MASA : 2.10 – 3.30 ptg TEMPAT : BILIK KAUNSELING HEP JUMLAH KEHADIRAN: 13 ORANG SENARAI NAMA AHLI MESYUARAT:
NO. NAMA JAWATAN
1. Mohd. Aisamuddin B. Mat Hassan Yang DiPertuan (YDP) MPP (PENGERUSI MESYUARAT) 2. En. Mohd Tahir B. Kamaruzaman Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 3. Mohd. Fazril bin Mohd. Foizi Timbalan Yang Di-Pertua 4. Mohd. Hanif b. Mohd Mahpot Naib Yang Di-Pertua (NYDP) 1 (Pembangunan Pelajar dan Sosial) 5. Azriq Aiman bin Azman NYDP 3 (Sukan, Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan) 6. Taiebah bt. Mohd Sagir Setiausaha Agung Kehormat 7. Naveen a/l Supramaniam Bendahari Agung Kehormat 8. Muhamad Shafiq bin Zulkiflee Exco Kebajikan & Kaunseling 9. Ibrahim b. Mohd. Yusuf Exco Asrama 10. Mohd. Aizat b. Omar Exco Kerohanian & Pembentukan Sahsiah 11. Mohd. Farhan bin Abdul Hamid Exco Sukan dan Rekreasi 12. Muhammad Azar Syafiq bin Azni Exco ICT dan Penerbitan 13. Pamela Pelun anak Lanyau Exco Protokol dan Tugas Khas 2 NO. MINIT PERKARA TINDAKAN 1. Pembukaan mesyuarat: Kata-kata aluan dari pengerusi, Mohd. Aisamuddin B. Mat Hassan, YDP MPP, kepada semua ahli MPP yang hadir pada mesyuarat tersebut.
2. Perbincangan aktiviti setiap exco: - Tindakan susulan
perlu diambil begi Berdasarkan mesyuarat yang lepas, setiap ahli MPP mula memastikan segala menjalankan tugas berdasarkan perkara-perkara yang telah cadangan dapat mendapat persetujuan dan memerlukan tindakan yang dilaksanakan dan efisien dari ahli MPP yang terbabit. segala masalah yang a) Exco Sukan & Reakreasi timbul akan dapat diselesaikan. Segala persiapan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan 2008 (KOT’08) berjalan dengan lancar, antaranya penyenaraian ahli-ahli rumah sukan untuk setiap pelajar kecuali pelajar B. ed. TESL, cohort 2 yang gagal menyerahkan senarai nama rumah sukan mereka pada waktu yang ditetapkan. Untuk memudahkan pengurusan, setiap rumah sukan akan dikehendaki membuat senarai nama ahli yang terlibat dalam bahagian seperti membuat khemah, kumpulan kawad kaki, dan nama pelajar yang akan memasuki acara-acara KOT’08 secepat mungkin. Exco sukan akan menyediakan dan mengedarkan jadual latihan rumah sukan dan saringan kepada setiap Ketua Rumah Sukan. Selain itu, exco akan turut mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua rumah bagi menjelaskan pro forma KOT’08 dan cuba mendapatkan kerjasama yang baik daripada mereka semua. Bagi masalah kelewatan senarai nama rumah sukan untuk pelajar B. ed. TESL, cohort 2 pula, exco akan cuba meneylesaikan masalah tersebut dalam waktu yang terdekat. Pada hari Rabu & Khamis (13 & 14 Feb.), pelajar- pelajar Foundation TESL, cohort1, cycle3; Bahasa Perancis, cohort 3; Bahasa Jerman, cohort 1 dan PISMP cohort 4, akan bekerjasama membuat padang pada waktu selepas kelas. Oleh yang demikian, latihan rumah sukan pada hari tersebut akan dibatalkan.
b) Exco Kerohanian & Pembentukan Sahsiah
Berdasarkan kursus-kursus yang telah dicadangkan pada mesyuarat yang lepas, exco kerohanian telah mendapat maklumat tentang kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh JAIS di Shah Alam. Kos bagi kursus tersebut ialah sebanyak RM55 seorang. Exco perlu menentukan tarikh yang sesuai bagi melaksanakan kursus tersebut dan kumpulan pelajar yang terlibat. Disediakan oleh:
…………………………… (TAIEBAH BT MOHAMAD SAGIR) Setiausaha Agung Kehormat MPP.
Disemak oleh:
……………………………………… (MOHD. AISAMUDDIN B MAT HASSAN) Yang Di Pertua MPP.