You are on page 1of 19

Pembangunan Luar Bandar |1

1.0

Pengenalan

Terdapat beberapa definisi yang diutarakan oleh tokoh-tokoh pembangunan antaranya, menurut daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2000), pembangunan luar bandar adalah bermaksud pembangunan desa. Ini bermakna ia merangkumi sektor desa yang bertani yang mempunyai fikiran yang tradisional. Kebiasaannya penduduk desa lebih ketinggalan dari segi ekonominya. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang serta bercirikan kawasan pertanian dan kawasan sumber alam semulajadi. Faktor-faktor yang ditekankan dalam mendifinisikan kawasan desa atau luar bandar adalah dari segi saiz bilangan penduduk yang minima dan maksima, kepadatan penduduk, tahap urbanisasi, tahap kemudahan masyarakat dan kualiti hidup seperti, jalan yang berturap, bekalan elektrik, bekalan air, dan lain-lain. Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan dalam mengubah kawasan luar bandar kepada keadaan yang lebih baik dan selesa untuk pelaburan serta tempat kediaman yang menarik dengan menikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk telekomunikasi akan diperbaik dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosial akan diperluaskan lagi dengan kawasan pedalaman dan ladang-ladang kecil. Tumpuan utama aktiviti pembangunan luar bandar adalah untuk menyediakan perumahan yang lebih baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihan dan peluang bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar.

Pembangunan Luar Bandar |2

2.0

Halangan Dalam Pembangunan Luar Bandar

Setelah mencapai arus permodenan yang maju di kawasan bandar, kini kerajaan mencari inisiatif yang baru untuk membangunkan kawasan desa bagi mengatasi masalah akibat arus permodenan yang berlaku di kawasan bandar. Namun begitu, pembangunan desa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak tertentu bukanlah semudah yang diperkatakan. Ini kerana terdapat halangan-halangan yang akan menyebabkan berlaku masalah bagi menjalankan cadangan projek pembangunan desa ini. Jika membincangkan mengenai halangan yang terdapat dalam membangunkan pembangunan desa, menurut Koharuddin (2005), mengatakan terlalu banyak kekangan yang dihadapi namun apa yang ditumpukan di sini hanyalah melibatkan tiga aspek utama iaitu dari segi aspek ekonomi, sosial dan juga infrastruktur.

2.1

Halangan Ekonomi

Jika dilihat halangan dari aspek ekonomi, isu yang menjadi masalah utama bagi membangunkan pembangunan desa adalah disebabkan kemiskinan serta kekurangan modal. Kemiskinan berpunca dari segi pemikiran masyarakat desa. Kehidupan yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kampung telah menyebabkan mereka susah untuk menerima sesuatu yang baru. Ini kerana mereka takut untuk mencuba dan berubah daripada kebiasaan yang mereka lakukan. Bagi masyarakat desa, aktiviti menternak, bersawah, bekerja sebagai nelayan merupakan satu bidang pekerjaan yang sudah menjadi tradisi masyarakat desa. Sukar untuk masyarakat desa merubah bekerja kepada bidang perniagaan besar-besaran, di kilang-kilang dan di peringkat global.

Pembangunan Luar Bandar |3

Berkaitan mengenai kekurangan modal pula, isu kekurangan modal berlaku apabila tiada tenaga mahir dan juga tiada ilmu pengetahuan yang khusus bagi membangunkan kawasan desa. Apabila isu tiadanya tenaga mahir, maka kerajaan terpaksa mengimport tenaga mahir yang pakar dari luar. Malah bukan itu sahaja, akibat dari sikap penduduk desa sendiri yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru menyebabkan masih terdapat penduduk yang tidak mengenali IT, tidak mempunyai komputer sendiri, mereka hanya hidup dalam kebiasaannya sehinggakan masih terdapat masyarakat desa yang buta huruf. Kesan dari kekurangan modal, kekurangan perbelanjaan untuk menampung pembayaran gaji yang mahal untuk mengimport tenaga mahir dari bandar mahu pun luar negara menyebabkan pembangunan desa menjadi makin sukar untuk dibangunkan. Dari masalah ini, akan menjadi satu tanggungan beban yang besar oleh pihak-pihak tertentu bagi memajukan kawasan luar bandar kerana terpaksa menampung kos yang tinggi untuk membayar tenaga pakar dan guru-guru bagi mengajar penduduk kampung dari permulaannya dalam bidang tersebut.

2.2

Halangan Sosial

Halangan dalam aspek sosial adalah berpunca dari dua pihak. Pihak pertama adalah dari penduduk desa manakala pihak kedua adalah dari pihak pemaju. Jika dibincangkan mengenai halangan dari penduduk desa, yang pertama adalah penggunaan tanah. Sesetengah penduduk desa tidak mahu menjual tanah mereka untuk kerajaan bagi membangunkan tanah tersebut. Ini akan menjadi masalah kepada kerajaan kerana projek untuk memajukan kawasan desa akan terganggu. Malah bukan itu sahaja, terdapatnya tanah-tanah yang terbengkalai akibat susunan galur pemilikan tanah yang panjang. Ini

Pembangunan Luar Bandar |4

merumitkan pihak tertentu untuk mencari pemilik tanah yang sebenar. Masalah inilah yang akan mengakibatkan pembangunan desa menjadi lambat untuk dibangunkan dan ada juga projek-projek yang terbengkalai. Mengikut dari masalah penggunaan tanah yang lain, terdapat juga masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian seperti padi, kacang dan sebagainya. Ini salah satu sebab menyebabkan para penduduk kampung enggan untuk menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan kerana hasil dari pertanian yang mereka lakukan merupakan sumber pendapatan mereka. Penduduk kampung bimbang jika diberikan tanah tersebut, mereka kemungkinan akan kehilangan sebahagian dari hasil pendapatan mereka. Halangan kedua dari penduduk desa dalam aspek sosial adalah pemikiran arus komodenan yang jauh lebih maju di kawasan bandar berbanding luar bandar. Perbezaan jurang yang ketara ini akan mengakibatkan memberi impak kepada pemikiran masyarakat bandar untuk berfikir apa faedah yang bakal mereka dapat jika membangunkan kawasan bandar. Malah penduduk desa sendiri dari golongan muda banyak yang berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat di bandar. Ini akan menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan dengan sektor desa. Paling jelas dapat dilihat ialah hanya tinggal golongan tua sahaja dalam menjalankan kegiatan-kegiatan di sektor desa berbanding dengan golongan muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian menyebabkan golongan ini telah berhijrah ke bandar yang boleh memberikan mereka peluang pekerjaan yang bergaji besar terutamanya dalam sektor perindustrian. Selain itu juga, golongan muda turut menganggap bahawa kegiatan pertanian adalah satu pekerjaan yang memenatkan,

Pembangunan Luar Bandar |5

menggunakan kerahan tenaga sahaja serta kerja di bawah sinaran mentari dan mendapat pulangan yang sedikit. Namun begitu, dari pihak pemaju yang akan membangunkan kawsan desa pula adalah berlainan dengan halangan dari penduduk desa. Halangan yang pertama adalah pihak pemaju beranggapan, jika membangunkan pembangunan di desa memerlukan pembinaan dari permulaan di mana perlu mencari kawasan untuk memajukan, perlu mencari pekerja-pekerja baru, perlu meneroka sumber yang terdapat di kawasan desa dan memerlukan modal yang tinggi untuk dibangunkan serta jauh dari segala kelengkapan perkhidmatan yang sedia ada seperti yang terdapat di bandar. Ini akan merugikan mereka untuk menunggu tempoh masa yang panjang bagi memajukan kawasan luar bandar sehingga menjadi kawasan yang maju. Malah bukan itu sahaja, tidak semua cadangancadangan tempatan yang dibuat oleh pihak-pihak pemaju yang mencapai tahap kejayaan untuk membangunkan kawasan desa, ini kerana kekurangan modal dan juga sebagainya. Halangan seterusnya dari pihak pemaju dalam aspek sosial yang tidak kurang pentingnya adalah dari sikap pemaju yang tidak jujur. Kita asyik menyalahkan penduduk desa yang takut untuk berubah kepada sesuatu yang baru. Tapi permasalahan ini bukan sahaja timbul dari sikap penduduk desa. Malah sikap ini muncul dari sikap sesetengah pihak yang tidak jujur dalam menggunakan wang yang diberi oleh pihak kerajaan untuk memajukan kawasan luar bandar. Pihak-pihak yang diberi tugas untuk membangunkan kawasan desa telah menyalahgunakan duit yang diberi. Setelah kerja permulaan pembinaan dibuat, kemudiannya akan dibiarkan terbengkalai. Inilah masalah yang menyebabkan sehingga sekarang masih terdapat kawasan desa yang masih belum dibangunkan pembangunannnya secara sepenuhnya.

Pembangunan Luar Bandar |6

2.3

Halangan Infrastruktur

Dari segi halangan infrastruktur pula, masalah yang timbul untuk membangunkan pembangunan desa adalah disebabkan kekurangan infrastruktur ataupun jaringan yang memudahkan sesuatu pembangunan itu dibangunkan. Jika kita meninjau kampungkampung yang sedia ada, jalan yang disediakan untuk ke kampung-kampung hanya lorong-lorong kecil, tiada sistem hubungan yang lengkap seperti telefon, pejabat pos, malah bukan itu sahaja, masih terdapat penduduk kampung yang mencuri bekalan tenaga elektrik dan air dari kampung-kampung yang berhampiran. Di kawasan luar bandar juga kurang menyediakan perkhidmatan klinik. Malah jika terdapat penduduk yang jatuh sakit, mereka terpaksa ke bandar atau ke pekan. Ini salah satu punca yang menyebabkan pembangunan desa menjadi halangan untuk dibangunkan kerana sumber infrastruktur adalah terhad sehingga menyukarkan pihak-pihak yang terbabit untuk menyertai dalam membangunkan pembangunan luar bandar.

Pembangunan Luar Bandar |7

3.0

Strategi Pembangunan Luar Bandar

Transformasi Kedua Luar Bandar merupakan pelengkap kepada Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 yang lebih tertumpu kepada pembangunan prasarana fizikal dan membekalkan kemudahan asas yang cukup kepada rakyat. Manakala transformasi kedua pula lebih menekankan kepada pengukuhan strategi awal tersebut dengan penumpuan lebih kepada pembangunan manusia yang menjadi tonggak utama bagi memastikan kejayaan pembangunan masyarakat luar bandar. Salah satu program pembangunan atau transformasi kedua yang telah dilaksanakan ialah Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang dilancarkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1996.

GDW merupakan progran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertujuan memajukan kampung dengan projek-projek sosioekonomi untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing penduduk kampung. Institute for Rural Advancement (INFRA) diamanahkan oleh kerajaan untuk menjalankan latihan dan memastikan penduduk kampung mendapat latihan dan pendedahan tentang GDW. Masyarakat desa diberi latihan tentang cara untuk memajukan kampung dengan projek-projek sosioekonomi. Program latihan yang dijalankan menyediakan cara untuk memajukan kampung dengan pelbagai aktiviti.

Pembangunan Luar Bandar |8

3.1

Strategi Dalam Aspek Ekonomi

Strategi pelaksanaan yang dijalankan ialah mengadakan pertanian berkelompok serta pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk dijadikan sebagai bandar kecil. Pertanian dijalankan secara moden serta dijalankan secara komersil dan tanaman diuruskan secara estet. Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk dijadikan estet. Estet-estet ini akan diselenggara oleh koperasi. Pengurus-pengurus akan dilatih oleh kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi pemilik tanah. Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lainlain. Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik, dan pejabat pos dibina. Industri kecil yang sesuai dengan sumber yang ada diwujudkan. Secara tidak langsung, bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk di sekitarnya.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan industri asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja, subsidi racun serangga dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila Beras Nasional Berhad (BERNAS) yang dipertanggungjawabkan untuk membeli hasil pertanian padi dengan harga dua kali ganda dan ini jelas telah memberi keuntungan kepada para petani. Kerajaan juga telah membuat Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan yang membolehkan tanaman padi dihasilkan dua kali setahun.

Selain itu, kerajaan telah memberikan tanggungjawab kepada Bank Pertanian Malaysia dalam memberi dana dan kemudahan kredit kepada petani untuk meningkatkan aktiviti pertanian mereka. Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana

Pembangunan Luar Bandar |9

(IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti penghasilan kerepek dan kuih yang dijalankan telah terbukti ia mampu memasuki ke pasaran yang lebih luas memandangkan ia mendapat permintaan yang agak menggalakkan sepanjang tahun dan dengan ini ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk penduduk menambahkan pendapatan isi rumah mereka. Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini dalam membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah Palm Oil Researce Institut of Malaysia (PORIM), Malaysian Agricultur researce and Development Institut (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

3.2

Strategi Dalam Aspek Sosial

Dari aspek sosial pula, kita dapat lihat kerajaan telah banyak membelanjakan sebahagian besar daripada kewangan negara untuk diperuntukkan dalam program pembangunan di luar bandar antaranya ialah :-

3.2.1

Penggunaan ICT oleh penduduk desa

Antara langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dalam aspek sosial ialah melibatkan masyarakat desa dalam arus globalisasi melalui penglibatan diri secara aktif dalam gelombang teknologi maklumat. Dengan ini masyarakat desa tidak akan ketinggalan dalam menguasai teknologi komunikasi dan maklumat sekaligus seiring dengan dasar IT negara. Sebagai contoh, penubuhan Pusat Informasi Kampung Jenjarum telah dilakukan oleh kerajaan dan diselenggara oleh Biro Pendidikan. Penubuhan Pusat Informasi ini adalah didorong oleh beberapa faktor. Antaranya, tuntutan penggunaan IT yang semakin

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 10

meningkat kepada penduduk kampung, peluang pendidikan asas IT yang ditawarkan oleh pihak swasta adalah mahal serta peratusan penggunaan IT yang sangat rendah dalam pengurusan kampung, khususnya pada kebanyakan pertubuhan-pertubuhan.

3.2.2

Pendidikan

Bagi mengatasi masalah ini pihak kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan pembangunan negara. Usaha-usaha seperti memperkasa sekolah rendah dan menengah, pendidikan percuma untuk semua, memartabatkan profesion perguruan, memantapkan pengajian tinggi, kenaikan kadar biasiswa, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya telah dilaksanakan. Pada tahun 2008, sejumlah RM30 bilion disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabat profesion perguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah sebanyak 60 buah sekolah kluster diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah RM500 ribu akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Selain itu, kerajaan melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dimansuhkan. Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan RM45 juta

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 11

bagi melaksanakan projek School Net untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar.

3.3

Strategi Dalam Aspek Mempertingkatkan Asas Infrastruktur

Penambahbaikan penyediaan kemudahan infrastruktur asas untuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar adalah suatu agenda yang sangat penting bagi sesebuah kerajaan. Keperluan akses kepada infrastruktur asas di kawasan luar bandar membolehkan pengagihan sumber dan kekayaan secara saksama serta memudahkan aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, hubungan jalan raya memudahkan perdagangan dan perniagaan kerana ia mampu meningkatkan mobiliti barangan dan perkhidmatan dengan lebih bebas, manakala ketersediaan belakan elektrik dan air amat diperlukan bagi kebanyakan jenis aktiviti perindustrian.

Antara strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menghubungkan rakyat kepada pusat-pusat sosial dan ekonomi. Pelaksanaan ini dilakukan dengan membina lebih 7,000 km jalan baru dan jalan-jalan yang sedia ada dinaik taraf di mana 70% jalan raya akan diturap dan bakinya jalan batu kerikil. Hasil daripada pelaksanaan ini, kerajaan menjangkakan tambahan 800,000 orang akan dihubungkan kepada rangkaian jalan raya, terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak. Dengan ini, dapat memudahkan pergerakan penduduk di kawasan luar bandar untuk ke destinasi mereka seperti ke sekolah, klinik dan pusat bandar.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 12

Selain itu, sebanyak 40% isi rumah kawasan luar bandar di Malaysia Timur dan 12% isi rumah kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih atau yang dirawat. Kerajaan menyalurkan air bersih atau air yang dirawat kepada lebih 360,000 buah rumah. Antara langkah yang diambil ialah membina loji rawatan air yang baru di mana lebih kurang 36 projek loji rawatan air akan dibina untuk memberikan bekalan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Sesetengah kawasan luar bandar terletak agak jauh daripada loji rawatan air atau paip utama air. Dalam situasi seperti ini, kaedah seperti telaga tiub, telaga graviti atau pemuliharaan air hujan dilaksanakan. Kerajaan mengambil langkah membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 140,000 buah rumah. Sesetengah kawasan luar bandar terletak jauh daripada infrstruktur penjanaan dan transmisi elektrik. Oleh itu, kerajaan mengambil penyelesaian dengan menggunakan teknologi penjanaan kuasa teragih seperti janakuasa hibrid solar atau elektrik mikro hidro. Langkah ini membolehkan penduduk luar bandar mendapat bekalan elektrik sekaligus dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih baik.

Sementara itu, kerajaan juga menyediakan perumahan bagi golongan miskin dan miskin tegar di mana 50,000 buah rumah baru dan rumah yang dibaikpulih akan dilaksanakan. Isu utama dalam pelaksanaan strategi ini ialah memastikan bahawa penerima bantuan yang betul-betul layak untuk menerima bantuan ini iaitu bakal penerima bantuan dikenalpasti oleh agensi-agensi peringkat daerah dan negeri melalui pengkalan data mengenai isi rumah berpendapatan rendah. Rumah-rumah yang dibina atau dibaik pulih dalam program ini dibina mengikut reka bentuk standard bagi menjamin kualiti setiap rumah terjamin di samping memastikan kos bagi setiap pembinaan rumah terkawal.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 13

4.0

Perubahan Pembangunan Luar Bandar

Di Malaysia, pembangunan luar bandar bukan sekadar sebuah konsep semata-mata, ia telah disusun dengan pelbagai pilihan kaedah untuk meningkatkan pengeluaran, kebajikan dan kehidupan sosial di kawasan luar bandar bermula dari tahun 1970 lagi. Semenjak merdeka, integrasi nasional telah menjadi titik tolak utama kepada semua dasar negara dan termasuk dasar pembangunan luar bandar melalui penyusunan semula strategi dengan dibantu oleh berbagaibagai agensi seperti FELDA, Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pelbagai jabatan telah ditubuhkan untuk mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, usaha-usaha pembangunan dan pembaharuan masyarakat terutamanya masyarakat kampung sebenarnya banyak dipertingkatkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengelakkan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku antara luar bandar dengan bandar (King etl., 1991). Menurut Taylor (1911) menyatakan terdapatnya 4 kategori yang boleh mengubah perubahan iaitu struktur, teknologi, keadaan fizikal dan manusia dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, di sini kami akan membincangkan tentang perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat.

4.1

Perubahan Aspek Ekonomi

Segala pembangunan ekonomi masyarakat kampung sebenarnya diselaraskan dengan konsep Masyarakat adil dalam misi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam DEB. Antara program-program yang dijalankan adalah terdiri daripada projek-projek seperti program peningkatan ekonomi kampung, projek ternakan lembu,

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 14

ikan air tawar, tanaman sayuran secara komersial agar dapat meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan perkapita keluarga. Oleh hak demikian, kerajaan juga telah dapat mengurangkan kadar pengangguran dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan dan latihan kemahiran melalui pelbagai projek telah diluluskan. Contohnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) memainkan peranan utama dengan mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian seperti di Mergong peringkat 1 & 2, Bakar Arang, Tikam Batu, Kuala Kedah dan Kulim dengan keluasan tanah yang telah dibangunkan sebanyak 2,901 hektar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada lebih 12,492 pekerja dalam sektor pembuatan pada tahun 1995. Serta perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga (RMK-2 & 3) yang menggalakkan kaum bumiputera untuk mengambil bahagian dalam semua jenis perniagaan. Hal ini menunjukkan kerajaan Negeri Kedah telah dapat menurunkan paras kemiskinan dari 61% pada tahun 1976 kepada 30% dalam tahun 1989 iaitu penurunan yang sangat drastik dan kami menganggarkan paras kemiskinan di negeri ini boleh mencapai tahap sifar kemiskinan menjelang tahun 2020 (Development Statistic of Kedah Darul Aman, 1996). Tambahan lagi, melalui sektor pelancongan yang telah diperbanyakkan oleh kerajaan dapat dijadikan kawasan pelancongan di kawasan luar bandar sehingga kini tempat-tempat pelancongan seperti Gunung Jerai, Pantai Merdeka dan Pulau Langkawi telah meningkat dari tahun ke tahun bukan sahaja pelancong dari dalam negara bahkan termasuk dari luar negara iaitu kira-kira seramai 1,692,704 pelancong pada tahun 1995.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 15

4.2

Perubahan Aspek Sosial

Pembangunan sosial yang dibuat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu dari segi pendidikan, keagamaan dan rekreasi. Dari aspek pendidikan, terbukti kerajaan dengan dibantu oleh agensi-agensi lain telah meningkatkan sebanyak 55.56% dalam institusi pendidikan dengan pembinaan sekolah-sekolah baru, mengubahsuai sekolah-sekolah, bilik darjah dan makmal, pembinaan tambahan iaitu setiap sekolah dilengkapi dengan kemudahan komputer beserta wayerless untuk melahirkan pelajar yang celik IT agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan. Sementara itu, langkah menyediakan kemudahan komputer di setiap masjid adalah satu langkah yang sangat bijak walaupun program ini telah berlangsung sejak tahun 1997 lagi iaitu program 13 masjid akan mendapat komputer namun, sehingga kini masjid tidak lagi dijadikan hanya tempat solat berjemaah namun ia juga sentiasa diimarahkan dengan penghuni dari dolongan remaja ke masjid (Mingguan Malaysia, 7/9/97). Hal ini menunjukkan penduduk desa bukan lagi seperti penduduk desa yang dahulu yang hanya boleh menjalankan aktiviti-aktiviti kampung bahkan sudah setaraf dengan penduduk bandar yang pandai dalam segala hal setelah didedahkan dengan kemudahan internet di setiap kampung seperti di Terengganu iaitu kerajaan Terengganu telah menyediakan sebuah pusat komputer yang dinamakan Bestari.com di setiap kampung untuk memudahan penduduk mengakses internet dengan mudah dan ia adalah percuma kepada semua tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 16

4.3

Perubahan Aspek Infrastruktur

Pembangunan infrastruktur juga telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu perhubungan yang terdiri dari jalan raya, jalan-jalan kampung, jambatan dan titi; pembangunan fizikal termasuk bangunan-bangunan kerajaan, perpustakaan, dewan sivik, masjid atau surau, klinik-klinik desa dan sebagainya; dan perbekalan seperti bekalan air, elektrik, perparitan, pengairan dan saliran. Melalui kemudahan bekalan air bersih yang disalurkan kepada penduduk kampung lebih dari 274,149 sambungan iaitu sebanyak 43,780,000 gelen air sementara kemudahan bekalan elektrik pula sebanyak 897.6 kWh tenaga elektrik telah dibekalkan kepada 390,608 pengguna menunjukkan telah berlaku perubahan taraf hidup penduduk luar bandar ke arah yang lebih selesa. Selain daripada kerajaan menubuhkan lebih banyak klinik di kawasan desa kerajaan juga telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan seperti kempen membasmi dan mencegah penyakit berjangkit, kempen kebersihan dan kesihatan persekitaran dan rancangan amalan nilai makanan dan pemakanan. Kempen-kempen ini telah banyak mengubah persepsi masyarakat kampung terhadap pentingnya mencegah daripada merawat penyakit dan hal ini membuktikan kadar jangka hayat umur penduduk juga meningkat sehingga mencecah 85 tahun. Sementara itu, slogan otak yang cergas datangnya dari tubuh badan yang sihat yang dilancarkan ini penting kerana untuk membangunkan masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar, minda kita mestilah sentiasa cergas memikirkan idea-idea yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 17

Kadangkala, perubahan yang dijalankan jika tidak dikatkan dengan agama juga akan memberi masalah terhadap bentuk pembangunan yang hendak diperkenalkan kerana masyarakat terikat dengan tiga agenda utama iaitu Islam dan sistem nilai yang ada, nilainilai tradisi dan budaya yang kental serta nilai moden yang demokratik dan berorientasikan dunia saintifik. Oleh itu, dengan pendekatan yang ada ini kerajaan mengambil inisiatif dengan membaik pulih dan menambahkan masjid serta surau di setiap kampung agar sistem nilai keagamaan dan sistem pembangunan yang dijalankan selari dan tidak berlaku ketimpangan kerana kedua-dua sistem ini amat penting disatukan dalam menentukan segala kemajuan di setiap negara. Sebagai contoh, kerajaan Terengganu telah menubuhkan lebih daripada 25 buah masjid hadhari di sekitar Negeri Terengganu bermula tahun 2002.

Walaubagaimanapun, segala perubahan yang ingin dilakukan di kawasan luar bandar haruslah bermula daripada keberanian, kesedaran, serta rasa tangguangjawab, dan kerjasama yang jitu penduduk setempat itu sendiri untuk mengalami proses perubahan dalam dalam pembangunan dan pemodenan kerana pembangunan yang dicari tidak akan tercapai sekiranya pembangunan yang dijalankan telah berbelanja besar tetapi dianggap sebagai musuh oleh masyarakat luar bandar. Hal ini, jelas menunjukkan bahawa segala program pembangunan yang dilaksanakan bergantung kepada penglibatan komuniti dalam memastikan berjaya atau gagal sesuatu program yang dilaksanakan itu.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 18

5.0

Kesimpulan

Pembanguanan luar bandar perlu dipergiatkan lagi begi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar sekaligus mengurangkan masalah kemiskinan yang masih mengongkong hidup mereka. Penduduk desa bukan sahaja akan menikmati perkhidmatanperkhidmatan dan kemudahan-kemudahan moden malahan mereka juga berpeluang untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka. Transformasi dalam pembangunan luar bandar diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan sekaligus akan membawa keuntungan kepada negara dengan lahirnya masyarakat yang kreatif dan inovatif. Masyarakat luar bandar juga seharusnya memiliki kualiti persaingan yang setanding dengan masyarakat bandar terutamanya dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, perancangan strategik dan berkeyakinan untuk mencapai kejayaan. Penduduk desa mestilah berubah sikap daripada mentaliti yang tradisional kepada pemikiran yang lebih terbuka. Secara umumnya, penumpuan terhadap pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting untuk menjamin masa depan generasi akan datang di luar bandar. Kejayaan dalam merancang apa jua strategi pembangunan luar bandar ini banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara agensiagensi kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa selaku kumpulan sasarannya.

P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 19

Rujukan Mingguan Malaysia, 7 September 1997. Mohd Koharuddin Bin Mohd Balwi. (2005). Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia. Skudai Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Taylor F. W. (1911). Principles of Scientific Management, Harper & Brothers. New York. Tranformasi Desa . (2009). Diakses pada 26 November 2011, daripada http://www.slideshare.net/cikgu_rashid/transformasi-desa Unit Perancang Ekonomi Negeri. Development, Statistic Of Kedah Darul Aman. (1996). Kedah: Wisma Darul Aman.

You might also like