You are on page 1of 47

SEJARAH TINGKATAN 5

BAB 3:
RAJA BERPERLEMBAGAAN
DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BAB 3: RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Keunikan Amalan Demokrasi Latar Belakang Pemerintahan Beraja
Berparlimen di Negara Kita dan Demokrasi Berparlimen
 Gabungan Unsur Tradisional dan  Pemerintahan Beraja Kesultanan
Moden dalam Pentadbiran Melayu Melaka (KMM)
 Mekanisme Semak dan Imbang  Sebelum Perang Dunia Kedua
dalam Pentadbiran  Semasa Pendudukan Jepun
 Kuasa Budi Bicara Raja  Selepas Perang Dunia Kedua
 Kerjasama Politik  Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen Selepas Merdeka

05
Amalan Demokrasi
dan Pengasingan Kuasa 04 01
Sejarah dan Kedudukan
 Amalan Pilihan Raya
Institusi Majlis Raja-Raja
 Kebebasan Asasi 03
 Pengasingan Kuasa
02  Pembentukan Durbar NNMB
 Majlis Sultan-Sultan Semasa
dalam Pemerintahan
Malayan Union
 Majlis Raja-Raja Semasa PTM 1948
 Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka
 Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam
Yang di-Pertuan Agong Perlembagaan Persekutuan
(YDPA) dan Raja dalam
Perlembagaan
Persekutuan
 Institusi YDPA
 Kedudukan YDPA
 Kuasa YDPA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2
3.1
LATAR BELAKANG
PEMERINTAHAN BERAJA
DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN
Pada akhir pembelajaran, murid akan
dapat:

Memerihalkan latar belakang


sistem pemerintahan beraja dan
Demokrasi Berparlimen

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 3


PENGENALAN

Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang be-

01 rakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan


Melayu. Raja memerintah dengan kuasa yang
penuh dan berdaulat

02
Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku
selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh
British dan Jepun

03 Walau bagaimanapun, pemerintahan beraja


tidak terhapus

04
Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan
peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja
Berperlembagaan seiring dengan konsep
Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan ne-
gara kita pada hari ini

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 4


PEMERINTAHAN BERAJA KMM
RAJA BERKUASA
MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU
KMM mengamalkan dianggap sebagai sumber
pemerintahan beraja KONSEP ISLAM undang-undang, ketua
berkuasa mutlak. Raja pemerintahan kesultanan ini kerajaan dan ketua agama
memegang semua kuasa diperkukuh dengan konsep yang bertanggungjawab
pemerintahan termasuk Islam. Konsep ini sekali gus mempertahankan adat dan
kuasa pentadbiran, menjadikan raja sebagai struktur masyarakat dalam
perundangan dan ketua agama Islam kerajaan Melayu
kehakiman

01 02 03 04 05 06

UNDANG-UNDANG PEMERINTAHAN KMM KEABSAHAN


iaitu Hukum Kanun Melaka BERPENGARUH BESAR bagi semua tindakan
dan Undang-Undang Laut membina tradisi dan adat terletak pada kedaulatan
Melaka membuktikan istiadat yang diwarisi oleh Raja-raja Melayu
kehidupan bernegara dan kesultanan Melayu selepasnya
ciri sistem berperlembagaan sama ada yang mempunyai
terserlah pada zaman KMM pertalian dengan KMM dari
segi keturunan dan bekas
negeri naungan atau jajahan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 5


KESULTANAN MELAYU SELEPAS KMM
LEGASI KMM
diteruskan secara langsung
oleh Kesultanan Johor Riau,
Pahang dan Perak
01 KESINAMBUNGAN
KESULTANAN JOHOR RIAU
Kesultanan Terengganu dan Selangor
merupakan kesinambungan daripada
Kesultanan Johor Riau

KERAJAAN TERAWAL 04 02
Kesultanan Kedah merupakan kerajaan
terawal yang diasaskan di negara kita.
Kesultanan ini mengakui pertuanan KMM

03
KERAJAAN SELEPAS
KMM BERAKHIR
Kesultanan Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis diasaskan setelah berakhirnya KMM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 6


SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Semasa peluasan pengaruh British,
Penggubalan undang-undang tersebut pemerintahan beraja menjadi
berkait rapat dengan usaha raja, pembesar penghalang yang menyukarkan British
dan rakyat untuk menghalang peluasan 07 01 melakukan penjajahan di negeri Melayu
pengaruh British dan mengekalkan
kedaulatan negeri

Penggubalan Undang-Undang
British sekadar berupaya
Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan
memperkenalkan Sistem
Undang-Undang Bagi Diri 06 02 Residen di NNMB dan Sistem
Kerajaan Terengganu 1911
Penasihat di NNMTB
serlahkan ciri pemerintahan Raja
Berperlembagaan dalam
Kesultanan Johor dan Terengganu

Bagi NNMTB, kedudukan raja lebih


kukuh. British tempatkan Penasihat 05 03 Raja-raja Melayu memerintah dengan
British namun pentadbiran negeri 04 campur tangan British dalam pentadbiran
tetap dilaksanakan oleh pembesar tempatan yang dimeterai melalui
yang dilantik oleh raja perjanjian atau surat perisytiharan
Bagi NNMB, British ambil alih pentadbiran pada
daripada Raja-raja Melayu
peringkat pembesar negeri. Raja-raja Melayu kekal
sebagai pemerintah berdaulat, walaupun dikehendaki
menerima nasihat daripada pegawai British yang
dilantik sebagai Residen BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 7
RUMUSANNYA

Negeri Melayu hanya menjadi


negeri naungan British
04

Perjanjian antara Raja-raja Melayu 03 01 Kebijaksanaan diplomasi Raja-raja


dengan British sebelum Perang Dunia Melayu membolehkan pemerintahan
Kedua tidak memindahkan kedaulatan beraja dipertahankan
negeri Melayu kepada British

02
Raja sebagai ketua negeri yang mengesahkan
undang-undang membuktikan kedaulatan raja
dalam struktur pentadbiran negeri Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 8


SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal


1. ehwal agama Islam

2. Raja-raja Melayu juga memperoleh pendapatan


seperti sebelum Perang Dunia Kedua

Pengiktirafan tersebut diisytiharkan semasa persidangan


3. Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah
tentera Jepun di Singapura pada bulan Januari 1943

4. Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing


diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun di
Tanah Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 9


SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Pemerintahan beraja menerima cabaran apabila


Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946
Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri
kerana kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England

British memerintah Malayan Union secara langsung


melalui Gabenor yang dilantik oleh kerajaan British

Kesepakatan Raja-raja Melayu menentang Malayan


Union dengan sokongan orang Melayu menyebabkan
British menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948)

Kedaulatan Raja-raja Melayu yang diwarisi daripada KMM


dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua
melalui Perjanjian PTM 1948

Undang-Undang Tubuh digubal oleh Raja-raja Melayu bagi negeri


masing-masing dan diguna pakai sehingga hari ini mengangkat
Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 10


SELEPAS MERDEKA

MULA TAMAT
Sementara itu, rakyat
Kemerdekaan Tanah
diberi hak memilih
Melayu pada tahun 02 wakil mereka melalui
1957 diperoleh
pilihan raya untuk
melalui perundingan
membentuk kerajaan
dan persetujuan
Raja-raja Melayu Jawatan YDPA
diwujudkan sebagai
Ketua Utama Negara.
Pemerintahan beraja Kedudukan, kuasa dan Ciri Raja
diteruskan dalam tugas YDPA termaktub Berperlembagaan dan
Perlembagaan dalam Perlembagaan Demokrasi Berparlimen
Persekutuan dan Persekutuan dalam Perlembagaan
beberapa Persekutuan
pindaan dibuat supaya mengiktiraf raja
sesuai dengan konsep sebagai pemerintah
demokrasi tertinggi negara

01 03

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 11


KESIMPULANNYA

1 4

Pemerintahan beraja merupakan


kesinambungan sejarah dan Sistem tersebut mesti dipertahankan
warisan negara yang kekal per- sebagai tonggak kestabilan dan teras
anannya sehingga hari ini perpaduan untuk kemakmuran negara

2 3

Pemerintahan beraja menjadi punca Pembinaan negara bangsa menuju


dan identiti kedaulatan negara Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen merupakan proses yang
bersandarkan muafakat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 12


3.2
SEJARAH DAN
KEDUDUKAN INSTITUSI
MAJLIS RAJA-RAJA

Pada akhir pembelajaran, murid akan


dapat:

Menerangkan sejarah dan


kedudukan institusi Majlis Raja-Raja

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 13


PEMBENTUKAN DURBAR NNMB

Durbar dibentuk pada tahun 1897


seiring dengan penubuhan NNMB
PENGENALAN
• Majlis Raja-Raja yang
bermula dengan Durbar dalam negeri-negeri ini berperanan
pembentukan Durbar sebagai sebuah majlis persidangan bagi
Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor,
merupakan sebahagian
Pahang dan Negeri Sembilan untuk
daripada institusi Raja membincangkan hal ehwal pentadbiran
Berperlembagaan di Kerajaan Persekutuan dengan pihak British 
negara kita
• Majlis Raja-Raja
mempunyai kedudukan Durbar membawa maksud perjumpaan
dan peranan dalam atau persidangan umum yang diadakan
pemerintahan negara oleh Raja Melayu dengan British
berdasarkan
Perlembagaan Keahlian Durbar NNMB
Persekutuan Durbar dipengerusikan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British. Ahlinya terdiri daripada:
• Raja-raja Melayu (Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang)
• Residen British di NNMB
• Setiausaha NNMB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 14


MAJLIS SULTAN-SULTAN SEMASA MALAYAN UNION
Antara fungsi Majlis Sultan-Sultan
Perlembagaan Malayan Union 1946
termasuklah membincangkan undang- 04 01 memperuntukkan penubuhan Majlis
undang berkaitan dengan agama Islam dan
Sultan-Sultan (The Council of Sultans)
menasihati Gabenor tentang perkara yang
dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu

Majlis tersebut tidak pernah 05 02 Di bawah The Malayan Union


diwujudkan dalam tempoh Malayan Order in Council 1946, Majlis
Union kerana Raja-raja Melayu Sultan-Sultan dipengerusikan
menentang pelaksanaan Malayan oleh Gabenor Malayan Union
Union

06 03

Keanggotaan Majlis Sultan-Sultan Ahli majlis terdiri daripada 9 orang Raja


Malayan Union Melayu dan 3 pegawai kanan British 
• Gabenor Malayan Union (Pengerusi)
    • 9 orang Raja Melayu
• Ketua Setiausaha Malayan Union,
Penasihat Undang-undang dan
Setiausaha Kewangan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 15
MAJLIS RAJA-RAJA SEMASA PTM 1948
03 04
Majlis Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Persidangan Majlis Raja-Raja perlu disertai
Raja-raja Melayu. Pengerusi mesyuarat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
ditentukan oleh Raja-raja Melayu dalam untuk memeterai keputusan persidangan
kalangan 9 orang Raja Melayu

02 05
Berdasarkan Perjanjian PTM 1948, Majlis Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa
Raja-Raja menjadi institusi yang dilengkapi untuk mendapat penerangan daripada
dengan kuasa dan sekretariat, sesuai dengan Pesuruhjaya Tinggi British tentang
kedudukan dan peranannya penggubalan undang-undang dan
dasar Kerajaan Persekutuan

01
Majlis Raja-Raja ditubuhkan
secara rasmi pada tahun 1948
apabila PTM 1948 dibentuk
menggantikan Malayan Union

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 16


MAJLIS RAJA-RAJA SELEPAS MERDEKA

Selepas PTM 1948 mencapai


Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
dalam mesyuarat khas melibatkan peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan,
institusi beraja seperti pemilihan YDPA 04 01 namun keanggotaannya mengalami
dan Timbalan YDPA perubahan 

Selepas Persekutuan Malaysia dibentuk


pada tahun 1963, Yang di-Pertua Negeri 03 02
Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau
Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli
Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 17


MOHOR BESAR RAJA-RAJA Tahukah anda?
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada
31 Ogos 1948 bersetuju menerima
corak pada Mohor Besar Raja-Raja
yang digunakan sehingga hari ini 

04
Mohor ini disimpan oleh
Penyimpan Mohor Besar
03
Raja-Raja yang juga
Permukaan Mohor Besar
merupakan Setiausaha
Raja-Raja mengandungi jata
Mohor Besar Raja-Raja Majlis Raja-Raja
kerajaan 9 Negeri Melayu
melambangkan Dokumen rasmi yang serta tertulis perkataan
kekuasaan dan dikeluarkan oleh Majlis “Mohor Besar Raja-Raja
kedaulatan Raja-raja Raja-Raja diturunkan Negeri Melayu” dalam tulisan
Melayu dengan cap Mohor Besar Jawi
02 diikuti dengan tandatangan
Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja

01
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 18
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, Majlis Raja-Raja mempunyai
kuasa dan fungsi dalam sistem Raja
Berperlembagaan. Majlis Raja-Raja boleh
bertindak menggunakan budi bicara bagi
melaksanakan fungsinya

01 MemilihYDPA dan
Timbalan YDPA
Bersetuju atau tidak bersetuju
02 sebarang undang-undang yang
Memberikan nasihat
memerlukan persetujuan Majlis FUNGSI
Raja-Raja
03 berkaitan dengan MAJLIS
pelantikan jawatan tertentu Menjadi rujukan dalam perubahan
dasar berhubung dengan RAJA-RAJA
04 kedudukan istimewa orang Melayu,
Menjadi Lembaga  bumiputera di Sarawak dan Sabah
05 Pengampunan bagi dan kepentingan sah kaum lain
kes-kes tertentu
Memperkenankan perubahan
06 persempadanan negeri setelah
mendapat perkenan raja negeri
Memperkenankan pindaan berkenaan
07 perlembagaan bagi
perkara-perkara tertentu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 19
KESIMPULANNYA

MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN INSTITUSI


BERAJA DI MALAYSIA
• Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis   Raja-
Raja melaksanakan peranan sebagai pengimbang dalam sistem
demokrasi melalui dua cara, iaitu: 
hak untuk dirundingi dalam beberapa pelantikan penting
hak untuk membincangkan hal berhubung dengan dasar negara
• Kita sewajarnya menghargai peranan Majlis Raja-Raja dalam
memakmurkan negara
• Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dengan institusi ini
kerana tidak wujud institusi sepertinya pada hari ini di negara lain

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 20


APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA

Mengapakah Majlis Raja-Raja


dalam PTM 1948 menjadi institusi
khas untuk Raja-raja Melayu?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 21


AMALAN PILIHAN RAYA
PENGENALAN
Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara. Ciri demokrasi seperti amalan pilihan raya, jaminan kepada kebebasan asasi
serta pembahagian kuasa pada peringkat persekutuan dan negeri dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan

PILIHAN RAYA

• Pilihan raya ialah elemen


penting yang menandakan
wujudnya amalan
demokrasi di negara kita
• Pada asasnya, pilihan raya TANGGUNGJAWAB RAKYAT
umum diadakan dalam
tempoh lima tahun • Sebagai rakyat dalam sebuah
• Pilihan raya diadakan sejak negara demokrasi, kita sewajarnya
negara kita mencapai memahami kepentingan pilihan raya
kemerdekaan yang memberikan mandat untuk
membuktikan amalan membentuk kerajaan
demokrasi dilaksanakan di • Warganegara yang layak mengundi
Malaysia sehingga hari ini perlu menunaikan hak dan
tanggungjawab melalui pilihan raya
untuk memilih pemimpin berwibawa
bagi mencorakkan pemerintahan
demi kemakmuran negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 22


KEBEBASAN ASASI
KEBEBASAN BERAGAMA KEBEBASAN ASASI
ATAU HAK ASASI
Islam ialah agama Persekutuan. merupakan hak yang dimiliki oleh
Penganut agama lain boleh seseorang individu di sisi
mengamalkan agama masing-masing undang-undang
04 01

05
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
HAK BERKENAAN menggariskan perkara tentang
DENGAN PENDIDIKAN kebebasan asasi seperti kebebasan diri,
tidak boleh ada diskriminasi kebebasan beragama, hak berkenaan
terhadap warganegara atas dengan pendidikan serta kebebasan
alasan agama, ras, keturunan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
atau tempat lahir    
02
KEBEBASAN BERSUARA,
BERHIMPUN DAN
BERPERSATUAN KEBEBASAN DIRI
setiap warganegara berhak 06 03 tiada seorang pun boleh diambil
kepada kebebasan bersuara, nyawanya atau dilucutkan
berhimpun secara aman dan kebebasan dirinya kecuali mengikut
membentuk persatuan undang-undang

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 23


KEBEBASAN ASASI

Kebebasan bersuara termasuklah kebebasan media


01 yang dikawal oleh Akta Hasutan 1948 serta Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984
KEBEBASAN ASASI Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
• Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam
merupakan institusi Hak Asasi Kebangsaan yang di-
perlembagaan tidak bersifat mutlak, tetapi tertakluk
pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang
02 tubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manu-
sia Malaysia 1999, Akta 597
yang digubal oleh Parlimen Malaysia
• Sekatan tersebut bertujuan memastikan
ketenteraman dan kesejahteraan awam terjamin
dalam masyarakat yang demokratik 03 SUHAKAM berperanan bagi mempromosikan dan
melindungi hak asasi semua orang di negara ini

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 24


PENGASINGAN KUASA DALAM PEMERINTAHAN

PENGASINGAN
KUASA
diamalkan sejak negara mencapai
kemerdekaan hingga hari ini. Kuasa badan
tersebut ditentukan oleh Perlembagaan
Persekutuan. YDPA sebagai Ketua Utama
Negara merupakan punca kuasa kepada
ketiga-tiga badan iaitu:

01 badan perundangan (legislatif)


02 badan eksekutif (pelaksana)
03 badan kehakiman (judisiari)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 25


Badan perundangan berfungsi menggubal undang-undang. Badan
BADAN PERUNDANGAN perundangan pada peringkat Kerajaan Persekutuan ialah
Parlimen. Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Negeri
pula ialah Dewan Undangan Negeri (DUN)

DEWAN UNDANGAN
PARLIMEN YDPA Dewan Negara atau Senat
Salah satu komponen • Dewan tertinggi dalam sistem pe-
NEGERI (DUN)
• Parlimen ialah badan dalam badan rundangan negara.
perundangan. • Di Malaysia, terdapat DUN di
perundangan tertinggi di Malaysia • Membahaskan rang undang-undang

• Parlimen terdiri daripada tiga


yang diluluskan oleh Dewan Rakyat setiap negeri kecuali bagi
dengan lebih teliti.
Wilayah Persekutuan Kuala
komponen, iaitu YDPA, Dewan
Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Rakyat dan Dewan Negara 
• Ketiga-tiga wilayah tersebut
• Parlimen merupakan lambang
hanya mempunyai ahli
demokrasi dan mencerminkan
Parlimen
aspirasi rakyat melalui perwakilan
• Dewan ini terdiri daripada
yang dipilih
• Parlimen berkuasa menggubal Sultan atau Yang di-Pertua
Negeri selaku ketua negeri,
undang-undang
• Parlimen juga boleh membuat Speaker Dewan dan Ahli
Dewan Rakyat atau Perwakilan
Dewan Undangan Negeri
pindaan undang-undang • Dewan yang ahlinya dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya. (ADUN) yang dipilih melalui
Persekutuan sedia ada, • Menggubal dan meluluskan undang-undang
pilihan raya peringkat negeri
menyemak dasar kerajaan, pada peringkat Dewan Rakyat.
• DUN berfungsi untuk
meluluskan perbelanjaan
Ilustrasi bangunan Parlimen menunjukkan menggubal undang-undang
kerajaan dan sistem cukai yang lokasi Dewan Negara dan Dewan Rakyat bagi negeri masing-masing
baharu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 26
Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif
BADAN EKSEKUTIF mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan
Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat
Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Anggota Jemaah Menteri berpegang pada
prinsip tanggungjawab bersama secara kolektif
kepada Parlimen. Setiap menteri mesti
mempertahankan keputusan yang dibuat oleh
Jemaah Menteri
Sekiranya seseorang
Perdana Menteri mengetuai Jemaah
Menteri, memimpin kerajaan dan
05 06
menteri tidak bersetuju
dengan dasar
kerajaan, beliau
menjalankan pentadbiran pada
hendaklah meletakkan
peringkat Kerajaan Persekutuan
jawatan sebagai ahli
03 Jemaah Menteri

04 Menteri mengetuai kementerian untuk


melaksanakan dasar kerajaan yang
01 diputuskan oleh Jemaah Menteri

Jemaah Menteri terdiri daripada


Perdana Menteri dan menteri
02 Tugas utama Jemaah
Menteri menggubal dasar
seperti Menteri Kewangan, Menteri negara dan melaksanakan
Pendidikan dan Menteri Kesihatan pembangunan

JEMAAH MENTERI (KABINET) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 27


Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif
BADAN EKSEKUTIF mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan
Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat
Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Pada peringkat negeri, kuasa eksekutif terletak


pada Sultan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri

01

Bagi negeri di Semenanjung Malaysia,


Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh
oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri 03 02 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau
.
EXCO (Executive Council). Di Sarawak
dan Sabah, badan eksekutif negeri
dikenali sebagai Kabinet Negeri

MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 28


Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif
BADAN EKSEKUTIF mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan
Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat
Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Pada abad ke-19, Sultan Muhammad II membentuk Sistem


01 Jemaah Menteri bagi melicinkan pemerintahan Kesultanan
Melayu Kelantan

SISTEM JEMAAH
02 8 badan Jemaah Menteri ditubuhkan dan setiap satunya
dianggotai oleh 4 orang pembesar
MENTERI
KESULTANAN
MELAYU Jemaah Menteri tersebut terdiri daripada:
KELANTAN Jemaah Penasihat Raja
03 Jemaah Menteri Istana
Jemaah Menteri Keadilan
dan Kehakiman
Jemaah Menteri Dalam Negeri
Jemaah Menteri Luar
Jemaah Menteri Perbendaharaan
Jemaah Menteri Peperangan
Jemaah Menteri Pentadbiran
dan Pengimarahan Negeri 29
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BADAN KEHAKIMAN Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan
melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan
Persekutuan

Selain itu, terdapat mahkamah


pada peringkat negeri, iaitu Mahkamah
Syariah serta Mahkamah Anak Negeri di
Sarawak dan Sabah
06 01 Badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim
Negara. Kuasa badan kehakiman dilaksanakan
oleh mahkamah
Fungsi badan kehakiman
bergantung pada status mahkamah
yang terdiri daripada Mahkamah
Hakim dilantik untuk memastikan sistem
05

02
Atasan dan Mahkamah Bawahan
kehakiman dan keadilan ditegakkan
serta Mahkamah Khas
di negara kita

Badan kehakiman juga menyelesaikan 03 Peranan badan kehakiman adalah


konflik Kerajaan Negeri dan 04 untuk  mengadili pertikaian antara
Kerajaan Persekutuan pemerintah dengan rakyat
mahupun sesama rakyat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 30


Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab
BADAN KEHAKIMAN mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta Mahkamah Khas
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Tidak terletak dalam hierarki
mahkamah biasa, antaranya:
• Mahkamah Khas Raja-Raja
• Mahkamah Tentera

Mahkamah
Atasan

Mahkamah
Bawahan
Hakim mestilah bebas daripada
pengaruh politik bagi memastikan badan
kehakiman sebagai institusi keadilan

Hierarki badan kehakiman di Malaysia

01 02

Sebagai individu yang mempunyai hak yang dijamin


Hal ini dapat menjamin integriti badan oleh perlembagaan, kita sewajarnya memahami
kehakiman sebagai badan yang kepentingan menjunjung prinsip keluhuran
bertanggungjawab menjamin keadilan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
sosial demi kesejahteraan rakyat seperti yang tersurat dalam Rukun Negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 31


KESIMPULANNYA

Pengasingan kuasa

Pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara Pengasingan kuasa dapat membentuk konsep
penting untuk mewujudkan pemerintahan yang semak dan imbang dalam pemerintahan
adil dan saksama supaya kuasa pemerintahan tidak dikuasai oleh
seseorang atau sesebuah institusi

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 32


APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K (K12.3.9)

Pengasingan kuasa perlu


dilaksanakan dalam sistem
demokrasi. Bersetujukah anda?
Bincangkan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 33


APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA

Mengapakah Jemaah Menteri


berpegang kepada prinsip
tanggungjawab bersama?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 34


3.5
KEUNIKAN AMALAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN
DI NEGARA KITA

Pada akhir pembelajaran, murid akan


dapat:

Merumus keunikan amalan Demokrasi


Berparlimen di negara kita

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 35


GABUNGAN UNSUR TRADISIONAL DAN MODEN DALAM PENTADBIRAN

Kombinasi Raja Berperlembagaan dan


Demokrasi Berparlimen merupakan
kaedah terbaik untuk mengimbangi
amalan demokrasi dalam persekitaran Keunikan pemerintahan di Malaysia
sosiopolitik di negara kita yang
mempunyai kepelbagaian bangsa, agama
04 01 teradun antara unsur tradisional
dengan moden
dan budaya

 Unsur moden pula ialah Demokrasi


03 02 Unsur tradisional terletak pada
kedudukan raja sebagai warisan
Berparlimen berdasarkan
sosiopolitik masyarakat Melayu
model Westminster England

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 36


MEKANISME SEMAK DAN IMBANG DALAM PENTADBIRAN

01 Sistem Raja
06 Sekiranya Berperlembagaan dan
timbul konflik dan Demokrasi Berparlimen
kekeliruan, mewujudkan mekanisme
penyelesaian dibuat semak dan imbang dalam
melalui badan pemerintahan di negara kita
kehakiman

05 02 Pemerintahan beraja berperanan


Badan perundangan diberi peranan 05 02 bagi mengimbangi pemerintahan
menggubal undang-undang yang akan demokrasi kerana raja berkecuali
dilaksanakan oleh badan eksekutif
04 03 dalam hal politik, ekonomi dan
dasar negara
04 03
Mekanisme semak dan imbang juga berlaku Kuasa pengimbang yang ada pada raja mampu
melalui pengasingan kuasa, iaitu badan meredakan konflik yang berlaku dalam demokrasi
perundangan, eksekutif dan kehakiman seperti pertikaian parti politik yang pelbagai ideologi
dan perselisihan antara kaum

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 37


KUASA BUDI BICARA RAJA

Perlembagaan
Persekutuan 05
Secara umumnya, memperuntukkan
kuasa budi bicara raja kuasa budi bicara 04
ialah kuasa yang kepada YDPA dalam
boleh dilaksanakan soal pelantikan Raja dan Yang di-Pertua
oleh baginda tanpa ketua Kerajaan 03 Negeri pula mempunyai
mendengar atau Persekutuan, iaitu kuasa budi bicara tidak
YDPA juga
menurut nasihat ketua Perdana Menteri      memperkenankan
mempunyai
kerajaan dalam pembubaran DUN
kuasa budi bicara
perkara tertentu Raja dan Yang
untuk tidak
di-Pertua Negeri
memperkenankan
02 mempunyai
permintaan
kuasa budi
pembubaran
bicara melantik
01 Parlimen
ketua Kerajaan
Negeri, iaitu
Menteri Besar
dan Ketua
Menteri
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 38
KERJASAMA POLITIK

KERJASAMA POLITIK     
DI MALAYSIA Kerjasama politik menekankan soal
Gabungan ini kemudiannya perkongsian kuasa antara kaum
dikenali sebagai Barisan 04 01 berdasarkan prinsip tolak ansur,
perundingan dan pengorbanan bagi
Nasional
memastikan suara setiap kaum diwakili

Parti ini memenangi 13 kali Permuafakatan pelbagai parti politik


pilihan raya umum untuk
membentuk Kerajaan
05 02 dalam satu gabungan membolehkan
parti politik membentuk kerajaan dan
Persekutuan berkongsi kuasa dalam
pemerintahan di negara kita

Pada Pilihan Raya Umum ke-14


tahun 2018, kerjasama politik telah 06 03 Sejak pilihan raya pada tahun
1955, gabungan parti berasaskan
membolehkan Pakatan Harapan Pada bulan Februari 2020,
memenangi pilihan raya untuk kaum dibentuk atas nama Parti
Perikatan Nasional menerajui
membentuk Kerajaan Persekutuan Perikatan
negara kita menggantikan
Pakatan Harapan 39
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KESIMPULANNYA

Malaysia mempunyai bentuk Kita perlu memahami


05 pemerintahan yang unik
dengan ciri tersendiri
demokrasi sebagai salah satu
asas pemerintahan negara
01

Kombinasi Raja Malaysia mengamalkan


06 Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen
prinsip demokrasi dengan
mengambil kira kepentingan
02
membentuk pentadbiran yang nilai tempatan dan warisan
sistematik dan unggul budaya bangsa

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen


07 Demokrasi Berparlimen berjaya
mewujudkan kestabilan yang
dilaksanakan di negara kita
dengan cara tersendiri yang
03
membawa kemajuan dalam mengutamakan kestabilan
pelbagai bidang sejak merdeka politik dan kesejahteraan rakyat
hingga hari ini
Demokrasi Berparlimen pada

08
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta
akan negara, kita sewajarnya
asasnya memberikan hak sama
rata kepada setiap warganegara,
04
menyedari kepentingan taat setia
dikawal dan diseimbangkan dengan
kepada pemerintah demi
kedaulatan Raja Berperlembagaan
kemakmuran bangsa dan negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 40


APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA

Unsur tradisional dalam


pentadbiran dapat memupuk
persefahaman ke arah
perpaduan. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 41


LATIHAN
PENGUKUHAN
AKHIR BAB 3

“Ilmu itu bukan yang dihafal,


tetapi yang memberi manfaat”

(Imam As-Syafie)
#USAHATANGGAKEJAYAAN
#SELAMATMAJUJAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 42


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

1. Apakah kepentingan cap 2. Pembahagian kuasa 3. Semasa negara kita di- 4. Legasi Kesultanan Jo-
mohor? dalam sistem jajah sehingga negara kita hor Riau disambung oleh
pemerintahan negara kita merdeka, sistem Kesultanan Melayu……
melibatkan 3 badan iaitu.... pemerintahan beraja tidak
pernah terhapus
sebaliknya berkembang
menjadi sistem.....

A. Mengiktiraf kerajaan
yang dipilih rakyat
B. Mengesahkan
pelantikan Jemaah A. Yang di-Pertuan Agong
Menteri A. Raja berkuasa Mutlak
B. Badan Eksklusif B. Raja Adat Istiadat A. Pahang
C. Melambangkan C. Badan Pentadbiran
kedaulatan Raja-raja Melayu dan agama B. Kelantan
D. Badan Kehakiman Islam C. Terengganu
Melayu
D. Meluluskan undang- C. Raja Demokrasi D. Kedah
undang yang digubal Berparlimen
Parlimen D. Raja Berperlembagaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 43


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

5. Bagaimana 6. Durbar ialah per- 7. Demokrasi Berparlimen 8. Tiga komponen,


pemerintahan beraja di ne- jumpaan atau persidangan diterima sebagai sistem iaitu Yang di-Pertuan
gara kita dipertahankan? umum yang diadakan oleh pentadbiran negara. Ciri Agong, Dewan Rakyat dan
Raja Melayu dengan demokrasi ialah.... Dewan Negara akan
British. Durbar membentuk….
dipengerusikan oleh….

A. Melalui tipu helah


pembesar tempatan
B. Tolak ansur British
dengan Raja-raja A. Mempunyai parti politik
Melayu B. Mempunyai Yang A. Sistem Pemerintahan
A. Raja-raja Melayu di-Pertuan Agong Malaysia
C. Kebijaksanaan B. Residen British di
diplomasi Raja-raja C. Mempunyai Perdana B. Majlis Raja-Raja
NNMB Menteri C. Parlimen
Melayu C. Setiausaha NNMB
D. Perjanjian Persahabatan D. Jaminan kepada D. Sistem Demokrasi
D. Pesuruhjaya Tinggi kebebasan asasi
antara Raja-raja Melayu British
dengan Jepun

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 44


SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

1. Pengasingan kuasa diamalkan sejak negara mencapai c) Kuasa bagi ketiga-tiga badan ini ditentukan oleh (1m)
kemerdekaan hingga ke hari ini dan kuasa pemerintahan      ……………………………………………………………….
dibahagikan seperti rajah di bawah
d) Parlimen terletak di bawah kuasa Badan Perundangan. 
    Nyatakan komponen yang membentuk Parlimen (2m) 
    ……………………………………………………………….
    ……………………………………………………...............

X Y
e) Pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara penting
a) Namakan (2m) :     untuk mewujudkan pemerintahan yang adil dan
saksama.   
i) X : ....………………………………………………………     Bincangkan (4m)    
ii) Y : ………………………………………………………...     ……………………………………………………………….
    ……………………………………………………...............
b) Nyatakan punca kuasa bagi ketiga-tiga badan di atas (1m)     ……………………………………………………………….
………………………………………………………………...     ……………………………………………………………….
    ……………………………………………………………….
   

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 45


SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

2. Gambar di bawah menunjukkan Dewan Undangan  c) Nyatakan fungsi Dewan Undangan Negeri (2m)


    Negeri (DUN) Sarawak. Di negara kita Malaysia,      ……………………………………………………………….
terdapat       ……………………………………………………………….
    beberapa negeri yang tidak mempunyai DUN      ……………………………………………………………….
     ……………………………………………………………….

d) Parlimen merupakan lambang demokrasi dan 


a) Setiap negeri mempunyai DUN kecuali..... (2m)     mencerminkan aspirasi rakyat. Bincangkan (4m)
      ………………………………………………………………      ……………………………………………………………….
      ………………………………………………………………      ……………………………………………………………….
            ……………………………………………………………….
            ……………………………………………………………….
b) Siapakah ahli Dewan Undangan Negeri? (2m)      ……………………………………………………………….
      ……………………………………………………………….      ……………………………………………………………….
      ……………………………………………………………….
     

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 46


Bahan sokongan ini hanya boleh
digunakan untuk tujuan PdP Sejarah
sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk
menggunakan mana-mana bahagian
bahan ini untuk tujuan komersial dan
penerbitan semula

TERIMA KASIH
BPK Peneraju Pendidikan Negara

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

You might also like