You are on page 1of 9

KKS 60103: KAUNSELING KESIHATAN MENTAL DALAM

KOMUNITI

ANALISIS ARTIKEL:
INDIVIDUAL AND RELATIONAL PREDICTORS OF COMPASSION
FATIGUE AMONG COUNSELLORS-IN-TRAINING

TUGASAN INDIVIDU:

NAMA PELAJAR NO MATRIK KURSUS

PENSYARAH: PROFESSOR MADYA DR SAMSIAH BINTI


MOHD JAIS

SEMESTER 2, SESI 2021/2022

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, PERAK

SENARAI KANDUNGAN

1
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Soalan pertama 3

2. Soalan kedua 4-5

3. Soalan Ketiga 6-7

4. Kesimpulan 8

5. Rujukan 9

1.0 Apakah isu terkini yang dibincangkan dalan artikel tersebut?

2
Artikel yang dipilih untuk di ulas bertajuk “Individual and Relational Predictors of
Compassion Fatigue Among Counsellors-in-Training”. Artikel ini ditulis oleh dua orang
penulis iaitu Nesime Can dan Joshua C. Watson. Nesime Can merupakan pengajar di Ankara
Universiti di Turki dan Joshua C. Watson merupakan Professor di Universiti Texas A & M,
Amerika Syarikat. Artikel ini telah diterbitkan di dalam journal The Professional Counselor
volume 9, isu 4, muka surat 285-297.

Isu terkini yang dibincangkan di dalam artikel ini adalah mengenai compassion
fatigue yang berlaku di kalangan profession menolong. Tugas kaunselor mendengar rintihan
dan keluhan melibatkan pelbagai jenis masalah, kepedihan, kesedihan dan trauma di kalangan
klien mendedahkan risiko kaunselor mengalami compassion fatigue. Compassion fatigue
adalah keadaan fizikal, emosi dan psikologi individu menolong yang mendengar atau
mengendalikan kes tekanan dan trauma menyebabkan hilang keupayaan untuk merasa empati
dan belas kasihan. Kaunselor terdedah kepada keadaan ini kerana apabila mengendalikan
terlalu banyak kes, kurang sokongan dan kekurangan sumber (Skovholt & Trotter-Mathison,
2016). Tempat kerja yang tidak kondusif serta bebanan tugas yang terlalu banyak juga boleh
menyumbang kepada compassion fatigue.

Seringkali isu compassion fatigue di kaitkan dengan secondary traumatic stress dan
burnout. Mengikut Bentley (2022), beliau menyatakan bahawa compassion fatigue berbeza
dengan konsep burnout tetapi kedua-duanya adalah berkait rapat. Compassion fatigue
melibatkan proses psikologi dan emosi yang berlaku di dalam diri individu manakala burnout
pula lebih dikaitkan dengan penekanan kepada interaksi hubungan individu dengan
persekitaran.

Mengikut Merriman (2015), compassion fatigue boleh menyebabkan kaunselor


kurang empati terhadap klien, kurang motivasi diri dan kemerosoton prestasi kaunselor dalam
pengendalian kes. Kaunselor juga mungkin mengalami masalah emosi, masalah kurang
kepercayaan dan kesunyian. Apa yang lebih merisaukan adalah kaunselor mungkin tidak
menjalankan sesi kaunseling dengan baik dan mungkin mendatangkan kemudaratan kepada
klien yang sedang menjalani sesi.

2.0 Apakah topik yang menjadi subjek penyelidikan empirical?

3
Matlamat utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan daya tahan, kesejahteraan,
hubungan kaunselor pelatih dengan penyelia, empati dan compassion fatigue di kalangan
kaunselor pelatih di Amerika Syarikat. Pengkaji ingin melihat adakah daya tahan,
kesejahteraan, hubungan penyeliaan dan empati merupakan faktor peramal bagi compassion
fatigue di kalangan kaunselor pelatih.

Terdapat banyak kajian lepas yang telah dijalankan melihat kepada hubungan di
antara compassion fatigue dan pelbagai jenis konstruk seperti jantina, mindfulness, empati,
sokongan dan kesejahteraan. Walaubagaimanapun, di dalam kajian ini, pengkaji hanya ingin
menfokuskan kepada 4 konstruk sahaja iaitu elemen daya tahan, kesejahteraan, hubungan
penyeliaan dan empati. Keempat-empat konstruk ini dipilih kerana berlaku percanggahan di
dalam sorotan literature tentang hubungan signifikasi di antara empat konstruk tersebut
dengan compassion fatigue.

Pengkaji juga ingin melihat compassion fatigue di kalangan kaunselor pelatih kerana
kurang kajian yang dilakukan kepada kaunselor pelatih. Kebanyakkan literature melihat
kepada kaunselor professional sahaja. Kaunselor pelatih merupakan pelajar dan mereka juga
baru sahaja memulakan kerjaya mereka di dalam kaunseling menjadikan mereka sasaran
kajian yang baik.

Kajian quantitatif ini menggunakan kaedah survey secara atas talian. Pengkaji
menggunakan rakan kenalan mereka untuk mendapat pelajar mereka iaitu kaunselor pelatih
untuk menjawab soal selidik ini. Seramai 86 orang kaunselor pelatih telah menjawab survey
ini. Tempoh menjawab soalan survey adalah selama 15-20 minit.

Responden merupakan pelajar sarjana kaunseling yang berusia 18 tahun ke atas dan
menjalani intership di Amerika Syarikat. Seramai 78 orang responden terdiri daripada wanita
(90.7%) dan lapan orang responden lelaki (9.3%). Responden berusia di antara 21 hingga 62
tahun. Responden yang terdiri daripada kaunselor pelatih ini juga merangkumi pelbagai etnik
dan bangsa iaitu orang putih (n = 48, 55.8%), Hispanic/Latino (n = 18, 20.9%), Black/African
American (n = 12, 14.0%), dan responden Asia (n = 5, 5.8%). Terdapat 3 orang peserta yang
memilih bangsa lain-lain.

Pengkaji telah menggunakan 5 jenis inventori dan soalan demografik. Soal selidik
yang pertama ialah Professional Quality of Life Scale (ProQOL). Ujian ini adalah untuk
mengukur kesihatan mental dan emosi individu yang bertugas mengendalikan trauma
(Stamm, 2010). ProQOL mengandungi dua komponen utama iaitu Compassion Satisfaction

4
(positif) and Compassion Fatigue (negatif). Compassion Satisfaction ialah apabila individu
merasakan keseronokan apabila dapat menjalankan tugas dengan baik (Stamm, 2010).
Compassion Fatigue pula mengandungi 2 subskala iaitu Secondary Traumatic Stress (STS)
dan Burnout. Inventori ini mengandungi 30 item dan skala Likert 5.

Seterusnya ialah Interpersonal Reactivity Index (IRI) bagi mengukur reaksi diri
kepada pengalaman individu lain. Soal selidik ini mengukur subskala empati. Seterusnya
responden perlu menjawab Supervisory Working Alliance Inventory: Trainee Form (SWAI-
T) bagi melihat persepsi tentang keberkesanan hubungan penyelia dan pekerja. Brief
Resilience Scale (BRS) digunakan untuk mengukur kebolehan individu untuk pulih daripada
stress dan menghadapi situasi mencabar (B. W. Smith et al., 2008). Inventori BRS digunakan
untuk mengukur kontstruk daya tahan.

Selain daripada itu, pengkaji menggunakan inventori Flourishing Scale (FS) bagi
mengukur pandangan diri individu tentang kejayaan seperti optimism dan perhubungan untuk
mengukur konstruk kesejahteraan. Analisis hierarchical linear regression digunakan untuk
melihat hubungan di antara 4 faktor peramal iaitu daya tahan, kesejahteraan, hubungan
penyeliaan, empati dan compassion fatigue.

Dapatan kajian mendapati bahawa kaunselor pelatih mempunyai risiko rendah untuk
mengalami compassion fatigue. Kaunselor pelatih mempunyai kurang pengalaman bekerja
sekaligus baru sedikit masa sahaja digunakan untuk pekerjaan belum mencukupi untuk
membina compassion fatigue. Kajian juga mendapati bahawa daya tahan dan kesejahteraan
merupakan faktor peramal yang signifikan bagi compassion fatigue manakala empati dan
hubungan penyeliaan bukanlah faktor peramal di kalangan kaunselor pelatih.

Sejajar dengan dapatan kajian ini, Harr et al (2014) mendapati bahawa compassion
fatigue yang di alami oleh pelajar kerja sosial mengalami compassion fatigue rendah dan
pekerja sosial professional mengalami compassion fatigue yang lebih tinggi. Ini adalah
kerana akibat kumulatif dan pendedahan berterusan kepada trauma sekunder. Berdasarkan
dapatan kajian tersebut, ini menunjukkan bahawa pentingnya bagi kaunselor untuk
berbincang tentang fungsi dan peranan daya tahan dan kesejahteraan di dalam profesion
untuk mengurangkan risiko daripada berlakunya compassion fatigue di kalangan kaunselor
secara amnya.

5
3.0 Sejauh manakah anda boleh mengaplikasikan penemuan dalam artikel jurnal
tersebut untuk amalan profesional anda sebagai kaunselor kesihatan mental?

Kaunselor kesihatan mental dilatih secara profesional untuk mendengar kesedihan,


trauma dan kepedihan klien tanpa mencampuri perasaan sendiri. Namun begitu, mereka juga
seorang manusia yang mempunyai perasaan dan pandangan diri sendiri. Mereka terdedah
kepada keadaan yang boleh memberi ancaman emosi dan psikologi jika tidak mengamalkan
penjagaan diri (self-care).

Kajian ini menyentuh tentang compassion fatigue yang berlaku di kalangan kaunselor
pelatih. Penemuan kajian mendapati bahawa faktor peramal kepada compassion fatigue ialah
daya tahan dan kesejahteraan. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) daya tahan
membawa maksud kekuatan, tenaga, keupayaan dan kemampuan. Manakala daya tahan
mengikut Kapoulitsas & Corcoran (2015) pula merujuk kepada kapasiti individu untuk
mengatasi kepayahan dan kesukaran yang jika tidak diatasi akan menyumbang kepada kesan
negatif pada diri. Daya tahan memainkan peranan penting untuk membantu diri berhadapan
dengan stress dan tekanan.

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) kesejahteraan membawa maksud


keselamatan, kesengan hidup, kesentosaan dan ketenteraman. Manakala Stoewen (2017) pula
mendefinisikan kesejahteraan atau wellness sebagai integrasi holistik yang merangkumi
aspek fizikal, mental, kerohanian, penggunaan pemikiran, menjaga tubuh badan, mengasuh
kerohanian diri dan menggunakan potensi diri untuk menjadi diri yang terbaik. Dengan kata
mudah, kesejahteraan merujuk kepada keadaan mental dan fizikal yang sihat.

Sebagai kaunselor kesihatan mental klinikal saya perlu ada kesedaran akan risiko dan
kerentanan mengalami compassion fatigue di dalam menjalankan tugas saya. Kesedaran ini
adalah penting untuk saya memahami dan mengkaji compassion fatigue dengan lebih
mendalam bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko mengalaminya.

Artikel ini juga membuat saya terfikir akan kesan compassion fatigue yang berlaku
kepada diri kaunselor kesihatan mental jika perkara ini tidak di bendung. Dengan ini,
pendedahan berterusan kepada klien trauma boleh memberi kesan kepada kaunselor dari
aspek pemikiran, emosi dan fizikal. Antara kesan compassion fatigue kepada cognitive ialah
sukar untuk fokus, lemah daya ingatan, kurang harga diri dan membayangkan trauma. Kesan
secara emosi pula adalah perasaan cemas, anxieti, rasa bersalah, sedih, cepat marah, mudah

6
terasa dan rasa ketidakberdayaan. Kaunselor kesihatan mental juga merasa terbeban, letih dan
lesu. Compassion fatigue juga boleh menyebabkan kesan fizikal seperti hilang selera makan,
tidak boleh tidur dan rasa berdebar-debar.

Program psiko pendidikan untuk memupuk kesedaran tentang compassion fatigue di


kalangan rakan-rakan sekerja profesion yang sama adalah penting. Mengikut dapatan kajian
ini, daya tahan dan kesejahteraan memainkan peranan penting dalam menjadi faktor peramal
kepada compassion fatigue. Sehubungan dengan itu, kempen mempertingkatkan
kesejahteraan diri dan penekanan kepada self-care, daya tahan adalah penting dan patut di
ketengahkan. Konsep seperti me time dan self-compassion juga perlu dijadikan sebagai fokus
penekanan di dalam program-program perkembangan diri kaunselor kesihatan mental.

Mengikut Lambert & Lawson (2013), kaunselor yang mengamalkan aktiviti self-care
dan mengamalkan pengurusan stress yang baik mempunyai kebarangkalian yang rendah
untuk mengalami burnout, compassion fatigue dan vicarious trauma. Kajian daripada Sadler-
gerhardt and Stevenson mendapati bahawa kaunselor yang membina keyakinan dan daya
tahan diri mengurangkan risiko daripada compassion fatigue sekaligus meningkatkan
compassion satisfaction. Compassion satisfaction ini terhasil daripada kepuasaan berkerja
dalam membantu klien. Adalah amat penting buat kaunselor untuk membina daya tahan dan
menjaga kesejahteraan sambil meningkatkan kefungsian diri.

Saya juga merasakan bahawa penting untuk kaunselor membina sistem sokongan
keluarga yang baik. Kaunselor juga perlu meletakkan sempadan tentang sesetengah perkara
dan memohon bantuan professional jika mereka tidak mampu lagi menguruskan kes.
Pengursan emosi dan tekanan juga adalah baik untuk membina kesejahteraan diri dan
meningkatkan daya ketahan diri.

Selain daripada itu, kaunselor juga perlu membina sistem sokongan professional
seperti mentoring dan coaching bagi membantu mengurus bebanan stress dan tekanan
mengendalikan kes. Perbincangan bersama mentor boleh menjadi saluran bagi kaunselor
untuk meluahkan masalah dan mendapatkan idea daripada orang yang lebih berpengalaman.

7
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, compassion fatigue adalah tidak asing dan sering berlaku di dalam profesion
menolong. Perkara ini perlulah diberi perhatian oleh setiap profesion yang terdedah kepada
compassion fatigue dengan mengambil langkah untuk mengurangkan berlakunya keadaan ini.
Oleh demikian, kaunselor kesihatan mental perlu berusaha untuk memberi kesedaran akan
kepentingan memahami dan mengambil langkah berjaga seperti self-care, pengurusan
tekanan, perkongsian kes dan self-compassion bagi menghindarkan diri daripada mengalami
compassion fatigue.

8
RUJUKAN

Bentley, P. G. (2022). Compassion practice as an antidote for compassion fatigue in the era
of COVID-19. The Journal of Humanistic Counseling,
doi:https://doi.org/10.1002/johc.12172

Can, N., Watson, J. C. (2019). Individual and Relational Predictors of Compassion Fatigue
Among Counsellors-in-Training. The Professional Counselor. 9 (4) 285–297.
doi:10.15241/nc.9.4.285

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi 4.).


https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=daya&d=175768&

Harr, C. R., Brice, T. S., Riley, K., & Moore, B. (2014). The Impact of Compassion Fatigue
and Compassion Satisfaction on Social Work Students, Journal of the Society for
Social Work and Research. 5 (2). https://doi.org/10.1086/676518

Kapoulitsas, M., & Corcoran, T. (2015). Compassion fatigue and resilience: A qualitative
analysis of social work practice. Qualitative Social Work: Research and Practice, 14,
86–101. doi:10.1177/1473325014528526

Lambert, S., & Lawson, G. (2013). Resilience of professional counsellors following


hurricanes Katrina and Rita. Journal of Counseling & Development, 91(3), 261–268.
https://doi.org/10.1002/j.1556-6676.2013.00094.x

Merriman, J. (2015). Prevention-based training for licensed professional counselor interns.


Journal of Professional Counseling: Practice, Theory & Research, 42, 40–53.
http://dx.doi.org/10.1080/15566382.2015.12033943

Skovholt, T. M., & Trotter-Mathison, M. (2016). The resilient practitioner: Burnout and
compassion fatigue prevention and self-care strategies for the helping professions.
https://doi.org/10.4324/9781315737447

Stoewen D. L. (2017). Dimensions of wellness: Change your habits, change your life. The
Canadian veterinary journal = La revue veterinaire canadienne, 58(8), 861–862.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5508938/

You might also like