You are on page 1of 15

2.

0 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA Teori perkembangan bahasa dijelaskna dalam 2 Perspektif: Perspektif Behavioris Mengikut Ee Ah Meng (1996), perspektif behaviourisme dipelopori oleh John B. Watson Di university John Hopkins, Amerika Syarikat pada tahun 1913. Selain daripada J.B Watson, ahli-ahli behaviourisme yang lain ialah B.F. Skinner, I.P Pavlov dan E.L. Thorndike. Mereka yang mempercayai aliran bahaviorisme mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara asuhan, iaitu pemerolehan itu ditentukan oleh persekitaran. Mereka yang mempercayai aliran ini, mengatakan manusia dilahirkan seperi kain putih, atau suatu tabula rasa, yang seperti piring kosong tanpa apa pun. Piring ini kemudian diisi oleh persekitaran kita, termasuk bahasanya. Oleh sebab itu, pengetahuan apa pun yang diperoleh oleh manusia kemudiannya, adalah sematamata berasal dari lingkungannya.(Prof. Soenjono Dardjowidjojo ,2007:198) Menurut Watson, kajian hendaklah bersifat lebih objektif iaitu hendaklah

berdasarkan sesuatu yang boleh dilihat secara nyata, seperti tingkah laku manusia. Tingkah laku menurut Watson ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Kedua-dua rangsangan dan gerak balas ini boleh dilihat. ( Ee Ah Meng 1996) Hal ini juga disokong oleh Mohd Salleh Lebar (1994:13) bahawa Watson menyatakan persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti dan pembelajaran seseorang. Beliau juga menyatakan tingkah laku yang kompleks seperti pemikiran dan emosi dipelajari melalui kebiasaan. Dengan kata lain, tingkah laku seseorang adalah digerak melalui unsur-unsur peneguhan dan pengalaman yang dilalui seseorang. Pavlov pula dikaitkan dengan pelaziman klasik. Dalam eksperimennya, Pavlov menunjukkan bagaimana seekor anjing telah belajar membuat pertalian antara bunyi loceng (rangsangan terlazim) dengan makanan, hinggakan anjing itu akan mengeluarkan air liur (gerak balas terlazim) sebaik sahaja bunyi didengar. Hal

ini membuktikan kajian Pavlov dalam perkembangan bahasa kanak-kanak adalah menekankan rangsangan untuk mendapatkan gerak balas . ( Ee Ah Meng 1996) E.L Thordike merupakan salah seorang yang penting dalam perspektif ini telah membuat penyelidikan bersistematik tentang konsep pelaziman instrumental, Kajian beliau sebenarnya menunjukkan ada kaitan dengan proses pembelajaran secara cuba jaya atau penyelesaian masalah. Dalam aspek kemahiran bahasa, perspektif ini diaplikasikan iaitu murid-murid yang berjaya di dalam sesuatu percubaan atau penyelesaian masalah akan diberi imbuhan atau unsur-unsur peneguhan yang sesuai. Pelapor moden pandangan ini seterusnya adalah seorang sarjana psokologi benama Skinner, dari university Harvard. Bukunya Verbal Bahavior (1957), adalah sebuah karya yang menumental dan sangat berpengaruh. Daripada eksperimen ini, Skinner menyimpulkan bahawa pemerolehan kemahiran, termasuk kemahiran menggunakan bahasa, didasarkan pada adanya perangsang (stimulasi), kemudian diikuti dengan gerak balas. Apabila respons itu betul, maka subjek diberi hadiah. Dan apabila salah subjek dihukum. Daripada proses pengulangan seperti ini muncullah kemahiran. Hal ini disokong oleh Skinner ang menganggap bahasa adalah kemahiran. Kepercayaan inilah yang menjadi dasar kepada amalan mengajar bahasa dengan menggunakan latih tubi. Inilah bahagian penting dalam mengajar bahasa asing dengan menggunakan kaedah lisan dan kaedah Pandang Dengar. (Soenjono Dardjowidjojo ,2007:198)

2.2 Perspektif kognitif Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikologi berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar ketika memasuki akhir abad ke-20. ( Valmband, ( 2008 ), http://Valmband.multiply.com. )

Menurut Haliza Hamzah et.al (2008:65), Teori kognitif oleh Vygotosky ini menekankan percakapan, tentang peranan dan pemodelan.Contohnya gaya bahasa orang kanak-kanak dewasa. meniru

maklumbalas

kanak-kanak

mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan. Menurut Vygotosky (1896) dalam buku Haliza Hamzah et.al

(2008:65), memandang bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di sekeliling. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa Perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif sentiasa berhubung kait antara satu sama lain. Kanak-kanak yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mengetahui objek di sekitarnya akan mencari nama bagi berbagai-bagai objek yang dilihatnya. Perbendaharaan kata cepat meningkat dan kanak-kanak dengan pantas akan menyedari kegunaan bahasa dalam kehidupan. Kegiatan penaakulannya memperoleh dasar bahasa dan perkataan-perkataan yang diperolehnya digunakan untuk menaakul. Ini semua diperoleh melalui proses yang menghasilkan bahasa dalaman, penaakulan berbahasa dan perkembangan konsep-konsep. Akhirnya bahasa dan penaakulan berpintalan di peringkat makna (Luria, 1982). Flavell (1971)

mengusulkan perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif merupakan fenomena yang sama.. (Mohammad Daud Hamzah, 1994) Secara zahir, kanak-kanak menambahkan perbendaharaan kata dengan cepat mengikut masa. Ibu bapa juga sentiasa mengutamakan kebenaran ujaranujaran yang dikeluakan. Contohnya, jika seorang kanak-kanak melihat kambing dan berkata Doggie lari, ibunya akan menyusul dengan berkata tidak itu kambing. Jika yang dilihat itu betul-betul anjing ibunya akan berkata ha, betul! Itu doggie yang lari tetapi dalam penyelidikan tentang pemerolehan bahasa tidak pun didapati pembinaan perbendaharaan kata sebagai proses utama. (Mohammad Daud Hamzah, 1994)

Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja.

Vygostsky (1978) percaya perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa dan rakan yang lebih berkemampuan. Orang orang ini yang membekalkan maklumat dan sokongan yang diperlukan dalam perkembangan proses minda peringkat tinggi. (Azizi Yahaya et.al 2005). Haliza Hamzah et.al (2008:65) juga menyatakan bahawa Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan semakin meningkat daripada yang susah kepada yang kompleks. Guru dan orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka

membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.

Vygotsky lebih banyak menekankan bahasa dalam perkembangan kognitif daripada Piaget. Bagi Piaget, bahasa baru tampil ketika anak sudah mencapai tahap perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa anak tergantung pada tahap perkembangan kognitif saat itu. Namun, bagi Vygotsky, bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Awalnya, satu-satunya fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi selanjutnya anak mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu memecahkan masalah. Vygotsky sangat dikenal sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya. Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan sosial. Teorinya ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang

sekelilingnya. Vygotsky banyak menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak lain dalam memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, kanak-kanak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, kanak-kanak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berpikir dan menyelesaikan masalah. Pengalaman dengan orang lain secara langsung menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Oleh hal demikian, setiap kanakkanak berfikir dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya. Teori Vygotsky tentang bahasa sebagai alat untuk seseorang dalam mengembangkan kognitif mengalami keselarasan dengan pandangan dalam psikologi pendidikan. Dalam falsafah pendidikan pun beranggapan bahawa manusia membutuhkan pendidikan untuk bertahan. Manusia membutuhkan bahasa untuk mampu mendapatkan pengetahuan atau ia mempelajari bahasa yang berfungsi sebagai alat transformasi pengetahuan tersebut. Lebih dalam bahawa proses transfer ilmu mampu terjadi dengan menggunakan bahasa sebagai sarananya. Teori Vygotsky di atas juga mengalami keselarasan dengan teori dalam psikologi pendidikan. Dalam psikologi pendidikan kita dapat menemukan beberapa

konsep tentang agen-agen perubahan untuk membantu anak mengembangkan kognitifnya. Agen-agen perubahan dalam psikologi pendidikan adalah keluarga dan negara. Agen-agen perubahan seolah-olah menjadi tombak dalam usaha

mengembangkan kognitif atau intelektual. Peranan mereka sangat sentral dalam membantu anak mengolah pengetahuan spontan mereka menjadi pengetahuan yang lebih tertata, sistematis, dan logis.

Perbandingan teori dalam kemahiran bahasa menurut perspektif behavioris dan kognitif Pelapor Mengikut Ee Ah Meng (1996), perspektif behaviourisme dipelopori oleh John B. Watson ,B.F. Skinner, I.P Pavlov dan E.L. Thorndike. Manakala kognitif dipelopori oleh Piaget dan Lev Vgostsky. Konsep Perspektif behaviouris Asuhan dan persekitaran konsep Perspektif kognitif Interaksi sosial perspektif

Mereka yang mempercayai aliran bahaviorisme mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara asuhan, iaitu pemerolehan itu ditentukan oleh persekitaran. Mereka yang mempercayai aliran ini, mengatakan manusia dilahirkan seperi kain putih, atau suatu tabula rasa, yang seperti piring kosong tanpa apa pun. Piring ini kemudian diisi oleh persekitaran kita, termasuk bahasanya. Oleh sebab itu, pengetahuan apa pun yang diperoleh oleh manusia kemudiannya, adalah sematamata berasal dari lingkungannya. Manakala, Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Daripada usaha

interaksi dengan persekitaran sosial. Vygostsky mencadangkan perkembangan bahasa kanak-kanak itu banyak bergantung pada orang lain. (Azizi Yahaya et.al 2005) Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain. Prinsip-prinsip Teori-teori pembelajaran behaviorisme pada amnya boleh diklafikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu Teori Pelaziman Klasik (yang dipelopori oleh pavlov dan Watson) dan Teori Pelaziman Operan (yang dipelopori oleh Thorndike dan Skinner). Teori pelaziman klasik menekankan pembelajaran malalui perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala teori Pelaziman Operan mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. (Mok Soon Sang ,2010) Contohnya, seorang kanak-kanak yang menyebut perkataan bola ketika di melihat sebiji bola di rumahnya. Sebutan bola itu ialah gerak balas, manakala objek bola itu ialah rangsangan. Pendekatan ini menekankan pertalian yang rapat antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran akan berlaku sebaik sahaja terbentuk pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Teori pelaziman klasik digunakan untuk menjelaskan tingkah laku

pembelajaran yang lain. Mengikut teori pelaziman klasik, pembelajaran hanya berlaku selepas rangsangan diberi. Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri iaitu tidak sama dengan gerak balas daripada rangsangan yang berdasarkan teori pelaziman klasik. Jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan dikekalkan. Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh, atau rangsangan meneguh. Peneguh boleh bersifat positif dan negatif. Misalnya, ganjaran ialah peneguh positif, manakala denda ialah peneguh negatif. Bagaimanapun, di bawah konteks pembelajaran, kedua-duanya menghasilkan peneguhan ke atas gerak balas yang berkenaan.

Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa peneguhan. Contoh: Apabila seorang kanak-kanak berkata, saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindakbalas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindakbalas ibunya hasil daripada perkataan anknya memberi maklumbalas kepada kanak-kanak tersebut bahasa yang digunakan adalah betul. (Haliza Hamzah et.al ,2008:65) Manakala, Menurut Haliza Hamzah et.al (2008:65), Teori kognitif oleh Vygotosky ini menekankan tentang peranan pemodelan.Contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan. Peniruan ini memerlukan bimbingan dari orang lain yang mempunyai pengetahuan lebih darinya. Proses perdampingan secara dialektika membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Pengetahuan kanak-kanak yang awalnya masih dalam bentuk spontan, berubah menjadi semakin tertata, sistematis dan logis.

Kekuatan Kekuatan Perspektif behavioris adalah menekankan unsur peneguhan positif. Mengikut skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu untuk melakukan perulangan. Contohnya, guru memberi pujian kepada murid-murid yang berjaya dalam menjawab pertanyaan guru. Hal ini juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak apabila ibu bapa memberikan hadiah hasil daripada pengguasaan bahasa yang semakin baik. Contohnya, Ibubapa memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami. (Haliza Hamzah et.al 2008:64), Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada kanak-kanak kerana aspek lisan iaitu

mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain Menurut perspektif kognitif, bahasa diperolehi pada peringkat awal tidaklah bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja seperti yang dituntut oleh golongan behavior, tetapi peranan kognitif sudah pasti turut sama. mengikut mereka, tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa seperti sintaksis, morfologi dan fonologi hanya terbatas kepada apa yang dapat dialami sahaja. Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan celah

antara Actual Developmentdan Potensial Development, zon perkembangan proksimal membimbing kanak-kanak belajar dengan teknik scaffolding supaya membolehkan mereka memperoleh ilmu dan kemahiran bahasa dalam peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan Vygotsky dalam pembelajaran menekankan scaffolding. Oleh itu, teori belajar vigotsky adalah salah satu teori belajar sosial sehingga yang dengan model pembelajaran kooperatif kerana dalam model pembelajaran koperatif terjadi interaktif sosial iaitu interaksi antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa. Meskipun pada akhirnya kanak-kanak akan mempelajari bahasa melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa kanak-kanak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. kanak-kanak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain. Menurut Piaget, bahasa baru tampil ketika kanak-kanak sudah mencapai tahap perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa kanak-kanak tergantung pada tahap perkembangan kognitif saat itu. Namun, menurut Vygotsky bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Pada mulanya, satusatunya fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi selanjutnya anak mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu memecahkan masalah.

Kelemahan Perpektif behavioris telah melakukan banyak usaha untuk mencari jawapan bagaimana bahasa dipelajari dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky (1967) dengan keras mengkritik Skinner. Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme tidak memberi tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia kerana kajian dalam behavioris lebih kepeda haiwan dan bukan manusia. Behaviorisme tidak

mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa. Beliau menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan bahasa itu. Ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi sosiobudaya. Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-kanak menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Peneguhan negatif yang ditekankan dalam perspektif behavioris ialah stimulasi yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif. Peneguhan negatif yang diberikan oleh guru akan menghasilkan tingkah laku murid yang diingini, tetapi ia akan membawa kesan yang tidak menyeronokkan kepada murid tersebut. Peneguhan negatif yang tidak sesuai akan menyakiti dan melemahkan semangat murid. Seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Peneguhan negatif juga boleh terjadi dengan mengenakan denda terhada murid-murid. Oleh itu, peneguhan negatif tidak sesuai dalam perkembangan bahasa kerana memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diinginai biasanya akan diulangi lagi. Perspektif kogniitf mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidaklah dapat dinafikan kanak-kanak banyak menguasai lakuan lisan dan bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan meniru lakuan orang dewasa dan kanakkanak lain. Peniruan yang ditekankan oleh Vygotsky memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang didedahkan dengan peniruan

keberangkalian akan memperolehi kosa kata yang tidak baik akibat daripada peniruan gaya bahasa orang dewasa. Kanak-kanak juga tidak akan belajar melalui sesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa.

Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Kesan Berdasarkan teori behavioris dan kognitif, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori kognitif juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Turut disokong oleh skinner bahawa melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh guru terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan bermotivasi melalui rangsangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang ditekankan oleh teori behavioris. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini

secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. Aplikasi teori behavioris dan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk perkembangan dan peguasaan bahasa kanakkanak. Perkembangan bahasa kanak-kanak memberi implikasi yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai bakal guru, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan bahasa membawa banyak faedah kepada guru dalam mempertingkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap sesi P&P akan mencapai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Seorang guru boleh mengaitkan kemahiran bahasa dengan pengalaman yang konkrit. Contohnya: kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh mereka ceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca, beri tumpuan kepada perkataan yang susah. Kemudian bertanya kepada murid dengan beberapa soalan. Seterusnya, memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul kepada murid. Apabila murid membuat kesilapan guru perlu menerangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami. Hal ini akan menambah pengatahuan baharu murid disamping peneguhan yang positif dalam pembelajaran mereka. Kemudian memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, serta pengukuhan yang menyeronokkan Seterusnya seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan murid semasa P&P dikendalikan. Contohnya, strategi berpusatkan murid dalam pengajaran bahasa kedua, pasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa. Guru menggunakan strategi bercerita, simulasi, sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa. Di samping itu, sebagai warga pendidik juga perlulah menggunakan kaedah pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dalam aspek berbahasa misalnya, kaedah oral-aural dan ajuk hafaz dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Contohnya guru memberikan petikan dialog situasi kepada murid untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Dalam hal ini,secara langsung murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa dan menambahkan perbendaharaan kata seterusnya dapat diaplikasikan dalam komunikasi seharian. Seterusnya, untuk mengaplikasikan perspektif kognitif , seseorang guru juga boleh menggunakan pendekatan komunikatif. Sebagaimana yang diketahui, pendekatan komunikatif menekankan komunikasi dalam p&p. Oleh hal yang demikian, guru boleh menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi seperti pengaplikasian teknik seperti teknik sosiodrama, teknik forum, teknik simulasi, perbincangan dan soal jawab. Dengan penggunaan pendekatan komunikatif ini, guru boleh mendemostrasikan terlebih dahulu teknik seperti simulasi dengan

menggunakan bahasa-bahasa yang betul dan bertatasusila. Melalui demonstrasi ini, murid akan meniru gaya serta percakapan guru tersebut. Hal ini dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa murid.

Selain itu, Guru perlu menyusun bahan pengajaran dari mudah ke susah. contohnya, hukum tatabahasa yang diajar oleh guru tidak perlu dipelajari secara formal. pengajaran dan pembelajaran harus bermula dengan unit yang terkecil dan disusuli unit yang lebih besar. latih tubi yang diberikan mengikut tahap mudah hingga ke tahap yang lebih susah. Guru boleh mempelbagaikan ransangan dan aktiviti tindak balas. Guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar supaya pelajar dapat memberikan tindak balas dan ransangan. Guru juga perlu memberikan ganjaran kepada tindakan yang betul supaya murid mengulang tindak balas yang betul sehingga menjadi tindakan bersifat automatis.

Kesimpulannya, teori behaviorisme menekankan peranan persekitarandalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitanantara sesuatu rangsangan dengan sesuatu gerak balas. Pelaziman klasik danpelaziman operan adalah contoh teori behaviorisme yang menekankan kajiantentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Peneguhan positif dan negatifmemainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan boleh meningkatkantingkah laku yang diinginkan. Denda mempunyai kesan yang tertentu dan tidakdigalakkan sebagai cara untuk mengawal tingkah laku

Ringkasnya, kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengukuhkan lagi pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Ini menggalakkan gerak balas diulang. Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkan gerak balas yang terhasil. Proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku akan sering diulang jika terdapatnya peneguhan yang positif atau ganjaran dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, berupaya mendorong pelajarmenghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan ke arah pencapaian yang lebihmemberangsangkan Keseluruhannya teori teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak

kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya

berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama antara murid, guru dan bahan.

You might also like