You are on page 1of 22

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN TAHUN SATU

OLEH: NILAM MAISARAH BINTI KASSIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2011

BAB 1
1.1

Latar Belakang Kajian

Perubatan merupakan bidang dan latihan yang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Satu bidang yang memberikan banyak tekanan kepada individu yang terlibat dengannya. Pelajar-pelajar perubatan ini perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada jadual kuliah, latihan klinikal di institusi dan hospital serta tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Latihan perubatan ini juga memerlukan pembahagian masa pelajar dengan sebaik-baiknya di antara pelajaran dan peribadi. Komitmen masa yang tinggi perlu diberikan kepada latihan perubatan yang dijalankan di luar waktu pembelajaran (Sen, Kranzler, Krystal, Speller, Chan, Gelernter & Guille (2010).

Pelajar akan berasa keletihan dan tidak mampu memberikan tumpuan kepada hal peribadi mereka atau perkara lain dan seterusnya membawa kepada kekecewaan, kebimbangan dan kemurungan. Reaksi setiap individu itu apabila berhadapan dengan pelbagai peristiwa hidup adalah berbeza dan ini menunjukkan kepada perbezaan yang wujud pada setiap individu (Premuzic, 2007). Ciri-ciri personaliti adalah merupakan faktor peramal yang signifikan kepada kejayaan akademik pelajar sepanjang pengajian mereka di institusi pengajian perubatan (Kling, Ryff, Love & Essex (2003) . Kajian terdahulu menunjukkan bahawa personaliti dan cara pelajar berhadapan dengan tekanan yang berbeza dapat mengurangkan masalah kemurungan daripada berlaku.

Turcotte (2005): personaliti juga mempunyai kaitan dengan kemurungan. Individu yang mempunyai tahap kemurungan yang rendah adalah merujuk kepada mereka yang mempunyai skor yang tinggi dalam personaliti conscientiousness, extraversion, agreeableness dan keterbukaan. Perhatian yang penuh perlu diberikan kepada faktor personaliti pelajar dimana mungkin wujud perhubungan yang signifikan di antara personaliti pelajar dengan kemurungan yang berlaku di kalangan pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak ini. Kemurungan itu merupakan satu perkara yang biasa kepada golongan muda tetapi ia bukanlah merupakan satu perkara yang normal dalam proses kematangan manusia dan juga dalam latihan perubatan (Leal, Santos Silva, Borges & Barbosa, 2010).

1.2

Pernyataan Masalah

Pelajar perubatan bukan hanya mempelajari ilmu yang berkaitan dengan bidang perubatan sahaja, juga ilmu-ilmu lain seperti komunikasi, sosial dan psikologi yang dapat membantu dalam profesion mereka (Zaid, Chan & Ho, 2007). Jadual kuliah mereka adalah lebih padat berbanding dengan pelajar-pelajar dari bidang lain. Suasana pembelajaran yang padat dan memerlukan pengorbanan dari segi masa, peribadi, sosial dan ekonomi ini menjadikan sesi pengajian sebagai suasana yang menekankan. Kajian telah dijalankan mengenai penyakit emosi dikalangan pelajar perubatan di kolej ini menunjukkan daripada 292 pelajar perubatan, 117 daripadanya didapati mempunyai penyakit emosi termasuk kemurungan (Zaid, Chan & Ho (2007).

Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar yang berhadapan dengan tekanan-tekanan dalam pengajian bidang perubatan di kolej ini berhadapan dengan masalah kemurungan, kesihatan dan akademik. Adakah ini disebabkan oleh perbezaan individu (personaliti) mereka yang menyumbang kepada wujudnya masalah kemurungan dikalangan mereka? Kajian menunjukkan personaliti serta taraf psikologikal pelajar perubatan di IPTA di Malaysia didapati mempengaruhi masalah psikologikal dikalangan mereka (Sherina, Rampal & Kaneson (2004) & Azlina Wati, Mariam, Anisah & Salmi (2010). Pelajar yang mempunyai markah rendah dalam personaliti extraversion dan keterbukaan didapati lebih terdorong menghadapi masalah kemurungan (Bunevicius, Katkute & Bunevicius (2008), Kling, Ryff, Love & Essex (2003) & Matsudaira & Kitamura (2006).

Kajian terdahulu tidak pernah dijalankan ke atas institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. kajian terdahulu yang pernah dijalankan di IPTS berkaitan bidang perubatan hanya mengenai perhubungan pelajar perubatan dengan masalah psikologikal, tekanan dan kemurungan. Kajian ini akan mengkaji perhubungan di antara personaliti (five factor model) iaitu neuroticism, extraversion, keterbukaan, agreeableness dan conscientiousness dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan tahun 1 di sebuah institusi pengajian perubatan swasta di Malaysia iaitu di Kolej Perubatan Di Raja Perak.

1.3
1.

Persoalan Kajian Apakah tahap personaliti (neuroticism, extraversion, keterbukaan, agreeableness dan conscientiousness) dalam kalangan pelajar perubatan? Apakah tahap kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan? Adakah terdapat perbezaan personaliti berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar perubatan? Adakah terdapat perbezaan tahap kemurungan berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar perubatan? Adakah terdapat perhubungan antara personaliti dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan?

2.

3.

4.

5.

1.4

Kepentingan Kajian

Dapat memberi maklumat dan panduan kepada pihak kolej serta pensyarah-pensyarah mengenai faktor lain yang juga menyumbang kepada masalah kemurungan selain ekonomi dan tingkah laku. Diharapkan dapat membantu pihak kolej dan pensyarah mengenalpasti dan memikirkan alternatif untuk menurunkan kadar kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan. Dapat memberikan informasi yang berguna kepada institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia, samada awam mahupun swasta mengenai kepentingan personaliti dalam masalah kemurungan pelajar. Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang pendidikan di Malaysia dan juga persatuanpersatuan perubatan Malaysia dalam melahirkan professional perubatan yang bebas daripada sebarang masalah psikologikal.

1.5

Hipotesis Kajian

Ho(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti neuroticism dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan Ho(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti extraversion dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan Ho(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti agreeableness dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan Ho(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti keterbukaan dengan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan

Ho(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti conscientiousness dengan kemurungan di kalangan pelajar perubatan Ho(6): Tidak terdapat perbezaan tahap kemurungan berdasarkan jantina yang signifikan dalam kalangan pelajar perubatan Ho(7): Tidak terdapat perbezaan personaliti berdasarkan jantina yang signifikan dalam kalangan pelajar perubatan

BAB 2
2.1

Kajian Literatur

Teori model personaliti lima faktor menggabungkan lima variable-variable yang berbeza kepada satu model yang konseptual untuk menghuraikan personaliti. Kelima-lima faktor yang berbeza ini dikenali sebagai Big five. Teori ini juga dikenali sebagai antara model terbaru yang dibangunkan untuk menghuraikan personaliti dan dianggap sebagai antara model yang paling praktikal dan boleh digunakan dalam bidang psikologi personaliti (Premuzic, 2007).

Dalam teori ini, terdapat lima faktor personaliti iaitu neuroticism, extraversion, keterbukaan, agreeableness dan conscientiousness. Teori Big five ini mencadangkan faktor neuroticism merupakan faktor yang berkaitan dengan kestabilan emosi dimana individu yang mempunyai neuroticism yang tinggi adalah lebih mudah terpengaruh kepada tekanan-tekanan psikologikal yang akhirnya membawa kepada penyakit psikologikal. Matsudaira & Kitamura (2006) daripada banyak tret personaliti, neuroticism dilihat mempunyai kaitan yang kuat dengan kemurungan. Salah satu daripada aspek-aspek neuroticism ini adalah kemurungan

Sorotan Kajian: Kajian terdahulu telah dijalankan tentang perhubungan atau pengaruh personaliti terhadapan kemurungan dikalangan pelajar perubatan dan kebanyakkan kajian ini dijalankan di luar negara seperti India, Pakistan, Amerika, Dubai, Belgium, Saudi Arabia dan Jepun. Hasil kajian menunjukkan mereka yang mempunyai markah rendah dalam personaliti extraversion dan keterbukaan didapati lebih terdorong menghadapi masalah kemurungan (Bunevicius, Katkute & Bunevicius (2008), Kling, Ryff, Love & Essex (2003) & Matsudaira & Kitamura (2006). Kajian Srivastava, Raju, Saldanha, Chaudhury, Basannar, Pawar, Ryali & Kundeyawala (2006), mendapati pelajarpelajar yang kurang bersikap terbuka dan conscientiousness didapati lebih banyak mempunyai simtom-simtom kemurungan.

Tahap simtom-simtom kemurungan yang rendah adalah dilihat daripada skor yang tinggi ke atas faktor conscientiousness, keterbukaan, extraversion dan agreeableness (Turcotte, 2005). Kajian juga telah dijalankan dalam kalangan pelajar bukan perubatan seperti kemanusiaan, filosofi, sejarah dan sains sosial. Keputusan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara personaliti dan kemurungan (Bunevicius, Katkute & Bunevicius, 2008). Kajian dijalankan dalam kalangan pelajar perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Personaliti didapati mempengaruhi berlakunya masalah psikologikal dikalangan mereka (Sherina, Rampal & Kaneson (2004) & Azlina Wati, Mariam, Anisah & Salmi (2010).

BAB 3
3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian kuantitatif ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Chua Yan Piaw (2006) menyatakan kaedah ini boleh digunakan untuk membuat ramalan tentang isu masyarakat semasa yang timbul. Oleh yang demikian, kaedah tinjauan dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara personaliti pelajar perubatan dengan kemurungan. Kaedah ini dilihat dapat membantu pengkaji kerana keupayaan hasil kajian untuk digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

3.2
1.

Soal Selidik Inventori Personaliti NEO (NEO-PI-R) Merupakan alat ukur yang popular digunakan dalam mengukur personaliti seseorang individu. Direka oleh Paul T. Costa, Jr dan Robert R. McCrae. Digunakan kepada orang dewasa berumur 17 tahun ke atas yang tidak mempunyai penyakit jiwa yang nyata (Singh, 2009). Mengukur lima dimensi utama personaliti iaitu neuroticism, extraversion, agreeableness, keterbukaan dan conscientiousness dan juga beberapa ciri-ciri penting yang dapat mendefinisikan setiap dimensi tersebut. Mempunyai 240 item Menggunakan skala likert lima poin, bermula daripada 1 (Sangat Tidak Setuju) hingga 5 (Sangat Setuju).

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua soalan adalah 35-45 minit (Costa & McCrae, (1992) dalam Fezatte, (2009). Inventori ini telah diakui kesahannya dan mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tinggi iaitu dalam lingkungan daripada .86 - .95 (koefisien alpha) (Mosupye, 2011). Konsistensi dalaman inventori ini adalah tinggi dimana neuroticism = .92, extraversion = .89, agreeableness = .86, keterbukaan = .87 dan conscientiousness = .90. Konsistensi dalaman bagi aspek-aspeknya pula dalam lingkungan skala daripada .56 - .81.

2.

Inventori Kemurungan Beck Merupakan alat ukur kemurungan yang paling kerap digunakan. Dibina oleh Aaron T. Beck untuk mengukur tahap kemurungan dalam populasi umum (Kneipp, Kairalla, Stacciarini & Pereira, 2009). Untuk menilai tahap kemurungan di kalangan orang biasa dan pesakit klinikal yang berumur antara 13 hingga 80 tahun (Beck Depression Inventory II, 1996) Inventori ini mengandungi 20 item. Item-item dalam inventori ini menggambarkan kognitif (cognitive C), perasaan (affective A) dan somatic - S. Setiap item, terdapat empat pernyataan yang disusun mengikut tahap keseriusan.

Susunan pernyataan ini diberi skor 0, 1, 2 atau 3 mengikut urutan menaik. Jumlah skor ini dikelaskan kepada enam tahap kemurungan. Normal (0 9), Marginal (10 19), Sederhana (20 29) Sederhana kepada teruk (30 39) dan Kemurungan teruk (40 ke atas) (Ahmadi, Kamel, Ahmed, Bayoumi dan Moneenum (2008). Inventori ini (edisi kedua) mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tinggi iaitu .92 (koefisien alpha) berbanding edisi pertama iaitu .86 (Beck Depression Inventory II, 1996). Konsistensi dalaman bagi setiap aspek yang digambarkan juga tinggi iaitu .92 bagi kognitif dan perasaan dan .84 bagi dimensi somatic (Kneipp, Kairalla, Stacciarini, & Pereira (2009)

3.3

Populasi

Populasi bagi kajian ini adalah seramai 215 orang pelajar lelaki dan perempuan ijazah sarjana muda perubatan tahun satu di Kolej Perubatan Di Raja Perak. Linkungan umur antara 21 hingga 24 tahun. Berdasarkan jadual yang disediakan oleh Kejcie dan Morgan (1970), jika bilangan populasinya ialah 210 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 136 (Chua Yan Piaw, 2006).

3.4

Responden Kajian

Seramai 140 orang pelajar perubatan tahun satu dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Melibatkan 100 orang pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki dipilih secara rawak daripada populasi. Merangkumi pelajar berbilang bangsa iaitu Melayu, India dan Cina.

You might also like