You are on page 1of 17

MASALAH KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN KAEDAH KUALITATIF

OLEH : YENIQ ZAURA BT ABDULLAH @ ZAWAWI M20102001150

KESAHAN DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF Kesahan merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis. Kesahan dikatakan tinggi jika instrument yang dibina benar-benar mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis.

Dalam penyelidikan kualitatif, bilangan subjek kajian yang digunakan biasanya kurang dan data-data kualitatif yang dikumpulkan melalui prosedur kajian dan pemerhatian haruslah mempunyai semua JENIS KESAHAN.

JENIS KESAHAN
KESAHAN MUKA KESAHAN KRITERIA KESAHAN BINA KESAHAN KANDUNGAN KESAHAN DALAMAN

JENIS KESAHAN

DEFINISI

Kesahan muka
Kesahan kriteria Kesahan bina Kesahan kandungan

Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat mengukur nilai sebenar.


Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal kriteria yang ingin diukur. Sejauh mana hipotesis yang dibuat berdasarkan teori-teori. Sejauh mana pengukuran dapat dibuat mewakili aspek kandungan yang diukur.

Kesahan dalaman Sejauh mana kajian benar-benar dapat menyebabkan perubahan tingkah laku subjek kajian bukan disebabkan faktor lain

Kesahan luaran

Sejauh mana hasil kajian dapat diaplikasikan kepada kumpulan lain dalam dunia sebenar

Suatu penyelidikan kualitatif dikatakan sebagai kredibel jika ia membentangkan penghuraian yang benar atau interpretasi tentang pengalaman manusia dengan benar, di mana orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama akanmempunyai interpretasi yang sama. Bagi meningkatkan kesahan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji harus menghuraikan maklumat yang dikumpul secara objektif tanpa pengaruh perasaan dirinya.

KESAN-KESAN YANG MEMPENGARUHI KREDIBILITI PENYELIDIKAN KUALITATIF KESAN LOKASI KESAN TUMPUAN KESAN ELIT KESAN SITUASI KESAN KONSEP

KESAN
Kesan Lokasi

DEFINISI
Kajian dilakukan di lokasi di mana faktor-faktor yang dikaji tidak wujud.

Kesan
Tumpuan

Pengkaji hanya menumpu dan melapor perkara atau tingkah laku yang tertentu sahaja.
Maklumat yang dikumpul mungkin dipengaruhi oleh hujah kumpulan elit yang berkuasa. Pengkaji terpengaruh dengan situasi sendiri iaitu bedasarkan perasaan dan pengalamannya. Kefahaman konsep yang berbeza antara pengkaji dengan subjek yang dikaji.

Kesan Elit Kesan Situasi Kesan Konsep

Secara keseluruhan, untuk meningkatkan kesahan penyelidikan kualitatif, pengkaji perlu mempunyai minda yang terbuka, objektif dan dapat memahami data kajian dengan jelas serta berupaya menghuraikannya secara tepat

KEBOLEHPERCAYAAN DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF


Keupayaan suatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi.

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN KAJIAN


MENGGUNAKAN KAEDAH TRIANGULASI MENGGUNAKAN PENGKAJI PESERTA MENGGUNAKAN PEMERIKSAAN RAKAN SEBAYA MENGGUNAKAN ALAT PENCATAT SEBAGAI BUKTI

TRIANGULASI
Triangulasi data perlu digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian kerana bilangan subjek dalam kajian kualitatif adalah kecil. Melalui triangulasi, fenomena dilihat daripada pelbagai sudut dan perspektif yang berbeza. Data dikumpulkan melalui tiga aspek yang berbeza iaitu masa, ruang dan individu.

ASPEK
MASA RUANG

HURAIAN
Data yang dikumpul adalah pada masa yang berlainan Data yang dikumpul pada keadaan atau tempat yang berlainan

INDIVIDU

Data yang dikumpul oleh individu yang berlainan

PENGGUNAAN PENGKAJI PESERTA Melibatkan pengkaji-pengkaji yang terlatih untuk membuat pemerhatian dan laporan secara teliti dan sistematik.

MENGGUNAKAN PEMERIKSAAN RAKAN SEBAYA Dengan membandingkan data kajian yang dicatatkan oleh pengkaji dan pendapat rakan sebaya tentang subjek, pengkaji dapat memeriksa kebolehpercayaan data kajian yang dipungut

PENGGUNAAN ALAT PENCATAT Alat pencatat digunakan sebagai bukti, seperti borang temu bual, perakam kaset dan perakam video untuk mencatatkan hasil sesi temu bual / pemerhatian.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like