You are on page 1of 3

ANATOMI KULIT MANUSIA

Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan-lapisan tersebut adalah :

i. ii. iii.

Epidermis ( lapisan luar ) Dermis Tisu Bawah Kulit

Gambarajah menunjukkan keratan rentas lapisan-lapisan kulit manusia:

DEFINISI MELECUR

Melecur didefinisikan sebagai kebakaran tahap pertama yang merupakan kebakaran tahap yang tidak serius di mana ia hanya melibatkan lapisan kulit paling atas iaitu lapisan epeidermis. Kulit yang melecur akan bertukar menjadi warna merah dan kadang kala ia akan membengkak dan menyebabkan mangsa berasa sakit.

CARA MENANGANI MELECUR.

Lang kah 1 : Sejukkan kawasan yang melecur

i.

Alirkan air selama 15 minit di kawasan yang melecur. Jika langkah ini tidak berhasil, penyejuk rendam di dalam air yang sejuk atau gunakan bahan

ii.

Menyejukkan kulit yang melecur dapat mengurangkan bengkak dengan menghilangkan rasa panas pada kulit. Jangan letak ais pada kulit yang melecur

Langkah 2 : Menyapu Losyen Pada Tempat Yang Melecur

i.

Jika kawasan yang melecur telah sejuk, sapu losen yang mengandungi aloe Vera, antibiotik atau pelembap. Ia akan mengurangkan kulit kering

dan buat anda rasa lebih selesa

Langkah 3 : Balut kulit yang melecur menggunakan pembalut yang telah disteril

i. ii.

Jangan guna kapas, ia akan menyakitkan kulit Balutan hendaklah secara longgar bagi mengelakkan tekanan pada kulit yang melecur .Ia bertujuan mengelakkan daripada terkena udara, dapat

mengurangkan rasa sakit dan melindungi kulit yang melecur

Langkah 4 : Makan ubat penahan sakit

i. ii.

"Paracetamol" dan "mefanamic acid" Melecur yang ringan boleh sembuh dalam masa seminggu hingga 2 minggu tanpa sebarang rawatan

iii.

Dapatkan rawatan jika terdapat sebarang

tanda-tanda jangkitan seperti

bertambah sakit, kemerahan, demam, bengkak atau berair

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEMASA KULIT MELECUR

i.

Jangan guna ais. Meletakkan ais di tempat yang melecur boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit.

ii.

Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan.

iii.

Jika gelembung pecah, basuh kawasan tersebut menggunakan sabun dan air, sapu ubat antibiotik dan balut dengan kain yang disteril.

iv.

Cuci dan ganti pembalut setiap hari.

You might also like