You are on page 1of 7

KEPENTINGAN RESOS MATEMATIK Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan murid murid untuk memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos. Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik. Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan guru itu sendiri. Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan. Sebagai seorang guru, menjadi tanggungjawab utama untuk mempelajari kepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan resos untuk

meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta pemikiran matematik murid. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus berubah dan lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Salah satu kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Resos yang digunakan oleh guru berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap matematik. Selain itu, resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian resos dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar.

Seterusnya kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak resos yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos tersebut. Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik. Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada

keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan. Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat.

Oleh yang demikian, para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta

mengendalikan resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Contohnya, guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos. Guru haruslah mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos matematik dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan berguna. Hasilkan resos yang berlainan dan unik di mata pelajar. Ini serta merta akan meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru tersebut. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid. Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman muridmurid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik muridmurid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka.

Alat Bantu Mengajar

Definisi : Sebarang objek, bahan, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik.

Pengelasan Alat Bantu Mengajar a) b) c) d) e) f) g) Ruang pengajaran Buku teks Bahan bertulis Alat tayang Model- model matematik Bahan terancang Alat elektronik seperti Kalkulator dan Komputer

Contoh Alat Bantu Mengajar a) b) c) d) e) f) g) Penggunaan papan hitam Sifat-sifat geometri Polihedron-polihedron Model trigonometri Sifat-sifat algebra Penggunaan kalkulator elektronik Penggunaan mikrokomputer

Fungsi Alat Bantu Mengajar a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep dan prinsip matematik b) Sebagai cara motivasi c) Sebagai cara untuk menggayakan pengajaran d) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran e) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikat f) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensi g) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individu h) Sebagai cara untuk menjelaskan aplikasi

Artikel- digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik

Aspek Sejarah Matematikmenjadikan topik lebih mudah difahami, motivasi, pengembangan sikap positif

1. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah 2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain 3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik 4. Lulus matematik syarat kemasukan IPT 5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik

1. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik 2. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi 3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik 4. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal 5. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik

Matematik Rekreasi Pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk hiburan


1. Membina minat murid 2. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik 3. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik

BAHAN PENGAJARAN

Jenaka Dalam MatematikMasalah yang menarik, lucu dan menduga akal


1. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka 2. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid

Misteri Dalam MatematikTeka- teki dan masalah kod merupakan soalan misteri yang mengkagumkan murid
1. Contohnya ialah susunkan digit 1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11 jawapan : 1342, 2134, 1234, 2431, 3124, 4213, 4312

Permainan MatematikUntuk pengembangan proses berfikir


1. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan 2. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan 3. Jawapan yang akan diperolehi

- Meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta pemikiran matematik murid. - Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

- Berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik - Menukar kelas kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap matematik

KEPENTINGAN RESOS MATEMATIK

- memastikan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar - membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik

- murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik - meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap sessi pengajaran dan pembelajaran

You might also like