You are on page 1of 6

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Pengenalan Bab ini menumpukan perhatian kepada hasil dapatan kajian yang

dijalankan. Analisis dan interpretasi data dikemukakan untuk menjawab soalan-soalan. Populasi terdiri daripada lelaki dan wanita. Pada permulaannya, pengkaji mendapatkan frekuensi dan peratusan bagi tujuan melengkapkan demografi responden. Pengkaji juga mendapatkan kiraan frekuensi dan peratusan untuk pembolehubah-pembolehubah seperti jantina, bangsa, dan jurusan diploma. Analisis kajian merupakan bahagian penting untuk melaksanakan kajian yang terbaik dan objektif kajian dapat dicapai. Ia kebanyakannya akan fokus kepada bahagian demografi dan soalan yang berkaitan objektif kajian. Segala maklumat yang berkaitan dikumpul bagi mengenalpasti keperluan yang diperlukan oleh penganalisis. Proses ini akan menentukan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis. Rekabentuk dan analisis kajian adalah asas bagi memastikan responden faham mengenai kajian yang dijalankan.

Taburan Responden Berdasarkan Demografi (BAHAGIAN A) TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA JANTINA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH Jadual 1 BILANGAN 61 39 100

Rajah 1: Bilangan Responden Berdasarkan Jantina


70 60 50 40 30 20 10 0 Lelaki Perempuan Bilangan Responden

Rajah 1 Berdasarkan Rajah 1,bilangan responden yang menjawab borang soal selidik Robot Peneraju Masa Depan daripada kelompok perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki. Responden lelaki berjumlah 61 orang. Manakala responden perempuan berjumlah 39 orang.

TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH Jadual 2 BILANGAN 70 18 12 0 100

Rajah 3 : Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa


70 60 50 40 30 20 10 0 Melayu Cina India Lain-lain Bilangan Responden

Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2,bilangan responden yang berbangsa Melayu ialah seramai 70 orang. Seterusnya bilangan responden yang berbangsa Cina ialah seramai 18 orang sahaja. Bagi bilangan responden yang berbangsa India ialah 12 orang. Tiada responden yang disoal selidik berbangsa selain daripada Melayu,Cina dan India.

TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN FAKULTI FAKULTI FKE FKM FKP FTMK FKEKK JUMLAH Jadual 3 BILANGAN 21 18 22 22 17 100

Rajah 4 : Bilangan Responden Berdasarkan Fakulti


25 20 15 10 5 0 FKE FKM FKP FTMK FKEKK Bilangan Responden

Rajah 3

Berdasar Rajah 3,bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik ialah seramai 21 orang. Bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ialah seramai 18. Bagi bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi pula adalah sama, iaitu 22 orang. Manakala responden daripada Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer ialah 17 orang.

Taburan Responden Berdasarkan Soalan (BAHAGIAN B) KEPERLUAN ROBOT KEPADA MANUSIA BILANGAN RESPONDEN SS S TS STS 29 42 28 1 33 36 30 40 51 37 54 38 14 25 12 14 2 2 4 8

BIL. SOALAN 1. Keperluan robot untuk melakukan kerja-kerja berat sahaja. 2. Keperluan robot juga untuk memudahkan aktiviti-aktiviti harian manusia. 3. Robot lebih banyak digunakan sebagai keperluan berbanding kemewahan di negara-negara maju. 4. Penciptaan robot menjadi keperluan penting di masa hadapan. 5. Robot futuristik sangat diperlukan di masa hadapan. Jadual 4

60 51 50 42 40 29 30 20 10 1 0 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 SS S 2 2 28 33 36 37 30 25 14

54

40

38

12 4

14 8

Soalan 4 TS STS

Soalan 5

Bilangan Responden

Rajah 4 Berdasarkan Rajah 4, secara puratanya, responden amat memahami kepentingan penciptaan robot sebagai keperluan yang penting di masa hadapan. Bilangan responden pada Soalan 1 pada Bahagian B menunjukkan seramai 71 orang responden bersetuju dengan kenyataan di mana,robot hanya diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berat sahaja. Seramai 29 orang responden lagi tidak bersetuju bahawa robot hanya diperlukan untuk tujuan tersebut. Kesedaran tentang

tujuan lain robot dicipta masih belum tercapai dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka. Soalan 2 yang menyatakan keperluan robot untuk memudahkan kerja-kerja harian manusia. Bilangan responden yang bersetuju ialah seramai 84 orang daripada 100 orang responden yang disoal selidik. Seramai 16 orang lagi tidak bersetuju bahawa robot memudahkan kerja-kerja harian mereka. Ini menunjukkan bahawasanya manusia masih belum perlu bergantung kepada robot untuk membantu mereka melakukan aktiviti harian. Berdasarkan Soalan 3, hanya 27 orang responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa negara-negara maju lebih tertumpu untuk menggunakan robot sebagai keperluan berbanding untuk kemewahan. Seramai 73 orang responden bersetuju dengan kenyataan tersebut. Bilangan besar ini menunjukkan bahawa manusia kini lebih terdedah kepada informasi-informasi dan perkembangan robot. Penciptaan robot menjadi keperluan di masa hadapan. Majoriti responden bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu seramai 84 orang menyatakan ia adalah satu keperluan. Seramai 16 orang responden lagi tidak bersetuju. Kefahaman sebenar tentang kepentingan robot masih belum disebarkan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat kita. Soalan 5 yang menyatakan bahawa robot futuristik diperlukan di masa hadapan mendapat persetujuan yang tinggi dalam kalangan responden. 78 orang responden bersetuju manakala 22 orang responden lagi tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Bilangan ini menggambarkan ramai di antara masyarakat kini menyedari keperluan robot futuristik di masa hadapan.

You might also like