You are on page 1of 1

BAHAGIAN KO KURIKULUM MAKTAB MAHMUD KULIM JALAN SIDAM KANAN, 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN KEDAH

H AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Bil (06) dlmMMKL 05/10/003 Tarikh: 20 Ogos 2013 Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Maktab Mahmud Kulim Jalan Sidam Kanan 09400 Padang Serai Kedah Darul Aman Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PELAKSANAAN HARI KO-KURIKULUM MAKTAB MAHMUD KULIM 2013 Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Maktab Mahmud Kulim akan mengadakan Hari Ko Kurikulum 2013 pada 10.11.2013 (Ahad). Program ini merupakan acara tahunan bagi melengkapkan masa perjumpaan aktiviti Ko-Kurikulum. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Hari Ko-Kurikulu ingin memohon sumbangan kewangan daripada PIBG bagi melicinkan perjalanan program tersebut. 3. Bersama sama surat ini disertakan kertas kerja program tersebut sebagai rujukan tuan. Adalah diharapkan permohonan ini mendapat maklum balas positif agar Hari Ko Kurikulum MMKL 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

(MOHD SOBRI BIN HANAFIAH) Setiausaha Hari Ko Kurikulum 2013 Maktab Mahmud Kulim

You might also like