You are on page 1of 14

KERTAS KERJA KURSUS I PP 1216 : PERBEZAAN INDIVIDU Oleh Sukardi bin Kaderi (08B1022) Hj. Azreem bin Hj.

Ramli (08B1016) Md. Faizal bin Hj. Zaini (08B1019) Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani) Semester 1/Tahun 1 2008

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
Setiap manusia itu unik. Ini boleh dipanggil sebagai perbezaan individu. Menurut Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dikalangan individu. Beliau juga memetik dari Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.

Mok Soon Sang (2001) seterusnya menyatakan bahawa aspek-aspek perbezaan individu pula boleh dihuraikan kepada beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal adalah perbezaan dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani. Kedua, aspek kognitif pula perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Seterusnya, aspek emosi menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama. Aspek tingkah laku pula perbezaan tingkah laku individu dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Dari segi aspek sosial, setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk individu-individu dalam berkeluarga. Manakala aspek rohani pula perbezaan dalam falsafah hidup dan agama antara individu berbeza. Perbezaan individu juga boleh dipengaruhi oleh persekitarannya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui sejauh mana kami dapat mengenal pasti dan menilai perbezaan diantara Murid. Melalui kajian ini kami akan dapat mengenal pasti perbezaan diantara dua orang murid yang berbeza dari segi jantina, fizikal, status ibubapa, sosio-ekonomi, sahsiah, stail pembelajaran dan kemahiran jasmani.

SASARAN KAJIAN
Kami telah memilih dua orang murid yang pada masa ini belajar dalam Darjah 5 di Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil, Brunei I. Ciri-ciri murid yang kami pilih ialah perbezaan dari segi: 1. Jantina lelaki dan perempuan. 2. Status Ibu bapa mempunyai kedua ibu bapa dan anak yatim. Melalui perbezaan tersebut di atas kami juga ingin mengetahui perbezaan sosioekonomi, stail pembelajaran dan sahsiah murid-murid yang dipilih.

LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH TEMPAT KAJIAN


Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Rendah Pehin Datu Jamil, Brunei I yang terletak di Kampong Ayer iaitu di Kampong Setia, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mempunyai 3 blok bangunan dengan 21 buah bilik darjah. Pada masa ini sekolah tersebut mempunyai 36 orang guru

dan 442 orang murid. Sesi pembelajaran di sekolah ini cuma diadakan disebelah pagi sahaja.

LATAR BELAKANG RINGKAS MURID A


Murid yang dipilih ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu dan berugama Islam yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Darjah 5. Dia ialah seorang anak yatim. Bapanya telah meninggal dunia sejak dia berumur tiga bulan. Keramaian adik-beradiknya ialah 7 orang dan beliau ialah anak bongsu. Pencapaian akademik beliau ialah ditahap sangat baik. Ini dapat dibuktikan dengan data kajian berikut :-

Tahun 2006 2007 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 88.17 % 84.75 % 79.25%

Peperiksaan Akhir Tahun 88.67% 80.13% -

LATAR BELAKANG RINGKAS MURID B


Murid kedua yang dipilih ialah seorang murid perempuan berbangsa Melayu dan berugama Islam yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Darjah 5. Dia seorang murid yang gemuk. Dia mempunyai ibu bapa yang masih hidup dan keramaian adik-beradiknya ialah 3 orang dan dia ialah anak sulung. Pencapaian akademik beliau ialah ditahap sangat baik. Ini berdasarkan dengan data kajian berikut :-

Tahun 2006

Peperiksaan Pertengahan Tahun 78.17 %

Peperiksaan Akhir Tahun 81.67%

2007 2008

85.25 % 82.75%

83.00% -

SOSIO-EKONOMI
Anita Woolfolk (2007) menyatakan sosio ekonomi seperti berikut :
Socioeconomic status (SES) ia a term used by sociologists for variations of wealth, power, control over resources, and prestige. Socioeconomic status is determined by several factors not just income and often overpowers other cultural differences.

Menurut Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) ada menyatakan bahawa murid-murid mempunyai pelbagai kelas sosial hasil daripada status sosio-ekonomi keluarga yang berlainan. Dia berpendapat murid-murid yang berasal daripada kelas sosioekonomi yang rendah mungkin mengalami konsep kendiri yang rendah.

Mok Soon Sang (2001) pula menyatakan unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

KAJIAN MENGENAI SOSIO-EKONOMI MURID A


Ibu murid ini ialah seorang guru ugama di Sekolah Rendah Pehin Datu Jamil. Beliau berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran Brunei dan Sijil Perguruan Ugama. Ia tinggal

bersama dengan anak-anaknya seramai 7 orang di sebuah rumah yang sederhana besarnya terletak di Kampong Setia.

Melalui hasil kaji selidik yang kami dapati, beliau mampu menyediakan keperluan-keperluan yang mencukupi untuk Murid A. Murid A diberi belanja wang saku sebanyak $2.00 sehari untuk persekolahan sekolah melayu dan sekolah ugama. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan secukupnya. Ia merangkumi jenisjenis makanan yang berkhasiat sesuai untuk perkembangan individu.

KAJIAN MENGENAI SOSIO-EKONOMI MURID B


Bapa Murid B bekerja di Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Merinyu dan ibunya pula seorang suri rumahtangga. Mereka tinggal di sebuah rumah yang didiami seramai 18 orang terdiri dari datuk, nenek, beberapa orang adik-beradik sebelah bapa Murid B dan sepupu-sepupunya. Dari hasil soal jawab yang dijalankan, didapati dia disediakan sarapan pagi iaitu minuman Milo dan makanan biskut sahaja. Untuk makan tengahari pula, setiap hari datuknya membelikan ayam goreng dari Restoran Ayamku.

ANALISIS SOSIO-EKONOMI MURID A DAN MURID B


Daripada kajian kami, perbezaan yang kami dapati ialah dari segi saiz keluarga mempengaruhi perkembangan Murid A dan murid B. Murid A disediakan permakanan yang mencukupi sesuai untuk perkembangan individu. Murid B pula kurang mendapat permakanan yang seimbang berdasarkan kepada saiz keluarga yang besar dan sumber

ekonomi yang rendah. Melalui permakanan yang tidak seimbang itu juga, kami dapati murid B mempunyai saiz badan yang gemuk.

STAIL PEMBELAJARAN
Mengikut Hunt (1981), dipetik dari Ragbir Kaur (2005) stail pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seorang menproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.

KAJIAN MENGENAI STAIL PEMBELAJARAN MURID A


Melalui pemerhatian dan kaji selidik kami, didapati murid ini menumpukan perhatian sepenuh terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurunya. Gurunya juga memberi pandangan yang murid ini berdisiplin dalam membuat kerja sekolah. Murid A ini sering menghantar kerja sekolah dan kerja rumah yang diberikan tepat pada waktunya. Jika ada masalah dalam pembelajaran dia akan menanyakan kepada guru. Di rumah, Murid A kurang memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajarannya. Dia hanya memperuntukkan masa jika ada kerja rumah dan menjelang ujian dan peperiksaan. Kami juga mendapati dia selalu membantu rakan-rakannya dalam pembelajaran mereka.

STAIL PEMBELAJARAN MURID B


Dari hasil soal jawab, Murid B menyatakan dia suka belajar secara individu. Namun begitu, dia suka membantu kawan-kawannya jika mereka menghadapi masalah

dalam pembelajaran. Dia juga akan bertanya jika tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Di rumah pula, dia mempunyai jadual belajar sendiri. Dia memperuntukkan masa selama sejam setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah. Salah seorang ahli keluarga yang tinggal bersama Murid B ini ialah ibu saudaranya. Ibu saudaranya itu bertugas sebagai guru disalah sebuah sekolah rendah di negara ini. Murid B ini mempunyai kelebihan dalam meningkatkan mutu pembelajarannya kerana dia sering dibantu oleh ibu saudaranya ini.

ANALISIS STAIL PEMBELAJARAN MURID A DAN MURID B


Daripada kajian kami, stail pembelajaran Murid A dan murid B mempunyai perbezaan yang nyata. Sebagai contoh, Murid A cuma belajar secara berkala manakala murid B mempunyai jadual belajar yang berterusan dan teratur. Murid A dibantu oleh kakaknya dalam pembelajaran dan murid B dibantu oleh ibu saudaranya. Implikasi stail pembelajaran Murid A dan murid B dapat dilihat dari keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 contohnya dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan General Paper murid B lebih baik daripada Murid A.

SAHSIAH
Dalam psikologi pendidikan, konsep sahsiah ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Mengikut Alder (1948) yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2003) menyatakan sahsiah merupakan gaya hidup seseorang individu. Beliau seterusnya

memetik dari Crow dan Crow (1983) yang berpendapat bahawa sahsiah seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya. Mok Soon Sang (2003) juga memetik dari Robert Havighurst yang mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Robert Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun boleh membentuk kemahiran fizikal untuk permainan, membentuk konsep diri yang sihat, membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya, memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Disamping itu kanak-kanak boleh menguasai konsep-konsep moral, nilai, kemahiran hidup dan belajar berdikari. Ragbir Kaur (2005) pula menyatakan mengenai perbezaan sahsiah. Beliau menjelaskan bahawa dalam perbezaan individu, ada murid yang mempunyai sahsiah ekstrovert dan dapat memiliki lebih ramai kawan daripada kanak-kanak yang lain. Ada juga murid mempunyai sahsiah introvert yang bersikap pemalu, mempunyai konsep kendiri yang rendah dan mungkin memiliki kurang kawan.

KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID A


Dari kajian yang kami buat, didapati murid ini boleh berdikari dan sering membantu keluarganya. Dia sudah boleh memasak masakan yang mudah seperti menggoreng telur, memasak nasi dan memasak mi segera. Dia juga mempunyai sikap berjimat dengan menyimpan baki perbelanjaan sekolahnya setiap hari. Dia menceritakan pernah membeli alat permainan kesukaannya iaitu Sony Playstation 3 dengan menggunakan wang hasil simpanannya.

10

Selain itu, dia juga seorang yang mudah bergaul mesra dan sering membantu serta memberi nasihat yang baik kepada rakan sebayanya. Dia juga aktif dalam sukan di sekolah dan di kampungnya. Diantara aktiviti sukan yang diminatinya ialah badminton dan bolasepak. Disamping itu, dia juga diberi tugas sebagai Ketua Darjah dan membaca doa sekolah semasa perbarisan pagi. Rancangan televisyen yang digemarinya ialah rancangan sukan dan kartun. Dia bercita-cita untuk menjadi guru kerana baginya tugas guru itu dipandang mulia.

KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID B


Mengikut soal jawab yang kami jalankan, Murid B mengatakan dia tidak suka dilahirkan sebagai anak sulung. Menurut pengalamannya dia sering diberi tanggungjawab yang berat baginya seperti menjaga adik-adiknya. Dia juga disuruh membantu dalam urusan rumahtangga seperti menyapu dan memandikan adik-adiknya. Dari apa yang diceritakan oleh Murid B, bapanya sering bertengkar dengan ibunya di rumah. Apabila ibu bapanya bertengkar, dia terus masuk ke bilik tidurnya dan tidak mahu ambil peduli tentang situasi tersebut. Kami bertanya adakah situasi tersebut memberi kesan kepada dirinya. Dia menyatakan bahawa situasi tersebut tidak memberi kesan kepada emosi dan pembelajarannya kerana ibu saudaranya sentiasa memberi perhatian kepadanya. Ibu saudaranya itu juga selalu memberi nasihat agar tidak mempedulikan keadaan tersebut. Selain itu, Murid B ini aktif dalam aktiviti akademik seperti bulan akademik mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Dia juga meminati mata pelajaran Sains dan bercita-

11

cita untuk menjadi seorang doktor. Hobinya ialah membaca buku yang dibelikan oleh ibu saudaranya. Dia pernah mencuba untuk aktif dalam sukan seperti bola jaring tetapi dia tidak mahu meneruskannya kerana telah diejek oleh rakan-rakannya sebagai budak gemuk.

ANALISIS SAHSIAH MURID A DAN MURID B


Menurut Shahabuddin (2003) yang memetik dari Rogers (1951) menyatakan dalam kehidupan seharian, individu pelajar akan menempuh pelbagai bentuk interaksi dengan persekitarannya. Hasil daripada interaksi yang berlaku akan membentuk sifat kendiri seseorang individu. Sifat kendiri juga boleh terbentuk apabila seseorang individu tersebut membayangkan dan mengambil nilai-nilai orang lain supaya dijadikan sebagai nilai dirinya sendiri. Lama kelamaan sifat kendiri seseorang individu tersebut semakin tekal. Daripada kajian, Murid A dan murid B mempunyai kekuatan dan kelemahan yang ada pada sahsiah mereka. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang diambil oleh mereka. Contohnya, Murid A mempunyai sangat berminat dalam sukan bolasepak dan badminton. Walaupun dia tidak terpilih mewakili pasukan sekolah tetapi dia tetap meneruskan untuk bermain bolasepak dan badminton. Ini jelas dia mempunyai motivasi intrinsik iaitu dia tidak mengharapkan sebarang ganjaran ataupun dorongan daripada orang lain. Dia bermain untuk kepuasan dirinya sendiri. Shahabudin (2003) menjelaskan seseorang individu akan bertindak mengikut nilai yang dipegangnya. Dalam menjalani kehidupan,

12

individu tersebut sentiasa akan berhadapan dengan peristiwa-peristiwa yang bertentangan dengan kendirinya. Murid B pula lebih cenderung kepada aktiviti berunsur akademik seperti kuiz dan membuat projek. Dia tidak berminat menyertai sukan yang diadakan di sekolah kerana pernah diejek oleh rakan sebaya sebagai budak gemuk. Tindakan murid B ini sesuai sebagaimana menurut Ragbir (2005) faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif sebahagiannya ialah pengalaman pahit atau kegagalan yang pernah ditempuhi dan kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa, guru dan rakan.

PANDANGAN GURU SECARA KESELURUHAN MENGENAI MURID A DAN MURID B


Dari kaji selidik yang direspons oleh guru, beliau menyatakan Murid A ini seorang yang periang dan suka menolong kawan-kawannya memahami pelajaran dalam kelas. Menurut beliau lagi Murid A ini seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diberi. Menurut guru mengenai Murid B pula, dia seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia suka membuat kerja secara individu di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, murid ini rajin bertanya soalan dan tidak berasa malu untuk meminta guru memberi tunjuk ajar jika dia tidak faham. Murid B ini sentiasa membuat kerja yang diberikan dengan baik. Melalui komen guru darjah mengenai Murid A dan Murid B mengunakan interaksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Dari penelitian kami, guru matapelajaran matematik telah menggunakan konsep peneguhan positif yang dipelopori oleh B.F. Skinner. Sebelum memulakan pelajaran, 13

guru menyuruh murid-murid membaca sifir secara berkumpulan dan individu. Ini dapat dilihat dari carta peningkatan keseluruhan murid dalam menghafal sifir. Sebagai contoh Murid A dapat menghafal sifir 0 hingga 12 diberi pelekat `stickers dan murid B pula dapat menghafal sifir 0-5 dan mendapat pelekat `stickers yang kurang dari murid A.

KESIMPULAN
Perbezaan individu ialah satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud diantara individu yang berlainan. Murid-murid dalam bilik darjah boleh berbeza dari segi sosio-ekonomi, kecerdasan kognitif, pencapaian akademik, jantina, gaya pembelajaran, bangsa, budaya dan lain-lain aspek. Ini dapat dilihat daripada kajian yang dibuat keatas Murid A dan Murid B. Aspek-aspek persekitaran juga boleh mempengaruhi dalam membentuk perbezaan individu. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid didalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh itu guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan pelajar yang berbeza. Bagi Murid A dan Murid B, ketiga-tiga faktor iaitu sosio-ekonomi, sahsiah dan stail pembelajaran mempunyai hubungkait dalam perbezaan antara mereka.

14

You might also like