TEORI
KAUNSELING
TEORI REALITI

■ Manusia dilahirkan dengan 5 keperluan asas hidup-pendorong kpd tingkah laku.Cthnya


keseronokan diperlukan olh smua orang ttp ada org yang memerlukan keseronokan yg
lbih dr individu lain
■ Apabila keperluan dipenuhi-seseorang akan berasa puas hati dan merasa bahagia
■ Keperluan tersebut ialah :
a. Kehidupan dan keperluan utk terus hidup
b. Kasih sayang dan saling memiliki
c. Kuasa dan pencapaian
d. Kebebasan
e. keseronokan
TEORI ADLER

– Punyai pilihan dan tanggung jawab


– menentukan makna kehidupan
– berusaha mencapai kejayaan dan kesempurnaan.
– Punyai perasaan inferior

TEORI PEMUSATAN KLIEN


Manusia bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai keupayaan hala tuju yang baik dan
boleh berkembang secara positif ke arah mencapai self actualization
■Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud prasaan mempercayai,
saling menghormati
■Menolak anggapan manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran dan
hidupnya diuruskan olh orang lain
KESIMPULAN
■ Manusia daripada perspektif Islam dilihat dari aspek spiritual dan juga sifat manusia
yang merujuk daripada al-Quran. Ia sangat penting untuk kaunselor lebih memahami
dengan mendalam dan seterusnya membantu klien dalam proses kaunseling.

You might also like