You are on page 1of 2

PERALATAN OLAHRAGA

Kasut

Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi
setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut.
Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta
meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada
keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut
sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan
mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya. 

Blok permulaan

Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan di awal garisan permulaan
untuk membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas, maksimum dan
secara eksplosif semasa memulakan larian. Blok permulaan digunakan di seluruh
dunia dalam acara olahraga dan merupakan alat penting digunakan jika catatan
masa menggunakan ‘ elektronik time’.

Pakaian sukan

Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa
pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat
seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali
sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang
diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun
‘sponsorship’。

Stadium atau kompleks

Stadium atau kompleks amat penting dalam menganjurkan kejohanan. Ia digunakan


untuk melaksanakan kejohanan serta menjalankan prosedur yang telah ditetapkan
dengan menyediakan tempat khas seperti lorong larian, gelanggang, tapak seperti
tapak lontar peluru dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan kekucar kaciran
berlaku disebabkan kecuaian penyediaan tempat pertandingan.

You might also like