You are on page 1of 10

Institut Kemahiran MARA

Jasin, Melaka

INFORMATION SHEET
PROGRAMME :

A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION :

SEMESTER :

CODE/COURSE :

TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE


ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO :

A14/M01/IS04

LECTURER :

MD HAFIZI BIN MOHAMAD

WEEK :

14

TOPIC :

M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC

SUB-TOPIC :

01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT


01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT
Pelajar-pelajar mesti boleh:

LEARNING
OUTCOME :

1. Terangkan fungsi tingkap kuasa


2. Nyatakan komponen-komponen tingkap kuasa
3. Jelaskan operasi tingkap kuasa.

TAJUK : TINGKAP KUASA (POWER WINDOW)


TUJUAN
Tingkap kuasa merupakan salah satu sistem elektrik yang terdapat pada sesebuah kenderaan.
Sistem ini membolehkan cermin kenderaan diturunkan dan dinaikkan dengan mudah. Kertas
penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

PENERANGAN
Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik, penggerak mekanikal, suis dan wayar untuk

menggerakkan tingkap. Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk menaikkan
dan menurunkan cermin tingkap. Tingkap kuasa yang dipasang pada sesebuah kenderaan boleh
dinaikkan dan diturunkan hanya dengan butang atau suis yang sebelum ini hanya menggunakan
pemutar tangan. Dalam pemasangan tingkap kuasa, setiap tingkap mempunyai suisnya sendiri dan
hanya bahagian pemandu sahaja yang mempunyai keempat-empat suis untuk menggerakkan
tingkap. Tingkap kuasa hanya akan boleh beroperasi apabila suis penyalaan dihidupkan.
FUNGSI
Tingkap kuasa direkabentuk untuk memudahkan penumpang untuk membuka dan menutup
tingkap kenderaan dengan hanya menekan butang sahaja dan dipusatkan kendaliannya pada
tempat pemandu bagi semua tingkap. Kebanyakkan kenderaan sekarang menggunakan sistem
automatik untuk menurunkan tingkap dibahagian pemandu, di mana dengan hanya sekali tekan
tingkap akan turun sehingga habis.
KOMPONEN TINGKAP KUASA
Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk menaikkan dan menurunkan
cermin tingkap. Bahagian-bahagian tingkap kuasa adalah seperti berikut :
1.

WINDOW SWITCH (spring-loaded, normally-off switch that controls current flow to window
motors).

Gambarfoto 4.1 Suis tingkap kuasa


2.

WINDOW MOTOR (reversible electric motor that drives gearbox).

Gambarfoto 4.2 Motor arus terus tingkap kuasa


3.

WINDOW MOTOR GEARBOX (gear mechanism mounted on window motor for increasing
torque applied to window regulator gear).

Gambarfoto 4.3 Kotak gear motor arus terus untuk tingkap kuasa
4.

WINDOW REGULATOR (gear and lever mechanism for sliding window up and down in its
track). Look at Fig. 19-2. It shows a window regulator.

Gambarfoto 4.4 Regulator tingkap kuasa


5.

WINDOW MOTOR HARNESS (wiring that connects switches to window motors).

Gambarfoto 4.5 Gumpulan wayar bagi tingkap kuasa


6.

BREAKER POINTS (small points in window motors that protect motor from damage if switch is
held too long after full glass travel).

Gambarajah 4.6 Motor dan regulator power window

KENDALIAN TINGKAP KUASA


Motor elektrik digunakan untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu, mengganti cara
mekanikal ( diputar dengan tangan ). Dalam sistem ini, menggunakan empat unit motor AT magnet
kekal, pemutus litar, geganti dan suis pengawal. Suis jumpelang dengan tiga kedudukan supaya
pengutuban boleh ditukar untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu. Pada pemandu terdapat
empat suis utama, satu suis untuk setiap pintu dan satu suis berasingan untuk memutuskan
bekalan arus pada pintu belakang. Pada setiap pintu dipasang dengan motor elektrik untuk
memutar mekanisme menaik dan menurun cermin pintu. Motor boleh memacu pada dua arah yang
bertentangan. Apabila motor berputar, rangkaian yang disambung ke cermin pintu akan mengatur
menaik atau menurun. Dalam litar yang terlibat untuk mekanisme menaikkan dan menurunkan
cermin pintu, apabila suis pintu ditekan pada arah yang dikehendaki, gegelung dalam geganti akan
bergerak dan motor akan beroperasi dan seterusnya akan menaikkan dan menurunkan cermin.
Arus dibekalkan ke geganti melalui solenoid pada litar pemula. Motor jenis siri yang biasa
digunakan dengan menggunakan arus 40A dan laju putaran 2500 putaran per minit.
Arus melalui suis dan kabel berkaitan dikurangkan dengan memasang dua geganti untuk
mengawal arus pada setiap motor, geganti ini dibekalkan dengan sumber yang sama. Arus yang
mengalir dalam geganti biasanya rendah, boleh menggunakan saiz kabel kecil, berbanding dengan
saiz kabel yang digunakan pada sumber bekalan daripada bateri. Pemacu antara motor dan
cermin pintu menggunakan kotak gear untuk menghasilkan kilas yang sesuai terutama ketika
menaikkan cermin pintu dibandingkan menurunkan cermin. Keluaran gear pemacu kotak gear
sama ada melalui rak boleh lentur atau secara terus pada pemutar cermin pintu sama seperti
sistem pemutar dengan tangan. Suis pemutus jenis terma dipasang dalam litar dan dalam motor,
untuk menghadkan arus yang mengalir dalam litar jika berlaku beban lebih. Suis pemutus akan
terbuka apabila cermin pintu telah sampai ke atas atau ke bawah atau apabila terdapat halangan

pada perjalanan cermin tersebut.Dalam litar untuk operasi cermin pintu belakang, motor yang
digunakan dibekalkan terus melalui suis pencucuh. Suis pintu belakang tambahan dipasang
membolehkan penumpang melaras pintu tetapi hanya boleh beroperasi apabila pemandu menekan
atau menutup suis pemisah. Cermin pintu boleh naik atau turun dengan suis berkaitan supaya
arus mengalir ke dalam motor pada arah tertentu. Suis itu digunakan untuk memutar motor pada
arah yang dikehendaki.

Gambarajah 4.7 Tingkap dinaikkan secara mekanikal dengan menggunakan motor dan
pergerakkan gear
Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-amp.
Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan diagihkan kepada
penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat pintu. Dua penyentuh, satu
pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke motor. Arus juga akan mengalir
melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap pintu. Apabila pemandu menekan salah
satu suis, satu daripada penyentuh akan akan terputus dari dibumikan dan akan bersambung
dengan penyentuh kuasa, sementara itu satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan
membekalkan arus kepada motor. Jika suis ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor
pada arah yang bertentangan.

Gambarajah 4.8 Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik ulang alik yang kecil. Suis mengawal
pengaliran arus ke motor. Sistem ini juga menggunakan unit pengawal dan
pemutus litar.

LITAR TINGKAP KUASA


Sistem Asas
Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-amp.
Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan diagihkan kepada
penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat pintu. Dua penyentuh, satu
pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke motor. Arus juga akan mengalir
melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap pintu. Apabila pemandu menekan salah
satu suis, satu daripada penyentuh akan akan terputus dari dibumikan dan akan bersambung
dengan penyentuh kuasa, sementara itu satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan
membekalkan arus kepada motor. Jika suis ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor
pada arah yang bertentangan.

A simple power-window circuit

Gambarajah 4.9 Litar power window

Suis untuk menaik cermin pintu

Dari geganti auto


pencucuh

Ke Motor menaik sebelah kiri depan

Ke motor menaik sebelah


kanan depan

Suis pintu belakang


Suis ke pintu belakang
sebelah kanan
Suis pintu
Geganti
Motor
Motor pintu belakang
sebelah kiripower window
Gambarajah 4.10 Pergerakan

Litar Tingkap Kuasa


Bumi
Pemutus Litar ke Solenoid
A - Angker, B Bateri, C Suis, F - Medan
8

Litar tingkap kuasa

Gambarajah 4.11 Litar power window

KESIMPULAN
Tingkap kuasa direka bagi tujuan untuk memudahkan penumpang sesebuah kenderaan membuka
dan menutup tingkap. Selain itu juga ia merupakan aksesori yang membolehkan sesebuah
kenderaan itu nampak mewah dan mengikuti perkembangan serta pembangunan sesebuah
kenderaan.

EXERCISE

1. Apakah tujuan tingkap kuasa digunakan.


2. Nyatakan 6 bahagian tingkap kuasa.
3. Terangkan kendalian tingkap kuasa secara ringkas.

REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc

10

You might also like