You are on page 1of 5

Gaya layanan Ibu Bapa

Mengikut Ann Roe, setiap individu akan mewarisi kecenderungan untuk menyalurkan tenaga dalaman ke arah kerjaya tertentu. Kecenderungan ini pula banyak dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima anak-anak daripada ibu bapa mereka.

Terdapat tiga teknik asas gaya layanan ibu bapa terhadap anak-anak mereka semasa berinteraksi: a) Gaya layanan mesra b) Gaya layanan dingin c) Gaya layanan menumpu

Gaya Layanan Mesra


Mesra bersahaja

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini menberikan kasih sayang yang sederhana kepada anak-anak. Mereka menberi perhatian kepada anak-anak apabila ada masa lapang. Ibu bapa sambil lewa, menpunyai peraturan tetapi tidak dikuatkankuaasakan atau dilaksanakan.
Mesra Pengasih

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini menberi kemesraan dan kasih sayang kepada anak-anak. Mereka cenderung untuk cuba membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah-masalah penting dan rumit. Mereka juga memberi pujian dan kebebasan yang munasabah kepada anak-anak mereka.

Gaya Layanan Dingin


Dingin Mengabai

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini kurang menberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Mereka menberikan penjagaan fizikal yang minimum dan selalu tidak menepati janji.
Dingin Mengelak

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini bersifat dingin, tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anakanak dan sering kali menghina anak-anak.

Gaya Layanan Menumpu


Terlampau Melindungi

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini selalunya dapat memenuhi segala keperluan fisiologkal anak-anak mereka. Ibu bapa menberikan perhatian kepada minat, memanjakan anakanak, menberikan kasih sayang, menjaga keselamatan dan kurang memberi kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa juga menber pujian dan ganjaran yang berlebih-lebih serta sering kali mencampuri urusan anak-anak

Terlampau Menuntut

Ibu bapa yang mengamalkan gaya layanan ini selalunya menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak pula tidak boleh menbantah ataupun memberikan pendapat. Mereka mahu anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna menurut pandangan mereka, cenderung mendenda dan membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebaya.

You might also like