You are on page 1of 4

Tarikat Ahmadiyah Al Rashidiyah Al Dandrawiyah

Pengasas Utama Tarekat Ahmadiah


1.Sayyidi Ahmad bin Idris Pengasas utama dan pertama tarekat ini dilahirkan di Fas, Maghribi pada tahun 1172H/1755M dari keturunan Rasulullah SAW. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Idris bin Abdullah bin Hussain al-Muthanna bin Abu Muhammad hingga kepada Sayyidina al-Sabt. Sayyidi Ahmad (r.a) sebelum mendirikan Tarekat Ahmadiah ini menerima Tarekat al-Misriah al-Azizah daripada Sayyidi Abd. Wahab al-Tazi. Tarekat kedua yang diterimanya ialah al-Syazuliah daripada Syeikh Sayyidi Abu Kassim al-Wazir alGhazi. Manakala tarekat ketiga ialah Tarekat al-Khulwatiah daripada Syeikh Hassan bin Hassan Bek al-Kina. Setelah itu wafatnya Sayyidi Ahmad bin Idris pada bulan Rejab 1263H/1837M

2. Sayyidi ibrahim ar-rashid Sayyidi Ibrahim al-Rashid diangkat oleh sayyidi ahmad bin idris sebagai pengasas Tarekat Ahmadiah al-Rashidiah selepas kewafatannya. Beliau dilahirkan di Sudan pada tahun 1228H/1813M. Nama penuh beliau ialah Ibrahim bin Syeikh Saleh al-Qahanabi bin Sayyid Abdul Rahman. Jurai nasabnya dari sebelah ayahandanya berasal daripada Akil bin Abi Talib, saudara Sayyidina Ali (k.a) 3. Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi Manakala wafat Sayyidi Ibrahim al-Rashid pada tahun 1291H/1874M dan dimakamkan di perkuburan Mala di Makah, maka tampillah pula Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi, waris kepada Sayyid Ibrahim al-Rashid. Beliau dilahirkan di Dandarah yang letaknya di Lembah Sungai Nil di bahagian selatan Kaherah. Keluarga beliau daripada keluarga bangsawan Maghribi yang datang ke Mesir bagi memerangi penjajah yang menguasai Mesir. Dalam peperangan tersebut, mereka berhasil menguasai beberapa buah daerah termasuk Dandarah yang menjadi tempat kediaman keluarga itu hingga sekarang.

Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Asia Tenggara


Perkembangan Tarekat Ahmadiah di Asia Tenggara secara umumnya dan Malaysia khasnya adalah di bawah pimpinan Syeikh Mohd Said al-Linggi dan anakanaknya. Ini adalah untuk memenuhi cita-cita gurunya Sayyidi Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi bagi mengembangkan tarekat ini di seluruh dunia. Sejarah perkembangan Tarekat Ahmadiah tidak akan lengkap tanpa memperkatakan tentang : Tuan Syeikh Mohd Said al-Linggi (W 1926). Beliau pernah belajar di Makkah di Jamiatul Azhar dengan ulamak yang terkenal di zaman itu Syeikh al-Anbabi, syeikh al-Azhar yang terkenal di zaman itu, Syeikh Hasbullah al-Makki dan lain-lain. Beliau menerima ijazah tarekat ini daripada Sayyidi Muhammad al-Dandarawi. Atas arahan gurunya, beliau turun ke Nusantara untuk mengembangkan tarekat ini. Beliau telah pergi ke seluruh tanah Melayu, Singapura, Riau-Indonesia, Ayutia-Siam, Kemboja, Bangkok dan Vietnam. Ajaran yang dibawanya diakui benar oleh Tuan Haji Wan Ahmad bin Mohd Zain alFatani, seorang ulamak yang mengajar di Masjidil Haram dalam surat yang dikirimkan kepada Sultan Kelantan pada masa itu. Begitu juga Sultan Terengganu di zamannya, Sultan Zainal Abidin yang membenarkan beliau dan mengembangkan Tarekat Ahmadiah di negeri itu.

Salah faham dalam tasawuf


Wasatah perbuatan memunta sesuatu melalui perantaraan(wasit) dan tidak memintanya secara langsung daripada Allah kerana beranggapan bahawa perantaraan itu berkuasa atas segala sesuatu Tawassul memohon daripada Allah secara langsung derta minta syafaat daripada Nya denan apa atau siapa yang disukai Nya. Kasyaf penyingkap maklumat di sebalik hijab yang berupa ghaib dan perkara-perkara yang benar ada.

You might also like