You are on page 1of 15

AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

UNIT 1: BODY CONTROL SYSTEM

PENGENALAN

Electrical Body merupakan memainkan peranan yang penting didalam sesebuah


kenderaan. Ia merangkumi Power Window System, Vehicle Security System, Electrical Side
Mirror System dan Door Lock System. Ini bertujuan untuk memastikan aspek keselesaan dan
keselamatan pada sesebuah kenderaan. Kebanyakan kenderaan masa kini dipasang dengan
system-sistem ini.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif tajuk ini ialah :


1. Memahami binaan dan fungsi Power Window System, Vehicle Security System,
Electrical Side Mirror System dan Door Lock System.
2. Memeriksa dan menukarkan Power Window System, Vehicle Security System,
Electrical Side Mirror System dan Door Lock System sekiranya perlu.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, pelajar-pelajar dapat :


1. Mengetahui binaan dan fungsi Power Window System, Vehicle Security System,
Electrical Side Mirror System dan Door Lock System.
2. Menukar Power Window System, Vehicle Security System, Electrical Side Mirror
System dan Door Lock System sekiranya perlu.

BKT 1 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

PENERANGAN :

1.1 CHECK POWER WINDOW


Power window ataupun tingkap kuasa adalah satu alat yang digunakan untuk
menaikkan atau menurunkan tingkap kenderaan dengan menggunakan kuasa bateri 12 volt.
Power window terbahagi kepada dua bahagian dalam operasinya iaitu bahagian elektrikal
dan bahagian mekanikal.

Komponen-komponen Power Window


Komponen power window terbahagi kepada dua iaitu komponen mekanikal dan
komponen elektrikal.
a. Komponen mekanikal
i. Regulator
- Linkage type
- Cable type

BKT 2 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

b. Komponen elektrikal
ii. Master Switch
Master switch terletak pada sebelah pintu pemandu bagi membolehkan pemandu
mengawal keempat-empat cermin pintu, yang mana suis ini disambungkan pada
keempat-empat motor tersebut.

iii. Operating Switch


Operating switch terletak pada pintu di sebelah penumpang dan juga di sebelah
pemandu bertujuan untuk menggerakkan motor serta cermin yang berkenaan sahaja.
Ini bermakna penumpang boleh menurunkan dan menaikkan cermin di sebelah
mereka tanpa menunggu pemandu untuk melakukannya menggunakan master
switch.

(1) Driver’s door power window switch


(2) Front passenger’s door power window switch
(3) Rear door (left) power window switch
(4) Rear door (right) power window switch
(5) Window opening and closing
(6) Automatic power window down*
(7) Power window lock switch

BKT 3 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

iv. Motor
Motor power window ini digerakkan oleh arus 12-volt sahaja selepas ignition
switch di’ON’kan. Motor digunakan untuk menggerakkan cermin turun dan naik
dengan bantuan regulator.

Gambarajah Motor

v. Relay
Relay berfungsi sebagai suis atau alat bagi mengurangkan nilai susutan voltan di
dalam persambungan wayar. Ini bertujuan supaya arus dari bateri dapat digunakan
sepenuhnya untuk menggerakkan motor bagi menurunkan dan menaikkan cermin.

vi. One-touch Module / One-touch Power Window Circuit

BKT 4 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

One-touch module merupakan satu litar yang dipasang bagi memudahkan


pemandu dengan menekan suis hanya sekali sahaja (tekan dan lepas) untuk
menaikkan dan menurunkan cermin kenderaan. Sistem ini mempunyai safety locks
bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terutamanya anak-anak kecil.

vii. Centre lock


Centre locks digunakan untuk menjaga keselamatan dan mengelakkan
kemalangan atau kecederaan berlaku.

Gambarajah Centre Lock

Operasi Power Window

BKT 5 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Dalam sistem power window, motor akan bergerak dalam dua arah iaitu mengikut
arah jam (clockwise) dan mengikut arah lawan jam (anti-clockwise). Apabila punca positif (+)
dan negative (-) ditukar, motor akan menukar arah pusingan. Oleh yang demikian, ianya
hendaklah dikendalikan oleh suis bagi mengubah arah pusingan motor tersebut. Keempat-
empat suis tersebut termasuklah master switch, berperanan menggerakkan motor di setiap
pintu tetepi jika ‘window lock’ ditekan, ketiga-tiga operating switch pada pintu iaitu depan (kiri)
dan belakang (kiri dan kanan) serta pada master switch tidak akan berfungsi.

BKT 6 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

1.2 CHECK VEHICLE SECURITY SYSTEM


1.4 CHECK DOOR LOCK SYSTEM

Setiap kenderaan pada masa kini menggunakan sistem Alarm atau juga dipanggil
sebagai Vehicle Security System bagi melindungi kenderaan daripada diceroboh atau dicuri.
Sistem Alarm ini akan mengeluarkan bunyi yang nyaring dan kuat bagi menarik perhatian
orang ramai sekiranya sesuatu berlaku sepeti kecurian. Selain itu, sistem ini juga disertakan
dengan door locking system secara automatik dan juga secara kawalan jauh. Sistem ini
terdiri daripada beberapa komponen elektrikal bagi melengkapkan litar ini.
Sistem Alarm ini dibina pada kenderaan adalah untuk mengelakkan atau mengawal
kenderaan daripada kecurian dengan membunyikan siren apabila diganggu ataupun
diceroboh. Sistem Alarm mempunyai beberapa komponen-komponen yang penting agar
sistem ini berfungsi dengan baik. Antara komponen tersebut ialah :

1. Transmitter
Transmitter adalah sebuah kotak yang mempunyai cip-cip mikro didalamnya.
Ianya berfungsi seperti ECU iaitu untuk mengawal operasi central locking, door
locking dan alarm system.

Gambarajah Transmitter

2. Central lock

BKT 7 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Central lock adalah sebuah alat yang digunakan untuk mengunci ke semua
pintu kenderaan dengan menggunakan alat kewalan jauh (remote control).

Gambarajah Central Lock

3. Antenna
Antenna diletakkan pada transmitter di mana ianya bersambung dengan
komponen yang terdapat di dalam transmitter. Ianya berfungsi untuk mengawal
kawalan jarak jauh dengan menggunakan remote bagi mengunci atau membuka
kunci pintu.

Gambarajah Remote Control

BKT 8 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

1 Unlock
2 Unlock tailgate
3 "Panic" function
4 Approach lighting
5 Lock
6 Fold key blade in/out

4. Siren
Alat ini akan mengeluarkan bunyi apabila salah satu pintu dibuka secara manual
tanpa mematikan alarm. Siren juga akan berbunyi apabila berlakunya kecurian pada
kenderaan tersebut.

5. Reset switch
Alat ini digunakan untuk menghilangkan memory alarm system sekiranya
terdapat gangguan dan mesti menggunakan kunci. Reset switch ini berfungsi untuk
mengawal bunyi daripada berterusan apabila alarm system terganggu dan tidak dapat
dimatikan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

6. Boot, bonnet and door switch


Switch ini digunakan untuk mengawal dan memastikan keadaan pintu sama
ada tertutup rapat atau tidak. Jika tidak tertutup rapat, siren akan berbunyi apabila
mengunci kenderaan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

7. Relay
Relay berfungsi sebagai suis atau alat bagi mengurangkan nilai susutan voltan
didalam persambungan wayar. Ini bertujuan supaya arus dari bateri dapat digunakan
sepenuhnya di dalam alarm system.

8. Shock sensor
Shock sensor merupakan alat yang digunakan untuk mengesan
gegaran atau hentakan pada kenderaan semasa parking sahaja.

BKT 9 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Operasi Alarm System

Transmitter akan menerima arus dari bateri 12 volts untuk mengawal central locking,
door locking dan sistem alarm. Apabila alat kawalan jauh (butang berwarna biru) ditekan,
alarm akan berbunyi sekali sahaja. Ini menunjukkan kenderaan tersebut terkunci. Sekiranya
kenderaan tersebut dibuka secara manual pada masa ini, siren akan berbunyi berterusan.
Bagi membuka pintu kenderaan semula, butang alat kawalan jauh yang berwarna biru tadi
hendaklah ditekan semula. Siren akan berbunyi sebanyak dua kali dan ini menunjukkan
semua kunci pintu terbuka. Dengan adanya antenna pada transmitter, alat kawalan jauh ini
dapat digunakan pada jarak yang jauh. Sekiranya siren berbunyi secara berterusan dan tidak
dapat dimatikan dengan menggunakan alat kawalan jauh, maka reset switch diperlukan
untuk menghentikan bunyi siren.

BKT 10 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

BKT 11 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

1.3 CHECK THE FUNCTION ELECTRICAL SIDE MIRROR

Electrical side mirror ataupun Power mirror adalah satu alat yang menggunakan
kuasa bateri 12 volts untuk menggerakkan kedudukan cermin sisi yang terdapat di luar
kenderaan. Ini memudahkan pemandu mengatur kedud-dua belah cermin sisi tanpa bangun
dari tempat duduknya.
Power mirror membolehkan pemandu mengatur kedudukan cermin di luar dengan
menggunakan suis. Susunan cermin menggunakan binaan motor dual drive serta reversible
permanent magnet. Satu single switch digunakan untuk mengawal kedua-dua cermin sisi kiri
dan kanan. Selepas cermin sisi sama ada kiri atau kanan dipilih, pergerakan joystick (atas,
bawah, kiri dan kanan) akan menggerakkan cermin ke arah yang dikehendaki.

BKT 12 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

gambarajah joystick

Gambarajah struktur Power Mirror

Komponen-komponen Power Mirror

1. Motor
 Untuk menggerakkan cermin sisi sama ada ke atas, ke bawah, ke kiri dan
ke kanan dengan menggunakan kuasa bateri 12 volts.
2. Single switch
 Untuk mengawal kedua-dua cermin sisi sama ada cermin kiri ataupun
cermin kanan.
3. Joystick
 Untuk memudahkan pemandu mengubah atau menggerakkan kedudukan
cermin sisi sama ada ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan tanpa
bangun dari tempat duduk.
4. Relay
 Relay berfungsi sebagai suis atau alat bagi mengurangkan nilai susutan
voltan di dalam persambungan wayar. Ini bertujuan supaya arus dari bateri
dapat digunakan sepenuhnya untuk menggerakkan motor bagi
menggerakan posisi cermin sisi.

BKT 13 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

LATIHAN

1. Terangkan dengan jelas kenapa power window amat sesuai dipasang pada
sesebuah kenderaan pada masa kini?

2. Nyatakan fungsi centre lock pada power window?

3. Komponen power window terbahagi kepada dua nyatakan?

4. Dengan jelas nyatakan peranan Master switch kepada pemandu?

5. Nyatakan tujuan vehicle security system dipasangkan pada sesebuah


kenderaan?

6. Namakan komponen-komponen yang terlibat dalam system ini?

7. Terangkan kegunaan reset switches dalam system tersebut?

8. Apakah tindakan anda sekiranya alam berbunyi dan tidak dapat dimatikan
dengan menggunakan remute?

9. Namakan komponen-komponen yang terdapat pada power side mirror?

10. Dengan jelas terangkan fungsi power side mirror pada sesebuah kenderaan?

11. Terangkan peranan single switch pada power side mirror?

BKT 14 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

RINGKASAN
Di dalam tajuk ini pelatih telah mempelajari apakah itu Power Window System, Vehicle
Security System, Electrical Side Mirror System dan Door Lock System. Pelatih juga telah
mempelajari peranan dan fungsi serta melakukan kerja analisa dan mengesan kerosakan.
Oleh itu selepas mempelajari tajuk ini pelatih bolehlah memahami apa itu Power Window
System, Vehicle Security System, Electrical Side Mirror System dan Door Lock System dan
dapat menerangkan perkara berkaitan dengannya.

RUJUKAN
1. TRAINING INSTRUCTOR COURSE NO 1 – DAIHATSU MOTOR CO. LTD.

2. VEHICLES ELECTRONIC AND ELECTRICAL SYSTEMS(BOSCH AND TOYOTA)

3. HILLIER’S FUNDAMENTAL OF AUTOMOTIVE – V.A.W. HILLIER

4. ELECTRONIC 2nd EDITION AUTOMOTIVE MECHANIC – CROUSE - ANGLIN

BKT 15 CVA20043

You might also like