You are on page 1of 16

UNIT 1 METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AL-QURAN DAN APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF

TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AL-QURAN

Kaedah Talaqqi Musyafahah


Kaedah Tasmik
Kaedah Tadarus
Kaedah Tikrar
Kaedah Imla’i
Kaedah Baghdadiah
Kaedah Iqra’
Kaedah Qiraati
Kaedah Hattawiah

1.1.1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Pengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat
suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan
oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya
Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan
dihafalkan.

Talaqqi

Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.


Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut
bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah

Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
pergerakan dua bibir.
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

1
Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut
contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul
secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.


2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada
murid.
Objektif

1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.


2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.


2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.


2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid
mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran
membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan
naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun
dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad
imbasan. Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di
papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan

2
secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau
murid turus.
12. Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa
ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam
ayat.
13. Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak
sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu
berikutnya.

1.1.2. KAEDAH TASMIK

Pengenalan

Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka
akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan
megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid
diminta membaca dan guru mendengar.

Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan.
Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat
kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai
hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang
dibaca.

Objektif

1. Mengetahui pencapaian murid.


2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.


2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

3
1.1.3. KAEDAH TADARUS

Pengenalan

Pada bahasa : Belajar mengajar


Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat
yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4
orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat
kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua
kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai
kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai
akan membimbingnya membaca atau mengeja.

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip

1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.


2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat
kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan

1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.


2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba
4. Membina keyakinan diri.

4
1.1.4. KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali


Pada Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untukmenguatkan
ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.
Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid
membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid
membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai-
ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar
sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar
sahaja.

Objektif:
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang
tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan:
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

1.1.5. KAEDAH IMLA’I

Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang
atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati
ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan
ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

1.1.6. KAEDAH BAGHDADIAH

Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun
376 Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-
peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan
berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049
tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam. Kaedah

5
Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman
berzaman. Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula
dikenali umat Islam.

Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan


ejaan tersebut. Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah
dengan cara menyebut nama huruf dari ‫ ا‬hingga ‫ ي‬secara latih tubi hingga hafaz.
Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan
membunyikannya. Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang
bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta
membunyikannya. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid
dan membunyikannya. Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-
kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua
suku kata atau lebih dari empat suku kata. Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan
tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan


ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat
al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-
surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`. Kebanyakan guru-
guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-
surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaupun murid-murid itu
belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah
pendek. Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-
surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan
secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1. Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari ‫ ا‬hingga ‫ ي‬secara latih tubi


sehingga hafaz.
2. Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3. Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di
atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4. Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ‫ ا‬dan
‫ ي‬serta membunyikannya.
5. Murid diajar mengeja huruf ‫ و‬، ‫ ا‬dan ‫ ي‬bertanda mati dan bersambung
dengan satu huruf serta membunyikannya.
6. Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf ‫ و‬، ‫ ا‬dan ‫ ي‬bertanda
mati dan bersambung dengan “ ‫ “ كم‬serta membunyikannya.
7. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan
membunyikannya.
8. Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris
dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku
kata atau empat suku kata atau lebih. Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek
dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9. Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10. Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca
ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba`.

6
11. Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu
menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

1.1.7. KAEDAH IQRA`

Pengenalan

Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia. Kaedah
ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih
dahulu. Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak
mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di
atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti
tanda mati atau tasydid.

Panduan mengajar buku Iqra`

Buku Iqra` Panduan


1. Kaedah mengajar:
1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah
cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi
ulasan.
3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan
betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang
pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu
memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
Buku Iqra` 1 5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf
tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara
berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan
sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu
memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (َ‫) ز‬, guru
mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (َ‫ )ر‬dan
sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu
menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf
fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja
yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-
murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu
seperti:
َ‫شَ سَ ضَ ظَ زَ عَ ذَ قَ اَ خ‬
7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

7
1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam
pengajaran buku 2.
2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi
semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang
disambung, contohnya: َ‫ ب‬، َ‫صر‬
َ ‫ َب‬diawal, َ‫ بَ خَطَب‬di akhir
َ‫ ب‬،َ‫ صَ َبر‬di tengah kerana biasanya murid-murid sudah
Buku Iqra` 2 boleh memahami dan membacanya.
4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara
putus-putus.
6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru
tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur
mengapa dibaca demikian.

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8


juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk
buku Iqra` 3.
2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang
sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya
maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus.
Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
Buku Iqra` 3 3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar
diikuti
oleh murid-murid.
4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah
yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: ‫َومَا‬
ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh
diulang lagi.

1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh
digunakan untuk buku 4.
2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf
(sila rujuk buku 1 ms 32)
3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah
atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan
yang keliru itu sahaja.
Buku Iqra` 4 4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah
dengan singkatan : ‫قطــب جــــــد‬
5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.
6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
ulang kemudian baru diamati, contoh:
ْ‫تـــَـكَ تـَــــكَ تـــَـك‬

8
1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,
buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh
diikuti dalam buku 5.
2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya
digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada
murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
Buku Iqra` 5 3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid
seperti:
Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-
murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai
dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan
buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi
buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,
hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun
Buku Iqra` 6 panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah
dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah
mereka membaca bahagian seterusnya.
3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan,
walaupun dengan bacaan tartil.
4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
langsung berdasarkan praktik bacaan.

Aplikasi Iqra`

Buku Iqra` Aktiviti


1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
Buku Iqra` 1 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
Buku Iqra` 2 supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan
menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas
perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
َ‫نَـانَنـَـا نَنــَانَ نَنَنــَانَ نَنــَا نَنــَان‬

9
1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas,
bawah dan depan.
2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf
Buku Iqra` 3 mad ْ‫ ا‬dan huruf mad ْ‫ي‬
3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf
mad ‫ي‬ ْ‫ ْ ا‬،dan huruf mad ْ‫و‬.

1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan


depan.
2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya
berbaris
di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya
berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
di atas.
4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati
sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
Buku Iqra` 4 5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.
8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
ulang kemudian baru diamati, contoh:
ْ‫تـــَـكَ تـَــــكَ تـــَـك‬

10
1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak
dibunyikan ms 1-2: ‫مـَـا اكتسبت‬ ‫وَالـــــحمد‬
2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-
5: َ‫نَس َتعِين‬ َ‫ءَامِين‬
3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas
dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua
harakat ms 6 : ‫وَزنـــــًا‬ ‫أَبـــَــدًا‬
4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha
Sakinah ms 7-8 : ً‫حَام َية‬ ٍ‫ءَانية‬
5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8
ُ‫لاَعبُـــد‬
6. Nun dan mim syaddah ّ‫ نّ م‬dibaca dengung dua harakat
ms 10 .
7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung
dua harakat ms 11 :ُ‫ُ خَيـــرُ ُ نّســــَــاء‬
Buku Iqra` 5 8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif
lam tidak dibaca ms 12-13 :ِ‫وَالــــــــــنّاس‬
9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah
bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms
14-18: َ‫بـَـدّل‬ َ‫كَبـــّر‬
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua
harakat ms19-21 : ِ‫عَـــلَيــهِم بِــالِســـم‬
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf
lam dibaca tebal ms 22 : ُ‫وَاللّــــه‬
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf
lam dibaca nipis ms 23: ِ‫ِللّـــــه‬
13. Huruf nun atau tanwin bertemu ‫ ل‬dan ‫ ر‬bacaannya
Tidak didengungkan ms 24-25: ‫مَن ّرءَاى خََيرُ ُ لّك‬
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah
dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: َ‫وَلالــضّــآ لّيــن‬
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

Buku Iqra` 6 1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya
hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : ‫خَيرُ ُ وَأَبقى‬
2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah
dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar
kepada mim yang ringan ms 7-9: ِ‫مِن بَــعض‬
3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa`
hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat
ms11-18 : ‫مِن جُوع‬
4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20
5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

11
1.1.8. KAEDAH QIRAATI

Pengenalan

Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 oleh Hj. Dachlan Salaim Larkasyi dari
Indonesia.Ia diterbitkan paa 1Julai 1996,Kaedah ini mengandungi dua bahagian buku
iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan Qiraati untuk dewasa. Qiraati untuk kanak-kanak
mengandungi lima buah buku dan sebuah buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani.
Qiraati untuk dewasa mengandungi tiga buah buku, Setiap bahagian diajar secara
bacaan Al-Quran melalui mushaf dan tajwid.

Panduan mengajar kaedah Qiraati

Buku Qiraati Panduan


1. Kaedah mengajar:
1.1 Menyebut huruf Hijaiyyah tidak
berbaris
Buku Qiraati 1 1.2 membaca huruf berbaris atas
1.3 membaca huruf-huruf sambung
baris atas

1. Membaca huruf berbaris fathah dan kasrah, fathah dhummah dan


kasrah
2. Membaca huruf berbaris dhummah bersuara “ U “
3. membaca baris dua di atas “ fathatain “ bersuara “ An”
4. Membaca baris dua di bawah “ kasratain “ bersuara “ In”
Buku Qiraati 2 5. Membaca baris dua di hadapan “ Dhummatain “ bersuara “Un”
6. Membaca huruf Ta’ Ta’nis atau Ta’ Marbutah.
7. Mengenal Mad Asli
8. Membaca Alif kecil dibaca dipanjang seperti alif besar
9. Baca huruf alif kasrah diikutiya sukun
10. Membaca huruf baris dhommah diikuti wau sukun .
1. Menerangkan bacaan huruf yang berbaris dhommah diikuti
huruf wau yang ada huruf alif atau yang tidak ada huruf alif
bacaannya sama panjang.
2. Fathah diikuti alif kecil kasrah diikuti ya kecil dan dhommah diikuti
wau kecil
Buku Qiraati 3 3. Huruf lam sukun supaya ditekan bacaannya.
4. Huruf alif lam sukun dibaca seperti lam sukun .
5. Huruf mim sukun tidak boleh dibaca dengung.
6. Baris dhommah diikuti oleh huruf wau bersuara “U”, dibaca
panjang.

1. Membaca nun sukun dengan dengung.


2. Baris tanwin dibaca dengung seperti nun sukun sebab bunyi
suaranya sama.
3. Mad wajib Muttasil dibaca panjang dengan kadar 21/2 alif.
Buku Qiraati 4 4. Huruf alif dibaca tanpa ada suara panjang.
5. Nun bertasdid dibaca dengung dengan kadar panjang 1 alif.

12
6. Mim bertasydid dibaca dengung dengan kadar1 alif.
7. Huruf bertasydid ditekan bacaanya.
8. Huruf bertasydid didahului oleh ali lam, huruf alif lamnya tidak
dibaca.
9. Huruf wau bertanda bulat, huruf waunya tidak dibaca.
10. Mim sukun tidak dibaca dengung melainkan mim sukun
berhadapan dengan mim dibaca dengung.
11. Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan mim suara nun sukun
atau tanwin berubah mejadi suara mim sukun.
12. Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan lam maka suara nun
atau tanwin bertukar menjadi suara lam.

1. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf wau maka suara nun
sukun atau tanwinnya dimasukkan ke huruf waudan dibaca
dengung.
2. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ya maka suara nun atau
tanwin masuk ke dalam huruf ya dan dibaca dengung.
3. Fathatain ada alif kecil wakafnya dibaca panjang selain fathatain
Buku Qiraati 5 wakafnya dibaca sukun.
4. Sebelum lafaz Allah didahului kasrah maka dibaca dengan Tarqiq
(nipis), jika didahului fathah atau dhommah maka dibaca dengan
Tafkhim (tebal).
5. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ba,maka suara nun atau
tanwinya bertukar kepada huruf mim sukun.
6. Mim sukun bertemu huruf ba, bibaca dengung.
7. Huruf ba sukun, dal sukun, jim sukun, To sukun dan Qaf sukun
maka dibaca melantun.

1.1.9. KAEDAH HATTAWIYAH

Pengenalan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau Sumatera. Beliau
berpengalaman dalam bidang tilawah al-Quran selama 30 tahun. Beliau menggunakan
konsep mempelajari al-Quran secara cepat yang dikenali sebagai Kaedah Hatawiah.
Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal. Seseorang itu boleh
membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama 6 kali belajar, khasnya kepada
mereka yang sudah lancar membaca rumi. Kaedah ini juga sesuai untuk mengajar
saudara baru.

Panduan mengajar Kaedah Hattawiyah

Buku Hattawiyah Panduan Mengajar

1 Halaman 1- 14 tidak perlu diajar. Ia


hanya untuk pengetahuan guru
Buku 1 sahaja.
2. Pengajaran dimulakan dengan doa dan dimulakan dari

13
muka surat 15.
3. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ L “ dalam
rumi dan huruf “ " ‫ ل‬al – Quran.
4. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “‫" ل‬
5. Pelajar menyebut berulang-ulang.
6. Guru memperkenalkan cara penyambungan huruf “ ‫“ ل‬
7. Guru memperkenalkan tanda bacaan A, I dan U

Arab Rumi
_____ A
_____ I
_____ U

8. Guru mengaplikasikan cara mengeja dan menyebut.


9. dilatih tubi secara berkumpulan dan individu,
10. Guru memperkenalkan tanda tambah ( ____) dan ganda
(____)

_________ Tambah

_________ Ganda
11. Guru
mengaplikasikan cara mengeja dan membaca tanda
tambah dan ganda.
12. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.
13. Guru memperkenalkan tanda tanwin( ____ _____
_____ )

Arab Rumi
_____ AN

_____ IN

_____ UN
14. Guru
mengaplikasikan cara mengeja dan tanda tanwin.
15. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kaedah ini.


1. Aktiviti mengeja hanya boleh
diaplikasikan sehingga muka surat
19 sahaja.
2. Pastikan pelajar dapat menguasai
halaman demi halaman dengan
lancar sebelum berpindah halaman.
3. Perlu memperkenalkan huruf mudah disebut selari
dengan huruf Hijaiyah.
4. Perlu mengecam bunyi huruf rumi diganding dengan

14
huruf Hijaiyah.
5. Perlu kuat pengecaman bunyi dengan membayangkan
bunyi huruf hijaiyah.
6. Jumlah huruf yang diperkenalkan bergantung kepada
jumlah murid dan masa.
7. Guru perlu memberi penekanan kepada pelajar tentang
bacaan mengikut asas-asas hukum tajwid tanpa
menyebut nama hukum.

1. Guru meminta murid membaca


surah al-Fatihah.
2. Guru membimbing murid membaca
surah al-Baqarah dengan lancar.
3. Guru memperkenalkan hukum–hukum tajwid iaitu Mad
asli dan hukum Nun mati dan Tanwin.
4. Guru mengaplikasikan hukum tajwid yang telah dipelajari
Buku 2 dalam bacaan hingga mahir sebelum pindah ke hukum
lain.
5. Guru memperkenalkan hukum mim mati serta
mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
6. Guru memperkenalkan hukum Mad Far’ie serta
mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
7. Guru memperkenalkan tanda waqaf.
8. Aktiviti berpusatkan murid sepenuhnya.
9. Murid yang tidak hadir dalam satu sesi mesti digugurkan
dari kumpulan.

Rujukan Asas:

1. Muqaddam Baghdadiah
2. Buku Kaedah Qira’ati 1-5
3. Buku Kaedah Iqra’ 1-6
4. Buku Kaedah Hattawiah 1&2
5. Jamaluddin Ridhuan (2000), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.
6. Mohd Yusuf Ahmad (2000), Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran, Kuala
Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Rujukan Tambahan:

1. Abu Mardhiyah. 2004. Tajwid Al-Quran ‘Aashim ,Riwayat Hafsh Toriq al-Syatibi
Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Al-Jenderaki Enterprise
2. Abdul Fattah Syed ‘Ajami Al-Mursafi. 2001. Hidayah Al-Qari ila Tajwidi Kalam Al-
Bari . Dar al-Fajar Al- Islamiah. Madinah.
3. Dr. Mohd Khalid Abdul Aziz Mansur. 1999. Al-Wasit fi ‘lmi al-Tajwid. Cetakan Dar Al-
Nafais. Jordan.
4. Shekh Abdul Latif Faiz Rayyan. 1999. Al-Tabyin Fi Ahkami Tilawah Al-Kitabi al-
Mubin. Cetakan Dar al-Ma’rafah, Lubnan.

15
5. Mehdi Mohammad al-Hirazi . 2001. Bughyah al-Murid Min Ahkam Al-Tajwid.
Penerbit Dar al- Basyair al-Islamiah. Beirut. Luban.
6. Husni Syekh Othman. 1998. Haq al-Tilawah. Penerbit Dar al- Munayirah, Juddah.
Latihan:
Kemukakan dalil-dalil daripada Al-Quran atau Al-Hadith yang menjadi
Nas kepada Kaedah-Kaedah Talaqqi-Musyafahah, Tasmi’ , Takrir dan
Tadarus

Aktiviti Tutorial:
1. Pilih mana-mana Tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-
Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap
kaedah tersebut serta bincangkan cara-cara mengatasi
kelemahan kaedah-kaedah tersebut bersama pensyarah anda.
2. Aplikasikan mana-mana kaedah pilihan anda semasa interaksi
dengan pensyarah anda.

16

You might also like