You are on page 1of 15

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Jenny Bailin

Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1) Zaman sebelum penjajahan British 2) Zaman pemerintahan British 3) Sebelum merdeka 4) Selepas merdeka

Era Penjajahan a) Era Kolonial Inggeris Lama Pendidikan Jasmani yang formalmasih tidak ada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah inggeris telah ditubuhkan semenjak 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak,hoki,ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniagapeniaga. Tujuan Pendidikan Jasmani pada masa ini adalah mengekalkan ststus quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi petani dan pesawah.

Sebelum mula pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam. Pada tahun 1890-an murid-murid perempuan mula diajar olahraga, sementara murid-murid lelaki diberi latihan tubi di sekolah-sekolah. Pada tahun 1900-an pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. Pada 1913-an Maktab Perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1920-an Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan, kawad, dan permainan yang membawa pengaruh inggeris.

1922-an Maktab Perguruan Sultan Ideris di Tanjung Malim, latihanjasmani dan kesihatan dalam kurikulum diutamakan. Tahun 1924 seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran Pendidikan jasmani belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. Tahun 1930-an usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah latihan fizikal. Perancangan latihan guru PJ mula di lancarkan ke seluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula menyedari kepentingan pendidikan jasmani. 1940-an Sukatan Pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala. Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,taat kepada pemerintah dan berdidiplin. Arahan diberi dalam bahasa Jepun dan kanakkanak terpaksa membuat senaman beramairamaisetiap pagi selama 30 minit.

Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latihan tubi beramai-ramai. Pengajaran latihan jasmani pada era penjajahan jepun lebih bercorak ketenteraan. Di sesetengah sekolah latihan berkawad diadakan di sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga latihan berkebun.

3) Era Kolonial ( Pemerintahan Inggeris Sebelum Merdeka )

Tujuan Pendidikan Jasmani sama dengan tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
Sekolah dibuka semula dan latihan Jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah. Senaman diadakan selama 30 minit setiap hari sebelum masuk ke kelas untuk belajar. Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula. Tidak semua sekolah dapat menjalankan pendidikan jasmani sepenuhnya.

Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guruguru terlatih dalam pengajaran pendidikan jasmani. Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM Melaka untuk menambah bilangan guru pendidikan jasmani. 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan formaluntuk sekolah rendah dan menengah.

1950an kepentingan pendidikan jasmani meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah. Setiap hari persekolahan, latihan jasmani dan berkebun diadakan selama 30 minit sebelum masuk kelas. Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu. 1952, Guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang pendidikan jasmani.

4) Era Selepas Merdeka 1960an, sukatan pelajaran pendidikan jasmani dikaji semula. 1966, wujud sukatan pelajaran pendndikan jasmani untuk kanakkanak lelaki dan perempuan.

Tujuannya untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran pendidikan jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak dinegara kita.
Usaha meninggikan mutu pelajaran pendidikan jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di Cheras.

Kursus tambahan 1 tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP pendidikan jasmani di Britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961) Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah. 1958 kementerian pelajaran menubuhkan MSSM.

Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. 1971 sukatan pendidikan jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk gimnastik.

RUJUKAN
http://wikippg2011.blogspot.com/2011/07/se jarah-perkembangan-pendidikan-jasmani.html http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/20 08/07/sejarah-perkembangan-pendidikanjasmani.html

http://www.slideshare.net/perkembangan-pjdan-sukan-di-malaysia

Sekian, terima kasih.

You might also like