You are on page 1of 2

Refleksi Amali Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110)

Pada 20 dan 21 September 2012,guru pelatih dari unit PISMP Pendidikan Jasmani,PISMP Pengajian Sains,PISMP Kajian Sosial,PISMP Bahasa Melayu telah menjalankan amali berbentuk pengajaran mikro atau mikro teaching.Amali ini telah dijalankan di padang IPG Kampus Kent dan murid-murid tahun 6 dari Sk.St John Tuaran di jemput bertujuan untuk membentuk suasana pengajaran yang sebenar. Kumpulan saya yang terdiri daripada saya,Mohd Hafizuddin Bin Hasan dan dua lagi rakan guru pelatih iaitu Rickson Jadi dan Victor George telah memilih tajuk Kuasa di bawah tunjang pembelajaran kecergasan fizikal mengikut huraian sukatan pelajaran pendidikan jasmani tahun 6.Kami telah membahagikan bahagian-bahagian dalam rancangan pengajaran harian secara sama rata bagi memberi peluang kepada semua untuk menjalankan pengajaran kepada murid-murid. Saya telah memilih untuk melaksanakan pengajaran pada bahagian gerak kerja kumpulan iaitu dalam masa 9 minit.Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk stesen.Antara aktiviti yang dijalankan ialah melompat menegak iaitu pada stesen satu,lompat berhalangan iaitu pada stesen dua dan skipping iaitu pada stesen tiga.Saya telah membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan iaitu seramai lima orang dalam satu kumpulan.Masa yang diperuntukkan ialah selama tiga minit bagi setiap kumpulan sebelum mereka bertukar stesen.Antara kekuatan saya semasa melakukan gerak kerja kelas ialah saya dapat menyampaikan arahan dengan jelas dan lancar bagi memudahkan murid-murid bergerak mengikut kumpulan masingmasing. Kekuatan lain yang terdapat semasa pengajaran saya dalam gerak kerja kumpulan ialah kawalan kelas dapat berjalan dengan lancar.Sebelum memulakan pengajaran,saya telah membuat persediaan dengan melebel setiap stesen bagi membolehkan murid-mruid membaca arahan aktiviti yang akan dilakukan pada setiap stesen.Dengan ini,saya dapat menjimatkan masa pengajaran saya tanpa perlu memberi arahan yang panjang lebar.Bilangan murid yang sedikit juga merupakan faktor yang membolehkan saya mengawal kelas degan baik.

Antara kelemahan dalam pengajaran saya dalam bahagian gerak kerja kumpulan ialah saya kurang memberi penekanan dan membuat pembetulan bagi murid-murid yang melakukan kesalahan semasa melakukan pergerakan yang diajar.Oleh itu,murid-murid yang melakukan kesalahan semasa pergerakan yang diajar tidak akan memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan.Selain itu,kelemahan lain yang terdapat semasa pengajaran saya ialah

You might also like