Professional Documents
Culture Documents
Merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya Digerakkan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan sebilah mata dayung dan didayung secara berlutut.
DEFINISI KAYAK
Merupakan pecahan daripada keluarga kanu. Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup Menggunakan dua mata dayung dan didayung secara berlunjur.
Persatuan Kanu British ditubuhkan tahun 1887 dan berperanan besar memgembangkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) yang terkenal dan terulung di dunia selepas Perang Dunia Kedua. Van Claussen-seorang Amerika mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. International Representanten Shaft Des Kanusport (IRK) telah ditubuhkan pada 20 Januari 1924 di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai 19 buah negara.
Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan Eskimo Roll pada tahun 1927. Teknik ini dipelajari beliau dari penduduk Artik bertujuan untuk menaikkan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya.
Tahun 1924 aktiviti pertandingan kayak mula berkembang. Acara pecut telah diperkenalkan sebagi acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke VII di Paris. Tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva
JENIS-JENIS KAYAK.
Kayak dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya(hull): 1. Mandesta (berbentuk V) Memudahkan kayak untuk memotong air dan bergerak dengan laju dalam garisan lurus. Kemahiran imbangan yang tinggi diperlukan. Contoh: K1, K2, K4 (kayak pertandungan pecut)
2. Ottersport (berbentuk U) Berbentuk U ataupun rata. Amat stabil di semua situasi air dan amat sesuai untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam aktiviti kayak. Pergerakan yang amat perlahan dan haluannya mudah tersasar disebabkan bahagian bawah yang rata mewujudkan daya heretan yang banyak serta lebih mudah ditampan ombak atau arus berbanding kayak lain. Contoh: kayak rekreasi dan Touring Kayak (TK) 3. Slalom (berbentuk O) Berbentuk O ataupun bulat. Selalunya digunakan untuk aktiviti arus deras. Bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Kayak ini lebih mudah berpusing kerana rocker lebih tinggi berbanding kayak lain. Contoh: kayak slalom, kayak polo dan kayak rodeo.
1. Saiz dan berat badan Amat penting dalam pemilihan kayak yang sesuai Boleh dirujuk pada katalog kayak. Rujuk pada saiz kayak itu sendiri sebelum menaiki saiz besar untuk individu yang besar dan sebaliknya.
2. Kestabilan Kayak yang panjang dan lebar memiliki tahap kestabilan yang tinggi. Secara am, kestabilan kayak terbahagi kepada 2 : kestabilan initial (K.I) dan kestabilan sekunder (K.S) K.I bermakna apabila anda menjatuhkan badan ke sisi, kayak itu sukar terbalik dan amat stabil. Kebiasaannya kayak yang berbentuk U/Ottersport. Namun akan mudah terbalik apabila melepasi pusat gravitinya. K.S merujuk kepada keadaan kayak yang tidak begitu stabil apabila anda berada di dalamnya tetapi sukar terbalik apabila anda melepasi pusat gravitinya. Contohnya kayak Slalom yang berbentuk O.
3. Rocker Merujuk kepada darjah kecerunan bahagian bawah (hull) hingga ke bahagian bow atau stern sesebuah kayak. Kayak yang mempunyai darjah kecerunan rocker yang besar akan mudah berpusing manakala kayak yang mempunyai darjah kecerunan rocker yang kecil sukar berpusing tapi mudah bergerak lurus dan laju.
KEGUNAAN SPESIFIK KAYAK Setiap kayak mempunyai fungsi yang spesifik. KAYAK LURAH (CREEK BOAT) Khusus untuk menuruni air terjun dan lurah yang tinggi. Berbentuk bulat dan pendek. Sesuai untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam berkayak kerana stabil dan mudah dikendalikan.
KAYAK POLO Bentuk yang hampir sama dengan kayak lurah tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya untuk memotong air untuk membuat pusingan. Khusus untuk kayak polo yang yang dijalankan di kolam renang atau tasik.
KAYAK GETAH (INFLATABLE KAYAK) Merupakan gabungan rakit getah dan kayak. Berbentuk besar, panjang dan bulat. Memiliki daya apungan yang tinggi, stabil dan ringan. Medium utama daya apungannya ialah udara yang dipamkan. Kayak yang sesuai untuk mereka yang baru menceburi aktiviti arus deras.
KAYAK (SQUIRT) Bentuknya amat nipis dan ruang dalamnya hanya mampu menampung kaki pendayung. Bentuknya pendek (2.5m ke bawah) Khusus untuk melakukan aktiviti rodeo di arus deras seperti enders dan cartwheel. Boleh menyelam di dalam air selama beberapa saat.
KAYAK PECUT (SPRINT BOAT) Digunakan khusus untuk acara pertandingan pecut. Bentuknya panjang, kecil dan tirus dibahagian bawahnya. Boleh bergerak dalam arah yang lurus dan laju. Pendayung harus memiliki kemahiran imbangan yang baik.
KAYAK SLALOM Menggabungkan aspek kelajuan dan kestabilan. Bentuknya panjang (6m) dan bahagian hadapannya tajam. Geladak belakangnya besar untuk mengekalkan keseimbangan ketika menuruni arus deras.
KAYAK PECUT ARUS DERAS (DOWNRIVER BOAT) Panjang lebih kurang 4m, mempunyai geladak yang leper dan muncung yang tajam. Reka bentuk tertumpu kepada kombinasi kelajuan dan kepantasan membuat pusingan bagi memudahkan pendayung mencelah di antara pagar slalom.
KAYAK LAUT Untuk aktiviti ekspidisi dan menjelajah di laut. Mempunyai ruangan kalis air untuk menyimpan alatan yang banyak, dilengkapi kompas untuk memudahkan navigasi. Mempunyai geladak yang tinggi serta dilengkapi kemudi; memudahkannya meredah ombak dan bergerak dengan lurus.
SIT ON TOP Digunakan di kawasan tasik atau pantai. Kelebihannya adalah mempunyai lubang khusus untuk membuang air. Daya apungannya dibantu oleh udara di dalamnya. Sekiranya terbalik, boleh memanjat di atasnya. Pergerakan yang amat perlahan serta sukar melakukan teknik gulingan.
ANATOMI KAYAK
1. HALUAN DAN BURITAN (BOW AND STERN) bow adalah muncung bahagian hadapan kayak, stern adalah muncung bahagian belakang kayak. Kedua-dua bahagian boleh ditentukan dengan melihat bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Fungsi utama-untuk memotong air dan memecah ombak dan panduan arah tujuan kayak. 2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE Bahagian percantuman antara bahagian geladak atas dan bawah (bagi kayak daripada gentian kaca) Bertindak sebagai pengimbang air dan penentu kesesuaian berat badan seseorang individu dengan kayak yang digunakan. Bahagian sisi kanan kayak-starboard ; bahagian kiri-portside. 3. HULL Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Mempunyai bentuk berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan kayak. 4. GELADAK ATAS (DECK) Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya cockpit. fungsi- menutup bahagian atas kayak, melindung bahagian kaki pendayung dan memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan (foredeck), deck belakang (aftdeck)
5. COCKPIT ditengah-tengah kayak, antara foredeck dan aftdeck, kawasan tempat duduk pendayung. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil daripada bahagian belakang. 6. TEMPAT DUDUK (SEAT) Terbahagi kepada beberapa jenis: standard (saiz tetap), sederhana (kegunaan rekreasi), ketat (aktiviti rodeo dan arus deras), dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tinggi menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendah lebih stabil tetapi daya apungannya rendah. 7. TOGGLE Alat pemegang di bahagian hujung bow dan stern bagi mengangkat kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Terbahagi kepada 2: Toggle (sejenis tali yang diikat pada pemegang kayu/plastik) dan End Loops (gelungan tali di bahagian bow dan stern. Mudah disediakan tapi boleh mencederakan tangan pendayung yang terperangkap di dalamnya.) 8. COAMING Bahagian tepi yang kecil, nipis dan mengelilingi cockpit. Untuk menghalang air dari masuk cockpit dan mengikat spray cover. 9. KNEE BRACE Bawah coaming di bahagian foredeck. Menyokong lutut pendayung. Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pendayung dari terkeluar apabila terbalik. Hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom. 10. TOWLINE / DECKLINE Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke belakang stern. Sebagai tali menyelamat, menunda, mengikat alatan dan kayak. 11. KEEL Terletak di bahagian bawah geladak. Untuk membelah arus dan sebagai kemudi. Skeg: kemudi yang yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder: keel yang boleh dilaras/kawal pergerakan kemudinya (kayak laut dan pertandingan pecut shj).
12. BAHAN APUNGAN KAYAK (BUOYANCY) Terletak dibawah deck di bahagian boe dan stern. Untuk mengapungkan kayak apabila terbalik @ dimasuki air. Juga menyokong bahagian geladak atas dan bawah. 3 ketegori jenis bouyancy: I. BEG UDARA II. GETAH LEMBUT III. POLISTERIN 13. FOOTREST Tempat meletak kaki pendayung. Memberikan daya dayungan yg baik melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kaki. Juga sebagai alat yang melindungi pendayung dari terhentak atau menggelongsor ke hadapan ketika perlanggaran. 3 jenis footrest: I. BERBENTUK BAR (dipasang pada sisi kiri dan kanan) II. BENTUK PASANGAN PADDLE. (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan) III. BENTUK BULKHEAD (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow). 14. DECK EYE / EYE CLEAT Lubang @ besi yg terdapat di atas geladak-untuk mengikat towline di kawasan atas geladak. 15. EYE PIT Lubang bagi memegang loop/toogle di hujung bow dan stern. 16. HATCH lubang berpenutup di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Untuk menyimpan barangan. 17. BACK STRAP Sejenis tali/lapisan getah yang diikat pada bahagian belakang seat. Memberikan keselesaan dan sebagai alat keselamatan bagi melindungi bahagian belakang pendayung.
ANATOMI PENDAYUNG
-neck -bahagian percantuman antara blade dan shaft. -loom/bar -Bahagian pemegang pendayung.
-plastik/getah -menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.
Metal tip kepingan logam melindung mata dayung dari kerosakan akibat hentakan.
Back of blade Bahagian belakang berbentuk cembung Sokongan kuat pada pendayung
WISEL
CARTA NAVIGASI
JAKET KESELAMATAN
PISAU
SPRAY COVER
KASUT AIR
KOMPAS
TOPI KESELAMATAN
TALI KESELAMATAN
PAM AIR
DRY BAG
PENJAGAAN PERALATAN
TEKNIK MENYIMPAN KAYAK
TEKNIK KERUSI
MENGGUNAKAN KERETA
2. Kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di atas bahagian aftdeck.Capai cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan ke arahnya. 3. Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan.Masukkan segera punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak. 4. Kekalkan keseimbangan dan bawa kedua-dua kaki masuk ke dalam cockpit. D. BERPASANGAN 1. Sternman memegang kayak dan mengimbanginya.Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang. 2. Bowman masuk dulu.Bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas mengimbangi kayak pula. 3. Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
5) MATA/KEDUDUKAN KEPALA Memandang ke arah yang dituju. Mengelakkan haluan kayak tersasar.
LATIHAN TERBALIK
Teknik untuk keluar dari kayak apabila terbalik. 1. Duduk dalam kayak dengan teknik yang betul.Letakkan kedua-dua tangan dii sisi kayak dan pegang bahagian hull, port dan starboard kayak. 2. Terbalikkan kayak, tepuk bahagian hull sebanyak 3 kali, lucutkan spray cover dari coaming. 3. Bengkokkan badan ke hadapan, luruskan kedua-dua kaki, pegang cockpit dengan kedua-dua belah tangan, tolak bahagian punggung dan kaki anda keluar (seperti perlakuan melucut seluar).
4. MENGGUNAKAN PINGGANG i. Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo. ii. Buat pergerakan yang sama seperti mangangkat kayak solo ke bahu. Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda. iii. Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan.Lakukan teknik jongkangjongket sehingga semua air keluar.
5. SIDEWAYS BERPASANGAN i. Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam kayak. ii. Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi.Biarkan air keluar dari kayak. iii. Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongket bagi mengeluarkan semua air.
6. GABUNGAN DAYUNGAN SAPUAN (ALTERNATE SWEEP STROKE COMBINATION) Gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang, dilakukan berselang-seli. 7. DAYUNGAN SISI (SIDEWAYS STROKE/DRAW STOKE) Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah-untuk merapatkan kayak ke tebing/jeti @ rafting. POTONG Tegakkan pendayung di sisi starboard; tangan kiri berada di atas separas dahi. Tangan kanan lurus melintang jauh dari kayak, selari pinggang. TWIST Permukaan mata dayung menghadap starboard kayak. TARIK Mata dayung ke dalam air, tanagan kanan tarik mata dayung rapat ke kayak. Pusingkan mata dayung 900 untuk potong air. Buat semula awalan teknik ini. TWIST Pusingkan semula badan 450 dan permukaan dayung menghadap sisi kayak. Lakukan dayungan sisi buat kali kedua. 8. TEKNIK IMBANGAN (RECOVERY STROKE) 1. Teknik kawalan imbangan rendah (slap for support low recovery) Hanya belakang permukaan dayung menepuk air. Pendayung berkedudukan melintang separas pinggang. 2. Teknik kawalan imbangan tinggi (slap for support high recovery) Pendayung berkedudukan melintang tinggi separas dada pendayung. Jika kayak hilang keseimbangan di bahagian starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari kayak. Tampar permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung, lentikkanbahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera. 9. ROCKING uji daya imbangan. Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang kemas. Goyangkan badan ke kiri dan kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan air semasa mendayung. 10. BERAKIT Pendayung merapatkan kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak yang bersebelahan dengannya.