You are on page 1of 17

LATAR BELAKANG

http://buahpinggang122.50megs.com/ BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan. Dalam perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi. Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh

kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup. Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul. Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat. http://forum.engkabang.net/index.php?topic=4337.0;wap2 Masalah buah pinggang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

Batu karang berlaku akibat penghasilan hablur dalam buah pinggang. Ia boleh disebabkan kurang cecair dalam badan, terutama air. Ini sebabnya kita perlu minum sekurang-kurangnya satu liter air sehari untuk mengelak pembentukan hablur atau batu karang. Kadangkala pesakit berasa sakit ketika kencing kerana hablur keluar bersama air kencing.

Penyakit polisistik ginjal ini adalah keadaan apabila berlaku pembentukan kaviti atau sista dalam buah pinggang. Sesetengah sista tidak menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang, tetapi ia boleh membesar hingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ada kalanya masalah ini tidak mempunyai simptom, tetapi ada juga pesakit mengalami pendarahan dalam kencing.

Pyelonephritis ia merujuk kepada jangkitan buah pinggang disebabkan bakteria atau virus. Jenis paling biasa akan menyebabkan saluran air kencing tersekat. Sekatan ini boleh berlaku pada tiub ureter

(tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing) atau saluran keluar dari pundi kencing. Sesetengah kes sekatan berpunca daripada batu, bengkak atau parut pada ureter, jangkitan kronik atau ketumbuhan. Refluks buah pinggang ia bermakna air kencing mengalir balik ke pundi kencing melalui ureter dan memasuki buah pinggang. Masalah ini tiada simptom atau gejala tertentu. Jika ada jangkitan, refluks juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang yang menyebabkan sakit belakang.

Bagaimanapun, refluks atau aliran songsang air kencing tiada kaitan dengan masalah tidak berdaya menahan kencing, kecuali jika pesakit turut mengalami jangkitan salur kencing, dilahirkan dengan saluran buah pinggang tidak normal (kongenital) atau ada gangguan fungsi pundi kencing. Mesangial Proliferative Glomerulonephritis simptom penyakit ini kadangkala disalah anggap dengan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, bengkak dan anemia. Ia juga sering dikesan pada peringkat lewat kerana kebanyakan pesakit hanya datang menjalani pemeriksaan apabila keadaan menjadi serius.

http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/05/manifestasi-masalahpenyakit-buah.html

Gambar dari: medicinenet.com

Penyakit buah pinggang biasanya dimanifestasikan oleh sindrom sindrom klinikal seperti yang berikut: 1. Protein dalam air kencing (proteinuria) Pada kebiasaannnya, ginjal akan menyingkirkan tidak lebih daripada 150mg protein sehari. Jumlah yang amat kecil ini adalah kerana terdapat 'basement membrane' iaitu sejenis lapisan yang terletak antara salur darah dan organ kecil yang terdapat dalam buah pinggang (podocytes). Membran ini mempunyai cas negatif dan memastikan protein tidak dapat lalu menembusi salur darah dan merentasi podocytes. Oleh sebab itu, protein dalam darah (terutamanya albumin) dapat dielak dari keluar dari badan melalui air kencing. Proteinuria yang melebihi 3gram sehari menunjukkan berlakunya masalah glomerular. 2. Darah dalam air kencing (hematuria) Darah dalam air kencing boleh terhasil akibat kecederaan yang berlaku pada mana mana bahagian dalam buah pinggang dan salur kencing. Masalah darah dalam air kencing amat perlu dipandang serius kerana ia boleh jadi satu satunya tanda kewujudan kanser dalam salur kencing (terutamanya dalam orang tua melebihi 40 tahun dan perokok). Namun pada kebiasaannya, darah dalam air kencing adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau batu karang.

Darah dalam air kencing (hematuria) Gambar dari Wikipedia

3. Sakit sewaktu kencing (dysuria) dan sakit pada buah pinggang Sakit pada buah pinggang biasanya dirasakan pada setiap masa tanpa intensiti pada waktu tertentu dan ia biasanya dirasakan pada bahagian belakang badan dan di bawah tulang rusuk yang terakhir (loin region/lumbar). Ia boleh jadi berpunca daripada sumbatan pada salur kencing (boleh dikenalpasti dengan merasa bengkak pada buah pinggang dan sakit), jangkitan pada pelvis buah ginjal (pyelonephritis), nephritic syndrom akut, buah pinggang polycystic (polycystic kidney disease), atau infark buah pinggang.

Polycystic Kidney Disease Gambar dari Wikipedia Sakit kolik bermaksud sakit yang berpunca akibat terdapat sumbatan pada salur kencing yang bersifat tajam dan amat menyakitkan yang mana sakit itu merebak daripada kawasan belakang badan (dekat buah pinggang) ke kawasan pinggul (pelvis) dan peha. Ia juga biasanya disertai dengan muntah muntah dan demam. Ia diakibatkan oleh batu pada salur kencing atau bahagian kecil buah pinggang yang terputus akibat ischemia (renal papilla). Sakit sewaktu hendak kencing yang diiringi dengan kekerapan buang air pula adalah antara tanda tanda seseorang itu menghidapi masalah jangkitan salur kencing (UTI) 4. Kurang kencing atau Terlebih kencing Kurang kencing (oliguria) didefinisikan sebagai pengeluaran air kencing kurang daripada 500ml sehari atau 0.5ml/kg/jam. Antara sebab mengapa ia berlaku ialah kekurangan bekalan darah ke buah pinggang (pre-renal), kerosakan ginjal (renal) atau sumbatan salur kencing (post-renal).

Terlebih kencing (polyuria) pula adalah disebabkan oleh masalah seperti Diabetes Mellitus, Diabetes insipidus, hypercalcemia (terlebih kalsium dalam darah), kehilangan fungsi buah pinggang dalam menyerap kembali garam dalam tubul ginjal dan SVT (supraventricular tachycardia) yang berpunca daripada penghasilan ANP (atrial natriuretic peptide) 5. Kegagalan buah pinggang akut. Ini merupakan masalah yang dimanifestasi oleh peningkatan kreatinin yang ketara dalam darah dan diikuti dengan kurang kencing (oliguria). Oliguria bermaksud kencing kurang daripada 500ml sehari. Biasanya, masalah kegagalan ginjal akut adalah berpunca daripada masalah lain yang juga berlaku secara akut (serta merta) seperti hypovolumia (kurang darah), rendah tekanan darah dan jangkitan (sepsis) dan juga sumbatan salur darah. Kegagalan akut yang berlaku secara primari adalah jarang. 6. Kegagalan buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease / Chronic Renal Failure) Ia didefinisikan sebagai penyakit yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Penyakit ini diklasifikasikan kepada beberapa peringkat berdasarkan Glomerular Filtration Rate (GFR). GFR adalah kadar penapisan keluar cecair daripada darah ke dalam buah pinggang dalam masa seminit. Biasanya tanda tanda mula kelihatan apabila GFR pesakit mula turun bawah paras 60ml/minit (peringkat 3a dan keatas) 7. Penyakit yang diam tanpa sebarang tanda.. Kegagalan buah pinggang yang serius boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Ini adalah sebab mengapa ujian U&E (Urine and electrolytes) dijalankan sebelum pembedahan. Oleh sebab penyakit buah pinggang boleh berlaku dalam diam diam, doktor seharusnya berhati hati walaupun pesakit datang hanya mengadu penat penat badan. Pesakit ini harus dijalankan ujian darah. Masalah microalbuminuria boleh berlaku secara diam dan menyebabkan risiko penyakit jantung dan buah pinggang meningkat dengan amat ketara. menurut kajian, 30% pesakit dengan diabetes 2 menemui ajal selepas 5 tahun menghadapi microalbuminuria (akibat sakit jantung dan kegagalan buah pinggang). Masalah ini dapat dielakkan dengan memberi pesakit ubat ACEi atau ubat kumpulan sartan

PUNCA PENYAKIT http://intro4u2c.wordpress.com/2009/12/13/punca-sakit-buah-pinggang/ Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat. Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang. Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi. Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun. Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu. Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis). Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Juga disebabkan oleh pengambilan dadah (pain killer), racun, bahan pengawet makanan seperti asid borik dalam kek, mi dan makanan bertepung, demam kuning ,kedudukan tulangtulang yang tidak teratur dan anemia.

Menahan kencing Menahan kencing, akan menakung lebih banyak air dalam badan yang mengandungi toksin. Ini akan mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak kerana tindak balas tekananan antara buah pinggang dan pundi kencing. Fungsi buah pinggang yang utama, menapis toksin dalam darah. Bila kandungan toksin sedia ada gagal dilepaskan, toksin sedia ada dalam badan akan memaksa buah pinggang untuk menapis lebih bayak lagi toksin. Pada masa yang sama, toksin yang tersimpan dalam pundi kencing masih belum dilepaskan. Pundi kencing yang tidak dapat menampung, akan memaksa kita untuk kencing. Tapi bila kita gagal lakukan juga, tekanan dari pundi kencing akan memaksa kembali pula fungsi buah pinggang. disamping itu, kemungkinan batu karang untuk terbentuk adalah tinggi dalam pundi kencing dan buah pinggang.

SIMPTOM PENYAKIT

Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan . Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda . Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah . Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kencing Kotor tanda sakit buah pinggang

JIKA anda berada dalam kelompok ini lelaki dan mengalami kencing berdarah lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah menyusup masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.

Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.

Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain, katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.

Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.

Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat, katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.

KAEDAH RAWATAN SECARA TRADISIONAL/MODEN Pemakanan Yang Betul

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahanbahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut: Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan. Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda. Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian. Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan

yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.

Mengawal pengambilan cecair Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda. Makan ubat-ubatan anda Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda. Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk. Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan

oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

MODEN Cara pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 tetapi masalah utama dihadapi pesakit ialah mendapatkan penderma buah pinggang. Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara mara sudi menjadi penderma atau daripada penderma lain (yang tiada kaitan darah) dan ia boleh dilakukan di HKL, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau Hospital Selayang. Bagaimanapun, perkara ini bukan mudah kerana bilangan orang yang rela menjadi penderma sungguh terhad. Cara kedua dan lebih popular ialah dialisis darah , tiga kali seminggu. Walaupun kedengaran leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Malah, mereka masih boleh terus menyumbang kepada produktiviti negara. Perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang bukan murah. Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika menjalani dialisis di hospital swasta. Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000 setahun untuk dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat. Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ada 18 pusat hemodialisis di seluruh negara dengan bayaran yang jauh lebih murah (RM65 setiap sesi) bagi membantu meringankan beban pesakit. Justeru, kita perlu kerap menjalani pemeriksaan kesihatan supaya kegagalan buah pinggang dapat dikesan dan diberikan rawatan awal supaya kerosakan kekal tidak berlaku
http://caracararawatan.blogspot.com/2012/03/cara-cara-rawatan-sakit-buah-pinggang.html Cara-cara rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain. Dengan cara-cara rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau

aktiviti rekreasi. Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam cara-cara rawatan. Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

TRADISIONAL http://www.rawatanislam2u.com/2012/06/herba-penawar-buah-pinggang-katik-murai.html Daun Katik Murai Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.

Hanya Allah yang menyembuhkan

Cara-cara menggunakannya: Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari. Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas. Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari. ATAU: paling kurang: Secekak hempedu bumi direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula. Daun Lobak merah http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/anda-sakit-buah-pinggang.html Satu petua tradisional yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah penyakit buah pinggang. Apa yang perlu anda cari sekarang ialah daun lobak merah.

Cara untuk mengamalkan petua ini: 1. Ambil daun lobak merah dan cuci agar ianya bersih. 2. Rendamkannya dalam 1 mangkuk yang berisi air panas. 3. Biarkan daun tersebut terendam selama beberapa minit.

4. Kemudian, minumlah air rendaman daun lobak merah tu. 5. Amalkan meminumnya 3 kali sehari sebelum makan.

PENUTUP Gejala bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang. Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur. Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala. Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru. Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

You might also like