You are on page 1of 17

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke16 hingga abad ke 17. Pengenalan Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Isi-isi Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal 1. Lokasi di pesisiran pantai Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu. 2. Terdapat pelabuhan pembekal Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan 1

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah. 3. Memiliki pelabuhan entrepot Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali. 4. Mampu membuat perahu dan kapal layar Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik. 5. Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur. Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi. Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur. Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

6.

Kemajuan Teknologi Pelayaran. Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab. Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapalkapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang. Kesimpulan Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut .Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

2. Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat. Pengenalan 1. Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat. 2. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. 3. Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan. 4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50 buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.

Isi-isi: Perkembangan Sejarah Amerika Syarikat 1. Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis, Belanda dan British. John Cabot merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan. Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymouth dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan Kenduri Kesyukuran kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan. Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina

2.

3.

4.

5.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732). 6. Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan tiada cukai tanpa perwakilan dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup pada tahun 1774. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.

7.

8.

9.

10.

11.

Penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat. 1. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason. Di bawah perlembagaan ini: a. Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan b. Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang. c. Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing 5

2.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

d.

Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman. i. Badan Eksekutif diketuai oleh Presiden, untuk tempoh empat tahun. Undang-undang yang diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh Presiden. Presiden merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera. ii. Badan perundangan dikenali sebagai Kongres yang mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Kedua-dua ahli dewan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. iii. Badan kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Mahkamah boleh mengambil tindakan ke atas Presiden sekiranya beliau melanggar perlembagaan. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800. Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika. Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya doktrin Monroe yang menekankan konsep Amerika untuk orang Amerika pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini. Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini. Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

10.

Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada September 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali Ucapan Gettysburg dan berakhir dengan kata-kata ...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi.... Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.

11.

12.

Kesimpulan. Penubuhan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat melalui sejarah yang agak panjang. Kewujudannya bermula daripada penentangan koloni-koloni terhadap dasar pentadbiran British yang mengenakan cukai dan akta-akta baru ke atas penduduk Amerika. Ia menjurus kepada perang kemerdekaan dan penubuhan persekutuan Amerika Syarikat.

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

3. Huraikan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China pada abad ke-16. Pengenalan. 1. Sistem ekonomi bermaksud cara atau kaedah dalam menjalankan kegiatan ekonomi yang terbahagi kepada ekonomi tradisional dan moden (kapitalisme, merkantilisme dan perdagangan bebas). 2. Sistem ekonomi feudalisme menunjukkan golongan petani bekerja dan menjadi tentera untuk golongan bangsawan sebagai balasan mereka dibenarkan mengusahakan tanah golongan bangsawan. 3. Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan faktor geografi di mana hampir keseluruhan negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sahaja tanah di China sesuai untuk kegiatan pertanian, namun mereka mampu menampung keperluan dalam negara. 4. Pada abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme di China adalah dikawal ketat oleh maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China. Golongan bangsawan bertindak sebagai penguasa kawasan dan mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

Isi-isi: Kegiatan ekonomi feeudalisme di China. A. Pertanian

1. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat China dan penyumbang utama dalam ekonomi di zaman Dinasti Ming pada abad ke-16. Kawasan pertanian utama ialah di kawasan timur laut China dan Mongolia iaitu di dataran loes yang subur sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. 2. Tanaman utama ialah tanaman padi sawah yang ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Selatan China. China turut memperkenalkan penanaman padi dua musim setahun di atas tanah yang sama iaitu baka padi jenis baharu yang cepat masak di bawa dari Vietnam Selatan. Padi ini juga tidak memerlukan air yang banyak, oleh itu ia boleh ditanam di kawasan yang berbukit di China. Masyarakat China di sini menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka. 3. Tanaman lain yang ditanam di Selatan China ialah tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, millet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum banyak ditanam di Dataran Tinggi Utara China, Wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan Bahagian Utara Anhui dan Hupeh. Millet pula ditanam di Wilayah Kansu, Shensi dan Shansi. 4. Tanaman kaoliang ditanam secara meluas di Manchuria untuk dijadikan atap rumah, anyaman alas lantai dan dibuat minyak. Tanaman kapas juga ditanam di utara dan selatan China dan kapas menjadi bahan utama dalam industri membuat pakaian di China

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

5. Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China iaitu sekitar Sungai Heilongjiang, mereka telah menanam padi huma, sekoi dan tanaman kekacang. China turut memperkenalkan tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang. 6. Tanaman sayur-sayuran juga ditanam oleh masyarakat China. Mereka akan menanam sayur-sayuran di sekitar rumah mereka di setiap ruangan tanah kosong. Mereka turut menanam pokok buluh iaitu rebung buluh untuk dibuat makanan manakala batang buluh untuk membina bangunan, membuat perabot dan peralatan memasak. 7. Setelah berlaku revolusi dalam bidang pertanian, beberapa kaedah baru dalam pertanian diperkenalkan seperti memperkenalkan sistem penanaman bergilir, penggunaan baja dan peralatan pertanian baru seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta sorong beroda dua dan kolar kuda. Revolusi dalam bidang pertanian telah mendorong peningkatan pengeluaran pertanian dan bertambahnya keluasan kawasan pertanian di akhir abad ke-16. 8. Penggunaan teknologi pengairan juga telah mendorong perkembangan bidang pertanian di China seperti terusan, kolam takungan air dan empangan. Kawasan yang jauh dari sumber air juga sudah boleh ditanam dengan pelbagai tanaman. 9. Pada abad ke-16, China turut mengamalkan ekonomi komersil seperti mengusahakan tanaman tembakau di wilayah Kwangsi dan Fukein, tanaman kapas di Sungking, Taitsang dan Tung-chou manakala tanaman mulberi di wilayah Kwangtung.

B.

Menternak Binatang Selain bercucuk tanam, petani China juga turut menjalankan kegiatan menternak binatang untuk dijadikan sumber makanan dan kegunaan pertanian serta pengangkutan. Antara binatang yang diternak untuk sumber makanan ialah ayam, itik, kambing, lembu, babi, kerbau dan sebagainya. Kerbau juga digunakan untuk kegiatan penanaman padi sawah manakala lembu biasanya untuk menarik kereta lembu. Binatang ini biasanya dipelihara kawasan yang berdekatan dengan rumah mereka.

C.

Industri Kecil

1. Masyarakat China juga turut menjalankan kegiatan industri-industri kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang di China dan telah memberi sumbangan yang besar dalam perbendaharaan negara. Wilayah Kiangsi merupakan pusat pengeluaran porselin utama China. 2. Wilayah Soochow pula sebagai pusat pengeluaran tekstil dan Sungkiang pula sebagai pusat utama pengeluaran kapas di China. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan tanaman kapas sebagai salah satu tanaman terpenting di abad ke-16. 3. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan pembangunan negara China. Industri mengubah bunga plastik diusahakan di Peiping dan industri sutera dijalankan di wilayah Shangtung, Hopei dan Manchuria. 9

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

D.

Perdagangan

1. Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme China mengutamakan kegiatan pertanian sebagai sumber utama. Dengan itu, ekonomi perdagangan berada di lapisan paling bawah dan pekerjaan berdagang merupakan pekerjaan yang hina di China. Walau bagaimanapun kegiatan perdagangan tetap berjalan lancar dengan wujudnya sistem pengangkutan yang baik. 2. Sungai-sungai di China telah dijadikan jalan perhubungan yang utama untuk menjalankan kegiatan perdagangan seperti Sungai Yangtze yang boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu dari muaranya. Sungai-sungai barat membolehkan perdagangan dijalankan di selatan China dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning telah memudahkan perhubungan timur dan barat di sebelah utara China. 3. Sistem jalan air seperti pembinaan Terusan Besar dari Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Terusan-terusan kecil juga dibina di bahagian tengah dan selatan China untuk memudahkan membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain. 4. Pada abad ke-16, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China belayar ke Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Hormuz dan pantai timur Afrika. Hubungan dengan negara luar ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China di pelabuhan Canton seperti dengan pedagang Asia Tenggara, Portugal, Sepanyol dan Belanda. 5. Hubungan dengan Portugal telah bermula dengan Rafeal Perestrello pada tahun 1516 kemudian dengan Tom Pires dihantar untuk menjalinkan hubungan dengan China. Pedagang Portugis hanya dibenarkan berdagang di Macau sahaja pada tahun 1532 dan dibenarkan berdagang di Canton pada hari-hari tertentu sahaja atas kawalan ketat oleh pembesar China. Hasil hubungan ini, China memperoleh barangan perak dari pedagang Portugal dan sebagai tukarannya sutera untuk dibawa ke Eropah.

Kesimpulan. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang dating berdagang di China. Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi. Kerajaan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan mengawal aktiviti ekonomi. Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming memperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke-16.

10

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

4. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan pemikiran ekonomi di Eropah. Pengenalan. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Beliau terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Beliau mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral seterusnya pada tahun 1740 memasuki Kolej Balliol, Universersiti of Glasgow. Beliau memegang jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790. Isi-isi: Sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah. Beliau berpendapat tiada siapa yang menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh keduadua pihak. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan. Adam Smith mempunyai pemahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama. Adam Smith menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri. Adam Smith menulis buku Wealth of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya dan menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden. Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik yang menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas. Beliau juga menolak pandangan golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah sumber utama. Beliau juga berpendapat bahawa pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan istilah laissez faire. Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan

11

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja. Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan. Modal akan digunakan untuk perdagangan. Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara berterusan. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas di Mancester dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19.

Kesimpulan Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.

12

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

5. Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara British dengan pemerintah China pada pertengahan abad ke-19. Pengenalan. Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh British dan keadaan ini merupakan satu permulaan era baharu dalam sejarah China. Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai British mula memuncak dengan pelbagai insiden yang merenggangkan hubungan British dengan kerajaan China. terdapat enam isu yang menyebabkan ketidakpuasan hati ini. Isi-isi: 1. Isu perdagangan. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu perdagangan. Setelah memutuskan untuk berdagang di China, British mengharapkan keuntungan yang besar. Namun kerajaan China mengamalkan dasar pemencilan/isolasi. Menurut ajaran Confucius, perdagangan merupakan pekerjaan yang hina. Para pedagang dianggap cuba memeras golongan lain untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Oleh itu, kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing. Antaranya ialah pedagang hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton sahaja melalui pegawai yang dilantik iaitu Co-hong. Pedagang asing tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton serta tidak boleh membawa senjata. Mereka juga tidak boleh berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak boleh mempelajari bahasa Cina. Peraturan yang ketat ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pedagang British. 2. Isu candu. Isu candu merupakan isu yang dominan yang mencetuskan ketegangan antara pihak British dengan China. Kerajaan China menjalankan kegiatan ekonomi saradiri dan tidak memerlukan barangan dari luar. Keadaan ini amat merugikan pihak British disebabkan berlakunya perdagangan yang tidak seimbang antara British dengan China. Barangan China seperti teh dan sutera amat diperlukan untuk dijual di Eropah namun China tidak mahu membeli barangan dari barat. Untuk mengelakkan pengaliran wang emas dan perak ke China, British telah membawa masuk candu yang akhirnya kegemaran masyrakat di China. Ini menyebabkan pengeluaran wang yang terlalu banyak kerana kos mengimport candu melebihi kos mengeksport teh dan sutera. Keadaan tersebut menyebabkan ekonomi China mulai merosot dan Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan pembelian dan penggunaan candu. 3. Isu perundangan. Prinsip keadilan di China berdasarkan guilty until proven innocent yang menganggap seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehingga kebenaran dapat dibuktikan. Manalaka prinsip keadilan barat berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty yang bermakna seseorang yang dituduh bersalah dapat dibuktikan dengan jelas. Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang barat. Undang-undang barat adalah berdasarkan konsep tanggungjawab individu, iaitu hukuman akan dijtauhkan kepada individu yang melakukan kesalahan. Undang-undang China pula bersandarkan kepada prinsip tanggungjawab berkumpulan yang bermaksud sekiranya 13

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, maka kumpulannya akan bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seoarang daripada ahli kumpulan mereka untuk menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu. 4. Isu agama Kristian. Agama Kristian yang dibawa masuk ke China turut menjadi punca ketidakpuasan hati masyarakat China. Ramai rakyat China berjaya dikristiankan dan perkembangan ini mengancam kebudayaan orang China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme. Selain membina gereja-gereja baru, mubaligh Kristian dikatakan melindungi orang China yang memeluk agama Kristian. Kemuncak kepada isu ini ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan paderi, rahib dan pegawai barat dibunuh. Gereja turut dibakar oleh orang China. 5. Isu petempatan orang asing. Kemunculan petempatan asing khususnya di kawasan pelabuhan. Petempatan orang asing mempunyai pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintah China. Penduduk di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran, undang-undang, mahkamah, polis dan pasukan pertahanan sendiri. Perkembangan ini menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang asing yang membentuk komuniti masing-masing di bumi China. Mereka bimbang orang barat akan menceroboh tanah air mereka seperti apa yang berlaku terhadap Hong Kong yang diambil alih oleh British dan Macau yang dikuasai oleh Portugis. 6. Isu pengenalan teknologi barat. Pengenalan teknologi barat telah menyebabkan berlaku pengangguran dalam masyarakat China. Misalnya, pengenalan teknik baharu dalam sektor perlombongan telah mempercepatkan penggunaan sumber alam yang terhad di samping mengurangkan pengambilan tenaga buruh. Sarjana China menganggap mereka tidak akan maju jika belajar dengan kuasa barat kerana orang barat tidak ikhlas. Keuntungan yang diperolehi daripada teknologi baharu ini adalah untuk jangka masa pendek dan orang barat akan memeras ekonomi China secara perlahan-lahan. Kesimpulan. Keengganan pemerintah China berkompromi terhadap isu-isu yang menimbulkan kemarahan pihak British yang menyebabkan British mencari helah untuk menguasai China. Faktor budaya yang berbeza menyebabkan sifat toleransi sukar diamalkan dan membawa kepada tercetusnya peperangan antara British dan China.

14

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

6. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin. Pengenalan 1.Perang Dingin merujuk kepada ketegangan dan konflik yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union (Rusia). Ia tidak melibatkan peperangan yang sebenar . 2. Perang Dingin ini lebih merupakan persaingan arah meluaskan ideologi komunis oleh pihak Soviet Union dan pihak yang mempertahankan demokrasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan negara-negara yang pro demokrasi. 3. Perang Dingin juga berlaku persaingan dan perlumbaan senjata antara Blok Barat yang pro demokrasi dan Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union.(Rusia) 4. Perang Dingin berlaku ketara selepas Perang Dunia Kedua dan berakhir pada tahun 1989. Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan Doktrin Truman pada 1947. Istilah Perang Dingin telah digunakan oleh seorang wartawan Walter Lippmann semasa membuat liputan tentang Doktrin Truman tersebut. Isi-isi: Faktor-faktor Perang Dingin 1.Perbezaan ideologi politik. Perkembangan ideologi komunis yang dipelopori oleh Rusia ke atas negara-negara Eropah Timur telah menyebabkan kebimbangan pihak Amerika Syarikat untuk mempertahankan sistem demokrasi di dunia. Dari segi politik, blok Barat menerapkan sistem demokrasi dan mengamalkan sistem pelbagai parti dan pemilihan kerajaan adalah berdasarkan pilihanraya umum. Ini berbeza dengan sistem komunis yang diperintah oleh parti komunis sahaja dan pemerintahan secara diktator. Masing-masing cuba meluaskan pengaruh dan kepentingan mereka melalui propaganda ,bantuan ekonomi dan ketenteraan. 2.Perbezaan sistem ekonomi dan sosial. Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi bebas iaitu ekonomi kapitalis manakala Rusia menentang sistem ekonomi bebas. Rusia dan negara-negara blok komunis mengawal perdagangan bebas dengan memberikan peranan yang besar kepada pemerintah. Dengan kata lain sektor perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja dan semua harta dimiliknegarakan demi kepentingan umum. Sistem ini telah menghancurkan persaingan yang menjadi dasar ekonomi kapitalisme.Hal ini menyebabkan perkembangan ekonomi yang perlahan. Dari segi sosial juga, negara komunis mengamalkan sistem menyekat dan mengawal kebebasan memilih kerajaan, kebebasan bersuara,hak asasi dan sebagainya. Ini berbeza dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kedua-dua blok ini bersaing dan cuba menunjukkan kekuatan dan kekuasaan masing serta cuba campur tangan dalam negara negara lain yang menghadapi konflik dalaman sama ada di Eropah, Afrika dan Asia. 3. Kemunculan kuasa besar dunia yang baru. Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia menggantikan Britain , Peranchis dan Jerman. Britain dan Peranchis mengalami kemerosotan akibat perang dan kemerosotan ekonomi. Begitu juga dengan Jerman, Itali dan Jepun yang mengalami kekalahan. Bandar-bandar di Amerika Syarikat tidak musnah akibat peperangan dan ekonominya teguh. Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa tentera yang baru selepas Perang Dunia Kedua. Kejayaan Amerika Syrarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan 9 Ogos 1945 di Nagasaki menjadikan Amerika 15

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

Syarikat sebagai satu kuasa besar dunia yang baru. Begitu juga dengan Rusia yang mampu bertahan dan menakluki Jerman Timur , Poland dan sebahagian negara-negara Eropah Timur mengukuhkan lagi kekuasaannya . Ia telah menjadi satu kuasa baru di Eropah dan di dunia. Kedua-dua kuasa besar ini mula bersaing untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh masing-masing. 4. Dasar peluasan pengaruh Rusia di Eropah. Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia telah meluaskan pengaruhnya di Eropah.Semasa Perang Dunia hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap negara-negara Eropah Timur dan menyatukan negara-negara ini hingga akhirnya menjadi Kesatuan Soviet/ Soviet Union.Negara-negara Eropah Timur telah menjadi negara negara Blok Komunis. Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan hubungan antara kedua dua besar dunia telah menjadi renggang dan tercetusnya Perang Dingin. 5. Perkembangan semasa Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua(PD2) berlaku dan sebelum PD2 tamat , tiga kuasa besar atau big three iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan England telah mengadakan rundingann tetapi kegagalan dan ketiadaan kesepakatan dalam rundingan membincangkan tentang pembahagian wilayah selepas PD2 menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang. Hubungan renggang antara kuasa ini jelas ketara dalam persidangan Yalta pada tahun 1945. Hubungan ini menjadi semakin renggang apabila Rusia menolak tuntutan Amerika Syarikat agar pilihanraya diadakan dinegara-negara Eropah Timur yang dikuasai oleh Rusia semasa Persidangan Potsdam dan mencetuskan Perang Dingin. Amerika Syarikat terus memperjuangkan penubuhan negara demokrasi Eropah Barat. 6. Perubahan pucuk pimpinan. Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku di Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi tegang. Presiden Harry Truman yang menggantikan Roosevelt ,manakala Perdana Menteri England Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee. Kedua-duanya tidak mempunyai pengalaman luas dalam hubungan antaraabangsa dan amat curiga dengan dasar luar Joseph Stalin (Rusia). Harry Truman percaya dasar Stalin adalah tidak membenarkan sistem demokratik diamalkan di Eropah Timur. Oleh itu, Truman mula mengamalkan dasar untuk menyekat perluasan pengaruh Soviet Union. Kejayaan Amerika Syarikat meletupkan bom atom juga telah menyebabkan Truman bertekad menggunakan pendekatan lebih agresif untuk menyekat pengaruh Rusia. Ini menyebabkan hubungan antara dua kuasa ini semakin tegang dan mencetuskan Perang Dingin. 7. Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi oleh Rusia. Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia untuk membangunkan semula negaranya selepas perang telah mengeruhkan lagi hubungan antara dua kuasa tersebut. Hubunngan ini menjadi bertambah buruk apabila Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri pada Mac 1946 menyatakan terdapat tirai besi yang memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat. Ucapan ini jelas menunjukkan kebimbangan Amerika Syarikat dan Britain terhadap perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah Timur dan Eropah Barat. Rusia turut beranggapan bahawa bantuan Amerika Syarikat di bawah Rancangan Marshall juga merupakan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara lain . Oleh itu , Rusia 16

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

memaksa negara-negara Eropah Timur supaya tidak menerima bantuan berkenaan. Sebagai alternatifnya, blok komunis telah membentuk COMECON ( Council for Mutual Economic Aid) bertujuan menyelaraskan dasar-dasar ekonomi di negara Eropah Timur. Oleh itu, jelas kemusnahan ekonomi negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua merupakan salah punca berlakunya Perang Dingin. 8. Zon Penampan. Pemimpin Soviet Union, Stalin ingin mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan ancaman daripada Eropah Barat kerana sebelum ini wilayah Rusia pernah ditawan oleh Hitler dari arah barat melalui Poland, Romania, Bulgaria dan Hungary. Oleh itu, Rusia mewujudkan negara-negara satelit yang berperanan sebagai buffer zone (zon penampan) antara Rusia dengan negara-negara di Eropah Barat. Rusia menjadikan negaranegara Eropah Timur sebagai benteng untuk menghadapi ancaman musuh daripada Eropah Barat. Rusia juga telah membina Tembok Berlin untuk memisahkan Jerman Timur dengan Jerman Barat. 9. Teori Domino. Amerika Syarikat dan Britain bimbang ideologi komunis akan merebak ke Eropah Barat . Rusia yang menjadi negara komunis yang pertama selepas Revolusi Bolshevik semasa menggulingkan kuasa Tsar Nichollas II telah berjaya menyebarkan ideologi ini ke negara jiran terdekat atau sekutunya. Pemimpin-pemimpin di Barat percaya kepada `teori domino iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara lain terdekat akan jatuh ke tangan komunis. Perkembangan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain hingga kedua-dua negara tersebut bertekad bagi menyekat perkembangan komunis di mana-mana negara . Keadaan ini telah menimbulkan konflik dan ketegangan antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan juga Britain sehingga merancakkan lagi Perang Dingin. 10. Kekalahan Jepun. Menjelang tahun 1945,hubungan kuasa-kuasa besar khususnya antara Amerika Syarikat dan Rusia (kemudiannya Soviet Union ) bertambah buruk . Ini kerana kekalahan Jepun pada Ogos 1945 di tangan tentera Amerika Syarikat dan bukannya Rusia menjadikan hubungan mereka bertambah buruk. Amerika Syarikat tidak mahu Rusia mengalahkan Jepun terlebih dahulu daripadanya. Oleh itu kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan Amerika Syarikat berjaya menduduki dan menguasai Jepun . Kekalahan Jepun meningkatkan kebimbangan Soviet Union terhadap dasar Amerika Syarikat. Kesimpulan. Sebagai kesimpulannya, Perang Dingin telah menyebabkan wujud ketegangan antara blok Komunis dengan blok pro Demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Penyebaran ideologi komunis ke negara lain seperti China, Korea Utara ,Vietnam Utara dan lain-lain menyebabkan peperangan yang berlaku di kebanyakan negara disokong dan dibantu oleh Rusia atau Amerika secara langsung atau tidak langsung.

17

You might also like