You are on page 1of 13

RAWATAN MUKA

DENGAN MESIN
ELEKTRIK
TEKNIK MENGGUNAKAN
MESIN HIGH FREKUENSI
PENERANGAN

OBJEKTIF:
 Terdapat dua jenis arus frekuensi tinggi iaitu arus terus (direct) dan tak
terus (indirect).
 Kedua-duanya arus ini digunakan untuk rawatan muka.
 Arus frekuensi tinggi terus (direct) bertindak dari luar, boleh mengeringkan
dan menghaluskan kulit.
 Arus ini menghasilkan ozon pada permukaan kulit melalui elektrod kaca
yang memberikan kesan antibakteria.
 INTRO:
 Arus frekuensi tinggi tak terus pula menembusi permukaan kulit dan
menghasilkan kesan merangsang serta melegakan liang pada kulit
tanpa meninggalkan kesan kimia pada permukaan kulit.
 Arus frekuensi tinggi berulang-alik begitu pantas, lebih daripada
500,000 kitar / saat sehingga ia tidak merangsangkan saraf motor
atau sensori.
 Arus ini dinamakan arus ayunan.
 Terdapat dua jenis arus frekuensi tinggi iaitu arus terus dan tak
terus.
 Kedua-duanya arus ini digunakan untuk rawatan muka.

Terdapat dua jenis arus:


1. Arus terus (direct)
2. Arus tak terus (indirect)
keduanya untuk rawatan muka
Rawatan Frekuensi Tinggi Terus
 
 Rawatan menggunakan arus frekuensi tinggi terus sesuai untuk kulit berminyak dan
bertanda kerana ia mempunyai kesan antibakteria dan mengering. Rawatan ini dilakukan
selepas mengurut muka. Masa rawatan yang diambil ialah 3-5 minit untuk kulit
berminyak, kulit campuran dan kulit berjerawat.

Arus Terus.

- Bertindak dari luar


- Boleh mengeringkan
- Menghasilkan ozon pada permukaan kulit melalui elektrod kaca yang memberikan kesan
antibakteria
- Sesuai untuk kulit berminyak dan bertanda kerana mempunyai kesan antibakteria dan
mengering
- Di lakukan selepas massage
- Masa rawatan 3-5 minit untuk kulit berminyak, kulit campuran / kombinasi dan kulit
berjerawat.
- Lakukan 10-15 minit (untuk kulit berminyak dan bertanda) hingga kulit kemerah-merahan
dan suam.
 
* Elektrod terus keatas muka pelanggan.
 Kebaikan Rawatan Frekuensi Tinggi Terus
 
1. Mempunyai kesan antibakteria dn membunuh kuman
2. Menyekat lelehan sebum
3. Mengeringkan dan menyembuhkan jangkitan bernanah
4. Menambahkan peredaran darah
5. Membaiki pengedaran nutrien untuk tisu dan membaiki
sistem pembuangan bahan buangan tisu
6. Membaiki tekstur kulit
7. Meninggalkan kesan tonik pada kulit yang matang dan kulit
kering apabila digunakan bersama-sama dengan krim urut.
8. Menolong penyerapan bahan rawatan ke lapisan kulit yang
lebih dalam
9. Menerbitkan haba di dalam tisu-tisu
 Kontra Indikasi Bagi Rawatan Frekuensi Tinggi Terus

1. Menghidap penyakit seperti gila babi, semput, penyakit


jantung dan kencing manis
2. Banyak salur darah kelihatan pada kulit muka
3. Mengalami jangkitan kulit
4. Banyak gigi bertampal dengan logam
5. Mengandung pada peringkat akhir
6. Pelanggan yang sedang mendapat rawatan doktor kerana
gangguan peredaran darah, sembah, darah tinggi dan lain-
lain
7. Demam @ badan kurang sihat
8. Baru terdedah kepada sinar ultralembayung
9. Pelanggan yang mudah berasa gementar
 Persediaan untuk rawatan

1.Sediakan alatan dan bahan seperti biasa cuma ditambah


dengan mesin frekuensi tinggi
 Pelanggan dan juruterapi hendaklah menanggalkan
semua perhiasan badan
 Cara merawat

1. Bersihkan mata, bibir, leher dan muka dengan krim pembersih muka yang sesuai
2. Tutup muka dan leher pelanggan dengan gauze
3. Pegang elektrod kaca dengan tangan kanan dan sentuhkan di dahi sementara tangan kiri
memetik suis. Tambah kekuatan arus perlahan-lahan sehingga ke takat yang dapat ditahan oleh
pelanggan
4. Pusing-pusingkan alat tersebut pada seluruh muka dan leher sambil mengubah dn
menyesuaikan kekuatan arus. Dalam kegunaan biasa, gas dalam elektrod kaca itu menerbitkan
cahaya biru apabila ia terion. Ozon terhasil sebagai bahan sampingan menyebabkan tindakan
kimia berlaku di permukaan kulit. ‘Bunga Api’ boleh dihasilkan dengan mengangkat elektrod
kaca tidak melebihi 6.3 mm dari kulit. Sekiranya lebih ia boleh memusnahkan tisu kulit.
5. Lakukan 10-15 minit (untuk kulit berminyak dan bertanda) hingga kulit menjadi kemerah-
merahan (eritema) dan suam
6. Kurangkan kekuatan arus hingga kepada sifar, matikan suis dan jauhkan elektrod kaca dari
muka.
7. Pakaikan masker
8. Pakaikan penyegar
9. Pakaikan pelembab
10. Bersihkan dan basmi kuman elektrod kaca dan simpan dalam keadaan basmi kuman hinggalah
diperlukan semula.
Elektrod kaca (Mushroom)
ARUS TIDAK TERUS (INDIRECT)
- Arus Tidak Terus sesuai untuk kulit kering, kulit kurang air, kulit matang, kulit
berkedut, kulit kendur, kulit pucat dan kulit tidak bermaya.
- Masa rawatan 18-20 minit.
 Bubuh bedak pada tapak tangan pelanggan untuk menyerap peluh dan minta ia
mengenggam elktrod penumpu kaca hingga selesai rawatan. Ini adalah untuk
melengkapkan litar dan menyenangkan arus mengalir.
 Sapukan krim urut pada leher dan wajah pelanggan
 Terangkan pada pelanggan tentang apa yang dialaminya supaya dia tidak
berasa takut. Ini akan melegakan perasaan pelanggan dan seterusnya
menambahkan kebaiakn rawatan itu.
 Letakkan tangan kiri anda di atas dahi pelanggan. Perlahan-lahan, tambahkan
kekuatan arus hingga sampai ke takat yang boleh ditahan oleh pelanggan
 Letakkan pula tangan kanan anda di atas muka pelanggan, kemudian mulakan
urutan pada seluruh leher dan muka. (peringatan : Sepanjang rawatan ini, anda
mesti kekalkan sentuhan dangan pelanggan, sekurang-kurangnya dengan
sebelah tangan, supaya litar tidak terputus dan pelanggan berasa selesa)
Elektrod kaca (Saturator)
Viennese Massage

https://de.slideshare.net/hpinn/high-frequency-powerpoint
Soalan pemahaman
1. Nyatakan prinsip rawatan Frekuensi Tinggi Terus

2. Nyatakan 4 kesan dan kebaikan rawatan mesin Frekuensi Tinggi Terus

3. Nyatakan 3 indikasi bagi rawatan mesin Frekuensi Tinggi Terus

You might also like