You are on page 1of 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.

201 1

BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN Nama sebenar Gelaran Tarikh kelahiran Tempat kelahiran Keturunan Tarikh menjadi khalifah Cara pelantikan Tempoh pemerintahan :Uthman bin Affan bin Abul-As :Zunurain dan Al-Ghani :574 Masihi (semasa Nabi Muhammad berusia 5 tahun) :Makkah :Golongan Quraish Bani Umaiyah :644 Masihi (selepas Saidina Umar Al-Khattab meninggal dunia) :Majlis Syura :12 tahun

Usia ketika menjadi khalifah :70 tahun Hijrah Keistimewaan Tarikh meninggal dunia :Berhijrah ke Habsyah dan berhijrah dari Makkah ke Madinah :Antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk ke syurga :656 Masihi

Usia ketika meninggal dunia :82 tahun Sebab meninggal dunia :Dibunuh oleh pemberontak

Nama sebenar Saidina Uthman ialah Uthman bin Affan. Bapanya bernama Affan bin Abul-As. Beliau mendapat dua gelaran semasa hayatnya. Beliau digelar sebagai zunurain. Zunurain bermaksud dua cahaya. Hal ini disebabkan oleh, Saidina Uthman telah menikahi dua orang puteri Nabi Muhammad SAW. Beliau berkahwin dengan Ruqayah terlebih dahulu. Setelah Ruqayah meninggal dunia, Nabi Muhammad telah menikahkan puterinya iaitu Ummu Khalthum dengan Saidina Uthman. Manakal gelaran Al-Ghani pula diberikan kepadanya kerana Saidina Uthman merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di bumi Arab pada ketika itu. 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Beliau dilahirkan pada tahun 574 Masihi. Pada tahun kelahirannya, Nabi Muhammad SAW baru sahaja berusia lima tahun. Saidina Uthman dilahirkan di Makkah Al-Mukarramah. Saidina Uthman merupakan seorang yang berketurunan Quraish daripada Bani Umaiyah. Saidina Uthman Affan merupakan khalifah ketiga dalam zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 Masihi iaitu selepas Saidina Umar Al-Khattab meninggal dunia. Saidina Uthman dilantik menjadi khalifah melalui Majlis Syura. Sebelum Saidina Umar Al-Khattab r.a meninggal dunia, beliau tidak menetapkan individu tertentu yang bakal menerajui pemerintahan dan pentadbiran umat Islam selepas ketiadaannya nanti. Bagi mengelakkan perpecahan daripada berlaku dalam kalangan umat Islam, beliau menyerahkan urusan pelantikan khalifah seterusnya kepada sebuah Majlis Syura yang dianggotai oleh para sahabat kanan yang dijamin syurga oleh Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, Saidina Umar telah menyenaraikan enam nama untuk dicalonkan sebagai khalifah. Mereka ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin A bi Waqqas, Zubayr bin Awwan, Abd Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaydillah. Pada waktu itu, timbul dua golongan, iaitu golongan yang menyokong Ali bin Abi Talib dan golongan yang menyokong Uthman bin Affan. Masalah ini dapat diselesaikan oleh Abd Rahman bin Auf yang telah diamanahkan untuk meninjau dan bertanyakan kepada Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib tentang kesanggupan mereka untuk menerima jawatan sebagai khalifah seterusnya yang akan menerajui pemerintahan umat Islam selepas Saidina Umar Al-Khattab r.a. Akhirnya, Saidina Uthman bin Affan telah dipilih kerana ketegasannya dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Saidina Uthman bin Affan telah dibaiah pada bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah dan telah ditabal menjadi khalifah pada bulan Muharram tahun 24 Hijrah. Hal ini turut disokong oleh semua umat Islam termasuk Saidina Ali bin Abi Talib sendiri. Saidina Uthman memerintah pada usianya 70 tahun dan beliau memerintah selama 12 tahun. Saidina Uthman telah berhijrah sebanyak dua kali. Beliau pernah berhijrah ke Habsyah. Kemudian Saidina Uthman mengikuti Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Madinah. Saidina Uthman memiliki keistimewaan yang tiada tandingannya. Keistimewaan tersebut ialah beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi Muhammad SAW yang telah dijamin masuk ke syurga. Saidina Uthman juga merupakan salah seorang para sahabat yang terawal memeluk agama Islam. Saidina Uthman gugur syahid pada tahun 656 Masihi ketika beliau berusia 82 tahun. Sadini Uthman Affan telah dibunuh oleh beberapa orang pemberontak yang telah mengepung kawasan kediamannya. Pada hari ke 40 kepungan yang dilakukan oleh pemberontakpemberontak ke atas kediaman Saidina Uthman, 3 orang daripada kalangan pemberontak tersebut telah masuk ke kediaman Saidina Uthman untuk membunuh beliau. Namun ketiga-tiga pemberontak tersebut keluar tanpa membunuh Saidina Uthman. Hal ini disebabkan oleh mereka mendengar nasihat Saidina Uthman bahawa mereka bertiga merupakan antara orang yang pernah didoakan oleh Nabi Muhammad SAW dan mereka bukanlah pembunuhnya. Setelah 3 orang daripada kalangan pemberontak tersebut gagal membunuh Saidina Uthman, 3 orang pemimpin Khawarij telah masuk ke rumah Saidina Uthman dan telah membunuh Saidina Uthman serta ahli keluarganya yang lain. Saidina Uthman dan dua orang anaknya iaitu Najih dan Sobih gugur syahid. Manakala isteri Saidina Uthman pada ketika itu iaitu Nailah binti Furaifisha, putus jari tangannya kerana menahan libasan pedang oleh Sudan yang merupakan salah seorang pemimpin Khawarij Al-Quran yang dibacanya. yang masuk ke kediamannya untuk membunuh Saidina Uthman. Saidina Uthman meninggal dunia dalam keadaan sedang memeluk

PENDIDIKAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Saidina Uthman bin Affan tidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Beliau hanya mendapat pendidikan secara langsung daripada Nabi Muhammad Saw. Pendidikan yang dipelajari secara langsung daripada Nabi Muhammad SAW meliputi hal-hal agama Islam seperti hukum-hukum dalam agama Islam, perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh setiap orang Islam, dan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Selain itu, Saidina Uthman mendapat pendidikan daripada Al-Quran yang di bacanya. Hal ini kerana Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu dan menjadi rujukan bagi setiap orang Islam sehingga ke hari ini. Selain itu juga, Al-Quran merupakan asas kepada perundangan dan kehidupan seorang Islam. Tambahan lagi, Nabi Muhammad pernah bersabda iaitu umat Islam perlu berpegang kepada dua perkara jika tidak mahhu terpesong daripada jalan yang benar. Dua perkara tersebut merangkumi Al-Quran dan As-Sunnah.

KEPERIBADIAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN 1. Baik Hati dan Penyayang Saidina Uthman bin Affan merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat penyayang. Beliau merupakan seorang khalifah yang sayang akan keluarganya dan umat yang dipimpinnya. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Saidina Uthman bahawa beliau merupakan seorang yang baik hati dan penyayang. Saidina Uthman telah berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan memerdekakan seorang hamba sahaya lelaki dan seorang hamba sahaya perempuan pada setiap hari Jumaat. Beliau sanggup membeli mereka daripada tuan atau pemilik hamba sahaya tersebut tanpa memikirkan berapa banyak harga yang ditawarkan oleh pemilik tersebut. Saidina Uthman sanggup memberikan kebebasan dengan hanya mengharapkan keredhaan tuhannya yang satu, iaitu Allah Subhanahu wa Taala. Selain itu juga, pada suatu malam Saidina Uthman tidak akan sanggup mengejutkan pelayan yang bekerja dengannya bagi menyediakan air untuk wudhunya. Saidina Uthman lebih sanggup 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

bersusah payah dengan berusaha sendiri untuk menyediakan air dan peralatan untuknya berwudhu dan beribadat. Padahal pada waktu tersebut sudah lewat malam dan beliau berada dalam keadaan tubuh badan yang uzur kerana usianya yang semakin lanjut. Saidina Uthman juga menolak untuk berlindung daripada orang lain dalam menghindarkan dirinya sendiri daripada dibunuh oleh para pembunuhnya. Beliau tidak mahu kebebasannya harus ditebus dengan nyawa seorang Muslim yang tidak bersalah. Beliau juga menolak untuk berperang dengan pemberontak yang menentangnya kerana khuatir musuh Islam akan menuduhnya membunuh saudara sendiri.
2. Dermawan dan Pemurah

Saidina Uthman bin Affan amat terkenal dengan peribadinya yang dermawan. Saidina Uthman telah banyak menyumbangkan hartanya untuk berjihad ke arah kepentingan dan memperjuangkan Islam. Contohnya, semasa Perang Tabuk, Saidina Uthman telah mendermakan hartanya iaitu sebanyak 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar untuk kegunaan umat Islam pada ketika itu. Selain itu juga, semasa peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah, umat Islam yang berhijrah ke Madinah menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman seharian. Bagi menangani masalah tersebut, Saidina Uthman telah membeli Telaga Ruma daripada seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham. Saidina Uthman dengan lapang hati membenarkan umat Islam pada ketika itu menggunakan telaga tersebut secara percuma. Selain itu juga, Saidina Uthman telah memperbesarkan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid tersebut telah menjadi padat dengan para jemaah yang semakin hari semakin bertambah. Saidina Uthman telah membeli tanah di sekitar Masjid Nabawi untuk memperluaskan lagi masjid tersebut. Masjid tersebut telah berjaya diperluaskan pada tahun 29 Hijrah. 3. Wara, Soleh, Bertaqwa dan Mempunyai Semangat Jihad yang Tinggi Saidina Uthman r.a sentiasa memenuhi waktu-waktu lapangnya dengan melaksanakan ibadat tidak kira pada waktu siang mahupun malam. Beliau juga turut menunaikan haji pada setiap tahun. Selain itu juga, Saidina Uthman tidak pernah jemu membaca Al-Quran dan berzikir 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

sepanjang harinya. Saidina Uthman sangat mencintai Al-Quran sehingga pada waktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau berada dalam keadaan sedang memeluk AlQuran yang sedang dibacanya. Selain itu juga, Saidina Uthman turut sering menjalankan dakwah Islamiah di penjara-penjara dan beliau telah berjaya mengislamkan ramai banduan-banduan di sana. Beliau juga banyak mengajarkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Saidina Uthman juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetlkan saf-saf untuk menunaikan solat. Tambahan lagi, beliau banyak menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah bagi menjalankan hukum-hukum dalam pemerintahannya. 4. Bersifat Mulia Saidina Uthman mempunyai sifat yang mulia. Beliau melayan semua masyarakat di sekelilingnya dengan sama rata tanpa memandang taraf atau harta seseorang tersebut. Contohnya, pada suatu hari, Saidina Uthman berasa marah terhadap pelayan yang bekerja dengannya, lalu beliau memulas telinga pelayan tersebut sehingga sakit. Setelah marahnya reda, beliau menjadi gelisah kerana perbuatannya tadi sehingga mengganggu tidur malamnya. Kemudian Saidina Uthman memanggil pelayan tersebut dan disuruhnya melakukan pembalasan atau qisas terhadap dirinya dengan memulas telinga Saidina Uthman pula sebagai balasan. Namun pelayan tersebut berpaling dan tidak mahu melakukannya. Saidina Uthman telah memaksa pelayan sehingga pelayan tersebut dengan rasa terpaksa memulas kembali telinga beliau. Hal ini kerana, Saidina Uthman takut akan balasan yang akan diterimanya di akhirat nanti lebih berat jika dibandingkan dengan kesakitan yang dirasainya pada ketika itu. 5. Pemimpin yang Berani dan Berwibawa Saidina Uthman merupakan salah seorang daripada para khalifah yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Semasa zaman pemerintahan beliau, banyak berlaku perluasan kuasa melalui pembukaan wilayah baru seperti Cyprus, Afghanistan dan Tunisia. Selain itu juga, beliau turut menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan perluasan kuasa. Banyak negara-negara baru yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini. 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Selain itu juga, beliau sangat berani menghadapi pemberontak yang ingin membunuhnya keran termakan fitnah yang dibawa oleh Mesir. Beliau juga berani menjadi utusan ketika bersama Nabi Muhammad SAW ketika Rasulullah ingin melakukan umrah dan membuat Perjanjian Hudaibiyah. Beliau tidak menghiraukan ugutan dan bahaya yang bakal dihadapinya semata-mata demi menegakkan Islam. 6. Tidak Berputus Asa Sebelum keislamannya, Saidina Uthman disanjung oleh suku kaumnya kerana beliau merupakan salah seorang yang berharta. Namun setelah memeluk Islam, beliau dicemuh oleh kaumnya. Semangat Saidina Uthman tidak pernah luntur dalam mendekatkan diri kepada Allah dan beliau tidak teragak-agak untuk bersama-sama Rasulullah SAW memperjuangkan Islam walaupun ramai kaumnya yang menentang tindakannya itu. Selain itu juga, beliau tidak pernah berputus asa dalam mengumpulkan kembali Al-Quran dan membukukannya bagi menyelaraskan bacaan Al-Quran dengan menggunakan lahjah Bahasa Quraish. Naskah Al-Quran tersebut digunakan sehingga ke hari ini dan dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Langkah tersebut diambil bagi memelihara kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam

SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A 1. Pengumpulan Semula dan Pembukuan Al-Quran Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman telah banyak berlaku perluasan kuasa dan empayar Islam, maka semakin ramai orang yang telah memeluk agama Islam. Perbezaan persekitaran dan wilayah telah menyebabkan berlakunya perbezaan dari segi cara mereka mendalami Islam. Masalah yang paling menonjol pada ketika itu ialah masalah pembelajaran AlQuran kerana terdapat perbezaan bacaan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Hal ini menyebabkan wujud pula masalah bacaan Al-Quran yang salah dan terjadinya salah faham serta 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

tuduh-menuduh diantara sesame umat Islam dan menyatakan siapakah yang betul pembacaannya. Bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi lebih serius lagi, Saidina Uthman telah mengambil langkah dengan mengadakan satu naskah yang baru di mana naskah Al-Quran ini dengan rasminya akan digunakan oleh seluruh umat Islam yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani yang hingga ke hari ini digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Hasil usaha Saidina Uthman sangat memberi kebaikan dan kemudahan kepada semua umat Islam terutamanya dalam pembacaan Al-Quran yang terus digunakan sehingga kini. Beliau telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan Al-Quran yang berbeza yang akan membawa kepada kekeliruan pembacanya telah dibakar. Langkah tersebut dilakukan oleh Saidina Uthman bagi menjamin kesucian Al-Quran yang merupakan tunggak kepada perundangan Islam hingga ke hari ini dan generasi akan datang.
2. Sumbangan Dalam Bidang Ketenteraan

Saidina Uthman r.a telah banyak melakukan perluasan kuasa semasa era kepimpinannya terhadap beberapa buah negara bagi menyebarkan ajaran agama Islam. Pada zaman pemerintahannya, perluasan kuasa oleh empayar Islam telah dapat mengatasi empayar Rom Timur serta empayar Parsi. Beberapa buah kawasan dan wilayah kuasa Islam yang baru telah dikuasai seperti Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morroccow dan beberapa buah negara yang lain lagi. Selain itu juga, Saidina Uthman telah menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama. Angkatan tentera tersebut ditubuhkan bagi menjamin keselamatan dan untuk proses perluasan kuasa dan empayar Islam. Angkatan tentera laut tersebut juga telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dengan berjaya membuka beberapa buah negara lagi. 3. Menyebarkan Dakwah Menyebarkan Ajaran Islam Saidina Uthman sangat mencintai agama Islam dan merupakan seorang khalifah yang gigih menyampaikan dakwah Islam. Salah satu aktiviti yang akan dilakukan bagi menyebarkan 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

agama Islam ialah beliau sering berkunjung ke penjara-penjara dan usahanya telah mendapat keredhaan Allah kerana beliau telah berjaya mengislamkan ramai banduan yang menghuni penjara-penjara tersebut. Selain itu juga, beliau banyak mengajarkan hukum-hukum Islam kepada rakyat yang dipimpinnya. Beliau juga telah menghantar ramai pendakwah ke serta negeri yang berada di bawah pimpinannya untuk menyebarkan ajaran Islam. Beliau juga turut melantik pengajar hukum-hukum Islam dan melantik petugas khas bagi memperbetulkan saf-saf untuk menunaikan solat. Saidina Uthman menjalankan hukum-hukum Islam dengan berpandukan AlQuran dan As-Sunnah bagi menjami kelancaran pentadbirannya pada masa itu. 4. Memperluas Masjid Nabawi Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman, bilangan umat Islam semakin bertambah. Hal ini turut menyebabkan suasana di dalam Masjid Nabawi di Madinah menjadi sempit dan padat kerana dipenuhi dengan para jemaah yang semakin meningkat. Sebagai jalan penyelesaian bagi masalah tersebut, Saidina Uthman telah memperluaskan Masjid Nabawi dengan membeli tanah di kawasan sekitar masjid untuk memperluaskan lagi kawasan masjid yang semakin sempit dan padat. Masjid Nabawi telah berjaya diperluaskan pada tahun 29 Hijrah. Para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat dan ibadat semakin selesa kerana tidak perlu berhimpit-himpit lagi.

KARYA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A Pembukuan Al-Quran Saidina Uthman telah berusaha untuk mengumpul dan membukukan Al-Quran. Hal ini disebabkan oleh berlakunya perbezaan bacaan Al-Quran dalam kalangan umat Islam kerana mereka berada dalam persekitaran dan wilayah yang berbeza. Berlakunya salah faham dan tuduh-menuduh tentang bacaan Al-Quran yang sebenarnya. Saidina Uthman telah mengambil langkah dengan mengumpul dan membukukan Al-Quran dengan menggunakan lahjah Bahasa Quraish. Al-Quran tersebut turut dikenali sebagai Mashaf Uthmani dan ianya digunakan sehingga ke hari ini dan untuk generasi akan datang juga. Tindakan bijak oelh Saidina Uthman 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

ini telah menyelesaikan dan merungkai segala kekeliruan yang terjadi dalam kalangan umat Islam yang merupakan pembaca Al-Quran. Beliau berjaya menyelesaikan masalah salah faham dan tuduh-menuduh di antara sesame umat Islam pada ketika itu. Al-Quran yang berbeza dan yang boleh mengakibatkan kekeliruan dan salah faham oleh pembacanya telah dibakar bagi mengelakkan masalah tersebut terjadi lagi. Beliau melakukan tindakan tersebut adalah sematamata bagi menjaga kesucian Al-Quran yang merupakan asas dan teras kepada perundangan Islam sepanjang zaman.

PERANAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A 1. Pengumpul Al-Quran Al-Quran telah disalin semula dan disusun dengan lebih sempurna dengan menggunakan lahjah Bahasa Quraish berbanding dengan pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Umat AlKhattab. Salinan-salinan Al-Quran ini juga telah dihantar ke seluruh wilayah-wilayah yang diradbir oleh kerajaan Islam. Tindakan Saidina Uthman ini dapat membendung masalah salah faham dan tuduh menuduh di antara umat Islam serta dapat menyelesaikan masalah perbezaan dan pembacaan Al-Quran yang salah dalam kalangan umat Islam pada ketika itu. 2. Menumpaskan Pemberontak Pada awal zaman pemerintahannya, Saidina Uthman mengalami masalah pemberontakan di beberapa buah wilayah pimpinannya. Contohnya seperti yang terjadi di wilayah Khurasan dan Iskandariah. Terdapat penduduk bukan Islam yang tinggal di sana memberontak terhadap kerajaan Islam selepas Saidina Umat Al-Khattab r.a meninggal dunia. Mereka telah membatalkan perjanjian damai dengan kerajaan Islam serta enggan membayar jizyah seperti yang dipersetujui dahulu. Saidina Uthman bin Affan telah mengerahkan pasukan tentera di bawah pimpinan Amir Al-Amar menewaskan kumpulan pemberontak tersebut. Tindakan pantas tersebut telah berjaya menyekat kemaraan pemberontak sekaligus mematahkan usaha mereka. Saidina Uthman telah dapat mengembalikan keamanan dan ketenteraman di daerah tersebut. 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

3. Mewujudkan Angkatan Tentera yang Membanggakan

Gerakan tentera Islam pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bukan sahaja melalui darat, bahkan juga melalui laut. Beliau telah membentuk angkatan tentera laut bagi menambah kekuatan empayar Islam. Tentera Islam pada ketika itu telah diarahkan untuk ke benua Afrika dan telah berjaya menakluki beberapa buah negeri seperti Tripoli, Barqah dan sebahagian daripada negeri Nubiah. Manakala gerakan tentera laut Islam pula ke Laut Mediterranean serta telah berjaya menawan Pulau Cyprus yang merupakan sebuah kubu pertahanan Rom yang kuat. Tentera laut Rom yang hendak menimbulkan kekacauan di Iskandariah telah berjaya ditewaskan dalam Perang Sawari pada tahun 31 Hijrah. Hal tersebut menyebabkan kekuatan laut Rom di Mediterranean telah berjaya dilumpuhkan. Gerakan tentera Islam ke arah timur pula bertujuan untuk menumpaskan saki baki kekuatn Parsi yang juga turut mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 34 Hijrah, pemerintah Parsi pada ketika itu iaitu Yazdagir III telah terbunuh dan seluruh Parsi telah berjaya dikuasai oleh kuasa kerajaan Islam.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN Setiap tamadun di dunia ini pasti akan menyumbang sedikit sebanyak kepada tamadun lain hingga ke hari ini. Setiap tamadun yang terbina mempunyai keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri. Setiap keistimewaan dan kekuatan setiap tamadun tersebut telah menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun tersebut dengan tamadun-tamadun lain di dunia ini dan ianya masih berlaku hingga ke saat ini. Tamadun Islam yang terbina semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin yang ketiga iaitu semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan turut menyumbangkan perubahan yang besar kepada tamadun-tamadun lain yang dibina di dunia ini. Perubahan yang besar tersebut telah menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun Islam pada zaman pemerintahan beliau dengan tamadun-tamadun lain pada zaman seterusnya bahkan sehingga ke hari ini. 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Pembaharuan yang dilakukan oleh Saidina Uthman bin Affan tersebut ialah usahanya dalam membukukan Al-Quran. Berdasarkan usaha Saidina Uthman yang bertungkus lumus mengumpulkan Al-Quran, semua umat Islam daripada seluruh pelosok dunia dapat membaca AlQuran dengan bacaan yang betul. Bukan sahaja pada zaman pemerintahan Saidina Uthman sahaja yang mendapat kemudahan dalam membaca Al-Quran, bahkan semua umat Islam daripada semua tamdun di dunai ini dapat memahami dan membaca Al-Quran dengan tepat dan betul dari segi pembacaannya. Implikasi daripada usaha Saidina Uthman bin Affan ini telah memudahkan semua umat manusia sehinggalah ke hari ini. Hal ini menunjukkan berlakunya interaksi antara tamadun semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan dengan tamadun lain hingga sekarang. Bacaan Al-Quran tidak terhad kepada umat Islam sahaja, bahkan terdapat juga segolongan orang bukan Islam yang turut membaca dan mengkaji Al-Quran dan akhirnya mereka tertarik dengan agama Islam dan memeluk agama Islam yang serba indah dan lengkap ini. Al-Quran merupakan himpunan wahyu-wahyu yang diturunkan dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur. Hal ini mengambil masa selama dua puluh tiga tahun. Al-Quran merupakan sumber utama agama Islam dan melingkupi semua aspek kehidupan manusia serta sumber pembentukan tamadun Islam. Al-Quran juga menjadi sumber dan rujukan utama kepada kehidupan orang Islam dalam pelbagai aspek seperti perundangan, ekonomi, sosial dan politik. Al-Quran merangkumi perintah sembahyang, berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji dan banyak lagi tentang aspek kehidupan sebagai seorang Islam. Hukum yang terkandung di dalam AL-Quran pada keseluruhannya berbentuk umum dan merupakan sebuah prinsip Islam. Hukum Islam dapat juga didefinisikan sebagai hukum yang terkandung di dalam Al-Quran. Selain itu juga, interaksi antara tamadun semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan dengan tamadun lain turut berlaku dalam proses penyebaran agama dan ajaran Islam ke serata tempat. Hal ini adalah seperti yang terjadi semasa Saidina Uthman bin Affan memperluaskan dan mempertingkatkan prestasi angkatan tentera-tentera Islam. Semasa zaman pemerintahannya, Saidina uthman telah memperluas angkatan tentera dengan menubuhkan 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

angkatan tentera laut Islam yang pertama. Hal ini dilakukan bagi menambah lagi kekuatan tentera Islam pada ketika itu. Penyebaran agama Islam berlaku apabila tentera Islam diarahkan ke benua Afrika dan mereka telah berjaya menakluki beberapa buah negeri seperti Tripoli dan Barqah serta sebahagian daripada negeri Nubiah. Selain itu, gerakan angkatan tentera laut Islam juga ke kawasan Laut Mediterranean dan telah berjaya menawan Pulau Cyprus yang merupakan sebuah kubu pertahanan tentera Rom yang kuat pada ketika itu. Manakala usaha tentera Rom yang ingin menimbulkan kekacauan di Iskandariah pula telah berjaya dipatahkan oleh tentera Islam dalam satu peperangan iaitu Perang Sawari yang berlaku pada tahun 31 Hijrah. Hal ini secara tidak langsung telah dapat melumpuhkan kekuatan tentera Rom di Mediterranean pada masa tersebut. Seterusnya, angkatan tentera Islam melakukan gerakan ke arah timur pula dengan bertujuan untuk menumpaskan kekuatan Parsi yang turut mencapai kejayaan yang cemerlang semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Pada tanggal 34 Hijrah, Parsi pada ketika itu diperintah oleh Yazdagir III telah berjaya dikuasai oleh kerajaan Islam. Pemerintahnya, Yazdagir III telah berjaya dibunuh dan seluruh Parsi dikuasai oleh Islam pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Kesemua peristiwa tersebut telah menggambarkan bagaimana terjadinya interaksi antara tamadun pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan dengan tamadun Afrika, Parsi, Rom dan beberapa tamadun yang wujud di sekitar kawasan Laut Mediterranean. Saidina Uthman bin Affan telah berjaya menyebarkan ajaran agama Islam ke serata tempat. Hal ini menyebabkan berlakunya pengislaman dalam kalangan penduduk setempat di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Islam pada ketika itu. RUMUSAN Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa Saidina Uthman bin Affan amat cemerlang pada era pemerintahannya sebagai khalifah ketiga yang dilantik dalam sistem Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau bukan sahaja membawa perubahan yang besar dalam sistem pentadbiran, bahkan beliau juga membawa perubahan yang besar dalam lipatan sejarah umat Islam. Beliau merupakan seorang khalifah yang berkeperibadian mulia. Beliau merupakan seorang khalifah yang bersifat dermawan dan pemurah, baik hati, lemah lembut, wara dan soleh, tidak cepat berputus asa serta merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa. 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Saidina Uthman bin Affan turut menyumbangkan sumbangan yang paling besar kepada semua umat Islam apabila beliau berusaha untuk mengumpulkan Al-Quran dan memperkenalkan naskah yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani yang digunakan dalam lahjah Quraish untuk menyelaraskan bacaan semua umat Islam tanpa mengira perbezaan kawasan dan bangsa setiap individu tersebut. Hal ini secara tidak langsung memudahkan semua umat Islam untum membaca dan memahami Al-Quran yang merupakan asas utama dalam kehidupan sebagai seorang yang memeluk agama dan mengamalkan ajaran Islam. Kebijaksanaan Saidina Uthman dengan memperkenalkan Mushaf Uthmani telah berjaya menyelesaikan kekeliruan dan salah faham yang terjadi dalam kalangan umat Islam pada zaman pemerintahannya dan Mushaf Uthmani masih lagi digunakan oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia pada masa ini. Sumbangannya sebagai salah seorang KhulafaAr-Rasyidin amat meninggalkan implikasi yang hebat dalam sejarah perkembangan tamadun Islam. Selain itu juga, Saidina Uthman turut telah berusaha bertungkus lumus untuk menyebarkan ajaran agama Islam ke serata tempat semasa zaman pemerintahannya.

BIBLIOGRAFI 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

Aziz, A. A. (1993). Sejarah Peradaban Dunia. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Khalid, K. M. (1988). Keperibadian Khalifah Rasulullah. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka AlAzhar. Mahayudin Haji Yahaya, A. J. (1993). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahmood, M. H. (1994). Isu-Isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' ArRasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sani, R. A. (1987). Iktisar Sejarah Islam dan Hubungannya yang Khusus dengan Semenanjung Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yahaya, M. H. (2008). Tamadun Islam Kertas 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://www.darulihsan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1182:hazratuthman-ra-biography&catid=49:biographies&Itemid=64 http://khutbahku.blogspot.com/2008/04/22-syahid-sayyidina-uthman-bin-affan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Uthman_bin_Affan http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7484.0

REFLEKSI 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

SHAZANA SUHAIMIN PK (BM) / KS / PJ 900319-01-5700 Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyempurnakan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang telah diberikan ini bertepatan dengan masa yang telah ditetapkan. Bagi tugasan pada kali ini, saya yang merupakan salah seorang pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia dikehendaki untuk melaksanakan tugasan yang berkisar tentang tokoh daripada tamadun Islam atau tamadun India ataupun tamadun China. Saya perlu memilih tokoh daripada salah satu tamadun sahaja bagi tugasan kali ini. Saya memilih untuk melakukan tugasan tentang tokoh pembangunan tamadun Islam. Tokoh yang saya maksudkan ialah Saidina Uthman bin Affan R.A. Dalam proses menyempurnakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mencari sumber bahan rujukan tentang tajuk tugasan pada kali ini. Bagi memenuhi sukatan program PISMP Semester Satu, saya dikehendaki untuk menganalisis tentang biodata, pendidikan dan peribadi tokoh yang telah saya pilih. Selain itu juga, saya dikehendaki untuk menghuraikan tentang sumbangan, karya dan peranan tokoh tersebut. Di samping itu juga, saya dikehendaki untuk mengkaji tentang interaksi antara tamadun yang berlaku di antara tamadun yang dibina semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan R.A dengan tamadun-tamadun lain yang terdapat di dunia ini. Walaubagaimanapun, semasa saya berada dalam proses untuk menyempurnakan tugasan pada kali ini, saya menghadapi sedikit kesulitan. Saya menghadapi masalah untuk mencari sumber rujukan. Hal ini demikian kerana, liputan rangkaian internet yang kurang memuaskan dan sangat lemah. Manakala perpustakaan kampus juga mengalami masalah kekurangan bahan bacaan dan sumber rujukan yang berkaitan dengan Saidina Uthman bin Affan R.A. Hal ini mungkin terjadi kerana setiap pelajar Semester Satu Program PISMP sedang menyempurnakan

18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

tugasan masing-masing. Maka bahan rujukan juga menjadi terhad kerana semua pelajar berebutrebut untuk mencari bahan rujukan bagi menyempurnakan tugasan masing-masing. Namun, masalah ini dapat saya atasi dengan bantuan yang dihulurkan oleh para pensyarah matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Jabatan Agama Islam dan Moral terutamanya Ustaz Mohamed Bin Ayob. Beliau tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan panduan tentang cara untuk melaksanakan tugasan ini. Beliau turut memberi cadangan bagi penambahbaikan tugasan yang saya lakukan ini. Saya turut disarankan agar menyediakan sedikit ringkasan dalam bentuk grafik berkaitan tugasan yang saya lakukan ini. Selain itu juga, rakan sekelas saya dan pelajar-pelajar yang turut melaksanakan tugasan ini turut memberikan kerjasama mereka dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka tentang cara pelaksanaan tugasan ini. Menurut pemahaman saya, Saidina Uthman bin Affan R.A menerajui zaman pemerintahannya dengan pelbagai pembaharuan dan kecemerlangan. Beliau merupakan salah seorang Khulafa A-Rasyidin yang dilantik bagi memerintah umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Saidina Uthman bin Affan R.A merupakan seorang pemimpin yang bersifat dermawan, baik hati, lemah lembut dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang terpuji. Beliau berjaya meluaskan pengaruh Islam pada zaman pemerintahannya iaitu melalui kejayaan tentera Islam pada ketika itu menakluki banyak kawasan dan wilayah serta negeri. Beliau berjaya menyebarkan ajaran agama Islam ke seluruh pelosok wilayah taklukannya. Beliau juga turut menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama. Selain itu juga, Saidina Uthman bin Affan R.A telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Masalah yang dimaksudkan ialah masalah kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umat Islam berkaitan cara pembacaan Al-Quran yang tepat dan betul. Beliau telah menyelesaikan masalah ini dengan cara memperkenalkan naskah Al-Quran baru yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Al-Quran ini menggunakan lahjah Bahasa Quraish. Usaha ini dilakukan untuk menyeragamkan cara bacaan Al-Quran dalam kalangan umat Islam 18

Tamadun Islam & Tamadun Asia-Saidina Uthman Bin Affan R.A

201 1

pada ketika itu yang berbeza cara bacaannya mengikut wilayah masing-masing. Saidina Uthman bin Affan telah memberikan sumbangan yang besar kepada semua umat Islam di dunia kerana Al-Quran Mushaf Uthmani digunakan sehingga ke hari ini. Hal ini telah memudahkan umat Islam untuk memahami dan membaca Al-Quran dengan betul. Secara tidak langsung, usaha untuk membukukan Al-Quran telah menyelesaikan segala kekeliruan dan salah faham yang terjadi dalam kalangan sesama umat Islam di dunia. Setelah bertungkus-lumus menyempurnakan tugasan ini, akhirnya saya mendapati bahawa saya dapat lebih mendalami ilmu ketamadunan Islam terutamanya pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin yang diterajui khalifah ketiganya iaitu yang dipimpin oleh Saidina Uthman bin Affan R.A. Saya berharap dengan melaksanakan tugasan ini, saya dapat menggunakan pengetahuan dan pemahaman saya pada masa akan datang. Alhamdulillah, tugasan ini dapat saya sempurnakan dengan lancar dan telah dapat disempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya berharap agar pensyarah pembimbing saya bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia iaitu Ustaz Mohamed Bin Ayob menerima dan berpuas hati dengan hasil tugasan yang telah saya hasilkan ini. Insyaallah. Sekian, terima kasih.

18

You might also like