You are on page 1of 3

MUHAMMAD NABIL BIN AZMAN | 2019265522 | DHBU111A21

Ketuanan Melayu – kesan

Terdapat pelbagai kesan daripada Ketuanan Melayu ini antaranya ialah kemerdekaan
dan Pembentukan Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya telah merdeka dari
penaklukan British pada 31 Ogos 1957. Dalam masa bagi mendapatkan kemerdekaan melayu
ini, pemerintah-pemerintah Tanah Melayu telah banyak berjuang dan berusaha bagi
menjayakan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Antara pemimpin yang berani dalam
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman, Dr Ismail Abdul
Rahman, Kolonel H.S. Lee dan lain lain lagi. Pada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan
Meja Bulat diantara pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House,
London dan wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC berserta wakil Raja-raja
Melayu untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Persidangan ini telah
berlangsung selama tiga minggu bagi membincangkan berkenaan kemerdekaan Tanah
Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal
luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi menyelidik semula
perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu
dikekalkan. Misi rombongan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British bagi
membentuk sebuah negara yang merdeka. Hal ini menjelaskan bahawa orang Melayu berhak
menuntut bela Tanah Persekutuan Melayu yang telah dijajah oleh orang asing disebabkan
kekayaan bahan mentah serta herba. Oleh yang demikian, orang Melayu mendapat hak
Keistimewaan Orang Melayu selagi mana menjadi warganegara Malaysia.
Ikhtiar Hidup – situasi

Terdapat pelbagai situasi yang menjadikan ikhtiar hidup sebagai pendorong kita
dalam melangsungkan hidup didalam situasi tersebut. Antara masalah yang didapati seperti
tersesat di dalam hutan, kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang serta
masalah perlindungan. Situasi sebegini dapat dicegah daripada berlaku sekiranya membuat
perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental iaitu
pengetahuan, fizikal iaitu kecerdasan, teknikal iaitu kemahiran dan material iaitu peralatan.
Sekiranya tersesat di dalam hutan, langkah pertama yang perlu dibuat adalah berpatah balik.
Kebiasaannya seseorang itu akan tersedar bahawa dia telah tersalah jalan dan
berkemungkinan besar mampu kembali pada trek asal. Situasi ini sering berlaku jika terdapat
aktiviti meredah hutan atau seumpamanya. Trek manusia akan meninggalkan kesan tapak
kaki atau daun yang terbuka. Jika menjumpai trek tersebut, tunggulah disitu kerana
kemungkinan besar jurupandu akan mencari mengikut trek yang ditinggalkan dan peluang
untuk diselamatkan adalah tinggi. Namun begitu, dalam masa menunggu misi mencari dan
menyelamat, kita hendaklah sentiasa berwaspada kerana kita tidak tahu jika laluan yang kita
gunakan pada waktu siang merupakan laluan binatang liar pada waktu malam. Berjimatlah
dengan bekalan makanan dan minuman yang sedia ada. Jika misi menyelamat mengambil
masa yang agak lama, bekalan makanan kita berkemungkinan tidak mencukupi. Oleh itu, kita
perlu berusaha mencari sumber protein bagi menjamin tenaga dalaman supaya mampu untuk
bertahan sehingga ditemui oleh pihak penyelamat. Dalam mendapatkan bekalan makanan dan
minuman yang tidak beracun, kita mestilah memeriksa dan perlu mempunyai pengetahuan
dalam mengenal pasti jenis buah ataupun daun herba. Jika ingin mengenali daun herba
tersebut beracun ataupun tidak, kita boleh menggunakan tiga langkah iaitu hidu, sapu dan
kunyah/sapu bawah lidah. Hidu terlebih dahulu pucuk daun yang hendak dimakan, jika
berbau busuk, janganlah dimakan. Sekiranya tumbuhan tersebut tidak berbau, hancurkan
pucuk daun dan sapukan di lengan tangan. Tunggu dalam 10 minit, jika terasa gatal atau
panas janganlah dimakan. Cara terakhir yang lebih berkesan untuk memastikan buah atau
herba tersebut selamat dimakan ialah dengan cara mengunyah. Jika terasa panas atau gatal,
janganlah dimakan. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk memilih buah yang tidak
beracun. Kita juga boleh mengambil buah yang terdapat bekas gigitan haiwan seperti kera
kerana kera tidak memakan makanan yang beracun.
Pertolongan cemas – Luka

Luka terdiri daripada dua jenis iaitu luka tertutup dan luka terbuka. Luka tertutup
ialah kecederaan tisu di bawah kulit dimana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka
tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak mengalir keluar ke permukaan kulit. Luka
terbuka pula ialah kecederaan pada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka
dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan. Antara contoh luka tertutup ialah Kontuse
iaitu pendarahan yang berlaku dibawah kulit akibat terkena pukulan kuat dan Haematoma
iaitu pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman. Contoh bagi luka terbuka
pula ialah luka yang berlaku disebabkan terhiris oleh alatan tajam, tikaman oleh paku ataupun
jarum dan luka terkoyak disebabkan terkena kawat ataupun alat jentera yang berat. Rawatan
yang boleh dilakukan untuk luka tertutup ialah dengan cara memberi tuaman sejuk untuk
menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit sekiranya tidak serius. Jika serius
seperti berlakunya pendarahan di dalam otak, paru-paru dan lain-lain lagi hendaklah
mendapatkan rawatan hospital secepat mungkin. Untuk rawatan luka terbuka yang tidak
banyak pendarahan, gunakan teknik 2C ; Clean (bersihkan) dan Cover (tutup). Pertama,
bersihkan luka daripada kotoran seperti habuk pasir ataupun tanah untuk mengelakkan kuman
dari kotoran tersebut terkena pada luka tersebut. Seterusnya, menutup luka tersebut
menggunakan sejenis kain yang bersih bagi menghindarkan darah dari luka tersebut mengalir
keluar serta menggelakkan kuman memasuki darah. Jika luka terbuka tersebut terdapat
banyak pendarahan, gunakan kaedah D.I.E ; Direct (tekanan langsung), Indirect (tekanan tak
langsung) dan Elevate (tinggikan). Kaedah ini boleh digunakan untuk memperlahankan
pengaliran darah yang banyak supaya pesakit tidak kekurangan darah yang mampu membawa
kepada kematian.

You might also like