You are on page 1of 109

PEMBIAKAN

TUMBUHAN
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Pendahuluan
• Pembiakan seks adalah pembiakan yang
melibatkan persenyawaan gamet jantan
dan gamet betina untuk membentuk zigot.
• Melalui kaedah ini biji benih digunakan
untuk mendapatkan tanaman yang baru.
• Biji benih boleh didapati daripada pokok-
pokok yang matang atau dengan cara
membeli.
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

• Kelebihan pembiakan seks:


- Biji benih mudah diperolehi
- Boleh dibiak dalam kuantiti yang banyak
- Pokok mempunyai akar tunjang
• Kekurangan pembiakan seks:
- Tidak semua tumbuhan mengeluarkan biji benih
- Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi sepenuhnya
- Pertumbuhan tidak sekata
- Lambat mencapai tahap matang
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

• Rawatan biji benih:


- Biji benih perlu dirawat sebelum disimpan
atau disemai untuk mengelakkan serangan
kulat atau serangga
- Biji benih dirawat dengan cara
menggaulkannya dengan racun serangga
dan kulat dalam bentuk debu.
- Contoh racun kulat:
» Thiram, Zineb, Benlate dan Captan
- Contoh racun serangga:
» Agrocide dan Furadan
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Menyediakan medium semaian

• Untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik, gunakan


medium campuran John Innes iaitu 2 bahagian tanah
loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
sungai @ (2:1:1).
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Penyediaan kotak semaian

- Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu atau


bata – untuk elak medium mengalir keluar
semasa penyiraman
- Isi campuran medium sehingga 2 – 3cm dari
permukaan kotak semaian.
- Ratakan permukaan medium, kemudian buat alur
penanaman jika perlu.
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS
Penyemaian biji benih besar

• Biji benih besar seperti Helianthus, Veitchia merilli,


Cassia biflora dan sebagainya ditanam sedalam lebih
kurang 2 - 3 kali lebih dalam daripada saiz garis pusat
biji benih tersebut.
• Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering
manakala biji benih yang ditanam terlalu dalam sukar
untuk bercambah.
• Jarak penanaman di antara biji benih adalah 3 cm.
Helianthus sp
Veitchia merillii
Cassia biflora L.
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS
Penyemaian biji benih halus

• Biji benih halus seperti Celosia, Tagetes, Gomphrena globosa dan


sebagainya perlu dicampur dengan pasir sebelum disemai bagi
memudahkan penyebaran biji benih dengan sekata.
• Nisbah campuran adalah (1:5) iaitu 1 bahagian biji benih dan 5
bahagian pasir halus.
• Sebelum menyemai, alur kecil dibuat dengan menggunakan kayu di
permukaan campuran semaian sedalam lebih kurang 1cm.
• Campuran biji benih dan pasir halus tadi ditabur pada alur dan
ditutup dengan lapisan tanah yang nipis.
• Siram permukaan kotak semaian dengan penyiram muncung halus.
• Kotak semaian ditempatkan di bawah naungan 50%.
Celosia sp
Tagetes sp
Gomphrena globosa
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS
Penjagaan tumbuhan di tapak/kotak semaian
• Siram 2 kali sehari pada waktu pagi dan lewat petang
sama ada dengan cara manual, sistem renjisan,
permukaan atau kapilari.
• Rekodkan:
a. Tarikh menyemai.
b. Tarikh bercambah.
c. Bilangan biji benih yang bercambah setiap
minggu.
Peratus percambahan = Bilangan bercambah
x 100
Bilangan disemai
d. Ketinggian anak benih setiap minggu.
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS
• Pemindahan anak benih
- Anak benih yang mempunyai daun 4-5 helai boleh
dipindah ke beg politena atau pasu.
- Langkah pemindahan anak benih
i. Tutup lubang saliran pasu
ii. Isi medium sehingga 2-3 cm dari
permukaan
iii. Sediakan lubang untuk anak benih
iv. Siram anak benih sebelum diubah
v. Keluarkan anak benih bersama gumpalan
tanah dengan sudip tangan
vi. Masukkan ke lubang penanaman
vii. Padatkan tanah di sekeliling pangkal anak
benih
viii. Siram dan letakkan di tempat yang teduh
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

1. KERATAN BATANG
2. KERATAN DAUN
3. PEMBIAKAN SECARA TUT
4. CANTUMAN
5. KULTUR TISU
1. KERATAN BATANG
Pendahuluan
• Keratan batang merupakan kaedah yang
paling mudah dibuat terhadap tanaman
hiasan.
• Kaedah ini menggunakan bahagian
tumbuhan seperti batang, ranting dan
dahan tanaman.
1. KERATAN BATANG
- 3 Jenis:

i. Keratan Kayu Lembut

ii. Keratan Kayu Sederhana

iii. Keratan Kayu Keras


1. KERATAN BATANG

i. Keratan Kayu Lembut


- Keratan diambil dari bahagian yang termuda
sekali atau masih hijau.
- Panjang keratan 10-15 cm beserta 2-3 helai daun.

- Keratan kayu lembut mudah kering dan


persekitaran hendaklah sentiasa lembap.
- Contoh tanaman yang biasa digunakan:
Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.
Altenanthera sp.
Portulaca sp.
Coleus sp.
1. KERATAN BATANG
ii. Keratan Kayu Sederhana
- Keratan diambil daripada bahagian dahan
atau ranting yang baru matang.
- Panjang keratan 10-20 cm beserta beberapa
helai daun setiap keratan kayu sederhana.
- Setiap keratan kayu sederhana biasanya
mempunyai sistem akar yang lebih baik berbanding
keratan kayu lembut.
- Contoh tanaman yang biasa digunakan:
Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.
Hibiscus sp
Duranta sp.
Ixora sp.
1. KERATAN BATANG
iii. Keratan Kayu Keras
- Keratan diambil dari bahagian batang atau
dahan yang telah matang.
- Bagi keratan kayu keras, semua daun
hendaklah dibuang.
- Keratan kayu keras biasanya dilakukan
terhadap tanaman yang mudah
mengeluarkan akar.
- Contoh tanaman yang biasa digunakan:
Pterocarpus indicus, Tecomaria
capensis dan Baphia nitida.
Pterocarpus indicus
Tecomaria capensis
Baphia nitida
KERATAN BATANG
KERATAN BATANG
• Medium penyemaian
- Medium pengakaran yang digunakan hendaklah
mempunyai saliran yang baik, gembur, tidak
mengandungi biji benih rumpai dan agen penyakit
serta serangga.

- Medium penyemaian yang boleh digunakan ialah


pasir dan tanah loam dengan nisbah campuran
tanah untuk medium penyemaian1:1 (satu
bahagian pasir: satu bahagian bahan organik).

- Jika tiada bahan organik, sabut kelapa yang telah


dihancurkan boleh digunakan.
KERATAN BATANG
Hormon penggalak akar
– Hormon penggalak akar digunakan untuk membantu
dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan
akar.

– Jenis hormon penggalak akar yang boleh didapati di


pasaran ialah seperti Seradix 1,2,3 dan Hortomon A
dan B.
KERATAN BATANG
Menyemai keratan

- sebelum menyemai, celup bahagian bawah


keratan dengan hormon penggalak akar
- masukkan ke dalam lubang atau alur yang
disediakan

Pembentukan akar

- Akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1


minggu hingga 6 minggu
- Keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan
ianya telah mula berakar
- Keratan yang mudah dicabut masih belum
berakar.
Prosedur menyemai keratan
Pembentukan akar
Berkayu sederhanaDiambil keras. pada hujung
Contoh pembiakan
Berkayu dahan
keratan
dan keras atau
ini
serta pucuk.
kulitnya
3 Jenis
ialahkeratan
ati ati ( batang
Coleus ), pokok
Wananyaduit masih hijau
bewarna perang. Contoh pembiakan
(Scindapsus
keratan spperang
) dan bunga
ialah lilin
atau
Ekor lembut
Kucing
(Pachystachys
(Acalypha spp), Bunga) raya (Hibiscus
rosa senensis), Bunga kertas
Keratan kayu hijau
(Bougainvillea spp) Siantan (Ixora) dan
beringin atau ara (Ficus)

Keratan kayu sederhana

Keratan kayu keras


PEMBIAKAN SECARA
PEMBIAKAN SECARA KERATAN
KERATAN BATANG
BATANG

1. Menyediakan medium semaian

Medium disediakan dengan mencampurkan:

2 bahagian tanah peroi

1 bahagian bahan organik (tahi ayam reput)

1 bahagian pasir (pasir sungai)


PEMBIAKAN SECARA KERATAN
BATANG
BATANG
1. Langkah menyediakan medium semaian
5. Gaulkan Medium
sehingga rata dan
masukkan ke dalam
kotak semaian
3. Sukat
2. Tapiskan
ketiga tiga
bahan
bahan
secara
mengikut
berasingan
isipadu
(gunakan baldi simen)

4. Campurkan 2.5gm baja fosfat PO2SO4


kepada 4500cm3 medium
1. Longgokkan semaian
bahan medium
MENYEDIAKAN KERATAN BATANG
Keratan yang terlalu
• Pembiakan secara keratan batang
muda akandapat
reput bila
menghasilkan tanaman dengan
disemai banyak, cepat
dan keratan
dan tulin bakanya. yang terlalu tua akan
lambat berakar
• Pokok yang baru dibiakkan cepat mantap dan
cepat membesar
• Keratan yang hendak di biakkan perlu dipilih
daripada ranting yang subur
LANGKAH
1. Pilih MENYEDIAKAN
dahan yang KERATAN BATANG
sihat dan berdiameter
1 cm Potong dahan
tersebut sepanjang
10cm – 25cm
LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN
BATANG
2. Potong secara serong
bahagian bawah keratan di
bawah paras buku. Bahagian
atas keratan pula dipotong
melintang dengan jarak 1cm
– 2.5 cm bahagian atas buku
LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

3. Buang semua daun


daripada bahagian keratan
kayu keras. Manakala daun
bahagian keratan kayu lembut
dipotong separuh untuk
mengurangkan kadar
transpirasi
LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG
4. Lembabkan bahagian
pangkal keratan dan
celupkan kedalam
hormon penggalak akar
LANGKAH
5. Tanam MENYEDIAKAN
keratan secara
condong sedikit pada
KERATAN
jarak 8cm – 10 cm BATANG
dengan 1/3 bahagian
tertanam dalam medium
MENJAGA KERATAN BATANG DI
TAPAK SEMAIAN
Kelembapan medium boleh
dikekalkan dengan
• Keratan batangmenyiram
biasanyaataumengambil
menutup
masa beberapa bekas
minggu untukdengan
semaian
berakar plastik lutsinar

• Keadaan ini bergantung kepada


kelembapan medium
• Keratan yang telah berakar boleh di
tanam di dalam politena atau pasu
Menyediakan Medium Penanaman

Sediakan
Gaulkan
Sukatcampuran bahan
bahan mengikut medium
tersebut.
nisbah yang
Siram
Masukkan
7:3:2 sesuai
medium
atau
medium3:2:1.
dalam pasu
SukatanTapiskan
atauini
beg medium
ditentukan
politena tersebut
sehingga
sehingga 3/4 lembap
berdasarkan bahagian
isipadu
Anak pokok
MENGUBAH ANAK POKOK diletakkan ditempat
yang teduh dan
• Ia melibatkan kerja memindah keratan
lakukan penjagaan
yang telah berakar ke dalam beg politena
atau pasu
• Pilih anak pokok yang sihat, segar dan
bebas daripada penyakit dan perosak
Padatkan permukaan
• Siramkan medium
medium dan anak pokok
sehingga lembab. Ini bertujuan untuk
memudahkan anak pokok dikeluarkan
daripada medium
• Buatkan satu lubang di tengah medium
beg politena.
• Tanam anak pokok kedalam lubang yang
disediakan dan timbus. Siram dengan air
Baja hendaklah ditabur
MENJAGA ANAK POKOK
mengikut tempoh tertentu.
Baja yang boleh
Permukaan digunakan
medium yang
1. Menyiram
2. 3.
Menggembur
Membaja Penyiraman
ialah
keras dibuat
Nitrophoska
hendaklah
sekurang
(15:15:15).
digembur. kurangnya
Tabur
Medium baja
yang
sekeliling sekali sehari.
pangkal pokok.
telah digembur
Elakkan terkena pada
memudahkan air
pangkal pokok dan dan
menembusinya daun
membaiki struktur tanah
Penyiraman dilakukan
selepas pembajan
KERATAN DAUN
• Pembiakan tumbuhan hiasan secara keratan daun boleh
dilakukan pada pokok yang mempunyai daun yang
berlendair kerana daun jenis ini banyak makanan yang
tersimpan di dalamnya.
• Dalam kaedah ini, daun atau bahagian daun akan
disemai pada medium pengakaran.
• Semasa menyemai tentukan bahagian atas daun
menghala ke atas sementara bahagian bawah daun
tertanam ke dalam medium.
• Keratan daun tidak akan berakar sekiranya kedudukan
daun tidak diletakkan dengan betul.
• Apabila anak pokok tumbuh, daun asal atau induk akan
reput.
KAEDAH KERATAN DAUN
1. KERATAN LAI DAUN
• Cara keratan lai daun sesuai pada tumbuhan yang
mempunyai lai daun yang panjang seperti pokok lidah jin
(Sanseviera trifasciata).
• Lai daun yang diambil dan dipotong sepanjang 3cm atau
4 cm.
• Keratan yang telah dipotong kemudiannya disemai
secara tegak atau pun mendatar di medium pengakaran
untuk mengeluarkan anak pokok.
• Terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang boleh
mengeluarkan anak pokok daripada lai daunnya seperti
daun setawar (Bryophyllum spp.).
• Lai daun tumbuhan ini diletakkan di atas medium
pengakaran untuk mendapatkan anak pokok.
Pokok lidah jin
(Sansevieria trifasciata).
Daun setawar
(Bryophyllum spp.).
Kaedah keratan lai daun
KAEDAH KERATAN DAUN
2. KERATAN URAT DAUN
• Daun tumbuhan seperti resam batu (Begonia spp.)
dibiakkan dengan meletakkan lai daunnya di atas
medium pengakaran dan urat daunnya dikerat-kerat.
• Setiap urat daun yang dikerat akan mengeluarkan anak
pokok yang baru.
• Satu lagi cara ialah lai daun dicincang kemudian ditabur
di atas medium pengakaran.
• Sedikit medium ditaburkan di atas permukaan keratan
daun supaya permukaan bawahnya bersentuh rapat
dengan medium pengakaran.
• Anak pokok yang baru akan tumbuh daripada keratan
ini.
Resam batu
(Begonia spp.)
Prosedur pembiakan keratan urat daun
KAEDAH KERATAN DAUN
3. KERATAN TUNAS DAUN
• Keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas
ketiak dan sebahagian batang.
• Keratan tunas daun disemai dalam medium pengakaran
dengan mencucuk keratan sehingga ke paras bahagian
bawah lai daun.
• Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan keratan
tunas daun ialah seperti Honeysuckle (Lornicera spp).
Honeysuckle
(Lonicera spp).
Lonicera sp
Keratan tunas daun
KAEDAH KERATAN DAUN
4. KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN
• Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada
sekeping daun bersama tangkai daunnya sekali.
• Bahagian tangkai daun dibenam ke dalam medium
pengakaran dengan bahagian lai daun berada di atas
permukaan daun.
• Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan kaedah
ini ialah Violet Afrika (Saintpaulia sp.) dan Gloxina sp.
Violet Afrika
(Saintpaulia spp.)
Saintpaulia sp
Gloxina sp.
Keratan lai dan tangkai daun
PEMBIAKAN SECARA TUT

Pendahuluan
• Kaedah pembiakan secara tut, merupakan satu
teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan
atau ranting yang masih terlekat pada pokok
induk.
• Oleh itu bahagian yang terlibat masih mendapat
makanan dan air dari pokok induk.
• Apabila tut telah berjaya ia boleh dipisahkan
daripada pokok induk.
PEMBIAKAN SECARA TUT

KELEBIHAN TUT
1. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
2. Tanaman baru lebih cepat matang

KEKURANGAN TUT
a. Pembiakan secara tut tidak boleh dibiak dengan
kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok induk.
b. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak
mempunyai akar tunjang.
c. Pembiakan secara tut memerlukan kemahiran
membuat tut.
PEMBIAKAN SECARA TUT

Medium pengakaran
• Nisbah campuran yang sesuai untuk
menyediakan medium pengakaran ialah satu
bahagian tanah loam dan satu bahagian bahan
organik.
• Medium digaul dengan rata dan dicampur
dengan sedikit air supaya melekit supaya
mudah dibentuk seperti bebola untuk dilekapkan
pada bahagian ranting yang hendak ditut.
PEMBIAKAN SECARA TUT
Pemilihan dan penyediaan dahan
• Pilih dahan daripada pokok induk yang sihat, ukuran diameter lebih
kurang 1cm atau sebesar pensil tiada ranting kecil pada tempat untuk
melakukan tut.
• Buat dua kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5 cm hingga 5cm.
• Kopek kulit diantara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk
mengelakkan kulit bercantum semula.
• Sapukan hormon penggalak akar pada kelaran bahagian atas.
• Bentukkan medium seperti bebola lebih kurang 5cm diameter.
• Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan pada bahagian yang
dikikis.
• Kejapkan medium pada dahan dan balut dengan kertas plastik lut sinar.
• Ikat di kedua-dua hujung bahagian yang telah dibalut.
Prosedur membuat tut
PEMBIAKAN SECARA TUT
Penjagaan tut
• Ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah
beberapa minggu.
• Rekodkan perkara berikut setelah dibuat tut:
a. Tarikh membuat tut.
b. Tarikh tut mengeluarkan akar.
c. Kira peratus kejayaan tut.
PEMBIAKAN SECARA TUT
Mengubah anak pokok
• Tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan
bergantung kepada jenis tumbuhan hiasan.
• Tut yang berjaya (berakar dengan baik) perlu
diubah ke beg politena atau bekas cari.
• Potong dahan di bahagian bawah tut untuk
mengasingkan daripada pokok induk.
• Buang plastik lutsinar sebelum anak pokok ditanam
untuk membolehkan akar berkembang.
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN

1. Cantuman baji

2. Cantuman sandingan

3. Cantuman matatunas
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN
PENDAHULUAN
- Cantuman baji dilakukan untuk menukar
pokok besar.
- Cantuman sanding pula dilakukan untuk
mencantum beberapa varieti menjadi satu
pokok.
- Tumbuhan hiasan yang sesuai bagi kaedah
cantuman baji adalah seperti Coleus blumei
in villea sp. dan Hibiscus rosa sinensis.
- Bagi teknik cantuman sanding tumbuhan
yang sesuai adalah seperti Acalypha sp.
dan Codieum variegatum.
Coleus blumei
Hibiscus rosa sinensis
Acalypha sp.
Codieum variegatum.
CANTUMAN BAJI
• Sion diambil dari pokok induk kemudian
disatukan dengan pokok penanti (stok) yang
telah dibuat belahan berbentuk 'V.
• Setelah dua hingga tiga minggu, periksa
cantuman dan sekiranya sion bewarna hijau,
cantuman adalah berjaya.
• Jika sion kering, cantuman adalah gagal.
PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN BAJI
CANTUMAN SANDINGAN

• Cantuman sandingan dilakukan terhadap dua batang


pokok yang bersaiz hampir sama.
• Batang pokok penanti dan sion, pokok yang hendak
dicantum dihiris selebar 2 cm ke 3 cm, kemudian
ditemukan supaya bahagian kambium bertemu dengan
baik bagi memastikan kejayaan cantuman.
• Tempat cantuman diikat dengan pita cantuman.
• Pada masa ini, sion masih lagi mendapatkan bekalan
nutrien dan air daripada pokok induknya.
PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN SANDINGAN
PENJAGAAN POKOK CANTUMAN
• Pokok yang telah dicantum hendaklah diletakkan di
tempat teduh, pokok perlu disiram dua kali iaitu pada
waktu pagi dan petang.
• Pokok hendaklah dilabel tarikh cantuman, kaedah
cantuman dan jenis cantuman.
• Selepas 10 hingga 14 hari tanggalkan serkup plastik
pada cantuman baji untuk memastikan kejayaannya.
• Apabila cantuman sandingan berjaya, sion dipotong
daripada pokok induknya bagi membolehkannya
membesar bersama pokok penanti.
CANTUMAN MATA TUNAS
Pendahuluan
• Pembiakan tumbuhan melalui cantuman mata
tunas bermaksud memindah dan
mencantumkan mata tunas sesuatu pokok yang
baik bakanya kepada pokok penanti bagi
mendapatkan anak pokok yang tulen dan baik
bakanya juga.
CANTUMAN MATA TUNAS
Kelebihan
• Pembiakan melalui cantuman mata tunas
mudah untuk mendapatkan benih pokok
daripada baka terpilih.
• Cara ini boleh menghasilkan anak pokok yang
sifatnya sama seperti induk.
• Cantuman mata tunas boleh menghasilkan
pokok yang mempunyai beberapa warna bunga
atau daun pada satu pokok.
CANTUMAN MATA TUNAS
Cara membuat cantuman mata tunas
• Pokok penanti dan kayu mata tunas perlulah dalam
keadaan yang cukup sihat dan subur supaya kulitnya
senang dikopek.
• Semasa mencantum lapisan kambium, lapisan kambium
tersebut hendaklah bersih.
• Kedua-dua lapisan kambium mestilah kena dan melekap
antara satu sama lain sebelum dililit dengan pita
cantuman.
• Pisau cantuman hendaklah sentiasa bersih dan tajam.
• Semua kerja hendaklah cepat, teratur dan selamat.
• Lakukan kerja cantuman di tempat teduh.
PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN MATATUNAS
CANTUMAN MATA TUNAS
Penyediaan pokok penanti
• Pokok penanti ialah pokok di mana satu atau
lebih mata tunas dicantumkan.
• Batang pokok penanti hendaklah tegak dan
pokok mempunyai sistem akar yang baik.
CANTUMAN MATA TUNAS
Mata tunas
• Pastikan bintil mata tunas masih terlekat di
bawah kulit keratan mata tunas.
• Mata tunas tersebut mestilah dicantumkan
secepat mungkin iaitu sebaik sahaja dipotong
daripada pokoknya.
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN
TUMBUHAN
- Sesetengah tumbuhan seperti bebawang, ubi,
stolon, rumpun dan rizom mempunyai organ atau
bahagian khas yang boleh digunakan untuk
pembiakan
- Ia boleh digunakan untuk pembiakan secara
pembahagian atau cara belahan
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
A. Pembiakan menggunakan Ubi
i. Bahagian batang yang menyimpan makanan di
dalam tanah
ii. Ubi mempunyai tunas domain pada badannya
iii. Tunas domain ini akan mengeluarkan pucuk dan
akar baru sekiranya disemai
iv. Caranya memotong ubi mengikut beberapa
bilangan mata tunas
Contoh : bunga sarang tabuan (Dahlia pinnata)
dan keledek hiasan (Ipomea sp.)
Pembiakan menggunakan Ubi
Dahlia pinnata
Ipomoea sp
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
B. Pembiakan menggunakan rizom
i. Batang tumbuhan yang tumbuh di bawah
permukaan tanah
ii. Rizom boleh dibiakkan dengan
memotongnya menjadi keratan kecil
iii. Sebaiknya setiap keratan mempunyai
mata tunas
Contoh : halia (Zingiber sp.), Heliconia
sp., Costus sp. dan beberapa jenis buluh
(Bambusa sp).
Costus sp

Bambusa sp
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
C. Pembiakan menggunakan Stolon
i. Batang tumbuhan yang tumbuh melata di
atas permukaan tanah.
ii. Akar dan pucuk baru boleh dikeluarkan
pada bahagian buku di sepanjang stolon
Contoh : rumput Bermuda (Cynodon sp.),
Zoysia sp. dan Axonopus compressus
Pembiakan menggunakan rizom dan stolon
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
e. Pembiakan melalui pembahagian rumpun
i. Dilakukan ke atas tumbuhan yang berumpun
ii. Rumpun pokok dicabut dan dibahagikan dengan
menggunakan tangan atau parang
iii. Anak rumpun bersama akar dan daun disemai
terus ke dalam beg politena atau tapak semaian
Contoh : Ophiopogon sp., pinang raja (Cyrtostachys
lacca) dan pinang kuning (Chrysalidocarpus
lutescens)
Ophiopogon jaburan

Ophiopogon jaburan
variegata
Pembiakan melalui pembahagian rumpun
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
e. Pembiakan melalui bebawang
i. Batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat
pendek dan juga daun yang berlendair yang keluar
dari bahagian buku
ii. Bebawang yang matang mengeluarkan anak
bebawang dari bahagian pangkalnya
iii. Anak bebawang dipisahkan daripada bebawang
induk dan ditanam di tapak semaian
Contoh : bebawang hiasan (Zuphyranthes rosea)
Zuphyranthes rosea

Tulip

Lilies lilien lilium


Pembiakan melalui bebawang
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA
ORGAN TUMBUHAN
Kekurangan pembiakan menggunakan organ tumbuhan:
- Benih tidak mudah diperolehi
- Tanaman tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti
yang banyak
Kelebihan pembiakan menggunakan organ tumbuhan:
- Kaedah pembiakan ini mudah dilakukan
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN
TUMBUHAN

Merawat organ tumbuhan sebelum disemai:


- Bahagian organ yang telah dipotong hendaklah
dicelup ke dalam racun kulat untuk elak serangan
kulat

Menyediakan medium semaian:


- Nisbah medium 2:1:1 (tanah loam, bahan organik,
pasir sungai)
Sekian,
Terima Kasih…!!!

You might also like