You are on page 1of 12

Langkah-langkah Penyediaan Pelan Bilik

Darjah
Cara-cara mewujudkan iklim bilik darjah yang
kondusif

Pengenalan:

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

dalam sebuah bilik darjah bergantung kepada interaksi

antara guru dengan murid-muridnya. Menurut kajian,

pengajaran dan pembelajaran ini bergantung kepada corak

interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid

dan murid dengan bahan pembelajaran.


• Sebagai guru kelas yang mementingkan penyediaan
pelan bilik darjah yang kondusif, guru tersebut perlulah
kreatif dan bijak dalam mengatur persekitaran fizikal
yang kondusif yang selaras dengan umur, tahap
persekolahan , minat dan keperluan murid-murid dalam
kelas tersebut.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah
dari segi faktor fizikal

• Penyusunan kerusi dan meja perlulah mengikut


kumpulan.
Tujuan: Memudahkan interaksi antara murid dengan
murid, guru dengan murid dalam kelas KBSR.
• Suasana bilik darjah harus diatur kemas. Tujuan:
Pelbagai carta, gambar, alat bantu mengajar, akuarium
dan pokok berpasu dapat menggalakkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Contoh:

• Meja murid-murid
: Bagi membentuk satu pelan bilik darjah yang kondusif meja
murid-murid dipastikan tidak diletak depan dengan pintu
masuk dan keluar atau tingkap.
:Pastikan bilangan kerusi atau meja mencukupi.
: Gantikan atau baiki perabot yang rosak atau usang.
• Meja guru
: Biasanya diletak depan bilik darjah.
: Pastikan guru mempunyai kontek visual dengan
semua murid.
Susun atur pelan bilik darjah mengikut ruang

• Ruang dinding

:Pelan bilik darjah yang kondusif akan terbentuk apabila


guru mempamerkan hasil kerja murid seperti tugasan,
bahan hiasan, bahan pengajaran dan sebagainya.
• Ruang siling

:digunakan untuk menggantung mobile, hiasan, hasil


kerja murid dan sebagainya.
Bekalan dan bahan yang membantu dalam
menjadikan bilik darjah selesa untuk belajar

• Guru perlu menyediakan ruang untuk meletakkan buku-


buku rujukan termasuk kamus, majalah, surat khabar, peta
dan bahan manipulatif untuk bacaan umum dan rujukan
murid.
• Guru memastikan tugasan murid disalin dalam bentuk cd
dan disimpan dalam kotak untuk kegunaan masa depan.
• Portfolio murid boleh disimpan oleh guru dalam almari yang
mudah diakses oleh semua murid.
• Guru menyediakan satu tempat khas bagi bekas makanan
dan minuman murid di belakang bilik darjah.
• Guru memberi perhatian dan mewujudkan satu sudut
untuk meletak jam dinding, kalender, tisu, kotak pertolongan
cemas dan sebagainya bagi menjadikan bilik darjah selesa
dan selamat untuk menimba ilmu.
• Guru harus memastikan alatan seperti komputer OHP, LCD,
TV, rakaman audio dan video sentiasa berfungsi dan berada
dalam keadaan yang baik. Simpan kabel, soket dan
sebagainya dengan baik di tempat yang mudah diakses
oleh guru.
• Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup.
Tujuan: Memberi keselesaan kepada murid-murid bagi
bergerak dan menjalani aktiviti kumpulan atau aktiviti
permainan.
• Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi. Tujuan:
Bagi membolehkan udara dan cahaya yang mencukupi
masuk ke dalam bilik darjah. Ini akan membangkitkan
semangat belajar dan keselesaan kepada murid.
• Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.
Tujuan: Meningkatkan keberkesanan P&P.
Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah dari
segi faktor psikososial

• Faktor ini boleh dibahagi kepada 2 bahagian iaitu suasana


sosial dan suasana emosi.
• Guru perlu menunjukkan keprihatinannya semasa
menyediakan pelan bilik darjah yang kondusif.
• Setiap sudut dalam bilik darjah perlu dilengkapi mengikut
keperluan umur, tahap persekolahan ataupun minat murid-
murid.
• Guru perlu sedar bahawa penyediaan pelan bilik darjah
berorientasikan murid-murid yang berkait rapat dengan
faktor fizikal.
Faktor Teknikal dan pengurusan masa

• Digunakan untuk merangsang semangat dan


menyemarakkan kesediaan belajar.
• Guru perlu mahir dalam menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai mengikut tahap pembelajaran,
umur dan keperluan murid.
• Alat –alat bantu yang diguanakan mestilah sesuai dan
penggunaannya dalam bilik darjah haruslah dirancang
dengan teliti agar kelas yang kondusif dapat diwujudkan.

You might also like