You are on page 1of 87

PEREALISASIAN ITEM

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


2022
KONSEP
PENTAKSIRAN

•Satu proses mendapatkan


maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan
Instrumen
Kumpulan yang
ditaksir
RUKUN Respons
PENTAKSIRAN
Kumpulan yang
mentaksir
Skor
DEFINISI ITEM

Alat yang digunakan untuk mendapatkan respons


calon

Respons merupakan satu evidens yang


boleh dipertimbangkan dalam mengukur
sesuatu konstruk
1.Konteks

5. Jenis item Aspek yang perlu 2.Konstruk


dipertimbangkan
dalam
pembinaan item

4.Klasifikasi 3.Aras
item kesukaran
1. KONTEKS
• Merupakan Tema / Standard Kandungan /
Standard Pembelajaran dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP)
2. KONSTRUK
• Perkara yang hendak ditaksir atau diukur yang merupakan
dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak.

konkrit Abstrak
• Boleh dilihat secara mata • Tidak boleh dilihat secara
kasar seperti tulisan mata kasar iaitu berkaitan
berangkai, tinggi, berat dan dengan pengetahuan,
lain-lain. kemahiran dan nilai atau
sikap.
3. ARAS KESUKARAN

Ditentukan berdasarkan tiga aspek iaitu;

i. Tahap Pengetahuan / Kemahiran


ii. Kelaziman
iii. Kerencaman (kepelbagaian)
ARAS KESUKARAN

• Item yang mudah dijawab oleh


Aras Rendah
sebahagian besar murid.

• Item pertengahan yang boleh dijawab


Aras Sederhana
oleh murid sederhana dan cemerlang.

• Item sukar yang boleh dijawab oleh


Aras Tinggi
murid cemerlang sahaja.
ARAS KESUKARAN

Set instrumen yang baik harus


mengandungi; Guru / Pembina Item perlu
i. 30% aras Rendah memberikan Pertimbangan
Profesional dalam menentukan
ii. 50% aras Sederhana
kesukaran sesuatu item.
iii. 20% aras Tinggi
4. KATA TUGAS DAN TUGASAN
• Menentukan bentuk jawapan
• Mencerminkan kerencaman konstruk yang
ditaksir
• Mengukur aras pengetahuan murid
• Memberi panduan tentang pemberian markah
yang wajar
KATA TUGAS ITEM OAP
• Pilih ayat yang betul
• Bilakah …
• Siapakah …
• Di manakah …
• Apakah …
• Bagaimanakah …
• Mengapakah …
• Pilih pernyataan yang benar tentang petikan/poster
• Berikut ialah … kecuali
• Kenyataan yang benar tentang petikan ialah
• Penjodoh bilangan yang … ialah
• Tujuan utama … adalah untuk
• Perkataan … digantikan dengan perkataan
KATA TUGAS ITEM OPB
• Bilakah …, Siapakah …, Di manakah …, Apakah …,
Bagaimanakah …, Mengapakah …
• Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
• Gariskan satu kata nama khas/nama am/adjektif …
• Pilih dan tanda () bagi ayat yang sama maksud
• Pilih dan tanda () bagi perkataan yang …
• Suaikan perkataan …
• Tulis BETUL atau SALAH bagi ayat-ayat yang diberi
• Suaikan BETUL atau SALAH bagi ayat yang diberi
• Berikan pendapat kamu berdasarkan …
• Nyatakan tindakan kamu berdasarkan …
KATA TUGAS ITEM SRTh

• Tuliskan pendapat …
• Tuliskan tindakan …
• Tuliskan cara-cara tentang …
• Tuliskan cadangan untuk …
KATA TUGAS ITEM SRTb

• Tulis sebuah karangan …


• Tulis tindakan-tindakan untuk …
• Tulis sebuah cerita …
• Tulis sepucuk surat …
• Tulis cerita berdasarkan situasi …
• Tulis cerita berdasarkan gambar …
5. KLASIFIKASI ITEM

i. Item Pengingatan ii. Item Pemikiran


• (recall item) • (thinking item)
memerlukan pengingatan memerlukan calon
untuk menjawab mengaplikasi kemahiran
berfikir
6. JENIS ITEM
Item Item
Objektif Subjektif
i. Objektif Subjektif
Aneka Pilihan Respons Terhad
(OAP) (SRTh)

ii. Subjektif
ii. Objektif
Respons
Pelbagai Bentuk
Terbuka
(OPB)
(SRTb)
• Item yang memerlukan calon
memilih satu jawapan betul

PEMBINAAN
• Sesuai digunakan untuk
ITEM mentaksir pengetahuan,
OBJEKTIF kefahaman dan kemahiran
berfikir secara kritis dan
kreatif
• Bersifat dikotomus
i. Objektif Aneka Pilihan
(OAP)

Item ii. Objektif Pelbagai Bentuk


Objektif (OPB)
i. Objektif Aneka Pilihan
(OAP)

Item
Objektif
CONTOH ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (OAP)

1 Keropok itu ____________ kerana tidak disimpan di


dalam bekas yang bertutup rapat.
A rapuh
B rangup
C lemau
D garing
3. OPSYEN
(PILIHAN)
1. STIMULUS
(RANGSANGAN)
4. KEY (KUNCI
2. STEM JAWAPAN)
(TUGASAN) 5. DISTRAKTOR
SAMPLE HEADLINE
(PENGGANGGU)
This is a sample text that you can
edit.

KOMPONEN ITEM
OAP
SAMPLE TEXT
Istana lama itu unik kerana dibina
dengan kayu tanpa menggunakan
paku.
01 STIMULUS
(rangsangan)

Perkataan unik seerti dengan STEM


02 (tugasan)

A istimewa OPSYEN (pilihan)


A, B, C, D
B canggih
C ganjil 03 KEY
(kunci jawapan) = A
D pelik 03
DISTRAKTOR
(pengganggu)
B, C, D
1. STEM (TUGASAN)

• Pernyataan maklumat yang diperlukan untuk


menjawab item dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan lengkap
atau tidak lengkap
CIRI-CIRI STEM
1 2
Dinyatakan dengan jelas, tepat dan Tidak memetik terus frasa
ringkas supaya tiada pembaziran daripada buku teks atau buku
perkataan ulang kaji

3 4
Tidak memberikan bayangan kepada jawapan Elakkan daripada menyatakan tugasan
seperti penggunaan pertalian perkataan (words dalam bentuk negatif/sensitif. Sekiranya
association) perlu, penggunaannya perlu ditegaskan

5
Idea utama item perlulah dinyatakan
pada stem bukan stimulus atau opsyen
Lemah: Stem tidak lengkap dan tidak jelas

Otak cair bermaksud ___________.


A mudah menerima pelajaran
B senang diajak berbincang
C tidak mudah lupa
D rajin belajar
Lebih baik: Stem yang lengkap dan jelas

Pada akhir sesi pembelajaran, Hairul dapat menjawab semua soalan


gurunya dengan betul. Dia seorang murid yang otak cair.
Peribahasa otak cair dalam ayat di atas bermaksud ________.

A mudah menerima pelajaran


B senang diajak berbincang
C tidak mudah lupa
D rajin belajar
Lemah: Menggunakan ayat atau keterangan
yang tidak perlu
Melihat keadaan orang buta yang ingin melintas jalan yang sibuk itu
timbul rasa kasihan dan simpati dalam hati Anuar. Oleh itu, dia segera
menghampiri lalu ____________ orang tua itu ke seberang jalan.

A memeluk
B menuntun
C mengelek
D mengusung
Lebih baik: Stem lebih padat dan jelas

Anuar ____________ orang buta itu menyeberang jalan yang sibuk.

A memeluk
B menuntun
C mengelek
D mengusung
Lemah: Stem negatif
Saedah menghasut Mei Ling supaya tidak berkawan dengan Salmah. Dia
memang ____________.
A batu api
B mulut murai
C batu loncatan
D banyak mulut

30
Lebih baik: Stem yang positif
“Perbuatan suka menghasut tidak patut diamalkan,” nasihat Cikgu Alia
kepada kami.

Perkataan menghasut bermaksud ____________.


A batu api
B mulut murai
C batu loncatan
D banyak mulut

31
2.STIMULUS(RANGSANGAN
)
• Merupakan rangsangan yang mengandungi
semua maklumat yang perlu untuk
membolehkan calon memilih opsyen yang
betul.
Maklumat khusus
yang digunakan Relevan dengan
dalam tugasan stem
04 01

Dinyatakan
Maklumat yang CIRI-CIRI 02 dalam bentuk
autentik (asli /
bukan rekaan)
STIMULUS yang paling
berkesan
(berfungsi)
03
dan lain-lain Rajah

Teks
pelbagai
BENTUK- Gambar /
BENTUK grafik

Teks &
STIMULUS
grafik Jadual
Teks
CONTOH STIMULUS (GAMBAR)
• Maklumat berdasarkan gambar
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Kamil terbatuk lalu nasi yang dimakannya ____________ keluar.


A tersembur
B terpancut
C terlepas
D tersebar
CONTOH STIMULUS (JADUAL)
• Maklumat bersifat statistik
CONTOH STIMULUS (TEKS)
• Maklumat bersifat rangsangan

Kamu seorang pengawas sekolah yang sedang bertugas di


kantin. Tiba-tiba, seorang murid datang dan mengadu bahawa
wangnya telah hilang.

a) Nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan?

______________________________________________
______________________________________________
3. OPSYEN (PILIHAN)
• Senarai pilihan jawapan dalam bentuk perkataan, frasa
dan ayat
• Mengandungi key (kunci jawapan) dan distraktor
• Tiada klu (contoh perkataan) antara stem dan opsyen
CIRI-CIRI OPSYEN (PILIHAN
Hanya ada satu jawapan Tiada opsyen yang saling
betul dan terbaik bercanggah atau mempunyai
1 2 makna yang sama

Semua opsyen homogen Tiada pengulangan


4 maklumat / perkataan
3

Susun opsyen dalam susunan Elakkan opsyen


yang logik berdasarkan negatif
kronologi peristiwa (item 5 6
pemahaman)
Lemah: Ada klu antara stem dan opsyen

Jabatan ____________ bertanggungjawab menguruskan pemuliharaan


hutan.
A Perhutanan
B Pertanian
C Perhilitan
D Perikanan

40
Lebih baik: Tiada klu antara stem dan opsyen

Jabatan ____________ bertanggungjawab mengurus dan mengawal


kegiatan pembalakan.
A Perhutanan
B Pertanian
C Perhilitan
D Perikanan

41
Lemah: Opsyen negatif
Kehidupan petani di kampung itu sangat ___________ kerana pendapatan
mereka tidak seberapa.
A daif
B kelam
C jerih
D kurang

(Keterangan; Key A. Perkataan daif menggambar sektor pekerjaan petani


tidak dapat memberi jaminan hidup)

42
Lemah: Pilihan jawapan tidak sama jenis
(tidak homogen)
Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.
A raya
B emas
C melur
D mawar
Lebih Baik: Pilihan jawapan sama jenis (homogen)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A ros
B raya
C melur
D anggerik
SUSUNAN OPSYEN (menurun)
Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.
A raya
B melur
C mawar
D anggerik

45
SUSUNAN OPSYEN (menaik)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A anggerik
B mawar
C melur
D raya

46
SUSUNAN OPSYEN (cembung)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A raya
B mawar
C anggerik
D melur

47
SUSUNAN OPSYEN (cekung)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A mawar
B raya
C melur
D anggerik

48
SUSUNAN OPSYEN (zigzag)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A mawar
B raya
C anggerik
D melur

49
SUSUNAN OPSYEN (salah)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A raya
B melur
C mawar
D anggerik 

50
SUSUNAN OPSYEN (betul)

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga ___________.


A raya
B melur
C mawar
D anggerik

51
4. KEY (KUNCI JAWAPAN)
• Tepat dan tidak boleh dipertikaikan
• Homogen dan tidak menonjol sebagai jawapan,
contoh lebih panjang daripada opsyen yang lain
• SATU key (kunci) sahaja
Lemah: Jawapan lebih daripada satu
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penyakit jantung?
A Makanan kurang khasiat
B Makanan berkolesterol
C Tekanan darah tinggi 
D Merokok berlebihan 

Baik: Jawapan satu sahaja
Apakah jenis makanan yang ada kaitan dengan penyakit jantung?
A Bergula
B Berserat
C Berlemak
D Berprotein 
Lemah: Semua pilihan jawapan boleh diterima

Aina dan Fariha ____________ sambil menunggu bas.


A berkata-kata
B berbual-bual
C berborak-borak
D bercakap-cakap

55
5. DISTRAKTOR (PENGGANGGU)
• Pilihan yang diberi untuk murid membuat pertimbangan dalam proses
memilih jawapan sebenar
• Opsyen yang bukan jawapan
• Berfungsi menarik perhatian murid (yang tidak menguasai sesuatu
bidang pembelajaran)
• Merupakan pernyataan yang memang salah, separuh salah atau betul
tetapi tidak menepati kehendak tugasan (stem)
CIRI-CIRI DISTRAKTOR
1. Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:

Munasabah
Tidak terpencil
Salah konsep yang biasa
Maklumat yang lazim tetapi bukan jawapan

2. Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai


jawapan

3. Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan


Lemah: Distraktor yang tidak berfungsi

Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan se________ pantun.


A cebis
B patah
C rangkap
D rawan
Item
Objektif

ii. Objektif Pelbagai Bentuk


(OPB)
ITEM OBJEKTIF PELBAGAI
BENTUK
• Mengehadkan respons murid melalui kehendak tugasan dan markah

• Respons lazimnya berdasarkan bahan rangsangan

• Memerlukan calon memilih satu atau lebih jawapan betul

• Bersifat dikotomus

• Sesuai untuk mentaksir pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berfikir


secara kritis dan kreatif

60
ITEM CONTOH

Garis satu kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberi.

Harga jam tangan itu sangat murah dan mudah diguna tetapi tidak

tahan lasak.

61
ITEM CONTOH
Pilih dan tandakan (  ) bagi ayat yang sama maksud
dengan ayat yang diberi.

Harga jam tangan itu sangat murah, mudah diguna tetapi


tidak tahan lasak.

Jam tangan itu mudah digunakan dan tahan lasak


kerana harganya sangat murah.
Jam tangan itu tidak tahan lasak kerana harganya sangat
murah tetapi mudah digunakan.

62
CONTOH ITEM OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK (OPB)
Padankan erti perkataan.
 
risau gerun
 
 
takut susah hati
 
 
sedih hampa
 
 
ragu khuatir
 
kecewa    was-was
CONTOH ITEM OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK (OPB)
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

untuk kepada daripada ke di dari


Sayup-sayup kedengaran bunyi kokokan ayam ____________ reban. Farhana bingkas bangun
________________ tidurnya. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, dia menuju ____________
dapur. Dia lantas mendapatkan ibunya yang tersayang. Farhana mencium pipi ibunya. Dia
kemudiannya menarik kerusi lalu duduk ___________ sisi ibunya. Ibu Farhana telah menyediakan
sarapan berkhasiat ___________ anak kesayangannya itu. Farhana tidak sabar untuk menikmati
hidangan tersebut.
CONTOH ITEM OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK (OPB)

Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah.

Sejambangan bunga kenanga terselit pada sanggul  


Salina.   

Pak Mat membeli berpuluh-puluh gelung kawat duri


untuk memagari kebunnya. 
CONTOH ITEM OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK (OPB)

Garisi perkataan seerti yang paling sesuai berdasarkan ayat di bawah.

i. Rumah yang terletak di hujung kampung itu hampir rebah setelah berpuluh
tahun tidak dihuni.
( senget / roboh / runtuh )
 
ii. Alina menjamah makanan yang disediakan oleh ibunya sebelum ke sekolah.
( merasa / menelan / menyentuh )
• Item yang memerlukan
subjektiviti dalam respons
PEMBINAAN murid

ITEM • Skor diberi berdasarkan


peraturan pemarkahan yang
SUBJEKTIF disediakan
• Murid boleh memberikan respons yang
bersifat polikotomus (bukan satu
jawapan sahaja yang diterima sebagai
betul)
Item i. Subjektif Respons Terhad (SRTh)
Subjektif
ii. Subjektif Respons Terbuka
(SRTb)
ITEM SUBJEKTIF RESPONS
TERHAD
(SRTh)
• Berkecenderungan mengehadkan respons murid melalui kehendak tugasan
dan markah yang diperuntukkan

• Respons yang diharapkan lazimnya berdasarkan stimulus dan tugasan item

• Sesuai mengukur konstruk yang menguji pemikiran kritis dan kreatif


murid
ITEM CONTOH SRTh
Fahami maklumat di bawah, kemudian jawab soalan berikut.

jejak harga
mudah
lokasi lebih
diguna
murah
JAM
JAM
TANGA
TANGAN
N
BIASA
PINTAR
tidak
dengar
ringan tahan
muzik
lasak

Kedua-dua jam tangan itu ___________ dan sangat selesa untuk dipakai.

70
ITEM CONTOH SRTh
Fahami maklumat di bawah, kemudian jawab soalan berikut.

jejak harga
mudah
lokasi lebih
diguna
murah
JAM
JAM
TANGA
TANGAN
N
BIASA
PINTAR
tidak
dengar
ringan tahan
muzik
lasak

Apakah persamaan antara jam tangan pintar dan jam tangan biasa?
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
71
ITEM CONTOH SRTh
Pagi tadi, Badrul mengikut ayahnya Encik Yatiman ke poliklinik. Mereka menuju ke kaunter
farmasi. Di hadapan mereka, terdapat tiga orang pelanggan yang sedang menunggu giliran.
Seorang pelanggan menyerahkan slip ubat kepada seorang pegawai farmasi.
Encik Yatiman menyerahkan slip ubat apabila tiba gilirannya. Pegawai farmasi tersebut
menyerahkan ubat tablet dan cecair. Beliau berpesan supaya ubat tersebut perlu dihabiskan
dalam tempoh seminggu. Encik Yatiman mengucapkan terima kasih lalu beredar.

Apakah yang diserahkan oleh Encik Yatiman kepada pegawai farmasi?


  
_____________________________________________________________________
 
_____________________________________________________________________
 
ITEM CONTOH SRTh
Teliti jadual di bawah. Kemudian jawab soalan yang diberikan.
Markah Ujian Bahasa Melayu Bulan Februari Kelas 6B
Nama Murid Markah Nama Murid Markah

Siti Maslinda 80 Sulaiman 70


Nurazlina 78 Azhari 85
Farah Natasha 67 Zulika 80
Farish Iskandar 80 Muhamad Naqib 36
Nurul Inul 78 Qistina 65
Muqlis 38 Muhamad Afiq 48
Gred: A 80 – 100 B 60 – 79 C 40 – 59 D 20 – 39 E 0 – 19

Siapakah yang mendapat gred B dalam ujian Bahasa Melayu?


__________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
ITEM SUBJEKTIF RESPONS
TERBUKA
(SRTb)
• Bersifat polikotomus (pelbagai kemungkinan jawapan)

• Tahap kebebasan respons tertakluk kepada stimulus dan tugasan item

• Menguji tahap kognitif yang lebih tinggi

• Sesuai untuk mengukur konstruk yang menguji pemikiran kritis dan kreatif
murid
ITEM CONTOH (SRTb)
Baca dan fahami situasi di bawah, kemudian jawab soalan yang diberi dengan ayat yang lengkap.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Ketika sedang berjalan ke tandas, kamu ternampak sekeping wang RM5.00 di kaki lima.
Pada ketika itu, tiada sesiapa pun berada di situ. Kebetulan pada hari itu, kamu terlupa
membawa wang saku ke sekolah.
 
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, apakah yang akan kamu lakukan?
 
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ITEM CONTOH (SRTb)
Teliti gambar dan maklumat di bawah. Kemudian jawab soalan
yang diberikan.

Kasut import: RM250.00 Kasut tempatan: RM150.00

Kamu hendak membeli sepasang kasut sukan.


Antara kedua-dua pasang kasut tersebut, yang manakah menjadi pilihan kamu?
Mengapa?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
ITEM CONTOH (SRTb)
Berdasarkan gambar, jawab soalan berikut.

Murid lelaki itu menggunakan jejantas supaya dia dapat melintas jalan dengan
_______________.
[1 markah]

77
ITEM CONTOH (SRTb)
Berdasarkan gambar, jawab soalan berikut.

Apakah kebaikan kemudahan awam di atas?


______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[2 markah]
78
PENILAIAN ITEM
Satu proses membuat pertimbangan terhadap sesuatu kualiti item untuk
menentukan sama ada item diterima, ditolak atau dalam perhatian
(KIV- untuk diperbaiki)
PENILAIAN ITEM DALAM
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
2018
Akur Sesuai
kurikulum Adil

Akur Sesuai
Spesifikasi Penting

Akur Sesuai
Peluang Kesukaran

Tepat
Konstruk Tepat Kejelasan
Konteks
PENILAIAN ITEM - SISTEM SEMBILAN
POIN
Akur Konstruk yang hendak ditaksir mestilah berpandukan
Kurikulum DSKP

Akur Item mestilah menepati JSU yang telah ditetapkan


Spesifikasi

Item mestilah berkaitan dengan pengalaman murid,


Akur
pendedahan oleh guru atau media yang lain
Peluang
Tepat Item haruslah menghasilkan evidens yang boleh diguna
Konstruk untuk mentaksir konstruk

Tepat Item mestilah menepati tema / konteks berdasarkan


Konteks DSKP

Item perlu jelas dari segi bahasa, kata tugas, bahan


Kejelasan rangsangan, aspek kebolehbacaan dan ketekalan gaya
khas (house style)
Sesuai Item mestilah menepati aras Rendah, Sederhana atau
Kesukaran Tinggi

Sesuai Perkara yang diketengahkan dalam item mestilah


Penting penting dalam pembelajaran

Item yang ditulis tidak memihak kepada kelompok


Sesuai
tertentu dari aspek bangsa, jantina, status ekonomi dan
Adil
lokasi murid
PENILAIAN ITEM

84
PENILAIAN ITEM
ITEM
(MENTAH)

dibaiki

KIV NILAI TOLAK


(9L)

Sebab-sebab KIV: Sebab-sebab ditolak:


* Tidak jelas * Tidak akur kurikulum
* Tidak sesuai aras kesukaran * Tidak akur spesifikasi
* Tidak sesuai penting * Tidak akur peluang
* Tidak sesuai adil TERIMA * Tidak tepat konstruk
* Tidak tepat tajuk
85
Budak-budak memancing sepat,
Berenang sepat di sawah padi;
Hilang resah ilmu dah dapat,
Yakin diri sudahlah pasti.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like