You are on page 1of 10

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Norma ini mempunyai tujuannya iaitu untuk membandingkan prestasi seorang individu dengan individu-individu yang lain atau membandingkan prestasi kumpulan dengan kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan ujian yang sama. Misalnya, di peringkat sekolah, Ujian Rujukan Norma dijalankan dalam peperiksaan seperti Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dan juga peperiksaan awam sepeti PMR, SPM dan STPM. Markah-markah sesuatu mata pelajaran yang diperolehi sebagai criteria asas untuk membandingkan prestasi pelajar dalam kelas atau antara kelas. Dalam ujian rujukan norma ini juga, soalansoalan ujian lazimnya digubal berdasarkan kepada sukatan pelajaran dalam sesuatu peringkat tertentu dan kesukaran soalan-soalan ujian ini bermula dari tahap mudah (25%), sederhana (50%) dan sukar (25%).

Ujian Rujukan Kriteria Ujian Rujukan Kriteria bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran. Di peringkat sekolah, guru menetapkan criteria pada peringkat paling minimum bagi setiap murid dikehendaki mencapai objektif pelajarannya. Ujian rujukan criteria biasanya diadakan setelah sesuatu kemahiran diajarkan. Ujian ini sesuai digunakan untuk menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran sahaja iaitu satu atau beberapa kemahiran yang telah diajarkan. Keputusan ujian akan digunakan untuk menetukan sama ada murid berkenaan menguasai kemahiran dalam peringkat yang dikehendaki atau tidak. Ujian rujukan criteria juga dikenali sebagai ujian rujukan objektif.

Ujian Pencapaian Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang murid dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang merangkumi aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan murid untuk memulakan tajuk baru dan juga dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi murid bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian ini digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian kecerdasan ini memberikan bukti tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.

Ujian Prestasi Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecekapan murid melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan ianya juga memerlukan murid untuk membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas dan tidak hanya tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian bertulis.

Ujian Diagnostik Ujian diagnostik digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian ini juga digunakan untuk mementukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Ujian diagnostic ini ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah

yang dihadapi oleh setiap murid dapat dikesan bagi tajuk tersebut. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid-murid tersebut. Ciri-ciri ujian diagnostic ini ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada murid, ujian ini dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dan laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Ujian Personaliti Ujian personality ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personality pelajar seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi berbentuk ujian, inventori, indicator atau indeks.Terdapat tiga alat yang dapat digunakan oleh guru untuk mengukur personality murid iaitu inventori laporan kendiri (apa yang murid kata mengenai dirinya sendiri), inventori sosiometrik (apa yang orang lain kata tentang sesorang pelajar dan teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu).

Ujian Bakat Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh murid. Ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ujian bakat yang berasaskan kajian besar-besaran dan ujian bakat yang berasaskan keperluan tertentu. Ujian ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat jangkaan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

KLASIFIKASI UJIAN

Ujian Pencapaian / Ujian Kecerdasan

Ujian Diagnostik / Ujian Aptitud (kebolehan) Ujian Formatif / Ujian Sumatif Ujian Rujukan Kriteria / Ujian Rujukan Norma Ujian Objektif / Ujian Subjektif Ujian Kuasa / Ujian Kepantasan

Ujian Pencapaian / Ujian Kecerdasan

Ujian Pencapaian

Ujian yang dibina khusus untuk memperoleh ukuran yang dapat memberi maklumat tentang apakah seseorang inidividu itu telah mencapai dalam sesuatu kursus ;

Pada amnya ia merupakan satu penilaian akhir status seseorang individu selepas selesai mengikuti sesuatu latihan atau unit pembelajaran.

Ujian Kecerdasan

Ujian direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi pemikiran (mental) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

Ujian Diagnostik / Ujian Aptitud (kebolehan)

Ujian Diagnostik

Ujian direka untuk menganalisis dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang individu dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran supaya punca kesukaran pembelajaran dapat diketahui;

Merupakan ujian rujukan kriteria.

Ujian Aptitud (Kebolehan)

Ujian dibina khusus untuk mendapat-kan ukuran bagi meramalkan kejayaan atau sebaliknya seseorang individu dalam kursus pengajian atau pekerjaan di masa depan;

Biasanya merupakan ujian rujukan norma

Ujian Formatif / Ujian Sumatif

Ujian Formatif

Ujian dibina untuk mengenal pasti kesukaran yang dihadapi semasa belajar dan untuk memantau kemajuan pembelajaran individu;

Diadakan di pertengahan kursus; biasanya selepas sesuatu unit pembelajaran;

Keputusan digunakan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran; bukan untuk memberi gred;

Biasanya merupakan ujian rujukan kriteria.

Ujian Sumatif

Dibina untuk menentukan setakat mana pelajar telah mencapai prestasi keseluruhan yang diharapkan;

Ditadbirkan pada akhir kursus dan diguna-kan untuk menentukan gred kursus;

Biasanya merupakan ujian rujukan norma ( walaupun, ujian rujukan kriteria juga boleh digunakan).

Ujian Rujukan Norma & Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Norma

Digubal untuk membandingkan prestasi antara pelajar berdasarkan dimensi (atribut) yang diuji itu ;

Skor dirujuk-balik kepada norma;

Proses perbandingan dibuat melalui langkah di mana pencapaian atau prestasi seseorang individu itu dibandingkan dengan prestasi kumpulan norma.

Ujian Rujukan kriteria

Digubal khusus untuk mendapatkan ukuran yang membolehkan kita membuat tafsiran daripadanya tentang apa dan setakat mana domain tingkah laku spesifik yang seseorang individu dapat lakukan;

Skor yang diperolehi daripada ujian jenis ini boleh dirujuk-balik kepada kategori tingkah laku yg spesifik;

Juga boleh digunakan (walaupun kurang berkesan) utk membuat perbandingan.

Contoh:

Ujian A 1. 3 + 4 = 2. 5 + 6 = 3. 15+7 = 4. + = 5. 2 x 8 = 6. 9 x 6 = 7. x = 8. x1/5 = 9. 162 = 10. 185 =

Ujian B 1. 1 + 3 = 2. 2 + 6 = 3. 4 + 5 = 4. 5 + 2 = 5. 6 + 3 = 6. 3 + 3 = 7. 7 + 2 = 8. 2 + 3 = 9. 4 + 4 = 10. 3 + 4 =

Ujian C 1. 2 + 5 = 2. 6 + 3 = 3. 4 + 5 = 4. 4 + 3 = 5. 6 + 5 = 6. 8 + 7 = 7. 4 + 9 = 8. 5 + 8 = 9. 12 + 9 =

.. 10. 24 + 6 = 11. 38 + 5 = 12. 15 + 7 =

Objektif Pembelajaran

Boleh menambah dua nombor yang tiap-tiap satunya mempunyai satu digit dan jumlahnya Tidak melebihi 10

Ujian Objektif & Ujian Subjektif

Ujian Objektif

Mengandungi item-item yang mempunyai beberapa cadangan jawapan;

Calon dikehendaki memilih jawapan yang terbaik bagi setiap item;

Pemarkahan adalah amat objektif, senang dan tepat;

Kesukaran ujian, taburan skor, kebolehpercayaan dan kesahan isi kandungan ujian lebih mudah dikawal.

Ujian Subjektif

Terdiri daripada item-item yang memberi peluang calon memilih, menerang, dan membentangkan idea-idea dan maklumat menggunakan perkataan dan ayat sendiri;

Soalan-soalan dibahagikan kepada (i) jenis respons terhad, dan (ii) respons bebas. (i) Jenis Respons Terhad

jenis

(a) Soalan memerlukan jawapan yang pendek; (b) Respons yang dikehendaki dinyatakan dengan jelas dalam soalan;

(ii) Jenis Respons Bebas

Soalan memberi calon kebebasan untuk menjawab soalan dengan stail sendiri, dan untuk menunjukkan kebolehan mensintesis dan menilai.

Ujian Kuasa & Ujian Kepantasan

Ujian Kuasa

Ujian direka untuk mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman yang diperolehi;

Memberi tumpuan kepada kualiti respons yang diberi oleh pelajar;

Kurang ditumpukan kepada mengukur kepantasan pelajar dalam memberi respons;

Masa untuk ujian adalah panjang supaya pelajar mempunyai masa yang mencukupi bagi menimbang dan menjawab setiap soalan.

Ujian Kepantasan

Ujian direka untuk mengukur kepantasan pelajar dalam melakukan tugasan atau menjawab soalan;

BUKAN untuk mengukur sama ada pelajar mengetahui jawapan kepada soalan yang diberi;

Soalan adalah agak senang dan seragam daripada segi kesukarannya;

Masa yang diberi untuk ujian adalah terhad;

Pelajar yg kebolehannya sederhana biasa-nya tidak dapat menjawab semua soalan.

Ujian Tara (Standard)

Ujian yang dibina berdasarkan penentuan (spesifikasi) yang terperinci;

Item-item dipilih selepas kajian rintis untuk menentukan kesuaiannya;

Ujian disertai dengan manual yang mempunyai arahan jelas utk memastikan pentadbiran dan pemarkahannya seragam;

Ujian mempunyai norma yg relevan utk penaksiran.

You might also like