You are on page 1of 11

INTERAKSI 7: TAKSA DAN KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA

Disediakan oleh: Hasmiza Binti Sarkawi

Ketaksaan dan Kesamaran


KETAKSAAN Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana berdasarkan tafsiran dalam pendengar atau pembaca. KESAMARAN Kekaburan makna, tidak jelas, tidak tepat, kurang spesifik.

Ketaksaan leksikal

Ketaksaan kosa kata

homograf
Ketaksaan homonim homofon Ungkapan (lisan)fonem suprasegmental Perlambangantanda baca

Jenis ketaksaan Ketaksaan struktur gramatikal

Ketaksaan homograf
Homograf ialah perkataan yang sama ejaan tetapi berlainan bunyi dan membawa makna yang lain-lain. Ketaksaan homograf akan lenyap/hilang jika sesuatu perkataan itu diucapkan kerana bunyi yang diujarkan itu membawa pengertian yang berbeza walaupun ejaannya sama.

Manakala dari segi tulisan pula, konteks ayat itu boleh menghilangkan ketaksaan homograf. Contoh:
Buku itu telah saya semak. Semak di belakang rumah saya semakin panjang dan sesak.

Ketaksaan homofon
Dalam lisan & tulisan, konteks ayat meniadakan sifat taksa yang terdapat pada homofon. Hal ini disebabkan ejaan perkataan tersebut berbeza walaupun bunyi sama. Contohnya:
Mana jalan ke pejabat pos, bang? Sejak dahulu dia rajin menyimpan wang di bank.

Jenis Kesamaran
Kekaburan rujukan - contoh hutan dan belantara. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. belantara lebih besar dari hutan. Ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris. Contoh: Frasa rumah saya boleh merujuk kepada banyak makna. Misalnya boleh menjadi rumah milik saya, atau rumah yang saya idamkan, atau rumah yang saya diami.

Kurang ketentuan pada makna item pengertian makna tidak jelas. Secara umum sahaja. contoh: dia mengemas rumah. Maksudnya, makna bagi mengemas dalam ayat di atas membawa pengertian yang luas. Hal ini disebabkan mengemas itu boleh jadi hanya menyapu, mengelap atau lain-lain. Jadi, maksud mengemas itu bergantung pada pelakunya. Pertentangan pada penentuan makna item makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan.

Faktor berlakunya ketaksaan makna


berlaku akibat hubungan makna dengan alam. ketaksaan leksikal (homonim, polisemi) contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambanganjambangan bunga yang sedang mekar. terdapat kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis) Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis)

Cara mengatasi ketaksaan makna


konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.

Rujukan
1. Artikel KETAKSAAN oleh Panuti Sudjiman, Universitas Indonesia. http://www.scribd.com/doc/59582019/zia 2. Cikgu Paklong.(2012). Semantik Topik 7. http://www.slideshare.net/cikgupaklong/se mantik-topik-7. Diakses pada 10 Julai 2013

You might also like