You are on page 1of 5

Objektif

Objektif bagi sistem suntikan bahan api boleh jadi pelbagai. Kesemuanya berkongsi tujuan bagi mengangkut bahan api bagi tujuan pembakaran, tetapi ia bergantung kepada keputusan reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa objektif utama iaitu:

keluaran kuasa kecekapan bahan api keluaran asap yang lebih bersih keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif kebolehpercayaan pemanduan dan operasi yang lebih lancar kos asas kos penyelenggaraan keupayaan diagnosis banjaran operasi terhadap alam sekitar

Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusah untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada karburetor.

[sunting] Komponen sistem suntikan bahan api elektronik

Rajah keratan rentas sebuah pemancit bahan api.


Pemancit bahan api Pam bahan api Pengawal tekanan bahan api ECU - Unit kawalan enjin; mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran.

Gumpalan pendawaian Pelbagai pengesan (Sebahagiannya disenaraikan di sini.)


Kedudukan engkol/sesondol: Penderia kesan Hall Aliran udara: Pengesan MAF Kandungan oksigen di dalam gas ekzos: Pengesan oksigen Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi melaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk) Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan sekiranya berlaku ketukan pada enjin)

[sunting] Jenis suntikan bahan api

Unit Pemancit Badan Pendikit GM

Suntikan Badan Pendikit (TBI) atau Suntikan Titik Tunggal - diperkenalkan pada pertengahan 1980-an, ia terdiri daripada hanya satu pemancit bahan api, ditempatkan pada injap pendikit, sama seperti karburetor. Kini ia digantikan dengan sistem suntikan berbilang titik. Suntikan berterusan - bahan api disuntik secara berterusan ke semua pemancit bahan api, digunakan pada sekitar tahun 1974 sehingga awal 1990-an. Suntikan Berbilang Titik (MPI) - pemancit bahan api diletakkan pada setiap rongga masukan, betul-betul berhampiran dengan injap masukan. Pemancit kawalan solenoid elektrik ini dikawal pemasaannya serta kuantiti suntikan secara elektronik oleh ECU. Sistem ini adalah sistem suntikan bahan api yang paling lazim digunakan pada kereta dan motosikal besar. Suntikan Terus - bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran, menjadikannya sebagai sistem bahan api yang paling cekap. Sistem suntikan terus paling lazim digunakan pada enjin diesel, tetapi baru-baru ini terdapat beberapa model kereta berenjin petrol yang menggunakan sistem suntikan terus seperti Mitsubishi dan Volkswagen.

[sunting] Bahaya penyelenggaraan

Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan api yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem bahan api masih lagi ada. Tekanan berlebihan ini mesti dilegakan terlebih dahulu sebelum memulakan apaapa kerja servis suntikan bahan api, terutamanya pada enjin diesel yang menggunakan tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan cecair yang tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi yang boleh menembusi kulit. Kejadian pertama kes kemalangan dan kecederaan sebegini mula dilaporkan pada tahun 1937 apabila mangsa pertama sedang membaiki sebuah enjin diesel.

Tuesday, February 3, 2009


Kenali Sistem Suntikan Bahan Api Tahukah anda apakah itu sistem suntikan bahan api? Ya, bagi mereka yang memiliki kenderaan sudah tentu tahu mengenai sistem suntikan bahan api. Tetapi ada juga diantara mereka yang hanya tahu memiliki kenderaan, tetapi tidak tahu langsung tentang sistem suntikan bahan api. Dengan itu, di sini anda akan dapat serba sedikit ilmu mengenai "Kenali Sistem Suntikan Bahan Api".

Kalau pada masa dahulu, kita hanya tahu kereta atau kenderaan hanya dilengkapi dengan sistem karburator yang sangat popular sebagai sistem suntikan bahan api. Setelah sekian lamanya, sistem karburator merupakan sistem yang berperanan membekalkan bahan bakar pada bahagian dalaman enjin. Namun, dengan perkembangan yang amat pesat serta teknologi yang canggih dalam dunia pemotoran, sistem karburator ini tidak lagi mampu untuk mengiringi fungsi-fungsi enjin yang serba baru dalam era moden yang serba canggih ini.

Pada awalnya, sistem suntikan bahan api yang menggunakan throttle body atau lebih dikenali sebagai central fuel injection system telah menggantikan sistem suntikan bahan api karburator yang lama. Di mana, sistem suntikan bahan api ini menggabungkan pengawalan secara elektrikal injap fuel-injector ke dalam throttle body.

Tidak lama selepas itu, berikutan perkembangan teknologi, sistem throttle body fuel injection ini telah diganti pula dengan sistem suntikan bahan api yang lebih maju iaitu multi-port fuel injection. Sistem suntikan bahan api ini mempunyai satu injektor untuk setiap satu silinder enjin. Sistem suntikan bahan api ini melakukan penyuntikan bahan bakar terus pada injap kemasukkan atau lebih dikenali sebagai inlet valve. Sistem suntikan bahan api ini telah dikaji dan dicipta mengikut perkiraan yang tepat membolehkan ia menyuntik bahan bakar bagi menghasilkan tindakbalas yang cepat.

Kini, kita boleh melihat semua kenderaan termasuk kereta dan motor dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api. Ini sejajar dengan kemajuan dan pembangunan teknologi yang semakin canggih, di mana pelbagai kenderaan telah dicipta mengikut pelbagai fungsi untuk melakukan sesuatu kerja yang tentunya memerlukan sistem suntikan bahan api yang lebih stabil dan menjimatkan. Dengan itu, kenali sistem suntikan bahan api bagi setiap kenderaan yang anda miliki mengikut kepada fungsi dan penggunaannya.

dengan menempatkan setiap penyuntik bahan api secara berasingan pada liang kebuk masuk berdasarkan jumlah silinder pada enjin.Walaupun begitu, kedua-dua sistem ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masingdari segi tahap penjimatan dan keberkesanan kuasa bagi pembekalan. Sistem ini mempunyaikelebihan dari segi penjimatan dan keberkesanan kuasa daripada sistem karburator. Walaupun begitu, masih ramai berpendapat karburator mempunyai banyak kelebihan berbanding sistemini.Sistem suntikan memerlukan banyak penggunaan alat mekanikal dan elektrikal, mempunyailebih banyak kemungkinan dan bahagian yang perlukan penyelengaraan serta mudah rosak t e r u t a m a n y a p a d a b a h a g i a n l i t a r e l e k t r o n i k j i k a t i d a k d i j a g a d e n g a n b e t u l . B a g i t u j u a n pengubahsuaian pula, tidak banyak yang boleh dilaras terhadap sistem ini melainkan dengan penukaran komponen secara menyeluruh ataupun dengan penggunaan sistem ECU yangmembolehkan penalaan bebas dilakukan. Namun kelebihan sistem pancitan elektronik ini ternyata telah membuktikan kemampuannyadalam memberikan kuasa terbaik pada kadar penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.Sistem suntikan menjanjikan perjalanan operasi yang cemerlang di samping menjamin tahap penjimatan bahan api dan keberkesanan kuasa pada enjin jika setiap bahagian mekanikalluarannya diselenggara dengan baik. Seperti injector , fuel rail , fuel regulator , fuel filter dan fuel pump yang setidak-tidaknya perlu diperiksa sekali setiap setahun.Dalam zaman yang semakin membawa para peminat automotif ke era pengetahuan baik darisegi teknikal, praktikal ataupun teori, pengetahuan terhadap sistem penalaan bagi unit ECU s e m a k i n m e n d a p a t t e m p a t p a d a m e r e k a y a n g c e n d e r u n g m e n g u b a h s u a i e n j i n y a n g berdasarkan sistem suntikan bahan api elektronik.Sama ada unit penambahan piggyback ataupun unit ECU stand alone yang menggantikanmodul ECU asal bagi membolehkan parameter serta unit pelarasan ditentukan oleh mekanik, jurutera serta penala kenderaan untuk memperolehi tahap prestasi enjin yang lebih

dinamik berdasarkan pengubahsuaian mekanikal yang telah dilakukan.Seperti sistem karburator yang ditala mengikut spesifikasi enjin, penalaan pada modul EMS ( Electronic Engine Management System ) stand alone ini bukanlah sesuatu yang mudah. Para penala perlu memahami unit asas serta parameter asal pada enjin tersebut. Walau apa pun kaedahnya dan perbezaan antara kedua -dua sistem baru dan lama ini, tujuanutamanya adalah masih sama iaitu untuk mencapai satu tahap keberkesanan dan kepuasan darisumber yang sama. BIBLIOGRAFI Anuar M. Lela, Amran Hussein, & Nawawi Mohd Jan. (2005). Bahan binaan Tingkatan 4dan 5 . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.http://www.scribd.com/doc/53315599/Pengenalan-KepadaSistem-Pancitan-Bahan-ApiElektronik http://ms.wikipedia.org/wiki/Suntikan_bahan_api#Komponen_sistem_suntikan_bahan_api_ele ktronik http://pengenalanotomotif.blogspot.com/2009/01/karburator-atau-efi.htmlSasper Lewis, & Floyd Vogt. (2000). Carpentry (3rd ed.). USA : Doug Holman, Contributor.

You might also like