You are on page 1of 3

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam

Negara. PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Prasekolah semester 1 mengenal dan mendekati sekolah dan warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, pentadbir, staf sokongan dan juga murid-murid. PBS ini bukanlah semata-mata untuk bersuka ria dan bersenang lenang

untuk pelajar datang ke sekolah, tetapi adalah tempoh untuk saya menyiapkan segala tugasan yang diberikan semasa PBS. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Parit Sulong merupakan sekolah yang telah saya pilih sebagai tempat untuk saya menimba pengalaman sebagai guru pelatih dan menjalankan segala tugasan yang diberikan. Sekolah ini dipilih kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah kecil yang agak terpencil di dalam sebuah kampung. Selain itu juga, saya mendapati bahawa sekolah tersebut julung-julung kalinya mendapat kunjungan pelajar IPG untuk melakukan PBS di sana. Justeru itu, walaupun berseorangan, saya tetap memotivasikan diri untuk belajar berdikari dan membuang rasa malu saya apabila berada di suatu tempat yang tidak pernah dikunjungi. Refleksi yang dapat saya tulis berdasarkan pengalaman saya selama 5 hari di sekolah berkenaan ialah, pertama sekali, sudah tentu pengalaman pertama menjejakkan kaki seorang diri ke sekolah sebagai seorang guru pelatih adalah pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, saya di sambut dan didatangi oleh sekumpulan pelajar yang datang kepada saya untuk bersalam sambil mengucap selamat pagi cikgu!. Pengalaman sebegini menguatkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru. Selain itu juga, saya juga ditempatkan di bilik guru bersama-sama guru lain. Guru di sekolah itu tidak ramai, hanya 13 orang sahaja. Meja saya pula diletakkan bersebelahan dengan GPK 1. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya berada di bilik guru tersebut. Merasai sendiri pengalaman bersama guru-guru di dalam bilik guru yang mempunyai pelbagai ragam merupakan latihan awal kepada

saya untuk berinteraksi dengan rakan sejawat dan seterusnya mewujudkan hubungan baik dengan kakitangan sekolah kelak. Selain itu, semasa melaksanakan PBS, saya dapati berlaku perubahan mendadak pada diri saya dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru. Antaranya dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama da dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, dan bukanlah dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita dan tidak bagus jika delipaskan kepada orang lain terutama kepada murid-murid dan rakan guru lain. Selama 5 hari pengalaman saya di SK Kampung Jawa tersebut, saya juga dapat melihat beberapa kekurangan yang terdapat di sekolah tersebut yang saya rasakan perlu diperbaiki untuk kepentingan semua terutama sekali dari aspek prasarana. Saya lihat, memandangkan sekolah terbabit sudah lama, bangunanbangunan kelas di sekolah tersebut sangat uzur dengan dinding dan lantai kayu yang sedang reput dimakan usia. Saya khuatir jika suatu masa nanti, bangunan tersebut akan runtuh, dan ini sama sekali membahayakan nyawa murid-murid dan guru di sekolah itu. Selain itu, keluasan kelas juga sangat sempit. Tiada ruang yang banyak untuk kanak-kanak bergerak dan segala aktiviti P&P di kelas terbabit tidak dapat dijalankan dengan lancar. Satu lagi masalah yang saya dapat lihat ialah, kelas-kelas di sekolah terbabit hanya dipisah-pisahkan dengan dinding papan yang berketinggian 4 meter sahaja dengan kelas lain tambahan pula keadaan kelas tersebut tidak ber siling. Masalah timbul apabila waktu peperiksaan berjalan, dalam masa yang sama kelas sebelah pula mempunyai P&P, kesaannya, kelas yang sedang menghadapi peperiksaan tersebut terpaksa menanggung kebisingan kelas yang sedang melakukan proses P&P tersebut. Saya yang pernah menjaga pelajar tahun 6 menduduki Ujian UPPM tempoh hari, dapat merasakan sendiri situasi ketidakselesaan yang dialami pelajar-

pelajar tersebut dan ini sekligus mampu menjejaskan emosi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan. Selain itu juga, saya dapati perpustakaan dan bilik ICT sekolah terbabit tidak hidup. Hal ini disebabkan, perpustakaan tersebut tidak mempunyai buku dan bahan bacaan yang mencukupi serta keadaan hiasan di dalamnya sangatlah daif dan mendukacitakan. Papda waktu rehat juga, perpustakaan tersebut dikunci dan pelajar juga tidak dapat masuk kedalam perpustakaan tersebut untuk mengulangkaji

pelajaran. Selain itu juga, saya dapati, tiada perkhidmatan peminjaman buku di situ dan buku-buku yang disediakan juga hampir semuanya sudah lapuk. Sama seperti bilik ICT, saya lihat kesemua komputer yang ada di dalam bilik tersebut adalah model lama dan kesemuanya tidak boleh digunakan dan bilik tereebut kelihatannya sepeti sudah lama tidak dimasuki oleh pelajar. Melalui PBS ini, saya dapat mencari identiti saya sebagai seorang guru dan cuba memupuk sifat guru sejati di dalam jiwa saya. Saya sedar pada awalnya saya bukanlah minta menceburi bidang perguruan ini, namun atas dasar pendedahan yang sangat banyak terhadap bidang ini, terutamanya melalui PBS, saya semakin menjiwai bidang ini dan saya harap agar minat yang sedang disemai ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti, iaitu untuk bergelar seorang guru berijazah yang berkualiti. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini di sekolah tersebut walaupun terdapat beberapa kekurangan di sekolah tersebut. Namun, pengalaman yang menggunung serta keseronokan berada di dunia perguruan sempatlah saya rasakan selama tempon 5 hari yang singkat itu. Sememangnya perasaan saya sangat berat untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru pelatih seperti saya ke sekolah tersebut dan murid-muridnya juga sangat menyukai saya dan sering menpelawa saya untuk releif ke kelas mereka. Pengalaman yang ditimba iti pastinya akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan untuk mengajar di sekolah sebenar kelak.

You might also like