You are on page 1of 8

FOLIO PELAJAR

ELECTRIC POWER STEERING


MTA 2033

KAEDAH E
MODUL PEMBELAJARAN SEMESTER 2 TAHUN 1
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
KURSUS 2033 : CHASIS II
(WHEEL ALIGNMENT)
PENGENALAN STERENG
 Komponen paling utama dalam sesebuah kenderaan.
 Ia berkait rapat dengan system gantungan kenderaan.
 Penggunaan stereng membolehkan pemandu kenderaan
menggerakkan kenderaan kea rah kiri atau kanan
FUNGSI
 Untuk mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan
bergerak di jalan raya.
 Membolehkan pemandu untuk membelok roda ke arah kanan dan
kiri dengan senang dan memerlukan daya yang sedikit.
 Dengan adanya stereng, pemandu mampu mengawal kenderaan
secara sempurna walaupun berada pada jalan yang tidak rata.

JENIS POWER STEERING

a) Sistem Stereng Kuasa Jenis Elektrik (EPS)

PENGENALAN
 menggunakan motor elektrik arus terus (DC motor) untuk
meringankan beban pemusingan setereng kenderaan
FUNGSI EPS

 Ia berfungsi sepenuhnya dengan penggunaan motor dan tidak


menggunakan kuasa enjin
 digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik
dalam kebanyakan kenderaan baru.

KELEBIHAN EPS

 ia tidak memerlukan pam stereng kuasa hidraulik, pam stereng


kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban
 Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta
keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa.
 EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh
pam stereng kuasa.
 serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik.
 Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.
 menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak
bekerja.
 Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan
dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya
menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan
sahaja.
KOMPONEN EPS(ELECTRIC POWER STEERING)
1. EPS ECU(Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik)
 menerima isyarat daripada pelbagai penderia, maklumat ini
digunakan untuk menentukan keadaan semasa kenderaan
dan menentukan kadar bantuan yang perlu diberikan oleh
motor arus terus
2. Gear stereng
 Apabila roda stereng diputar, daya kilas akan dipindahkan ke
pinan lalu menyebabkan syaf masukan (input shaft) berputar.
 Bar kilasan (torsion bar) yang bersambung dengan syaf masukan
dan pinan akan terpiuh sehingga kadar daya kilas dan tindak balas
adalah sama.
 Penderia daya kilas (torque sensor) mengesan kadar piuhan bar
kilasan dan menukarkan kadar daya kilas yang dihasilkan oleh bar
kilasan ke dalam bentuk isyarat elektrik.

3. Motor arus terus


 Motor arus terus menggunakan worm gear untuk
memindahkan daya kilas dari motor ke column shaft.


4. Mekanisme pengurangan (reduction mechanism)


 Mekanisme pengurangan memindahkan kuasa motor ke syaf
pinan. Mekanisme pengurangan terdiri daripada ring gear
yang diikat pada shaf pinan dan gear pinan yang
digabungkan dengan syaf motor. Kuasa motor dipindahkan
oleh mekanisme pengurangan kepada syaf pinan yang
membantu mengerakkan stereng.
5. Penderia daya kilas (torque sensor)
 Penderia daya kilas mengesan kadar piuhan bar kilas dan
menukarkannya ke dalam isyarat elektrik.
 Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU)
menggunakan isyarat tersebut untuk menetukan jumlah
bantuan kuasa yang perlu dihasilkan oleh motor arus terus.


6. Fungsi gagal selamat (fail safe function)
 Jika unit kawalan stereng kuasa elektrik mengesan
kerosakan dalam sistem EPS lampu amaran menyala untuk
memberi amaran kepada pemandu.
 EPS ECU akan menyimpan DTC dan bekalan kuasa ke sistem
EPS akan diputuskan.
 Walau bagaimanapun, sistem masih boleh dikawal secara
manual.

You might also like