You are on page 1of 18

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 6 12 TAHUN Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses

s pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. 10 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis

organisma, sifat umum jenis itu iaituphylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. 1.1 Ciri-ciri Perkembangan Individu Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak- kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum. 1.2 Prinsip-prinsip Perkembangan Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan; Ada arah tertentu yang dapat diramalkan: Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)

Arah dari tengah ke tepi (proximodistal) Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan. Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti: Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan

kognitif; Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial. 1.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada

iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah

yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik. 20 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk

zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

=Proses

persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsurunsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya; Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran

y ang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah. 11 Perkembangan kognitif kanak-kanak Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya: Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada

sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak- kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN 4.1 Faktor Kebakaan (Genetik) Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahliahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka. Kecacatan mental. Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan

persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anakanak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak. 4.2 Faktor Persekitaran. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unitunit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Faktor Pralahir Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit. Kesihatan Ibu. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta. Penyalahgunaan Dadah. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide. Kesan X-Ray. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. Emosi Ibu. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan

bayi yang kurang sihat. Umur Ibu. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah. Faktor Selepas Lahir Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit. Keluarga. Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan. Rakan Sebaya. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Sekolah. Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat

berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan. Tempat Tinggal. Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan. Sebaran Am. Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanakkanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik. Pusat Ibadat. Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi. Persekitaran Dunia. Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari segi idea, budaya, ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi. Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu: Mikrosistem. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik. Mesosistem. Merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya, bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga. Eksosistem. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.

Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanakkanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa. Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

You might also like