You are on page 1of 33

Topik 1

Di sediakan oleh: Fatihah Binti Mohamad Khazi Nor Aida Binti Mohd Samsuri Nor Syuhada Binti Mohamed Shamshudin

PJ zaman moden

PJ zaman purba

Sejarah dan pekembangan PJ

PJ zaman renaissance

PJ di Malaysia

PJ Zaman Purba

Zaman manusia purba dan kecergasan -manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). - Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. -Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten. Zaman neolitik (revolusi pertanian) -gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). -Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.

Tamadun kuno(China dan india) - masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud. -Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.

-di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. - Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. - Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

Timur tengah -mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. -Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. -Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. - Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

Zaman greek (Athens) = masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal dengan bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif dan pentingkan nilai estetik. = masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

PJ Zaman Moden

- Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. - Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. - Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik). - Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. ---> Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya. - Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS

PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN RENAISSANCE

PENGENALAN
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu

Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.

Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme

DEFINISI
Baley & Field (1976),
satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak

Dauer (1995)
berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Bermula pada 1400-1700 Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini. Bermula di Itali pada abad ke 13 dan berkembang ke utara barat eropah selama dua abad

PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain Pendidikan didedahkan kepada lelaki sahaja walaupun perempuan dilayan sama rata.

3 kumpulan utama zaman renaissance.


HUMANIS berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.

MORALIS Pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

REALISME
menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat. Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa

PJ di Malaysia

1. ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)


Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan AlQuran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani. Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan. Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.

Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu. Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti : a. permainan masa lapang b. keperwiraan c. senaman tradisional

2. ERA PENJAJAHAN a. Era Kolonial Inggeris Lama b. Era Penjajahan Jepun

a. Era Kolonial Inggeris Lama


PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniagapeniaga. Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam. 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, muridmurid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah. 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.

1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan. 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris. Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ. 1940-an : sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan

b. Era Penjajahan Jepun


Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala. Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin. Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30minit. Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai. Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan. Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3. ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)


Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah. Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar. Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula. Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya. Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guruguru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.

Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semual di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman. 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah. 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah. Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas. Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu. 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4. ERA SELEPAS MERDEKA


1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula. 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan. Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kankkanak dinegara kita. Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras. Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961). Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.

Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah. 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM. PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men. 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan). 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan. Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

Sekian terima kasih..

You might also like