Pentaksiran formatif ialah proses pembelajaran yang
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan evidens pembelajaran yang bertujuan untuk penambahbaikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa atau masa hadapan. Pentaksiran sumatif ialah aktiviti atau tugasan yang digunakan untuk mendapatkan evidens dan prestasi pembelajaran murid di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
pengajaran dan pembelajaran. penghujung fasa pengajaran dan pembelajaran seperti di akhir semester atau tahun. Kaedah Ujian kertas dan pensel, Ujian kertas dan pensel, pemerhatian, kuiz, latihan, ujian lisan atau amali sesi amali dan lain-lain kaedah yang ditadbirkan kepada yang relevan yang ditadbirkan sekumpulan murid. kepada sekumpulan murid atau individu.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Contoh Kuiz, esei, ujian diagnostik, Peperiksaan akhir semester/tahun,
laporan sesi amali, rekod anekdot peperiksaan peringkat kebangsaan dan lain-lain alat pentaksiran yang seperti UPSR, PT3, SPM sesuai. dan ujian kelayakan.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Ujian Rujukan Norma ialah proses pentaksiran yang
bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal. Ujian Rujukan Kriteria menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Pelaporan Gred atau markah diberikan. Tidak diberikan gred atau markah. Kecakupan Mencakupi kandungan yang Aspek kandungan yang Kandungan luas (contoh: semua topik spesifi k (contoh: skop yang dalam mata pelajaran). kecil dalam sesuatu topik). Contoh Peperiksaan akhir semester/ Ujian, kuiz, latihan, tahun, UPSR, PT3, SPM dan tugasan semua jenis peperiksaan berpusat.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Pentaksiran autentik merujuk penilaian yang dilakukan
berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik darjah. Ia merangkumi penilaian dari pelbagai aspek seperti pengetahuan murid, pemahaman murid, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosial, kepekaan terhadap persekitaran, serta simulasi kepada situasi kehidupan sebenar.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Prinsip asas pentaksiran autentik adalah seperti yang berikut:
Murid diminta untuk mengemukakan jawapan. Menggalakkan pemikiran aras tinggi. Pendekatan secara langsung untuk menilai projek dan proses mencipta produk akhir. Seiring dengan pengajaran di dalam bilik darjah. Kerja murid yang telah dikumpulkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kriteria yang jelas dan diberikan kepada murid. Membenarkan pelbagai interpretasi, tafsiran dan tanggapan. Murid belajar untuk menilai hasil kerja sendiri.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Pentaksiran prestasi merupakan aktiviti atau tugasan yang dapat
menilai apa-apa yang murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar. Kelebihan pentaksiran prestasi termasuklah: Mengukur secara langsung Mentaksir pembelajaran secara konstruktif Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah Jenis-jenis: projek, persembahan, pemerhatian, produk, amali, tugasan bertulis, buku skrap, portfolio
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan. Penilaian rakan sebaya yang berkesan memerlukan persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah yang menyokong aktiviti ini dan murid haruslah berasa selesa dan percaya antara satu sama lain.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
penilaian ke atas pencapaian mereka dan mengenal pasti status pembelajaran mereka sendiri. Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai. Instrumen yang digunakan dalam penilaian kendiri ini lazimnya merupakan senarai semak dan rubrik.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Pentaksiran atas talian adalah proses pentaksiran secara
elektronik dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum balas (McLoughlin & Luca, 2006). Pentaksiran atas talian juga dikenali sebagai online assessment merupakan proses pentaksiran yang dilaksanakan secara elektronik dengan penggunaan komputer dan Internet. Kebolehan kognitif biasanya dinilai menggunakan perisian e-ujian, manakala kemajuan prestasi murid yang berterusan pula dinilai menggunakan e-portfolio atau perisian simulasi.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
Pentaksiran Formatif bertujuan memperbaik dan meningkatkan
pembelajaran. Pentaksiran Sumatif bertujuan mengetahui tahap penguasaan murid. Ujian Rujukan Norma ialah proses pentaksiran yang bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal. Ujian Rujukan Kriteria menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid. Pentaksiran Autentik ini ialah proses pentaksiran alternatif yang lebih luas untuk melihat perkembangan murid dengan lebih menyeluruh.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved