Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan-perkataan yang tidak bolehdiberikan makna dengan menggunakan istilah-istilah tersebut. Sebagai contoh,perkataan
sekolah
, kita tidak boleh menggunakan sinonim
Institut Pengajian Tinggi
dalam memberi makna kepada
sekolah
. Ini kerana,
sekolah
dan
Institut PengajianTinggi
adalah dua buah institusi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Penggunaanantonim juga tidak boleh mendapatkan makna yang tepat untuk
sekolah
. Contohnya,kita katakan lawan kepada
sekolah
adalah
masjid
. Kita juga boleh katakan
pejabat
,
stadium
atau
kedai
lawan kepada perkataan
sekolah.
Oleh itu, kita tidak memberi satudefinisi yang tepat kepada perkataan
sekolah
. Dengan ini, timbullah satu teori yangdinamakan Teori Medan Makna (
Semantics Field Theory
).Teori Medan Makna membawa maksud kosa kata sesuatu bahasa adalahhimpunan kata dalam bidang atau medan tertentu dan bukan sebagai satu senaraiunsur yang tidak berkaitan (dipetik daripada Modul KDPM Pengajian Melayu). MenurutAhmad Mahmood Musanif (2004) pula, medan makna adalah kumpulan butir leksikalyang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masinsg-masing dalamkonteks yang serupa. Ia merupakan makna yang didukung oleh kata atau kumpulankata.Sebagai contoh, kita jelaskan makna perkataan
hospital
. Kita boleh katakan
hospital
adalah sebuah organisasi yang mengurus hal-hal kecemasan, kecederaan dankematian.
Hospital
mempunyai wad-wad yang menempatkan pesakit mengikut kategorimasing-masing. Pengurusan dan pentadbiran diketuai oleh Pengarah Hospital dandiikuti oleh doktor-doktor pakar, doktor dan jururawat. Walau bagaimanpun, penjelasanini belum mampu memberi satu makna yang tepat untuk perkataan
hospital
. Inilah yangdikatakan medan makna, himpunan perkataan-perkataan yang mempunyai hubungansemantik dengan
hospital
.Definisi ini tidak cukup sempurna, tetapi memadailah untuk menunjukkanbahawa banyak kata yang lain terlibat atau ditarik masuk ke dalam definisi ini. Dengankata lain, medan makna kata hospital ini mencakupi banyak kata yang ada kaitandengannya. Medan makna boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar rajah.Perkataan-perkataan yang mengelilingi perkataan
hospital
mempunyai hubungan2
Leave a Comment
bace macamane saya x faham awak download jela
bagaimana hendak baca semua bahan ni...saya tidak tahu...tolong saya