You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN DEFINISI PENYAKIT Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan , disfungsi atau tekanan / stress kepada orang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kamus Dewan ( 2010 ) mendefinisikan penyakit sebagai sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit atau kesihatan. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi dan juga oleh penyakit baka atau keturunan. Salah satu kategori penyakit ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh agen jangkitan atau vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus dan piron. Di antara jenis-jenis penyakit berjangkit yang biasanya menyerang kanak-kanak ialah seperti demam panas, demam campak, selesema, cirit-birit, penyakit mata, penyakit kuku dan mulut, taun, meningitis, rubella, beguk, denggi, taun dan sebagainya. 2.0 CIRIT-BIRIT yang mengganggu

Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa.Cirit-birit juga disebut sebagai diarea iaitu peningkatan berat najis melebihi 200 gram dalam tempoh 24 jam. Pembuangan najis berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair.Keadaan ini sekiranya berlarutan akan menyebabkan kekeringan air atau dehidrasi.Sekiranya penyakit berterusan tanpa mendapatkan rawatan boleh

membahayakan pesakit seterusnya membawa maut.

Penyakit berjangkit

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanakkanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus

menyebabkan gastroenteritis, iaitu satu infeksi usus.Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Cirit-birit di kalangan bayi berpunca daripada susu formula yang tidak disediakan dengan sempurna , selesema,antibiotik, keracunan makanan,arlegi atau kekurangan enzim tertentu

Cirit birit boleh disebabkan oleh bakteria atau parasit yang terdapat dalam makanan atau air.

Virus : Rotavirus

bacteria : E-coli

Penyakit berjangkit

2.1 TANDA-TANDA AWAL

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit di bahagian ulu hati. Pesakit pada permulaannya mula rasa gelisah, berpeluh dan seram sejuk di seluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam. 2.2 GEJALA CIRIT-BIRIT Di antara gejala cirit-birit adalah : a. Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus. b. Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya. c. Terasa kejang di bahagian perut, berasa sakit menyengat di bahagian ulu hati. d. Kembung perut (flatulence ), kentut berpanjangan ( pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan dan kerap) e. Bunyi air dapat didengar dengan diurut. f. Pembuangan najis cair dan berair berterusan serta loya, rasa ingin muntah atau mengalami kemuntahan. 2.3 TEMPOH BERLAKU Dalam kebanyakan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu, tetapi selalunya ia jelas apabila bahagian abdomen dipicit dan

Penyakit berjangkit

boleh berhenti sendiri. Sekiranya berlarutan begitu, eloklah ibu bapa membawa kanak-kanak berjumpa dengan doktor. Misalnya taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan kira-kira sejam. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan. Tanda-tanda penyahidratan adalah seperti berikut : Kulit atau bibir kering Lemah lesu Menangis tanpa air mata,ubun-ubun yang menurun Tangan dan kaki pucat. Air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang daripada biasa. Demam panas Kerap tidur, tidak aktif dan cepat marah Perut , mata dan pipi yang cengkung.

2.4 PUNCA CIRIT-BIRIT Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyebabkan cirit-birit ; a. Minum air yang tercemar. b. Minum air yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih. c. Makan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya campylobacter, salmonella,shigella,Escherichia coli (E.coli). d. Makan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti makan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak. e. Jangkitan virus ( kuman ). Virus yang menyebabkan cirit-birit seperti rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah

Penyakit berjangkit

penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih. f. Parasit. Parasit juga terdapat di dalam makanan dan minuman tercemar . Parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam system pencernaan manusia. Contoh parasit seperti Giardia, Entamoeba histolytica dan Cryptosporidium.

Parasit Giardia

Parasit Cryptosporidium. g. Penyakit usus. Luka atau kesan melecet di antara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative olitis, penyakit Crohns dan penyakit celiac sering kali menjadi penyebab cirit-birit. h. Alahan kepada makanan. Makanan seperti lemak seperti lauk bersantan, daging yang tidak dibuang lemak, durian, alahan kepada gula laktosa (susu dan produk hasil tenusu) pada kadar yang

Penyakit berjangkit

berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. Makan makanan yang tinggi serat secara berlebihan dan bijirin yang banyak juga menyebabkan cirit-birit. i. Alahan kepada ubat-ubatan. Tindakbalas terhadap ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat anti-kanser, antacid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebab cirit-birit. j. Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan. Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan. 2.5 CARA RAWATAN

i.

Kanak-kanak boleh diberikan air atau air garam rehidrasi ( oral rehydration salt solution atau ORS ) yang boleh didapati dari farmasi atau klinik bagi menggantikan cecair yang keluar dari badan. Bagi bayi , teruskan penyusuan susu ibu kerana susu ibu mengandungi elemen tertentu yang boleh mencegah pembiakan mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah - 30 hingga 90ml setiap jam Umur 6 bulan hingga 1 tahun - 90 hingga 120ml setiap jam Umur 1 tahun ke atas - 120 hingga 240 ml setiap jam

Penyakit berjangkit

ii.

Kanak-kanak juga boleh diberi jus buah-buahan yang betul-betul cair ( satu bahagian jus untuk 10 bahagian air ).

iii.

Ais krim batang adalah sesuai jika kanak-kanak tidak mahu minum. Elakkan minuman glukosa,minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan ( gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan ciritbirit menjadi lebih teruk ).

iv.

Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

v.

Berikan kanak-kanak makanan yang lembut bubur, bisket kraker atau roti bakar, epal atau pisang yang dimasak.

vi.

Elakkan makanan berlemak, daging atau sayur-sayuran mentah, yang lebih susah dihadam.

2.6 CARA PENCEGAHAN

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro organism yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan dengan sebersihbersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas ke tandas atau sebelum makan.

Penyakit berjangkit

Menjaga kebersihan dapur terutamanya bahan yang digunakan untuk memasak seperti pisau dan papan pemotong. Pisau dan papan pemotong

digunakan secara berasingan untuk memotong sayur dan ayam. Ini kerana bagi mengelakkan bakteria bersilang dalam makanan. Pastikan papan pemotong dan pisau sentiasa dibasuh dengan sabun dan dijemur dipanas terik matahari. Cara ini dapat membunuh bakteria daripada terus merebak. Bagi mengelakkan keracunan dalam makanan atau makan makanan yang tercemar , masaklah makanan tersebut dengan sempurna seperti daging dan telur. Makanan yang dimasak hendaklah dimakan segera.. Makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu 4 C dan ditutup dengan sempurna. Makanan yang telah dikeluarkan dari peti sejuk dan dicairkan tidak boleh disimpan lagi di dalam peti sejuk. Elakkan daripada makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang belum dibasuh. Basuh sayur-sayuran di bawah air yang mengalir dan kupaslah buahbuahan yang ingin dimakan. Elakkan beri makanan yang anak-anak alah dan ubatan yang menyebabkan cirit-birit. Selain itu minumlah air yang telah dimasak , air dari bekalan yang bersih atau dibotolkan.Elakkan minuman berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.Pastikan juga anak-anak sentiasa berada di rumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit.

3.0 DEMAM CAMPAK Demam campak merupakan penyakit yang terjadi di seluruh dunia dengan mangsa utamanya adalah kanak-kanak. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari . Demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya morbillivirus daripada keluarga paramiksovirus yang menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk dan sangat mudah berjangkit. Demam ini boleh mengancam nyawa terutamanya

Penyakit berjangkit

kepada bayi dan kanak-kanak yang tidak sihat seperti kurang imun dan kurang zat makanan.

morbillivirus Malah, sekitar tahun 1960-an, iaitu ketika vaksin campak masih belum ditemui, ia menjadi ancaman utama kepada ibu bapa kerana komplikasinya yang boleh mengakibatkan kematian. Sejak itu juga, berlaku penurunan kes-kes campak yang dilaporkan di negara ini berikutan kempen imunisasi campak yang dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, jumlah kematian akibat campak masih tinggi di dunia setiap tahun terutamanya di negara-negara sedang membangun. Menurut World Health Organization (WHO ) ,jumlah kematian akibat demam campak ialah 197 000 orang (2007) berbanding 750 000 orang (2000). 3.1 PUNCA DEMAM Virus demam campak hidup di dalam mukus yang terdapat di dalam hidung dan tekak kanak-kanak atau orang dewasa yang telah dijangkiti iaitu dari 4 hari sebelum timbulnya ruam sehingga 4 hari selepasnya.Apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap titisan kecil atau air liur dan titisan hidung yang telah terjangkit atau terpercik dan virus mampu bertahan selama 2 jam di udara sebelum dihirup oleh orang lain yang berada di sekelilingnya.

Penyakit berjangkit

Perlu menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu apabila bersin

Titisan kecil yang terjangkit itu juga mungkin akan mendarat di atas permukaan tubuh mangsa lain di mana ia kekal aktif dan akan berjangkit dalam masa beberapa jam. Seseorang itu boleh dijangkiti oleh virus berkenaan dengan meletakkan jari di dalam mulut atau hidung selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti, atau berkongsi gelas yang sama. 3.2 TANDA TANDA DEMAM CAMPAK Sebaik sahaja virus masuk ke dalam tubuh, ia akan hidup di dalam sel-sel yang melepasi belakang tekak dan paru-paru. Jangkitan seterusnya akan merebak ke seluruh badan termasuklah sistem pernafasan dan kulit. Menurut Dr. Azam Mohd Nor ( Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia ), lazimnya terdapat 4 tahap bagi demam campak iaitu : 3.2.1 Tahap pengeraman Tahap pengeraman berlaku sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala.

3.2.2 Tahap prodromal Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 5 hari. Pada saat ini , kanak-kanak mula menunjukkan gejala seperti demam selesema, hidung berair, batuk ringan, mata merah berair ( konjunktivitis ), photofobia ( mata mudah silau kepada cahaya)

10

Penyakit berjangkit

dan kesukaran menelan. Badan akan mula menjadi lemah dan kepala pula sakit kerana panas badan semakin meningkat. Tompokan kecil berwarna putih di dalam mulut ( kopliks spot ) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah, selalunya dikesan selepas 2 atau 3 hari pesakit mendapati batuk selesema. Kopliks ini dinamakan sempena nama Hendry Koplik iaitu pakar pediatrik di

Amerika Syarikat yang mula mengesan bintik ini.

Kopliks spot 3.2.3 Tahap pembentukan ruam Apabila pembentukan ruam bermula, badan mula berasa sedikit miang dan demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai 40 darjah Celsius. Batuk pula menjadi semakin teruk. Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula ). Ruam ini akan bermula dari belakang telinga, leher , muka, dada dan merebak ke seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian kaki. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa selama dua hingga tiga hari, kemudian beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam kebah dan kopliks spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang tua-tua selalu sebut apabila ruam sudah sampai ke kaki , tandanya campak semakin sembuh.

11

Penyakit berjangkit

Ruam merah yang terjadi di seluruh badan

Kesan yang lebih teruk , iaitu bintik-bintik merah yang akan meninggalkan parut. 3.2.4 Tahap penyembuhan. Gejala batuk akan mengambil masa untuk pulih manakala ruam semakin hilang. Lapisan kulit mula mengelupas dan konjunktivitis juga semakin pulih.Sekiranya seseorang itu dijangkiti campak sewaktu kecil, tubuh badannya telah membina sistem kekebalan untuk menetang jangkitan dan tidak akan menghadapinya lagi setelah dewasa. 3.3 KOMPLIKASI DEMAM CAMPAK 1. Cirit-birit dan muntah. Komplikasi ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang masih kecil. 2. Jangkitan telinga Antara tujuh hingga sembilan peratus pesakit campak mengalami komplikasi jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak.

12

Penyakit berjangkit

3. Konjunktivitis / keratitis Konjunktivitis di mana mata menjadi merah jambu dan bengkak serta

menghasilkan lelehan air atau mengandungi nanah manakala keratitis ialah inflamasi selaput mata . Jika tidak dirawat boleh menjejaskan penglihatan dan menyebabkan buta.

4. Masalah Kehamilan. Wanita yang mengandung perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengellakn campak kerana penyakit tersebut boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang dan bayi dilahirkan kurang berat badan.

5. Pneumonia. Satu hingga enam peratus kanak-kanak yang dijangkiti campak akan mendapat pneumonia ( radang paru-paru ) yang boleh menyebabkan kematian.

6. Bronkitis, laryngitis atau krup. Campak juga boleh mendorong kepada radang pada kotak suara / larinks ata radang pada dinding dalaman yang melapik laluan udara utama paru-paru atau tiub bronkial.

7. Ensafilitis. Kira-kira satu hingga dua orang daripada 1000 pesakit campak menghadapi ensafilitis ( radang otak ) yang disebabkan oleh jangkitan virus yang boleh mengakibatkan muntah, konvulsi ( pengecutan tidak sengaja otot-otot yang menghasilkan peliukan tubuh dan anggota) dan boleh menyebabkan koma.

Ensafilitis boleh muncul selepas campak dan ia terjadi setelah beberapa tahun kemudian, iaitu apabila individu terbabit meningkat dewasa disebabkan oleh jangkitan virus yang perlahan. Pesakit mungkin mengalami sawan atau gangguan percakapan.

13

Penyakit berjangkit

8. Bilangan platelet yang rendah / trombositopenia. Campak boleh menyebabkan platelet iaitu jenis sel darah merah yang penting untuk pembekuan darah, menjadi berkurangan.

9. Bayi yang berumur kurang setahun, bayi yang tidak mendapai imunisasi serta remaja dan orang dewasa yang belum mendapat imunisasi kedua ataupun sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat campak dan belum menerima vaksin ini, merupakan antara golongan yang lebih mudah diserang campak. Individu yang mengalami kekurangan vitamin A, sebahagian daripada masalah malnutrisi( kekurangan zat makanan ) akan mendapat kesan yang lebih teruk dan boleh membawa maut. Kekurangan zat makanan berkait rapat dengan daya tahan badan yang lemah serta masalah immunoefficiency disebabkan oleh rawatan kanser atau HIV boleh memburukkan lagi komplikasi demam campak. 3.4 RAWATAN Rawatan yang biasa diberikan ialah banyakkan minum air , jus buah-buahan dan the herba bagi mengelakkan dehidrasi akibat demam dan berpeluh. Paracetamol dan sirap panadol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya terdapat kuman dalam paru-paru dan jangkitan pada telinga . Sirap tahan gatal dan ubat sapu bagi ruam akan diberikan oleh doktor bagi mengurangkan kegatalan, vitamin A pula bagi mengurangkan komplikasi demam campak.

Sirap panadol untuk kanak-kanak

sirap antibiotik

14

Penyakit berjangkit

Doktor selalunya mendiagnosis campak berasaskan ciri-ciri unik penyakit ruam dan bintik koplik. Pemeriksaan lain yang dilakukan ialah dengan menjalani pemeriksaan darah.Kuarantin juga merupakan salah satu daripada rawatan yang dijalankan di hospital. Dapatkan bantuan bagi melegakan pernafasan. Gunakan pelembab bagi melegakan batuk dan sakit tekak. Rehatkan mata. Jika rasa terganggu oleh lampu yang terang , cuba pakai cermin mata, sekalipun pada waktu tidur. Elakkan membaca atau menonton televisyen kerana cahaya daripada lampu bacaan atau televisyen boleh mengganggu. Cara tradisional yang dilakukan oleh orang tua-tua dahulu bagi

mempercepatkan ruam keluar pada badan ialah dengan kerap meminum air kelapa muda segar. Bagi kanak-kanak yang tidak gemarkan air kelapa, ibu bapa patut memujuk kanak-kanak dengan meletakkan air kelapa di dalam botol susu. Selain itu , sup ayam juga dapat membantu ruam keluar dengan lebih cepat dan membantu memberi tenaga kepada tubuh.

Air kelapa muda selain dapat menghilangkan dahaga digunakan dalam pengubatan demam campak.

Daun mambu digunakan secara tradisional sebagai air mandian kepada setiap pesakit campak bagi menghilangkan gatal dan miang badan. Syampu badan iaitu Eubos Cream Bath Oil dicampurkan kedalam aar mandian daun mambu yang direndamkan dalam baldi atau kolah dan digunakan untuk mandi setiap hari bagi mengurangkan rasa gatal dan miang. Selain itu daun mambu juga digunakan sebagai pelapik tidur dan diletakkan dibawah cadar atau bantal sebagai alas.

15

Penyakit berjangkit

Pokok mambu

Eubos cream bath oil

Cara kanak-kanak dimandikan 3.5 PENCEGAHAN Sifat campak yang mudah berjangkit menyebabkan pesakit tidak digalakkan terbabit dalam kegiatan yang memerlukan mereka berinteraksi dengan orang lain dalam tempoh ini. Ibu bapa perlu mengkuarantinkan anak-anak mereka daripada bergaul dengan dengan rakan-rakan buat sementara waktu. Kanak-kanak juga tidak perlu di hantar ke pusat asuhan agar penyakit ini tidak berjangkit kepada orang lain. Sekiranya penyakit bertambah serius, pesakit akan ditahan di hospital.

16

Penyakit berjangkit

Campak tergolong dalam kategori penyakit yang dapat dicegah dan pencegahan paling berkesan adalah melalui suntikan vaksin. Program Imunisasi Campak Kebangsaan ( PICK ) dimulakan pada tahun 1982, insiden jangkitan campak menurun dari 65.6 per 100,000 populasi kepada 2.7 per 100,000 pada tahun 2002. Vaksin campak terdiri daripada virus campak hidup yang dilemahkan dan dikulturkan di dalam embrio anak ayam untuk meransang tubuh menghasilkan antibodi sendiri. Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan virus di dalam tubuh manusia. Vaksinasi campak didatangkan dalam bentuk gabungan dengan vaksin beguk ( mumps) dan rubella dan secara ringkasnya ialah MMR ( mumps, measles dan rubella) mulai tahun 2004. Sebanyak dua dos diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia 1 tahun dan dos kedua akan diberikan ketika berusia 7 tahun . Usia 1 tahun dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak akan bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil. Penyusuan ibu sangat digalakkan kerana dapat memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya kanak-kanak. Suntikan MMR jika diabaikan, hanya mendedahkan kanak-kanak kepada ancaman yang lebih besar pada masa akan datang. Suntikan MMR diberikan sama ada pada bahagian peha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kalenjar air liur di leher.Suntikan MMR di negeri Sabah diberikan seawal 9 bulan kerana banyak kes campak yang dilaporkan di sana. Jangkitan yang tidak membahayakan ini membina kekebalan terhadap jangkitan virus di kalangan 95 % kanak-kanak seumur hayat mereka.Pengambilan dos kedua vaksin adalah digalakkan bagi melindungi 5 % lagi kanak-kanak yang gagal membina ketahanan tubuh selepas menerima dos pertama. Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami kesan sampingan yang teruk kecuali demam dan ruam ringan manakala kurang satu daripada sejuta dos menyebabkan alahan yang serius.

17

Penyakit berjangkit

Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia UMUR(BULAN) VAKSIN Ketika Lahir BCG (Tibi) Hep (Hepatitis B) DTP (Difteria, tetanus, pertussis) Hib (Haemophilus influenza type B) OPV (Polio) MMR (Measles, mumps, rubella) Measles (Campak) DT (Difteria) T (Tetanus) PETUNJUK x x x Imunisasi Primer Dos Tambahan Sabah Sahaja x x x x x x x x x x x x 1 2 3 4 5 6 12 18 UMUR(TAHUN) 7 tiada parut 12 15

x x

x x

x x x x x x

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi Penyakit Tibi (batuk kering) Komplikasi Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain. Difteria Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

18

Penyakit berjangkit

Pertusis (batuk Plumbum akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen kokol) Tetanus (Kancing gigi) Haemophilus ke otak. Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi). Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia),

influenzae jenis saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis). (Hib) Hepatitis B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan. Polio Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki. Campak Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia). Beguk Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan. Rubella Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli) Nota Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian. 3.6 PENUTUP Campak bukan sejenis penyakit yang boleh di pandang ringan. Kesedaran

mengenainya terutama sekali di kalangan ibu bapa adalah penting. Pastikan anak-anak mendapat imunisasi campak seperti yang telah ditetapkan bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Makan makanan yang bersih dapat mengelakkan berlakunya penyakit berjangkit yang amat ditakuti oleh manusia. Walau bagaimanapun sikap yang mementingkan kebersihan yang paling utama dalam menghindari penyakit yang tidak diingini.

19

Penyakit berjangkit

RUJUKAN: Author admin ( 2011 .Jun 5 ) Cirit-birit . Dicapai daripada http://isihat.adisurya.com/category/cirit-birit

Farmasi USJ sdn Bhd (2001 ) Cirit- birit . Dicapai daripada http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Cirit-Birit.htm

Kristina ( 2012. Jan. 20 ) Imunisasi Kanak-kanak. Di capai daripada http://mindasasterabahasa.com/2012/01/imunisasi-kanak-kanak.html

Puteri Kayangan (2011. Jun 12 ) Sembilan hari campak mengancam nyawa . Dicapai daripada http://paramedik.bbfr.net/t8243-demam-campak-measles

Shafinaz Sheikh Maznan (2009. Ogos 7 ) , Demam campak boleh membawa maut.dicapai daripada http://abimuslih.wordpress.com/2007/08/07/demam-

campak-boleh-bawa-maut/ Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2012, Ogos 13 ) Penyakit. Dicapai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Diarea Wikipedia Ensiklopedia Bebas ( 2012 . Julain 26 ) Penyakit Campak . Dicapai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Campak

20

Penyakit berjangkit

You might also like