You are on page 1of 10

Subdialek Terengganu Yang dimaksudkan dengan dialek Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar

di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Di bawah ini akan diperbandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek Terengganu itu, dan di samping itu menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung Manir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun. Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu,di anatara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu. Kawasan ini dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek Terengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ] dalam subdialek Ulu Telemong. Sebagai contoh :Ulu Telemong [ kual ] [ di ] [ si - si ] Bahasa Standard [ kuala ] [ dia ] [ sia sia ]

Bagaimanapun, bunyi [ ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengan diftong [ ai ] dalam bahasa Malayu standard . Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ sem ] [ mis ] Bahasa Standard [ smai ] [ misai ]

Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyai berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai [ a ] jika konsonan yang mengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ].

Ulu Telemong [ udaq ] [ caq ] [ taha ] [ ika ]

Bahasa Standard [ rodat ] [ kanda krbau ] [ tahan ] [ ikan ]

Sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajaran dengan [ o ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :Ulu Telemong [ mioh ] [ umoh ] Bahasa Standard [ mrah ] [ rumah ]

Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapi yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ q ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :Ulu Telemong [ ubeiq ] [ tinggiq ] Bahasa Standard [ ubi ] [ tigi ]

Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam bahasa standard bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek tertentu. Dengan demikian [ ai ] ada kalanya sejajar dengan [ ] atau dengan [ a ]. Diftong [ au ] dalam bahasa standard

mempunyai kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ;-

Ulu Telemong [ paka ] [ bala ] [ piso ]

Bahasa Standard [ pakai ] [ balai ] [ pisau ]

Subdialek ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ a], [ i ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh seperti ;Ulu Telemong [ dueiq ] [ sa ] [ duni ] [ lio ] [ lio ] [ liu ] [ di ] [ kual ] [ dao ] Bahasa Standard [ duri ] [ sn ] [ dunia ] [ liar ] [ lia ] [ liur ] [ diam ] [ kuala ] [ daun ]

Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkungan akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja. Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut mempunyai kesejajaran dengan [ q ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ;-

Ulu Telemong [ daaq ] [ ikuq ] [ glaq ]

Bahasa Standard [ darah ] [ ikut ] [ glap ]

Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ] yang dapat menempati kesemua lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ] dalam bahasa standard yang terletak dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ] dalam subdielek in i. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ jalo ] [ cawo ] [ guno ] [ no ] [ dal ] Bahasa Standard [ jalan ] [ cawan ] [ gunu ] [ nam ] [ dalam ]

Konsonan frikatif [ s ] dan [ ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain seperti

dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam lingkungan akhir kata sahaja. Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhi nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ]. Demikian juga, vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ dh ] [ alh ] [ tikuh ] Bahasa Standard [ dras ] [ alih ] [ tikus ]

Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ o ]. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ tabi ] [ piki ] [ lio ] [ tido ] [ liu ] [ tlu ] [ ako ] Bahasa Standard [ tabir ] [ fikir ] [ liar ] [ tidur ] [ liur ] [ tlur ] [ akar ]

Ada kalanya konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ; -

Ulu Telemong [ iku ] [ tilu ]

Bahasa Standard [ ekor ] [ tlur ]

Rangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu rangkap yang terdiri dari konsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [ ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dan sebagainya. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ mlinu ] [ glab ] [ plag ] [ kabq ] [ dloh ] [ sluwo ] [ tpike ] [ tmaka ] [ mnikoh ] Bahasa Standard [ tidur ] [ labah-labah ] [ plaga ] [ panjat ] [ tidur ] [ sluar ] [ trfikir ] [ trmakan ] [ mnikah ]

Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutan KVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh juga diwujudkan sebagai [ mlinu ], [ glabe ], [ tpike ] dan sebagainya, khususnya dalam pertuturan yang kurang tepat. Dalam subdialek ini terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Sebagai contoh ;Ulu Telemong [ mmiq] [ ddal ] [ ssiniq ] [ kkapo ] Bahasa Standard [ miatkan ] [ di dalam ] [ di sini ] [ di kampu ]

Kesimpulan Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek Kelanta, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan ang seperti halnya dengan subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya ialah ang. Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerah Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yang disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan ang. Dalam aspek-aspek fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan subdialek Ulu Telemong.

Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagaibagai tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama subdialek yang dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakili dialek Terengganu Standard. Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dan dialek Kelantan. Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan (dilihat dalam konteks dialek dan subdialek) banyak juga menyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu mencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam. Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan hubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali melalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita ketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat. Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selain dari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciriciri seperti e-pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam ang. Dalam hal ini kita lihat bahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota Bharu. Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan persamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara bandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A dengan C lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan dialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang mendadak. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Lazimnya ini menjadi variasi baku bahasa tersebut. Dialek Kelantan ialah satu daripada dialek-dialek bahasa Melayu. Dialek ini dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari Kelantan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Konsep warna menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (1986: 160), ada lapan jenis warna utama iaitu putih, hitam, biru, merah, kuning,hijau, ungu, dan kelabu. Sementara itu, mengikut warna Melayu konsep warna hanya mempunyai empat warna sahaja iaitu putih,hitam, merah, dan kuning. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis warna terbitan yang telah wujud berasaskan warna utama ini. Warna terbitan merujuk kepada warna yang terbentuk akibat daripada pertindihan warna-warna utama seperti putih,

hitam, biru, hijau dan sebagainya. Contohnya, warna kelabu terhasil akibat daripada pertindihan antara dua warna iaitu hitam danputih manakala warna hijau terhasil akibat daripada pertindihan warna biru dan kuning. Namun begitu, terdapat beberapa contoh jenis-jenis warna utama yang disebut dalam dialek Kelantan seperti di bawah :

DIALEK KELANTAN

TRANSKRIPSI

BAHASA MELAYU STANDARD

i) Putih:puteh luweh puteh susu puteh gebu ii) Hitam:ite legey ite manih ite kelik iii) Merah:meroh nyalo meroh sina meghoh jambu meghoh hati meghoh daghoh meghoh lade meroh mudo meroh tuwo meroh meghre iv) Kuning:[mh n] [mh sin] [mh ambu] [m h hati] [mh dah] [mh ad] [mh md] [mh tuw] [mh ma] merah menyala merah sinar merah jambu merah hati merah darah merah lada merah muda merah tua merah merang [ite gey] [ite mnh] [ite ki?] hitam legam hitam manis hitam kelit [puteh uwh] [puteh susu] [puteh gbu] putih leput putih krim putih gebu

kuning lasak kuning kunyik kuning ae kuning sio

[kun asa?] [kun ku?] [kun ae] [kun sio ]

kuning langsat kuning kunyit kuning air kuning sio

Ulasan: Penggunaan dialek Kelantan dalam menyebut konsep-konsep warna berbeza dengan bahasa Melayu standard. Hal ini, dapat dibuktikan dengan wujudnya beberapa cabang-cabang konsep warna di bawah peraturan warna utama tersebut. Contohnya, konsep warna merah. Seperti yang diketahui umum, warna merah yang hanya dikenali masyarakat umum secara amnya dalam bahasa Melayu standard hanyalah merah tua, merah muda, merah darah dan merah jambu. Namun, kesan daripada penggunaan dialek Kelantan ini, warna merah telah menghasilkan cabang-cabangnya yang tersendiri. Hasilnya telah wujud warna yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu standard tapi wujud dalam dialek Kelantan iaitu merah hati, merah nyala, merah sinar,merah merang, dan merah lada. Ternyatalah bahawa penggunaan dialek dan bahasa Melayu standard akan menyebabkan wujudnya ras-ras tertentu serta pengenalan ilmu baru dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan sistem warna.

You might also like